Khamis malam Jumaat


dua tiga menjak ni dah beberapa kali hujan turun. tapi panas terik masih lagi terasa. rumput dah mula berani keluarkan pucuk baru. ini adalah tanda kebesaran Allah, sebelum hujan turun rumput macam dah mati tapi bila hujan turun pucuk baru pun nampak menjengah.

esok hari akhir karnival ICT. siang tadi aku bagi kursus untuk pelajar sekolah menengah. seronok tapi aku rasa masa yang ada tak cukup. rasa macam banyak lagi yang taksempat ajar. harap aktiviti esok bertambah menarik. aku puas hati perjalanan program kali ni. cuma ada seperkara yang aku kurang senang dan geram. tentatif program hari pertama agak kacau sikit. mana taknya, tetiba sahaja ada satu kursus @ talk yang tak dirancang nak dilaksanakan.hmmm takperlah biar aku simpan dalam hati.

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.