Kelantan: Perjalanan balik ke kampung wife aku

Beberapa gambar yang sempat aku capture semasa perjalanan balik ke klate... perjalanan macam biasa... cuma yang bezanya kali ni aku balik dalam musim tengkujuh aka musim hujan aka musim banjir di kawasan pantai timur...



rehat di hentian rehat air bainun.... ada beruk untuk di tontoni..







aku ikut jalan susur ke rantau panjang lalu panglima bayu... kira macam jalan short cut gitu... kawasan ni memang selalu banjir sebab dekat dengan sungai golok....



kawasan yang belum lagi surut... rajin adik tu bersihkan rumah selepas dilanda banjir... hampir separuh rumah dia tenggelam...








aku redah banjir.....







Banjir.... macam pesta.... tapi bahaya.... masa aku lalu bebudak tu siram kereta aku dengan air banjir... cuma takder sabun jer kalau tak, tak ubah macam mesin auto-carwash kat kangar :)







kereta tu MUNGKIN terbabas... atau dihanyutkan air bah... tak pasti







post imegeresen Malaysia-Thailand... masih ada air yang belum surut... pekerja imegeresen sibuk mencuci bangunan...







singgah kejap di masjid beijing di rantau panjang....







seni bina cina yang cantik... cuma pihak pengurusan masjid perlu peka dengan kebersihan dan beberapa perkara yang perlu diambil berat... bukan setakat berbangga dengan rekabentuk masjid yang cantik sahaja....






Islam agama untuk semua... Islam bukan melayu... dan melayu tak semestinya Islam....

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.