Aaaaaarrrrrrgh...... huh.. lepas sikit geram rindu :) nak menulis...
aku rasa dah terlalu lama sangat tak kemaskini blog aku ni.... dua minggu lepas aku sibuk dengan urusan exam dan carry mark student... projek... dan macam-macam lagi... kemudian aku ke kuala terengganu dua minggu... kursus induksi... kursus untuk sah dalam jawatan. biasalahkan bila dah join jabatan kerajaan ni banyaklah kursus aku kena pergi.... terutama untuk naik pangkat, sah jawatan dan sebagainya. ada baik dan ada kurang baiknya.... baiknya banyak input tentang urusan pentadbiran (walaupun tak terlibat secara mendalam) buruknya masa banyak "terbuang" macam tu sahaja sedangkan main course aku adalah mengajar... bagi aku bila ngajar ni.... masa amat penting terutama untuk cari bahan untuk mengajar, siapkan bahan untuk ngajar, buat kajian untuk tambahkan kemahiran, penerbitan, penulisan dan lain2 yang akademik. tapiiiiii..... hmmm malas nak komen lebih2 kat blog ni. sebab.... ada ke orang nak ambik peduli. cuma teingat masa dekat swasta dulu.... setiap perkara orang akan nilai untuk "naik pangkat" atau naik gaji.... semuanya berasaskan performence.....
hmm... dua tiga tulisan aku lepas ni berkisar peristiwa yang tak sempat aku catatkan dua tiga menjak nih...
Aku sibuk atau Aku menyibuk.... mana betul.
Posted by
askRAIN
Sunday, May 31, 2009