Sembang kosong malam ni :)

kita mula dengan gambar sebelah ni... ni gambar amni ahad lepas di pacific alor setar....umi dia tengah cari barang2 untuk adik amni. aku "taking care" amni... huh lenguh jugak melayan dia.... semua tempat dia explore... yang tak tahan tu suka sangat laaaa masuk fitting room.. nasib baik tak ada orang... kalau tak nahas aku... bila dah masuk fitting room tu tak nak pulak keluar.... sebab apa... sebab suka tengok cermin kat sekeliling dinding fitting room.... penamatnya... amni terjatuh dan terantuk dalam fitting room.... satu pacific dengar dia meraung... hehehe.... lepas tu tak main dah kat dalam fitting room tu lagi... tapi dia suka belon hiasan pulak.... uwaaaa.... cuma :) yang dia tak boleh tengok ialah patung yang pakai baju tu.... sebab dia pelik kenapa "orang" tu tak ada kepala dan tak bergerak... kalau bergerak agaknya patung besar tu pon dia mintak.....

satu permulaan coretan untuk malam ni...

bila ada anak ni apa saja dia buat aku rasa terhibur sangat... yelah kekadang tu geram gak.. bila fikir semula itulah dunia dia... dunia kanak2... susah nak faham apa yang diaorang mahukan sebenarnya... nak suruh cakap pun serba salah... seba diaorang tak reti cakap lagi (aku rujuk amni)... beberapa patah je yang aku faham..... isyu=susu, yak=dia dah buang air besar, di=mandi, air=nak minum air masak, jid=masjid dan lain2 lagi. amni bila malam agak manja dengan aku... suka sangat aku tidur dengan dia... masa aku tulis blog ni pon dia tidur kat sebelah aku... bila suruh tidur dengan umi dia tak nak dan terus lari kat aku... ni saja masa yang aku ada dengan dia. kebanyakan masa adalah dengan umi dia....

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.