Teringat: Aku teringatkan sesuatu yang pernah aku dengar


Aku teringat khutbah jumaat yang disampaikan oleh Ustaz Yasir jiran aku beberapa waktu dahulu. masih terngiang2 aku khutbah jumaat hari tu. isinya terlalu padat untuk aku fikir dan renungkan. aku cuba manfaatkan setiap patah perkataan khatib. cuma ada beberapa maklumat aku tak ingat sebab aku tak menulis waktu khutbah di bacakan... dan akhirnya aku dapat teks khutbah tersebut dari blog Ustaz Yasir (tak tau pulak ustaz ada blog rupanya....) silalah lawat http://pengetuaptss.blogspot.com/ di bawah ini aku quote'kan beberapa maklumat yang perlu di kongsi bersama....

Orang yang bijak dan berjaya sentiasa membuat perancangan selari dengan matlamat akhir kehidupannya untuk terus hidup berjaya dengan kejayaan yang hakiki di bawah paksi surah az-Zariat ayat 56

“ Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri dan menyambahKu”

Apabila kita mencongak mudah ke manakah umur kita di dunia ini dihabiskan jika kita diberikan umur 65 tahun, itupun jika sampai.Kita tolakkan dahulu dengan 15 tahun umur yang maksimum biasanya seorang itu akil baligh yang mula dikira amalan baik buruknya ditanggung olehnya sendiri.Maka kira-tinggallah umurnya 50 tahun.50 tahun yang berbaki digunakan untuk apa?Adalah seperti seperti berikut:-

Jika satu hari kita tidur purata 8 jam sehari semalam maka 50 tahun yang berbaki ini akan dihabiskan selama 17 tahun untuk tidur.Itu tidak masuk tidur ketika khutbah,ketika kerja,depan computer dan sebagainya mungkin tahun untuk tidur boleh menjadi lebih.
Purata satu hari bekerja siang hari seperti mencari nafkah,belajar dan seumpamanya adalah 12 jam. Maka dia akan menghabiskan umurnya yang 50 berbaki tadi selama 25 tahun untuk aktiviti siang hari

Satu hari berehat minum-minum, makan, berkhayal, melepak adalah puratanya 4 jam. Maka kita akan menghabiskan 8 tahun untuk berehat, sedangkan kita akan berehat lama di alam sana. Dijumlahkan 17 tidur + 25 tahun kerja + 8 tahun berehat = habislah umur 50 tahun yang diperuntukkan kepada kita. Lalu bila masa pula kita akan beribadah khusus kepada Allah?

Katalah satu solat wajib akan dihabiskan selama 10 minit maka 5 waktu akan Berjaya dihabiskan selama 50 minit untuk solat,katalah ianya dibundarkan kepada sejam sehari.Kalau sejam sehari pun digunakan untuk solat kita baru menghabiskan selama 50 tahun umur berbaki ini hanya 2 tahun untuk solat.Itupun kalau satu solatnya 10 minit,dan biasanya professional hanya akan menghabiskan 1 minit setengah untuk solat manakala amatur hanya 3 minit setengah.2 tahun untuk solat dalam pada 17 tahun untuk tidur,25 tahun kerja siang hari dan 8 tahun berehat untuk membeli syurga Allah yang mahal harganya?!

Tetapi orang yang merancang untuk cemerlang di dunia dan akhirat tidak perlu risau kerana dia tahu seluruh hidup dan aktivitinya adalah ibadah walaupun tidur selama 17 tahun asalkan diniatkan kerana Allah dan dalam pada perbuatan yang dilakukan beserta niat kepada Allah itu tidak pula dia melanggar larangan Allah dan menbuat segala kewajipan yang difardhukan ke atasnya.
bertauhidkan Allah peganganku, berlandaskan sunnah hidupku.....

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.