Minggu akhir di IAB Genting & KL

Catatan ni aku taip selepas seminggu berada di Perlis. hari ni aku ada kelapangan sikit... tak ada kelas hari ni. seminggu ni agak sibuk dengan AUDIT... huh baru jer turun dari Genting dah kena audit pulak. tertekan gak aku rasa. tapi tak mengapa itu semua dah tugas. cuma aku tak update banyak perkara pastu nak kena audit pulak. ayoyoooo.... kelam kabut dibuatnya. masa yang terhad yang ada tu aku cuba untuk kemaskini kerja-kerja aku. lantasssss.... aku pasrah nak kena audit. hmmmm.... audit ni bagus... sebab kita akan tau apa yang perkara yang belum lengkap dan mana perkara yang tak ikut piawaian yang ditetapkan. secara murninya tukang audit akan bagi tau mana yang betul dan mana yang salah untuk dibetulkan. dalam suasana macam tu barulah best.... ni tak asal audit jer tukang audit tu seolah2 tujuan utama diaorang untuk carikkkkk kesalahan sajer... pastu mulalah pandang sinis kat kita... macam kita ni dah gagal dalam dunia ni.... hah perkara tu lah yang buat "orang" terutamanya aku... CUAK......

seminggu ni aku rasa rindu kat IAB. rindu dengan suasananya dan para pensyarah kat sana. di bawah ni aku paparkan coretan minggu akhir kat IAB yang sempat aku upload:



En. Aznan sedang bari ucapan. hari penutup. ucapan dari wakil BLK dan IAB. hari tu jumaat jadik program penutup tu macam tak teratur. tapi semua orang tak kisah dah sebab masing2 nak balik.









baru lepas exam.... huh ingat senang rupanya ada yang aku tak leh jawab. mujur objektif.... apa lagi aku guna senapang patah ler menjawabnya... ni tengah lepak kat belakang. ada taklimat lepas exam tu.










nama aku kat nombor tujuh.... maknanya nombor meja aku pon nombor tujuh gak. hmmm.... teringat masa ambik SPM dan STPM dulu, nama aku selalu kat kerusi depan sampailah sekarang pon sama.... seronok gak camtu.









gambar kumpilan aku.... sehari sebelum group presentation..... kami siap buat lakonan guna video untuk presentation.











sabar zubir..... seminggu jer lagi. untuk rekod zubir dah dua minggu tak jumpa isteri dia.... hahahahahahaha....













spiderman......














syarahan tentang ICT dalam pendidikan....













auwwwww.... terkejut aku... binatang ni panjat betis aku tanpa disedari....














apa yang perlu ada atas meja semasa kelas berjalan hehehehehe.... sambil menyelam minum air....

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.