Perancangan yang tak terduga

ahad lepas wife aku call dan sms.... kontraksi... aku pon balik rumah mertua aku...

namun... apa yang dirancang tak terjadi... wife aku dijangka due pada 8/8 (tarikh yang di beri oleh hospital swasta) dan 11/8 (oleh hospital kerajaan) namun sampai saat ni wife aku tak bersalin lagi... semalam masa aku bawak wife aku jumpa Dr di kelantan, wife aku diberi 2 minggu untuk tunggu masa sebelum di induce...

cuma....

aku lupa akan perancangan atau due date yang Allah tetapkan... kita tak tau semua tu. aku lupa semua tu... aku terlalu bergantung kepada makhluk... hmmm ampunkan aku Allah..

"manusia merancang, Allah merancang, sebaik2 perancangan adalah perancangan Allah"

sekarang...

aku bawak balik wife aku ke perlis semula dan tunggu untuk bersalin kat sini je.

terlalu banyak hikmahnya beberapa peristiwa yang berlaku kat aku beberapa hari ni... teguran dari Yang Maha Esa secara tak langsung pada aku.

aku belajar dari apa yang telah berlaku...

p/s: aku tak sempat update blog ni 2 3 hari ni... nanti aku akan upload gambar2 sepanjang aku tak update blog.....

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.