sebelum ke kuala terengganu...

aku bertolak dari perlis kurang lebih pukul 8.30 pagi 17 mei 2009...

satu perjalanan yang jauh... jadik aku cuba siapkan diri aku dengan persiapan mental dan fizikal. selalunya aku yang drive balik klate (kampung wife aku) jadik tak terasa sangat perjalanan tu jauh atau rasa pening (mabuk..... tapi sebabnya halal). kali ni naik bas. aku tak boleh nak agak berapa lama aku akan berada dalam bas tu.....

jadik bermulalah perjalanan yang memenatkan tu.....

dan bagai dijangka.... sebaik saja bas lalu kawasan grik, perak.... kepala aku dah mula pening dan mabuk... mujur aku tak ambil makanan yang berat... huh rasa nak tersembur isi perut aku. tapi aku berjaya kawal.... sampai je shell jeli aku turun.... momentem bas tu dapat aku rasa... walaupun dah turun bas tapi aku rasa macam dalam bas yang masih berjalan...

tarik nafasssss.... hembusssss... tarikkkkkk.... hembusssssss...

sambung lagi perjalanan ke ganu.... akhirnya aku sampai di destinasi .... gem beach resort, batu rakit, ganu..... wow.... first impression aku.... cantik resort tu... tepi pantai.... cuma landscape resort tu kurang diselenggara dengan rapi.... kalau bagi kat aku resort tu kompom menarik.... mesti jadi resort yang kelima tercantik di dunia :)..... ehhhh jangan senyum.... mana tau kan.... kalau owne resort tu terbaca blog ni.... tolong ambik maklum hal ni ek.... bukan komen aku cantik tu.... tapi pasal aku nak ambik alih resort tu.... amacam ada berani.....




ni bas berhenti isi minyak..... aku keluar kejap.... asal bas berhenti aku akan keluar ambil angin.... bukan buang angin ek... baca betul2 (walaupun memang aku buang angin, dalam bas takleh, takut satu pengsan hahahahha)






dalam bas.... aku duduk depan sekali..... kononnya nak elak dari mabuk.... hmmmm mabuk gak.....








antara staf yang naik bas dengan aku.... hehehe..... aku rasalah masing2 tengah bersedia untuk mengharungi dua minggu berkursus...... tinggal anak, tinggal suami, tinggal isteri......hehehehe sabor je lah......

1 comments:

Unknown 9:50 AM  

waa..meriah no koorg gi ganu. Mcm cuti-cuti Malaysia pulak..
Sudah masuk opis na ....kerja-kerja buat pa memblogging lagi...???

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.