Sabar: Mudah disebut sukar dilaksanakan

Hari ni ramadhon dah genap 15 hari. semalam bulan amat terang dan jelas. cantik. masyaAllah la haula wala quwwata illah billahi 'aliyyil 'azhim... cuma malam tadi cuaca agak suram, bulan kelihatan agak kabur terlindung dek awan mendung malam. mungkin itu tanda hari ni akan hujan sepnjang hari (dah hujan pon kat luar tu...)...

aku dekat rumah...

di rumah bersama isteri... amni... hamzah...

isteri dengan hamzah...

aku dengan amni...





hamzah tidur nyenyak... dia tak suka kena bedung... cuma barut perut jer supaya tak kembung..









tidur... minum susu... buang air... itu rutin hamzah setakat nih...







sememangnya ramadhon bulan latihan yang terlalu mencabar untuk orang yang panas baran macam aku nih... tambah pulak puasa kan... jadik hangin dalam badan aku ni selalu tak stabil... bila sampai ke kemuncak.... ribut gak... tapi itulah cabaran dan ujian... bulan lain umpama "kuliah" dan bulan puasa ni "ujian pertengahan tahun"... ada kala aku gagal, ada kala aku lulus...

dalam melayan amni aku rasa betul2 mencabar. dia terlalu aktif bagi aku. banyak sangat idea dia nak main. apa yang terpandang pasti jadi bahan mainan. tak kiralah apa benda pon. aku sepatutnya faham, amni kecik lagi... aku perlu cuba bertenang untuk semua perkara yang aku lalui. semoga hari2 dalam ramadhon yang tinggal ni akan beri manfaat kat aku...





selesai je solat ni yang aku jumpa...... amni main bedak








hampir satu botol tu habis..... ni bukan kali pertama.






bukannya dia bedak adik dia.... tapi bedak katil dia.... bulan puasa ni angin aku memang tak stabil...... ni saja aku ambik bukti untuk tatapan dia satu hari nanti...

ohya.... amni selsema hari ni... macam nak demam..

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.