Kuaters diserang raksasa hijau

Arau 1 Mei - sebuah rumah di kawasan seduah kuaters telah diserang hendap oleh seekor raksasa hijau. raksasa tersebut muncul secara tiba-tiba tanpa peduli orang ramai yang tinggal di kuaters berkenaan. ramai kanak dan orang dewasa yang bertempiaran lari. banyak harta benda awam musnah akibat serangan raksasa ganas tersebut.


inilah imej raksasa tersebut yang diambil dari jarak dekat oleh jurufoto yang berpengalaman luas dalam bidang tangkap gambor raksasa.... aarrrrggghhhh...

untuk rekod raksasa ini belum pernah membunuh orang.



dalam kekalutan serangan raksasa hijau tersebut... kelihatan ultragirl (adik beradik ultraman) yang berpakaian preman sedang bergelut dengan raksasa tersebut. dipercayai pakaian rasmi ultrgirl tak sempat basuh lagi.... masih dalam bakul kain kotor.... namun usaha membantu bumi dari ancaman raksasa hijau ini amat dipuji. diharap orang ramai tidak mendedahkan identiti sebenar ultragirl ini bagi tujuan keselamatan.


inilah aksi ultragirl yang sempat dirakam... perhatian kepada semua pembaca, jangan cuba aksi ini di rumah tanpa pengawasan ibu bapa masing2.





di percayai raksasa tersebut telah tewas. namun dikhuatiri raksasa tersebut tidak mati. setelah mengaku kalah raksasa tersebut terus menghilangkan diri tanpa dapat dikesan dengan sistem radar amerika syarikat..... awas....


dipercayai inilah pukulan tanpa bayang yang digunakan oleh ultragirl untuk menghalau raksasa hijau....






diharap raksasa hijau tidak kembali lagi..... (ending dengan lagu ultraman... :)). untuk makluman, kejadian ini tak sempat difilemkan... ini menyebabkan slot cerita ultraman di astro 611 tidak dapat diisi pada minggu hadapan, harap maklum. slot tersebut akan diganti dengan iklan jimatkan elektrik dan jimatkan air.


ultragirl sedang mengambil tenaga setelah berhempas pulas melawan raksasa hijau....








ultragirl dalam perjalanan pulang..... untuk rekod, ultragirl sedang duduk dalam bakul basikal ajaib.... inilah kenderaan yang banyak membantu ultragirl.... cuma tidak dapat difahami mengapa ultrgirl duduk dalam bakul... kenapa tidak duduk di tempat yang sepatutnya.....

2 comments:

adanz 3:09 PM  

lor, awat tak pangge atromen kat umah sebelah2 tu je... dekat je. skang resakser tu da kat mana?

askRAIN 11:38 PM  

raksasa tu hilang tanpa tinggal kesan yang jelas.... hmmm mungkin akan kembali mengganas pada masa yang tak dijangka..... :)

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.