Isnin : semingu yang perlu ketabahan

beberapa hari yang lalu...

aku tak dapat nak update blog aku ni... ada dua sebab utama. pertama; ada keluarga wife aku datang... mak mertua aku pon datang... depa datang hari jumaat hingga ahad. aku seronok sangat orang datang rumah. dek kerana seronok layan tetamu aku tak sempat nak update blog ni... aku ada gambar yang sempat aku rakam... nantilah aku upload gambar2 tu..

kedua; wife aku dah tegur aku... katanya "sejak dah ada isteri nombor dua, isteri pertama dah tak layan jer"... hehehe... jangan salah tafsir ye... isteri nombor dua tu ialah blog aku ni hehehe sebabnya aku jarang tengok TV atau duk dengan wife aku waktu malam... tu pon masa ketagih aku memblog sampai ler... selain tu ok jer sebenarnye... ialah aku mengaku gak aku selalu gak surfing dan blogging... hmmm camner ye.... hmmm apa yang aku buat... biasanya aku ajak dia surfing dan blogging sekali... kadang2 jer sebenarnya.. tapi hujung minggu lepas aku dah cuba kurangkan aktiviti blogging ni... walaupon menggigil gak aku tahan ketagih aku tu.... huk huk huk....lagi2 pulak aku tengah carik templet yang baru dan menarik... aku dah jumpa dan sedang bersedia untuk tukar kepada templet

hari ni...

dah seminggu berlalu untuk aku siapkan kerja2 akhir aku... tapi masih lagi belum dapat disiapkan sepenuhnya dalam masa yang terdekat... ada dua sebab yang utama... pertama; masa lab kosong yang aku cuba mintak dengan jabatan lain tak dapat aku perolehi lagi sebab depa pon belom siapkan... sikit lagi kut... jadik aku tak nak ganggu depa. adat orang meminta... meminta pada yang lebih bukan pada yang kurang... jadik aku perlu tunggu depa siap dulu. aku ada 18jam perjumpaan tak dapat di masukkan dalam jadual waktu...huh (mengeluh panjang sambil pegang dahi...)

kedua; hari ni pendaftaran pelajar baru... jadik waktu ni adalah waktu suspen untuk aku... kalau kelas bertambah atau berkurang aku perlu rombak semula keseluruhan jadual waktu dan jam mengajar pensyarah.... kalau sama dengat aggaran awal.... haaaa inilah yang aku harapkan...

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.