hmm online dari rumah.... tumpang wireless jiran. minggu ni sibuk sikit... sibuk tanda kertas exam. penat gak. bukan penat fizikal tapi penat mental.... huh nak kena tanda dua kelas...

anak aku dah tidur. awal dia tidur malam ni. selalunya lewat jugak dia tidur. penat main dekat taska kut. wife aku tengah kira markah untuk subjek math... aku.... aku surf internet. sesambil tu aku taip blog ni. sesambil tu jugak aku surf info tentang isu harga minyak naik... tinggi sangat minyak naik... terasa jugak kesannya.

isu minyak naik..

minyak petrol naik sangat mendadak baru-baru ni. hari pertama diumumkan minyak naik jalan sekitar perlis ni sesak. mula petang rabu tu setiap jalan sesak dengan kenderaan. semua orang bergegas nak penuhkan tank kereta masing-masing dengan minyak.... satu suasana yang aku kurang faham, memanglah ada untung tapi untung untuk beberapa waktu jer, paling lama pon seminggu.... satu suasana yang agak kelam kabut. aku terpaksa cari jalan lain untuk balik ke rumah. hmmm... sesak sungguh. semua ni kesan serta merta yang berlaku.

sebenarnya terlalu banyak kesan jangka panjang yang akan berlaku. dan banyak jugak kesan berantai yang mungkin dan pasti akan berlaku. semua kesan negatif ni berlaku terhadap orang awam. tak kiralah kaya ke, miskin ke atau sederhana. kesan kenaikan harga minyak ni pasti meninggalkan kesan untuk semua peringkat masyarakat. cuma yang bezanya sebesar mana kesannya kepada setiap golongan masyarakat adalah mengikut kemampuan masing-masing. tetapi yang pasti kesan yang paling hebat adalah terhadap masyarakat yang berpendapatan rendah.

apabila minyak naik... apa sahaja yang melibatkan minyak pasti akan mengalami kenaikan harga juga. ini realiti, dan kita tak boleh nak salahkan peniaga. sebab kos pengangkutan wujud dalam setiap perniagaan. memang peniaga tak dapat lari, kalaupun peniaga ni tak naikkan harga, keuntungan akan jadi kecil dan tak hairanlah kalau langsung tak balik modal. jadi kita tanya balik pada diri kita... ada tak orang berniaga tak nak untung?.... pasti semua barang akan mengalami kenaikan harga.

taraf hidup semua peringkat akan turut naik. yang akan lebih terasa adalah golongan menengah dan bawahan. golongan atasan dan berada akan terkena tempiasnya sedikit. golongan bawahan amat terasa dengan keadaan ini. segala barangan akan naik, tetapi jumlah pendapatan tetap sama, ahli keluarga pulak ramai... dan mungkin akan bertambah. huh sesak nafas jugak bila difikirkan keadaan yang akan dan telah terjadi ini. namun pekikan kita rakyat bawahan ni tak ada siapa nak dengar. yang atas akan terus menggubal undang2 ikut sedap rasa mereka... yang bawahan pulak aguk-aguk geleng-geleng....

sedarlah wahai orang atasan... ingatlah ada orang bawahan yang sentiasa memerlukan simpati...

tapi yang pasti..... kami seperti menyalak pada bukit......

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.