Besok dah nak Jumaat

awal pagi dah ni.... tadi masa tidurkan anak aku... dengan aku sekali tertidur... yang pasti anak aku yang tidur dulu.... hmmmm ke aku yang tidur dulu... isy kompius pulak. bila dah terjaga ni segarlah pulak rasanya. jadi aku pon memblogkan diri aku kejap sesambil surf site ni http://www.asianfoodchannel.com/ dan site yang hujungnyer daily tuuuu :) ...... saja tengok apa info terbaru.... sebagai bahan alternatif kita kena ada bahan bacaan yang pelbagai dan adil dalam mendapatkan maklumat. ohya tv pon aku sambil2 gak tengok.... bukan sukan bola tapi rancangan licence to grill... hehehe wife aku dah tidur... kalau tak kompom dia membebel kat aku... sebabnya... tengok rancangan memasak tapi tak masak pon.... hahahaha...

aku ni bukanlah ekstrem nak berpolitik... tapi terkena gak tempias politik tu bila kita hidup dalam negara yang orangnya TERlalu pentingkan politik. malas nak ulas.... sebab bukan bidang aku pon. tapi dari analisis aku yang umum... politik kat negara aku yang tercinta ni dah macam politik bebudak kecik yang main pondok-pondok....:) .... semua nak jadi bapak hehehehe korang ingat tak... teringat aku masa kecik2 dulu..... bagi aku semua orang yang dalam politik perlu hadapi semua tu dengan ilmu.... bukan emosi atau keuntungan poket. bukan tuduhan tapi itulah kebenaran yang pernah diuji terhadap Rasulullah.... jawatan, duit dan wanita.... ada yang jujur dan ikhlas... itu aku tau.... cuma sebagai rakyat yang suka beranalisis aku suka tengok politik yang matang dan berilmu... salah katakan salah benar katakanlah benar... tak kira parti apa kita. berdirilah atas landasan yang aku sebutkan tadi tu.... bukan apa... peristiwa di Perak siang tadi buatkan aku MELUAT sangat.... teringat aku rancangan kanak2 mini dewan rakyat dulu.... rancangan tu lebih berhemah lagi aku rasa... walaupon rancangan tu macam drama jer tapi aku tak pernah failed untuk tengok... best jer tengok bebudak jadi ahli yang berhormat...

"bawak bertenang yang berhormat"... "tuan speaker saya minta izin untuk keluar dewan untuk minum susu"..... hehehe antara dialog yang aku masih ingat..

untuk YB kat luar tu.... jadilah "Yang Berhormat".... jangan jadi "Yang Bebudak"......



gambar yang aku tangkap beberapa hari ni.... picture will explain every thing......


ni lauk yang aku masak... masakan Minang... aku orang Minang maaa.... kelmarin dulu teringat kat masakan ni.. terus call Ibu tanya resepi.... guna ikan ayor/tongkol, cili muda/hijau, bawang besar, halia, lengkuas, bawang putih, garam, air asam jawa(walaupun masakan minang hehehe)- cara masak, goreng ikan tu... bahan lain tumis, bila dah layu masukkan air asam jawa, bila dah kering sket.. campak ikan dan gaul semesra mungkin.. pastu makan ngan nasi.... ada berani... try laaa




carik kain.... carik kain.... huh nasib ler kasut dia ada bunyik senang sikit nak kesan lokasi dia....







beberapa kawan2 aku yang tolong nilai projek pelajar kelas aku.... hehehe cuak bebudak tu bila aku jemput 4 orang penilai... saja jer... kalau aku nilai kang sume dapat 101 kang.... hehehehe...







tak bagi kang dia nangis... bila bagi... gini lah.... hmmmm








petanda nak hujan lebat.... cabutttttt.....

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.