Orang yang bertanya tak semestinya tahu apa yang ditanya.... hmmmm

dah beberapa hari ni cuaca agak panas dan berbahang. semalam tak lena aku tidur. berpeluh. rasanya kipas dah maksimum. jadik malam ni aku tidur kat ruang tamu sambil update blog ni :) ruang tamu luas sikit... peredaran udara pon luas... lagi luas lagi sejuk.... teori baru aku... amacam boleh buat tajuk Phd tak hahahaha.... Oopss

siang tadi aku kena observe dengan ketua program... aku ok jer, cuma ada ler sikit rasa cuak..

lepas buat lab sekejap aku lari pulak ke dewan kuliah utama... ada pembentangan projek pelajar semester akhir. tak banyak aku dapat tengok. ada beberapa pembentangan dapat aku tengok.... pada aku keseluruhan projek ada peningkatan daripada semester yang lepas. cuma kadang2 komen dari juri tidak begitu relevan dengan projek pelajar. kekadang perkara macamni akan menyebabkan kreadibiliti juri tu akan jatuh. maaf aku terpaksa nak tulis gak kat sini... ada juri komen projek berasaskan multimedia tak menepati objektif sebabnya tak ada salah satu elemen multimedia.. isy aku pelik jugak gitu..nak jawab, aku bukan reti sangat nak bertekak dengan orang.. bagi aku asalkan ada lebih dari satu elemen multimedia sudah cukup... tak perlulah nak masukkan semua elemen2 multimedia dalam projek.... hmmm kalau jadi macam ni pelajar akan persoalkan komen dan orang yang beri komen.... isy hangat pulak aku .... hehehehe...

dari dewan aku ke klinik kejap.... nak bagi suntikan untuk anak aku... tapi tak jadi sebab anak aku perlu masa sebulan lagi... alasan... sebab anak aku baru sihat dari demam campak.... hmmmm....

petang aku ke dewan.... semuanya mantop.... kalau aku bukak syarikat nanti aku panggil depa... ceeeeewah... bila laaaa aku nak setup syarikat.... modal nak beli barang rumah pon ciput apalagi syarikat...... oh ya syarikat virtual boleh gak kan.... hmmmm... aku nak jual racun pembunuh kutu secara online....sapa yang ada kutu beli ubat kat aku .... online tuuuuuuu...

balik pejabat..... hmmm fikir menu apa malam ni ek... biasalah... wife aku masak.... aku.... hmmm aku.... aku bagi cadangan jer... malam ni makan ayam masak kicap masakan wife aku.... nyam nyam... sedapppp.... setakat ni tak de yang tak sedap wife aku masak... masak air pon sedap hehehehe.

eh dah pukul berapa ni..... ngantuk pulak rasanya...



saja tampal gambar....

sapalah yang guna tablet tu pastu tak letak yang sepatutnya isy...isy... cobaaaaaaan..





tunggu student kejap..... dulu student tungu cikgu.... sekarang terbalik plak....







p/s: hausssss.... minummmmmm.... hmmmmmm

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.