Malam: Dingin malam supuluh terakhir ramadhon

Rindu aku untuk menaip.... dah hampir seminggu lebih aku tak ada kesempatan untuk update blog aku ni.... banyak sebabnya. cuma malam ni aku cuba mencelah sekejap untuk update blog ni sesambil buat kerja. dua anak aku dah tidur. masa yang sedikit terluang bagi sedikit ruang melepas rindu. sebenarnya aku dah tak larat ni... penat sangat... hmmm...

masa dah terlalu suntuk untuk aku kejar ramadhon yang masih tersisa. beberapa ketika ini aku rasakan masa yang ada amat pantas berlari. aku tidak menyalahkan waktu dan suasana. cuma aku perlu lunaskan tanggungjawab aku sebagai seorang suami dan ayah. ya betul.... kebanyakan masa kesabaran itu amat penting. apatah lagi di bulan ramadhan. semoga apa yang aku laksanakan akan mendapat ganjaran dan dinilai sebagai suatu ibadah oleh Allah azza wa jalla. aku hanya berbisik dan mengadu pada Allah. itulah sumber kekuatan aku disaat ini.

aku takut ramadhon yang akan datang tak kunjung tiba buat aku. lantas masa yang sedikit ini aku cuba untuk mencuri waktu yang terluang untuk aku manfaatkan. Alhamdulillah setakat ni aku dapat melarikan diri sekejap untuk sujud bersama sahabat seislam yang lain, merapatkan saf dan berusaha mengejar lailatul kadr. kepada isteri aku.... aku berterima kasih tak terhingga, kerana memahami aku... walaupon sukar untuk aku dan dia menghadapi situasi ini, terima kasih sekali lagi.

esok rutin aku bermula sekali lagi...

malam ini akan berlabuh meninggalkan aku...

ramadhan semakin senja...

sebak dan sayu hatiku meninggalkan ramadhon...

aku berharap akan bertemu lagi ramadhon akan datang...

moga ramadhon yang aku tinggal ini mininggalkan kesan untuk aku...

umpama pasangan kekasih yang ingin berpisah...

sedih dan pedih untuk aku tinggalkan ramadhon...

pilu amat...

tinggal ramadhon.... tinggal ramadhon...

p/s: buat masa ni gambar terbaru tak dapat disiar... button camera henset aku patah... terjatuh aritu... waktu sahur... bukan lewat bangun tapi... berlari untuk buang hajat :) tak perasan henset, pastu jatuh berderai ke bumi.... hmmmm... nokia- masih boleh pakai walau tak semua.

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.