Hari hari terawal berkursus

Dah dua hari aku berkursus.... seronok jugak.... yang tak seronok nak kena buat ganti kelas bila balik perlis nanti. sekarang aku kat KL.... kursus kat Genting.... aku ulang alik dari KL ke Genting. macam jauh jer bunyinye kan.... tapi sebenarnya dekat je. rumah mak aku dekat ulu kelang. jadik, dari ulu kelang ke genting tu makan masa 35 minit (dengan kelajuan kereta ferari yang aku bawak tu hehehehehe)




gambar dalam perjalanan ke KL... amni main dalam kereta macam dia main kat rumah je.... dia tak perasan kereta tu bergerak pantas kut... hehehehe gambar tu saja aku sengetkan supaya yang tengok tu sengetkan kepala sama...







amni dengan gaya seorang perenang yang hebat... tapi mana airnye amni.... pelampung dah ada.... hmmmm bocor ler pelampung itik tu kejap lagi.......









ni gaya amni duduk "bawah" kerusi aku macam tak percaya. tapi inilah caranya..... anak ayah kreatif.








ni suasana bilik.... kami kongsi tandas. bilik single tapi tandas jer kongsi.... tapi kalau aku lain sikit sebab aku kongsi segala-galanya dengan orang sebelah tu (sebab orang sebelah tu wife aku)









suasana dalam dewan kuliah tempat berkursus.... sesi petang. sesi pagi memang best dan mantop... tapi sesi petang ni penceramah dia kurang menarik.... bagi aku ler....










dari tempat berkursus tu boleh nampak puncak genting highland dan sky way atau un cable car. tengok je ler dari jauh. aku terlalu gayat nak naik cable car tu.... bagi ler sejuta... baru aku naik hehehehe...

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.