kembali lagi....
lama sungguh aku tak menulis... sibuk sket dengan keje kat pejabat sejak kebelakangan ni...
hmmm apa yang aku nak tulis ari ni ye... di KL hujan lebat petang ni.... boring.... apa ye hmmmmm.. ohya... baru aku teringat, berkenaan serangan di lubanan dan palestin..siapa nak disalah dan dipersalahkan... kembali ke negara sendiri... apa yang kita dah buat untuk negara kita sebagai seorang muslim.. apa pandangan korang... keadaan muslim dalam negara kita boleh aku katakan 75% pegangan tehadap islam lemah... paling akhir belajar agama masa sekolah menengah.. tu pon ada yang ponteng kelas... ok lah... yang masuk U adalah subjek TITAS(Tamadun Islam Tamadun Asia 1 dan 2)... tu pon ada dua subjek jer tak silap aku. hal ni kecuali sesiapa yang memang aliran agama (tu pon ada gak yang hampeh). berdasarkan simple research ni bagi aku tahap pengetahuan agama memang tak uptodate langsung... jadi apa yang boleh dilakukan... bagi aku hadirkan diri ke masjid dan sertai kuliah yang disediakan... kat sini masalah gak... ada yang anggap kuliah tu penyebaran dakyah pembangkang.... pulak dahhhhh.... sedangkan belajar agama pon singkat pastu nak kata kuliah agama tu dakyah pembangkang pulak.... sebab rasulullah suruh tuntut ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad... tapi tak semestinya ilmu agama jer ilmu keduniaan pon penting tapi segalanya harus dihubungkan kepada Allah.

tapi apa yang berlaku kebelakangan ni... sejak beberapa tahun kebelakangan nih... ramai yang aku nampak praktik tehadap islam tu tak ada langsung... yang perempuan macam tak pakai baju jer... katanya ikut peredaran zaman... zaman batu agaknya.. yang lelaki pulak bersubang dan lain lain. cakap pasal solat lagiiiiilah.... kadang2 sebelum zohor sampai lepas isya' lepak dekat tempat yang sama kalau musafir ok gak tapi takkan dalam disko pon musafir gak alasannya untuk tak tunaikan solat... huh.... kalau cakap dengan orang2 yang macam ni susah... ada jer alasan depa. lagi pulak ada kalangan depa2 ni educated...

apa nilai dunia kalau Allah diketepikan...
bukankah dunia ni Allah yang mencipta....
bukan untuk lalai...
tapi untuk kemudahan ke akhirat yang kekal abadi....

kembalilah ke jalan yang diredhoi Allah wahai sahabat seagama ku... kembalilah... kerana Allah tidak akan menurunkan bala dengan tanpa sebab... pasti ada sebab.... dan Allah tidak menurunkan bala kepada orang tertentu sahaja tetapi Dia akan turunkan bala secara pukal...

apabila bumi bergoncang segoncang2nya....
dan bila bumi mengeluarkan isi perutnya....
maka bertanyalah manusia apakah yang sedang berlaku...

kembalilah sahabat.... kembali ke jalan Allah.... sebelum datang hari yang mana tiada berguna anak pinak dan harta benda.....

untuk diriku, isteriku, keluargaku dan sahabat seIslamku....

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.