MATA AIR KEMISKINAN

sudah melecet tangan2 munggil ini
menolak turun naik pam air
dari dasar perut bumi dikerah keluar
untuk membasahi tekak yang sentiasa kering
kering dek kerana debu2 kering kemiskinan
debu2 kering yang beterbangan
memenuhi ruang udara setinggan kaya budi
perit jerih memikul sebaldi air keringat
bukan buminya gersang
tetapi jiwa manusianya kontang
kemarau jiwa dengan ketaksuban dunia
yang kaya sentiasa membuat kertas kerja
yang miskin mengutip helaian kertas kerja
dengan keringat yang membasahi tubuh kerdil
anak kecil berbaju kulit coklat
ada lelehan hingus di lubang hidung
hidung yang biasa menghidu debu kereta orang kaya
kaya angan2 miskin budi dan pikiran
anak kecil itu terus mengepam air
mengepam air dari mata air
mata air dari kejiranan kemiskinan
hari ini anak kecil itu masih disitu
menanti dengan penuh harapan



0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.