Cuti pertama hujung minggu

Sabtu.... cuti dua hari ni kadang2 aku rasa dah lebih dari cukup. aku seronok kerja banding cuti. cuma ada masa cuti tu perlu dan penting untuk bersama keluarga.


amnni tengah tunggu ayam goreng yang ayah dia pesan. untuk amni ke... takkk. untuk ayah dan umi. amni.... amni tolong tunggu jer. dari kecik nak kena ajar amni supaya beli produk muslim dan halal.





minggu lepas banyak aktiviti yang dijalankan. aku taklah turut serta semua aktiviti tu. cuma pantau dari jauh jer. Aiman banyak bantu jalankan semua aktiviti. kalau takde dia tak tahulah macam mana agaknya. terima kasih Aiman. aktiviti explorace pon aiman yang gerakkan bersama pensyarah lain. hmmm maksud aku aktiviti yang lasak ler. antaranya aktiviti ala2 x-factor hahahaha.... macam tak percaya je. tapi percayalah. Aiman dah realisaikan... kah kah kah.... fuh tak sanggup aku nak tengok budak2 tu kena makan telur mentah dan bawang putih. uweekksssss...


depa ni tengah pikir macam mana nak habiskan bawang putih mentah tu.... eeee..... eeeee....








Aiman sedang beri taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan.... hmmmm makan telur mentah dan bawang putih mentah.. amacam ada berani kaaaaa....







finale..... habis semua bawang putih dan telur mentah.... licin sapa punya keje ler agaknya.







jumaat.... rancang awal nak suruh budak2 tu buat flying-fox tapi terpaksa batalkan. Aiman dah cuba dua kali. dia kata tak selamat. Aiman sendiri hampir cerdera serius masa dia cuba flying-fox. sebagai pilihan semua orang kena berenang... tak kiralah kuak kupu2 ke, kuak dada ke, kuak buaya ke......


satu kumpulan dah hampir sampai ke darat.... yang penting kerja kumpulan.... bukan nak syok sendiri. tolong kawan2 yang tinggal jangan tinggalkan kawan kat belakang....







kalau ada buaya habis kenyang buaya tu makan budak2 tu hahahaha....

p/s: aku seram gak nak berenang.. takut kena kejar dengan biawak...



majlis perpisahan En. Hassan..... dia mantan ketua jabatan aku. orangnya selamba rock tapi tegas jangankan student takut aku pon kadang2 seram nak jumpa dia hehehe tapi dia tetap sempoi. dia nak ke mana ?..... dia bukan berhenti tapi sambung Phd.... lepas ni jadi Dr. Hassan Ali... :) way to go Dr. Hassan (Dr. in advance)


yang pandang henset canggih aku tu Zakuan... ketua kelas pelajar En. Hassan. dia perasan hensem je tu hahaha... baju kotak tu adalah baju paling dia suka (aku agak ler) tiap isnin kelas aku baju tuuuuuu lah yang dia pakai hahahaha... oh ya En. Hassan duk tengah tu.... cuba cari sendiri.





hah ni gambar penuh kelas En. Hassan dan Student dia...








hari selasa.... aku (staf biasa yang jadi mangsa hahahaha), Pian (ketua jabatan aku) dan Ezad (Ketua program) sambut TYT dari serawak. bukan kami bertiga je yang pegi, ramai lagi.


hehehehe.... hanya kami bertiga jer yang mengerti mengapa kami tersenyum. itulah pengalaman "berharga" kami bertiga. tak percaya.... percayaaaaaalaaaaahhh.







sempat algi aku curi2 amik gambar guna henset canggih abah aku punya (sekarang aku yang guna walaupun orang kata tu henset canggih aku hahhaha terima je laaaaa)






hmmm..... tu la sedikit cerita minggu ni. aku nak logout ni.... orang rumah aku dah membebel dah tu... dia kata "sejak ada broadband ni ari2 asyik blogggggggg jer" hahhahahaha k lah cabuttttt.

Gambar lagi


ni tengah bosan...








musim banjir di klate, kalau perati betul2 mesti akan nampak amni anak aku....










antara rutin amni kalau tak menyepah.... menyepah ler









ni masa aku tengah jaga final exam... dewan tu pertama kali secara rasminya guna aircond untuk final exam.

Aku dah boleh upload gambar

hah dah boleh pulak upload gambar...
aku nak upload beberapa yang sempat.



ni masa aku makan di restoran makanan minang kat seremban. yang best kat situ ialah daging landak.... amacam ada beran....









anak dara aku sorang ni memang tak boleh tengok air. apa lagi kalau ada ikan. bukan dia takut dengan ikan tu... tapi ikan tu yang akan takut dengan anak aku.









selain ikan... kucing adalah binatang yang paling anak aku suka. tak kira kat mana dia terserempak dengan kucing mesti dia nak berhenti dan main-main dengan kucing tu. gambar tu masa balik rumah metua aku kat klate.









haaaa... nilah gambar Nat Pokok getah yang aku cakap ari tu. ari ni baru dapat upload gambar. masa ni dah pukul 8.30 pg orang tak ramai. jadi makin cepatler aku beli barang dan balik rumah.

Khamis malam Jumaat


dua tiga menjak ni dah beberapa kali hujan turun. tapi panas terik masih lagi terasa. rumput dah mula berani keluarkan pucuk baru. ini adalah tanda kebesaran Allah, sebelum hujan turun rumput macam dah mati tapi bila hujan turun pucuk baru pun nampak menjengah.

esok hari akhir karnival ICT. siang tadi aku bagi kursus untuk pelajar sekolah menengah. seronok tapi aku rasa masa yang ada tak cukup. rasa macam banyak lagi yang taksempat ajar. harap aktiviti esok bertambah menarik. aku puas hati perjalanan program kali ni. cuma ada seperkara yang aku kurang senang dan geram. tentatif program hari pertama agak kacau sikit. mana taknya, tetiba sahaja ada satu kursus @ talk yang tak dirancang nak dilaksanakan.hmmm takperlah biar aku simpan dalam hati.

Sabtu pagi yang terang

buat sekian kalinya aku tak boleh nak upload gambar dari pada laptop aku... tak mengapalah. tapi aku rasa kecewa sebab tak dapat nak kongsi gambar yang aku ada. hmmm....

pagi tadi aku berkesempatan untuk ke kuliah umum Dr. Azwira di Masjid Syed Alwi. walaupun ringkas tapi amat padat ilmu yang disampaikan. isu yang di bawa ialah berkenaan raja' = harap, mengharap kepada Allah. memohon setiap perkara kehadrat ilahi. setiap kita pasti inginkan sesuatu dalam hidup ni. tapi manakah perkara atau kehendak yang utama, dunia atau akhirat. dalam memohon dan mengharap sesuatu pada Allah pastinya ada syarat yang perlu kita penuhi. aku pasti setiap perkara yang kita nak buat pasti kita perlu penuhi syarat tertentu. aku bagi analogi, kalau nak lulus exam dengan cemerlang pasti kita kena belajar dengan sungguh2 dan rajin. macam tu jugak untuk kita harap dan memohon sesuatu daripada Allah. antara syarat untuk berharap pada Allah ada tiga perkara, pertama: kita perlu mempunyai keinginan yang kuat terhadap apa yang kita harapkan. bukan sekadar main-main sahaja. perlu ada kesungguhan, kedua: bimbang kalau2 apa yang diharapkan tu tak dapat dicapai. dalam keadaan ni pasti kita akan secara tak langsung akan bersungguh2 berharap kepada Allah, ketiga: yang seterusnya pastinya kita perlu kepada persiapan yang mantap untuk mencapai apa yang diharapkan.

setiap persiapan pasti ada perkara yang kita perlu penuhi. dalam hal ni apa yang perlu adalah nilai taqwa dan iman dalam diri seseorang muslim. Dr. Azwira seterusnya menyatakan bahawa bukan semua perkara kita boleh mohon kepada Allah. antara perkara yang tidak berlakunya raja' pada Allah ialah memohon perkara yang telah pasti. contohnya memohan supaya malam tidak berlaku. perkara ni tak boleh dipohon sebab malm tu telah ditentukan oleh Allah akan berlaku. selain tu, memohon perkara yang mustahil juga tidak dibolehkan. setakat ni yang dapat aku nukilkan daripada kuliah pagi tadi.

lepas kuliah pagi tadi aku jalan2 di mata ayer... dah lama jugak aku tak jalan2 kat sana. suasana damai kawasan perkampungan tu semacam memberi suatu ketenangan pada aku.

sampai di Pauh aku singgah beli nasi lemak dan sedikit kuih untuk isteri dan anak aku.

dekat rumah aku baring kejap... tak tahu kenapa. kepala aku rasa macam nak pecah sakitnya. masa tulis blog ni pon aku rasa sakit sangat kepala. tapi sempat gak aku update blog dan buat online transaction.... baiklah aku nak baring sat. aku rancang nak ke Kolokium di dewan wawasan kangar pukul 2.30 petang ni. kalau tak ada aral insyaAllah.

Macam tak percaya.... tapi percayalah

Beberapa ketika ni perlis musim panas. kalau siang memang aku tak tahan. boleh sakit kepala kalu terdedah tengah panas. malam pulak agak sejuk, cuma awal malam bahang panas siang masih lagi terasa.

musim kemarau macam ni kebanyakan tempat berair akan kering kontang. termasuklah di parit2 atau tali2 air. yang begitu mengkagumkan aku, tali air yang kering kontang ni waktu musim lain bukan setakat ada air saja tapi yang lebih menakjubkan ramai orang bersidai tepi parit atau tali air untuk memancing. ajaib sungguh ciptaan Allah ni. ramai yang memancing bermakna banyak ikan yang ada dalam parit tu...... sekarang ni mana ikan2 tu pegi ek. hmmmm... hebat ciptaan Allah tu.

pokok getah dah mula keluarkan pucuk muda. kalau ikut fikiran aku musim kemarau dah hampir ke penghujungnya.

isy baru tulis sikit dah ngantuk...... hmmmmm

Gambar

hmmm aku geram betul... sejak hari tu lagi aku tak boleh nak upload grafik

AAAAAAAAArgh.

aku dah mula menguap2 dah ni mata po dah dua tiga kali terlelap....

huh beratnya mata... baik lah.... aku nak tidur dah ni... ngantuk..

Hari Rabu malam Khamis

kekadang kita rasa masa yang kita ada tak cukup, kenapa? apakah kita dah guna sepenuhnya masa yang ada. bagi aku sebenarnya kita dah terlalu banyak masa dengan kerja yang tak berfaedah. apa pulak yang dimaksudkan dengan perkara yang berfaedah dan yang tak. mari kita renung dan fikirkan.

suatu masa dulu aku pernah kerja dengan penuh rasa kebimbangan. adakalanya aku rasa seperti ada yang tak kena dengan diri aku sendiri... hmmm atau suasana kerja itu sendiri. aku bermula dengan kerjaya yang tiada jaminan masa depan yang cerah. cuma aku amat berterima kasih dengan pengalaman yang banyak aku perolehi.

banyak ragam yang boleh aku senaraikan dalam suasana bekerja ni. dari dulu sampai sekarang suasananya sama cuma yang berbeza adalah watak2 yang ada dalam suasana tu. segala sifat buruk atau mazmumah wujud. aku selalu tertanya, tak bolehkah semua orang bersatu, saling menyokong antara satu dengan lain. tapi dalam mana2 komuniti pasti ada sikap buruk.

hmm.... apa aku melalut ni.... bukan apa, aku teringat awal2 keje dulu.

Awan mendung lagi

hmmm... dah naik gian pulak aku kembali menulis blog ni.

dah beberapa kali aku cuba upload gambar tapi tak boleh2 jugak tak tahu kenapa.... isy geram aku, message yang keluar "done" tapi tak dan gak aaaaarghhhh.....

sebelum zohor tadi ada helikopter mendarat kat tepi padang rumah aku (kuaters tempat aku tinggal) masuk ni dah dua kali kenderaan udara tu mendarat... yang hari tu mendarat cemas.... kali tak cemas. tak tahulah apa alasan heli tu mendarat.... paling seronok budak2 ler... anak2 jiran aku sume p tengok secara dekat heli tu. satu hari nanti mungkin salah sorang jadi pilot....

pagi tadi macam rutin biasa... aku ke nat (pasar basah + kering kat utara) aku rasa dah lewat jugak tapi orang yang jual ikan tu ada yang lagi lewat dari aku... ada gak yang awal, ada yang dah setting tempat sejak petang semalam lagi. apa2 pun aku memang suka sangat ke nat ni (nat pokok getah, arau, perlis) barang2nya segar belaka. ikan segar, sayur segar, orang segar.... eh silap..... hmmm betullah tu... orang segar2 pagi2 ke nat beli barang keperluan. nak diceritakan betapa segarnya sayur: aku beli bayam kat sorang pakcik ni (aku regular customer dia) dari jauh dah senyum kat aku... mulanya aku tak berniat pon nak beli sayur kat dia hari ni, tapi bila dia dah senyum aku pun teruja nak beli. jadi aku belilah bayam dua ikat (dalam hati, ni mesti wife aku marah bila balik nanti sebab beli sayur banyak sangat kahkahkah) sambil beli aku tanya pakcik tu "sawi takdak ka pakcik" (tolong baca dalam loghat utara) pakcik tu jawab "kaecik lagi minggu depan ada kut" pakcik tu tanam sayur tepi rumah dia. sayur yang dia jual semuaaaaaa segar, kira macam malam tadi cabut pagi ni terus jual.

hah itu cerita nat pokok getah..... sebelum bali sayur aku beli ikan dan lain2, ni lah rutin mingguan aku. aku beli bekalan untuk seminggu. kadang2 aku macam rasa jiran2 aku seram jer terserempak dengan aku masa aku bawak barang. apa tidaknya, meriah sungguh, tak cukup tangan kadang2 tu. apa yang mampu aku respon... senyum je la... tapi kekadang orang tak tanya aku dah jawab dulu "saja beli untuk seminggu" hahahahaha. minggu ni aku ke nat sorang. selalu dengan isteri dan anak aku. saja nak pegi sorang. aku aku pegi sorang cepat sikit. kalau pegi dengan orang rumah aku, tujuh kali tawaf nat tu pon tak abis lagi hahahaha (saja nak usik manja isteri aku) kadang2 yang aku seram dengan orang rumah aku tu, apa taknya boleh ke dia tanya orang yang jual ikan, ikan tu nak masak apa... isy2 tapi bagus gak bertambah banyak ler resepi kat rumah aku... dan bertambah la berat aku sebagai food tester.

petang ni langit berawan.... macam mendung... atau mendung sebab pembakaran jerami padi (tak pasti jerami ke batang padi yang tertinggal)...

Apa nak tulis ye?

aku sedang tengok2 beberapa web site dan juga blog yang menarik. kebanyakannya sumber maklumat yang sering aku lawati. tak kiralah apa jenis maklumat. antaranya berkenaan perkara umum dan sosial, politik dah semestinya (ni modal untuk borak ngan orang yang selalu cakap politik hahahaha.... kena ada modal), ilmiah - ni yang penting, setiap inci isu kat dunia ni perlukan rujukan dan panduan ilmu atau sumber rujukan ilmu yang baik. lantaran setiap apa yang di perkatakan pasti ada hujah yang dapat dipertanggungjawabkan. cuma ada masa isu satira atau mitos pon aku suka jugak. bukan apa, ada masanya aku perlu loyar buruk gak.

cuma.... hmmmm tak sedap pulak perkataan cuma ni kat depan - selalunya - haaa ok sedap sikit - selalunya orang taknak terima sesuatu yang berlandaskan ilmu. bukan dalam satu isu atau perkara sahaja.... banyak perkara. dalam isu politik contohnya.... diaorang suka sangat berbalah ikut sedap masing2 asalkan pihak yang satu lagi "nampak bersalah" dimata orang awam. bila disentuh atau dikaitkan sesuatu perkara tu dengan ilmu lantas diaorang lebih suka ikut suka hati. kekadang banyak pandangan dan kajian ahli akademik tentang sesuatu isu yang berbangkit sebagai tak betul, salah dari segi undang2 atau sebagainya, tapi diaorang taknak ikut. bahkan kekadang diorang salahkan orang2 akademik yang bagi pandangan. terlalu kelakar aku rasa. mungkin aku boleh buat analogi macam ni: ada sorang cikgu silat yang tak reti apa2 tentang kungfu tiba2 menyalahkan orang belajar kungfu sebab cara tumbukannya tak betul... eh apa analogi aku ni hmmm boleh lah kut.

satu perkara lagi, bila diperhatikan keadaan isu semasa, aku terasa ada sesuatu tidak adil atau tidak jujur sedang berlaku dikalangan politikus di negara ni. seolah2 dioarang ni terlalu mengejar pangkat dan keduduakan tanpa memikirkan tanggungjawab yang akan diaoarang galas nanti. secara logikanya bukankah diaorang ni ada agenda yang tersembunyi... aku teringat apa yang rasulullah pernah bagitahu... ada tiga perkara yang akan menjahamkan akhirat kita kalau tak dielakkan atau dijaga dengan teliti antaranya: pangkat, harta dan wanita. jom kita tengok posisi negatifnya... logiknya kalau kalau seseorang tu (ni orang yang crook dan takde asas agama yang kuat pastu taknak amal islam) dapat jawatan yang tinggi pastinya dia akan ada pengaruh yang luar biasakan...

maksud aku pengaruh orang dibawahnya dan jugak orang yang perlukan "tanda tangannya" tak gitu. tu biasalah kan dah adat. kuasa kalau bukan berada pada orang yang beriman dan bertaqwa pasti akan kelam kabut. hah pada peringkat ni pasti orang tadi akan gunakan kuasanya untuk kesenangan hidupnya. dah ada kuasa semua ditangannya, selagi dia boleh jadi "dewa" selagi dia akan guna kuasa. pastu dari situ dia akan "buat duit" dengan seronoknya. bila dah seronok tahap maksimum mulalah nak cuba yang bukan2.... minum wiski dan adik beradiknya dan yang paling orang lelaki nak cuba ialah nak "test drive" perempuan. lagi ramai lagi diaorang seronok, betultak. alahhhh... macam kita test drive keretalah.... paham :) ... huh macam tu kesan negatif yang aku rasa akan berlaku. ni bukan cakap je tau, perkara ni pernah aku tau masa kerja dekat KL 2 tahun -+ yang lepas, ada yang depan mata aku dan aku yang aku dapat maklumat dari orang yang aku percaya. ni bukan aku tuju pada ahli politik tapi semua peringkat manusia terutama untuk diri sendiri.

aku teringat tafsir surah at-takasur. cuba baca, hayati dan perhatikan:

“Telah melalaikan kamu perbuatan berlumba-lumba untuk membanyak-banyakkan (harta benda, kuasa dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk)! Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk)! Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin. Demi sesungguhnya! kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Selepas itu, demi sesungguhnya! - kamu akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin. Selain itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari tentang tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!”.
(ayat 1-8 at-takasur).
wahai orang2 politik yang terlajak atau terbukak blog aku ni, marilah kita kembali kepada tindakan yang berlandaskan ilmu yang benar dan ikhlas tanpa mengira di pihak mana anda berada. jujurlah dengan segala tindak tanduk anda kerana ada yang sedang memerhatikan anda.

hah macam tu jugaklah dalam beragama ni. segala perkara wajib berlandaskan ilmu yang muktabar sahih lagi benar berlandaskan alquran dan sunnah nabi s.a.w. aku bukan orang bidang agama pun cuma banyak perkara dalam beragama ni orang tak ikut sunnah yang sebenar. ramai yang lebih suka ikut apa yang turun dari nenek moyang diaorang tanpa menyelidik asas ilmu yang menjadi rujukan. aku tak nak ulas panjang hal ni.... mari kita befikir sejenak. nanti aku sambung semula.

Petang Sabtu yang damai

Hampir seminggu Amni tak berapa segar. keletah yang rancak jarang kelihatan. selalu benar aku rindu keletah Amni nak rancak. cuaca panas terik dan berbahang mungkin antara penyebab amni tak berapa segar. tadi pun dia muntah lagi. batuk + selesema + demam. kesian Amni...

Musim panas di Utara

Agak lama aku tak menulis dalam blog ni. Capaian ke internet agak lembab. aku baru jer beli broadband jadi selalulah aku cuba update bog ni.

Beberapa hari ni cuaca amat tak menentu. angin timur macam dah habis, sekarang ni cuaca terlalu panas dan kering. bahang terasa sangat bila waktu malam. kipas jangan tanya berapa kelajuannya. silap hari bulan boleh terbang rumah aku.

aku sekadar update blog yang lama dah aku tak usik.....

tiba-tiba aku teringat pasal keadaan politik dan ekonomi dunia sekarang... lebih-lebih lagi di malaysia. pada pendapat aku, ramai orang politik sibuk dengan periuk nasi masing-masing tanpa memikirkan kemelut ekonomi yang semakin meruncing. bukan tu sahaja, rakyat bawahan terus dangan kepayahan hidup dengan beban harga barang keperluan turun naik tak boleh dijangka apa yang akan berlaku. pertelagahan antara fahaman politik tak membantu keresahan dan kebuntuan rakyat marhain.

masing-masing dengan ego......

banyak boleh bincangkan berkenaan semua di atas...

eh.... ngantuk dah ni. cukup dulu.

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.