Mari belajar pakai kain sarung batik

mungkin ada yang masih lagi tak reti untuk pakai kain batik, terutama kaum hawa. kain batik ni pakaian orang perempuan di rumah... maksud aku uniform diaorang hehehe.... jangan marah arrr.... tapi sekarang tak ramai golongan ni yang pakai kain batik di rumah. depa lebih suka pakai seluar atau yang sewaktu dengannya. kain batik kalau dilihat dipakai oleh kaum hawa di rumah rasanya lebih nampak sopan dan ayu :) jadik untuk isu kali ni aku nak paparkan cara2 memakai kain batik oleh anak aku....... pastikan sebelum meneruskan pembacaan kain batik telah disediakan di sebelah puan-puan dan cik-cik semua... ini bagi memudahkan proses pembelajaran berlangsung...... :)

mari kita mulakan..... latihan ini di pimpin oleh amni sumayyah.



step 1: masuk ke dalam kain... pegang kain dengan kedua2 belah tangan.... hmmmm pastikan kedua2 kaki anda di dalam kain ye.







step 2: lompat dan terus melutut ke lantai....

p/s: atas tilam lagi bagus taklah sakit lutut nanti







step 3: bersedia untuk masuk ke dalam kain tu.... pastikan tiada serangga di dalam kain sebelum di pakai.







step 4 : masuk dalam kain dan terus lompat dan baring atas lantai. proses ini bertujuan untuk mematikan serangga yang tak dapat dikesan dengan mata kasar.....






step 5 : keluarkan kepala sebentar untuk ambil udara segar.... tariiiiiiikkkkk nafassss........ hemmmbusssssssssss.... tarikkkk.... hembus. ulang sebanyak tiga kali.






step 6 : masuk ke dalam kain semula dan duduk diam2 dalam kain tu sehingga diberi tahu pada sesi penerangan akan datang.... latihan akan disambung pada sesi akan datang...







amacam..... ada berani...... cubalah....

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.