Tulisan aku.....

belum ada tajuk....

desiran angin laut cina selatan
bertiup deras tetapi manja
mengusik dan mengulik tubuhku
bagaikan ada khabar yang ingin disampaikan
mungkin angin ini yang memanggilku
lantas aku hadir di sisi laut ini
di tepi pantai diulik ombak
dedaun pokok hutan persisir
bergetar disapa bayu laut cina selatan
aneh pasir dipantai itu
gebu putih mengulik jemari kakiku
aku berdiri tengak merenung hujung laut
seperti tiada hujung....
lantas aku berfikir sejenak
bagaimana sekiranya bumi ini segiempat
pasti di hujung setiap empat penjuru
ada air terjun mega....pasti
kembali aku ke kawasan sedar semula
masih di tepi pantai menanti
badai yang menghempas manja
sesekali kelihatan anak2 nelayan bersuara
riang bergurau dengan laut
jasadku aku tinggalkan sementara
fikiranku terus menerjah ke rumah
yang beberapa ketika telah ditinggal
kedengaran terikan manja tapi garang
anak gadis kecil yang akku tinggalkan
teringat aku jelingan manja yang dilontarkan
anak itu anak comel.......
tiba-tiba percikan air laut itu membasahi
terkena pipiku membasahi
aku sedar kini aku berada jauh
jauh di Kuala Terengganu

azrin
24/5/09 - 9.40 pm
GEM Beach Resort
Kuala Terengganu

1 comments:

pakcik ultroman 1:12 AM  

cayok le.. boleh dideklamasikan di persada perhimpunan jabatan nie... :)

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.