Khamis malam Jumaat

Dah hampir pukul satu pagi... aku tengah tunggu adik2, abah dan ibu sampai dari KL. esok sepupu aku akan bernikah dengan orang Jitra. ramai jugak rombongan keluarga aku dari KL. cuma yang menginap di rumah aku ialah adik beradik (tak semua datang) dan ibu abah. yang lain mungkin singgah rumah aku kejap kut... sebab depa naik bas... hmmm maksud aku satu bas tu rombongan dari KL... dan satu bas tu jugak keluarga aku dari KL... huh kalau satu bas lepak rumah aku macam mana ye.... hmmm... singgah ok.

suka orang datang rumah :)

sesambil tengok astro rancangan AFC.... asian food channel... tajuknyareturn to river cottage. hmmm.... macam biasalah, ni rancangan wajib aku. wife aku cukup tak suka channel ni hahahaha... tapi aku suka sangat tengok rancangan masak2 ni... satu lagi channel travel... huh tak berganjak aku depan tv (masa terluang jer... tak selalu ponnnn)




ni ruang harian aku di pejabat. 60% masa aku habiskan kat sini. aku rasa dah tiba masanya aku ubah kedudukan yang lebih strategik. hmmm.... tapi bila ye. isy malas pulak nak alih2 barang2 ni... tunggulah hari rajin aku




keadaan salah satu daripada bilik dekat rumah aku. dindingnya retak, kalau hujan lebat beserta dengan angin mesti air masuk. bertakung air dalam bilik tu... masuk kali ni dah dua kali tilam aku basah. tapi bila aku tengok dekat luar bangunan, dindingnya dah bertampal. tapi air masih lagi masuk.... kualiti ke produktiviti??? atau buat tak peduli....



ni amni... anak aku yang sulung... dia tengah cuba tudung yang umi dia baru beli.... masih dalam proses penyesuaian...

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.