Seputar ramadhon al mubarak

lagi info ramadhon yang dapat kita kongsi bersama.... baca, hayati dan amalkan... insyaAllah.


Status Hadis: Ramadhan;

Keampunan, Rahmat & Bebas Neraka.


Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, penuh berkat. Perkara ini sangat jelas dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw yang sahih. Perbincangan di sini ialah mengenai kedudukan hadis di bawah ini;

[ أول شهر رمضان رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار ]

Ertinya: Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka.

Menurut ulama’ hadis, dalil pembahagian Ramadhan menjadi tiga ini dhaif (lemah). Padahal hadis itu popular sekali di tengah bulan Ramadhan, disebut oleh penceramah dan pentazkirah.

Menurut Al-Ustaz Prof. Ali Mustafa Ya’qub, MA :Hadis itu memang bermasalah dari segi periwayatannya. Sebenarnya hadis ini diriwayatkan tidak hanya melalui satu jalur saja, namun ada dua jalur. Sayangnya, menurut beliau, kedua jalur itu tetap saja bermasalah.

Jalur Pertama: Salah satu jalur periwayatan hadisi ini versinya demikian:أول شهر رمضان رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار.

Hadis ini diriwayatkan oleh Al-’Uqaili dalam kitab khusus tentang hadis dha’if yang berjudul ‘Adh-Dhu’afa‘. Juga diriwayatkan oleh Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitabnya Tarikh Baghdad. Serta diriwayatkan juga oleh Ibnu ‘Adiy, Ad-Dailami, dan Ibnu ‘Asakir. Mereka Yang Mendhaifkan.

Adapun para muhaddis yang mempermasalahkan riwayat ini antara lain:

1. Imam As-Suyuthi.

Beliau mengatakan bahwa hadis ini dhaif (lemah periwayatannya). [Al-Jami’ Al-Saghir]

2. Syeikh Al-Albani.

Beliau mengatakan bahwa riwayat ini statusnya munkar. Jadi sebenarnya antara keduanya tidak terjadi pertentangan. Hadis munkar sebebarnya termasuk ke dalam jajaran hadis dhaif juga. Sebagai hadis munkar, dia menempati urutan ketiga setelah hadis matruk (semi palsu) dan maudhu’ (palsu). [Lihat: Dhaif Al-Jami’ Al-Saghir, No. 2135 “Dhaif Jiddan’]

Sementara sanadnya adalah:

1. Sallam bin Sawwar.

2. dari Maslamah bin Shalt.

3. dari Az-Zuhri.

4. dari Abu Salamah.

5. dari Abu Hurairah.

6. dari Nabi SAW.

Dari rangkaian para perawi di atas, perawi yang pertama dan kedua bermasalah. Yaitu Sallam bin Sawwar dan Maslamah bin Shalt.

Sallam bin Sawwar disebut oleh Ibnu Ady, seorang kritikus hadis, sebagai munkarul hadis. Sedangkan oleh Imam Ibnu Hibban, dikatakan bahwa hadisnya tidak boleh dijadikan hujjah (pegangan), kecuali bila ada rawi lain yang meriwayatkan hadisnya. Perkataan Ibnu Hibban ini disebut dalam kitab Al-Majruhin.

Sedangkan Maslamah bin Shalt adalah seorang yang matruk, sebagaimana komentar Abu Hatim. Secara etimologis, matruk berarti ditinggalkan. Sedangkan menurut terminologi hadis, hadis matruk adalah hadis yang dalam sanadnya ada rawi yang pendusta. Dan hadis matruk adalah ‘adik’ dari hadis maudhu’ (palsu).

Bezanya, kalau hadis maudhu’ itu perawinya adalah seorang pendusta, sedangkan hadis matruk itu perawinya sehari-hari sering berdusta. Kira-kira hadis matruk itu boleh dikira semi maudhu’.

Kesimpulan:

Kesimpulannnya, hadisi ini punya dua gelaran.

Pertama, gelarannya adalah hadis munkar kerana adanya Sallam bin Sawwar.

Gelaran kedua adalah hadis matruk kerana adanya Maslamah bin Shalt.

Wallahu a’lam bishssowab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ulasan Ust. Zaharuddin:

Jawapan yang diberi adalah benar, saya telah melakukan semakan juga, dan hasilnya adalah sama. Hadith tersebut adalah kurang kuat dan elok tidak dijadikan bahan ceramah, atau jika ingin pun, diletakkan dihujung-hujung dan disebut jelas ia adalah hadis yang diragui.

Memang benar, terdapat hadis lain seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaymah dalam kitab sohihnya, tetapi beliau sendiri meraguinya apabila menyebut di awal bab itu, إن صح الخبر

Ertinya : “Jika sohih khabar ini” ( Rujuk ibn Khuzaymah)

Imam Ibn Hajar al-Hathami memberi komentar setelah membawakan hadis panjang lebar yang mengandungi maksud petikan hadis pendek tadi, berkata:-

وفي سنده من صحّح وحسن له الترمذي، لكن ضعفه غيره، ومن ثم ذكره ابن خزيمة في صحيحه وعقبه بقوله: إن صح.

Ertinya: “Tentang sanadnya, terdapat mereka yang mensohihkannya, dan mengganggapnya hasan seperti Imam Tirmidzi, tetapi ia dianggap lemah orang ulama selain mereka, Ibn khuzaymah menyebutnya dalam kitab sohihnya tetapi diakhiri dengan katanya: Sekiranya Sohih” (Az-Zawajir, Ibn Hajar Al-haithami, 1/384)

Saya juga tidaklah hairan mengapa para penceramah dan sebahagian ulama kerap menggunakannya, ini adalah kerana hadis ini memang terdapat dalam agak banyak kitab-kitab arab silam samada Fiqh dan hadis tanpa dijelaskan kedudukan dan taraf kekuatannya, antaranya seperti berikut:-

1) I’anah at-Tolibin, 2/255;

2) Tabyin al-haqaiq, 1/179;

3) Syarah Faidhul Qadir, 1/469 ;

4) Targhib wa at-tarhib, 2/58

Apapun, yang lebih penting, banyak lagi ayat al-Quran dan hadith sohih serta hasan berkenaan puasa yang boleh dijadikan modal ceramah para penceramah.

Sebagai akhirnya ini adalah hadis yang panjang riwayat Ibn Khuzaymah yang dikatakan jika sohih olehnya sendiri:

صحيح ابن خزيمة - باب فضائل شهر رمضان إن صح الخبر.

حدثنا علي بن حجر السعدي، ثنا يوسف بن زياد، ثنا همام بن يحيى، عن علي بن زيد بن جدعان، عن سعيد بن المسيب، عن سلمان قال: خطبنا رسول الله r في آخر يوم من شعبان فقال: « أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم، شهر مبارك، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر، جعل الله صيامه فريضة، وقيام ليله تطوعا، من تقرب فيه بخصلة من الخير، كان كمن أدى فريضة فيما سواه، ومن أدى فيه فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه، وهو شهر الصبر، والصبر ثوابه الجنة، وشهر المواساة، وشهر يزداد فيه رزق المؤمن، من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه وعتق رقبته من النار، وكان له مثل أجره من غير أن ينتقص من أجره شيء»، قالوا: ليس كلنا نجد ما يفطر الصائم، فقال: «يعطي الله هذا الثواب من فطر صائما على تمرة، أو شربة ماء، أو مذقة لبن، وهو شهر أوله رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار، من خفف عن مملوكه غفر الله له، وأعتقه من النار، واستكثروا فيه من أربع خصال(1): خصلتين(2) ترضون بهما ربكم، وخصلتين لا غنى بكم عنهما، فأما الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم: فشهادة أن لا إله إلا الله، وتستغفرونه، وأما اللتان لا غنى بكم عنهما: فتسألون الله الجنة، وتعوذون به من النار، ومن أشبع فيه صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة ». [(1) الخصال: جمع خصلة وهي خلق في الإنسان يكون فضيلة أو رزيلة. (2) الخصلة: خلق في الإنسان يكون فضيلة أو رزيلة] [صحيح ابن خزيمة، 3/161و رقم: 1887. قال محقق الكتاب، الدكتور محمد مصطفى الأعظمي،: "إسناده ضعيف].

Tetapi ianya telah dikomen oleh Imam Al-‘Ayni dalam kitab ‘Umdah Al-Qari’ sebagai munkar juga. Berikut petikannya :-

ولا يصح إسناده، وفي سنده إياس. قال شيخنا: الظاهر أنه ابن أبي إياس، قال صاحب (الميزان) إياس بن أبي إياس عن سعيد بن المسيب لا يعرف، والخبر منكر.

Sekian, terima kasih. [http://www.zaharuddin.net/ 12 Ramadhan 1427H].

[Komentar Pentahqiq Kitab, Dr. Mohd Mustafha Al-A’Zami “Sanadnya Dhaif”].

Disusun oleh:

www.dartaibah.com

21 Sya’ban 1430H.

sila rujuk :
- http://www.abuanasmadani.com
- http://www.zaharuddin.net/

Sekitar Puasa ramadhon

sedikit artikel yang boleh kita kongsikan.... marilah kita baca dan hayati ilmunya. semoga Allah memberi petunjuk kepada jalan yang diredhoinya....

Alhamdulillah, bulan Ramadhan kembali menemui kita. Banyak ilmu yang perlu kita ulangkaji berkenaan amalan-amalan di dalam bulan Ramadhan, agar kita dapat memperoleh manfaat dan ganjaran yang sepenuhnya pada bulan yang mulia ini.

Risalah ringkas ini akan membincangkan tentang “Solat Terawih” dan perkara yang berhubung kait dengannya.

Berkenaan keutamaan solat ini, Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah saw menganjurkannya pada malam Ramadhan dengan anjuran yang bukan berupa perintah yang tegas. Baginda bersabda:

((مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)) [متفق عليه]

Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [Sahih Muslim, no: 759]

Takrif Solat Terawih:

Menurut bahasa (lughah): Terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas dan seumpamanya.

Menurut istilah: Terawih ialah ibadat solat yang dilakukan pada waktu malam di bulan Ramadhan. Bermula waktunya selepas solat isya’ dan berakhir dengan masuk waktu subuh, tidak termasuk sunat ratibah isya’ dan solat witir.

Dinamakan terawih kerana orang yang melakukannya akan berehat selepas empat rakaat (dua salam).

Solat terawih termasuk solat tahajjud atau solatul-lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Waktu Melakukan Solat Terawih.

Sebagaimana hadis Rasulullah saw di atas: “Sesiapa berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan…”. Berdasarkan hadis ini, tempoh menunaikan solat terawih ialah sesudah masuk waktu solat isyak sehingga sebelum masuk waktu solat subuh. Ini bererti sesiapa yang tidak dapat melakukannya pada awal malam boleh melakukannya pada pertengahan atau akhir malam.

Hukum Solat Terawih

Solat terawih hukumnya sunat mu’akad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut. Rasulullah saw telah menganjurkannya dengan arahan yang tidak tegas, bererti hukumnya adalah sunat dan tidak wajib.

Sejarah Terawih:

Ummul Mukminin Aishah ra, meriwayatkan bahawa Rasulullah saw melakukan solat terawih di masjid beberapa malam (ada yang mengatakan empat malam) dalam bulan Ramadan bersama-sama para sahabat. [HR Bukhari dan Muslim].

Pada malam kelima dan seterusnya hingga ke akhir bulan Ramadan, Baginda melakukan ibadat ini di rumah. Ini kerana Baginda saw bimbang para sahabat tersalah anggap dan menjadikannya sebagai solat fardu dan sudah tentu sukar bagi mereka untuk melakukannya.

Abi Zar t meriwayatkan Nabi saw bangun bersolat bersama-sama mereka pada malam 23 sehingga satu pertiga malam, dan pada malam ke 25 sehingga separuh malam. Para sahabat berkata kepada Baginda saw: “Kalaulah tuan terus sempurnakan saki baki malam kami dengan solat sunat”. Maka Nabi saw bersabda:

((إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ)) [الترمذي، صحيح]

Maksudnya: Sesiapa yang berdiri (bersolat terawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam).” [HR At-Tirmizi, sahih].

Imam Ahmad mengamalkan hadis ini dan beliau bersolat bersama imam sehingga selesai dan beliau tidak akan beredar sehinggalah imam beredar.

Berkata sebahagian ulama’: “Sesiapa yang bangun solat separuh malam bersama imam seumpama dia telah bangun solat sepenuh malam.”

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dari Jabir ra bahawa Nabi Muhammad saw melakukan solat terawih sebanyak lapan rakaat, setelah itu diikuti solat witir.

Khalifah Umar bin Al-Khatab ra ialah orang pertama yang mengerah umat Islam menunaikan solat terawih secara berjamaah di bawah pimpinan Ubai bin Kaab ra.

Solat terawih dilakukan berjemaah pada setiap malam Ramadhan selepas solat isyak sebanyak 20 rakaat dan ditambah dengan tiga rakaat solat witir.

Cara Perlaksanaan Solat Terawih.

Solat Terawih boleh dilaksanakan secara berjamaah atau bersendirian. Berjamaah adalah lebih afdal merujuk kepada anjuran Rasulullah saw seperti hadis di atas.

Namun jika menghadapi kesempitan untuk melaksanakannya secara berjamaah, maka dibolehkan melaksanakannya secara bersendirian. Rasulullah saw sendiri pada zaman baginda adakala melaksanakannya secara berjamaah dan adakala secara bersendirian. Ini bagi memberi kelapangan bagi umat, seandainya mereka menghadapi kesempitan masa atau tenaga.

Menurut imam Al Ghazali rh walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah.

Bilangan Rakaat Solat Terawih.

Solat terawih boleh dilaksanakan dalam jumlah lapan atau dua puluh rakaat, diiikuti dengan solat sunat witir. Kadangkala timbul persoalan berkenaan jumlah rakaat solat terawih yang sepatutnya dilaksanakan, lapan atau dua puluh rakaat?

Persoalan jumlah rakaat bagi solat terawih telah menjadi tumpuan para ilmuan Islam sejak dari dulu. Mereka telah mengkaji dalil-dalil yang ada serta membandingkan antara pelbagai pandangan yang wujud. Hasilnya membuahkan tiga pendapat. Pendapat pertama: Jumlah rakaat solat terawih ialah 8 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir. Pendapat kedua: Jumlahnya ialah 20 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir. Pendapat ketiga: Jumlahnya tidak ditentukan. Seseorang itu bebas melaksanakan solat terawih dengan jumlah rakaat yang dipilihnya, kemudian ditutupi dengan solat witir.

Ketiga-tiga pendapat di atas memiliki dalil dan hujah di sebaliknya dan kita boleh memilih mana-mana pendapat di atas. Yang penting, kita perlu menghormati orang lain seandainya mereka memilih pendapat yang berbeza dengan kita.

Ibnu Umar ra menceritakan: Seorang lelaki datang bertanya Rasulullah saw tentang solat malam. Sabda Nabi saw:

صَلاةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى، فَإِذَا خَشِيَ أَحَدُكُمْ الصُّبْحَ صَلَّى رَكْعَةً وَاحِدَةً تُوتِرُ لَهُ مَا قَدْ صَلَّى.

Maksudnya: “Solat malam ialah dua rakaat, dua rakaat. Apabila kamu bimbang masuk waktu subuh maka solatlah satu rakaat, menjadikan bilangan witir (ganjil) bagi rakaat yang telah engkau solat” [HR: Bukhari].

Rasulullah saw tidak menyebut bilangan rakaat solat malam, malam pula panjang masanya, boleh dilakukan banyak solat, ini menunjukkan bahawa bilangan tidak dihadkan sekadar kepada 8 atau 20 rakaat.

Berkata Imam Asy-Syafie: “Aku telah melihat orang ramai mendirikan solat terawih di Madinah 39 rakaat, di Makkah 23 rakaat, ini bukanlah satu perkara yang sempit (terikat dengan bilangan).”

Katanya lagi: “Jika mereka panjangkan qiyam berdiri (dengan bacaan al-Quran), kurangkan rakaat adalah baik. Sekiranya mereka membanyakkan sujud (rakaat) dan meringankan berdiri (ringkaskan bacaan) juga adalah baik. Tetapi yang pertama adalah lebih aku sukai.”

Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat. Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadat ini mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Penciptanya. Yang pentingnya ialah selesaikan solat bersama imam, tidak hanya setakat separuh jalan.

Antara Kualiti dan Kuantiti.

Persoalan yang lebih penting dalam solat terawih ialah cara melaksanakannya. 8 atau 20 rakaat, yang penting ialah membaca surah al-Fatihah dan bacaan-bacaan solat yang lain dengan sempurna, betul dan khusyuk. Jangan disingkatkan, jangan dibaca senafas dan jangan dibaca dengan tujuan mengejar jumlah rakaat.

Demikian juga dengao toma’nin!h dalam solat, jadi yang penting ialah kualiti dan bukan kuantiti. Maka pastikan ia dilaksanakan secara baik (kualiti) dan tidak sekadar mengejar rakaat yang banyak (kuantiti).

Antara aspek kualiti yang sering ditinggalkan ialah:

1. Meninggalkan bacaan al-Qur’an secara tartil, iaitu sebutan kalimah-kalimah al-Qur’an secara jelas berdasarkan disiplin tajwid yang betul. Allah s.w.t. memerintah kita: “Dan bacalah al-Qur’an dengan tartil.” [Surah al-Muzammil:4]

2. Meninggalkan bacaan doa iftitah sebelum al-Fatihah dan bacaan surah-surah selepas al-Fatihah. Ini satu kerugian kerana bacaan-bacaan itu memberi ganjaran pahala yang amat besar.

3. Mengabaikan toma’ninah, iaitu kekal di dalam sesuatu posisi solat seperti rukuk, iktidal, sujud dan duduk di antara dua sujud. Tempoh kekal di dalam sesuatu posisi ialah sehingga bacaan dalam posisi itu dapat dilengkapkan dengan betul dan sempurna jumlahnya.

Pernah seorang lelaki bersolat tanpa toma’ninah pada zaman Rasulullah saw. Melihat cara solat lelaki itu, Rasulullah saw memerintahkan beliau untuk mengulanginya [Sahih al-Bukhari, no: 757]. Tindakan Baginda itu menunjukkan toma’ninah ialah syarat sah solat. Sesiapa yang meninggalkannya bererti solatnya, sama ada solat terawih atau selainnya, adalah tidak sempurna.

4. Tidak mengambil berat tentang melurus dan memenuhkan saf solat. Masing-masing sibuk mengejar rakaat, sedangkan Rasulullah saw telah memberi peringatan agar menjaga saf dengan sempurna dalam sabdanya:

لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُم .

Maksudnya: “Luruskan saf-saf solat kamu atau Allah akan tukarkan wajah-wajah kamu (hati-hati kamu berpecah dan tidak bersatu).” [HR Bukhari].

sila rujuk - http://www.abuanasmadani.com

Cuti hujung minggu yang lama

aku dan kerja aku.....

Aku rasa dah sekian kalinya aku tak adakan kuliah... minggu pertama aku cuti rehat, minggu kedua aku cuti sebab wife aku bersalin, minggu ketiga aku cuti lagi 2 hari, minggu depan dan minggu depan satu lagi cuti umum pulak... wehhhhhh banyak betul cuti... tak terganti kelas aku. setakat ni aku boleh lagi kejar mana topic yang tak sempat aku cover...

aku pelbagaikan aktiviti dalam kelas supaya cara pengajaran aku tu tak sehala dan membosankan. aku cuba apply apa yang aku pernah belajar untuk mengajar. ajar pelajar yang dah matang (boleh ler nak kata gitu... walaupon ada yang tak matang pon lagi hehehehe...) kena guna kaedah andragogi.... hmmmm tu yang aku faham. seronok gak kaedah2 yang tu bila kita apply... cuba lah....



ni aktiviti yang aku cuba apply.... puzzle....

minggu lepas aku guna kaedah.... gallery walk....




hmmmm.... Ooo ya... khamis lepas... aku hangin betul dengan sorang student nih... aku malas nak citer tapi aku nak kongsi gak cerita minah sorang nih. mulanya dia jumpa aku minta copkan borang keluar awal kamsis (kata dia ler... dia tu student bawah jagaan aku - untuk tujuan akademik sahaja....) jadik aku cop jer ler.... ikutkan aku tak cop... dah tu, siap bawak tiket bas lagi pastu kata bas pukul 2 kat kangar... bila aku tanya kenapa tak beli hari jumaat jer.... senang jer jawapan dia.... tiket dah habis... tak per lah manalah tau kalau2 BETUL dia cakap... pastu dia mintak nak keluar awal kelas aku sebab nak ke station bas... aku tak bagi sebab kelas aku abis pukul 1.... dan kebiasaannya aku lepas awal sket. aku kata 1.30 bole jer.... sempat jer... pastu dia kata kena naik bas tu 20 minit awal.... heeiiiiii macamlah aku tak pernah naik bas ekpres... mujur bulan posa, kalau tak meraung minah tu aku carut... hmmmm tak per lah kan keadaan tu... tu kat pejabat aku... ni citer dalam kelas pulak... tengah aku khusyuk ngajar kat depan tetiba henset aku yang dah retak tu berdering.... ingatkan wife aku call.... nak tau sapa yang call.... MAK minah tu yang call... dia suruh aku lepaskan anak dia keluar awal dari kelas aku sebabnya anak kesayangan dia tu TAK SIAP KEMAS PAKAIAN lagi..... weeeeeiiiiiiiiii apake jadah nya alasan tu... peduli apa aku anak hang tak kemas barang lagi.... kenapa dah tau nak balik pukul 2 tu siap2lah baju hang malam tadi..... isy3 memang aku nak meletopppp jer ari tu.... sepanjang mak minah tu cakap aku tak cakap sepatah harammmm pon.... aku cuma "hmmmm" kan aja... nada dering mak dia agak tinggi gak.... huh kalau aku lepaskan cakap memang kurang pahala posa aku yang dah sedia kurang nih.... lepas tu aku teruskan gak kelas... tapi sebelum aku teruskan kelas dengan mood yang dah kacau bilau tu... aku suruh minah tu keluar dari kelas aku... aku kata ..."minah... (bukan nama sebenar)... kalau awak nak balik, boleh balik sekarang..." dia siap nyorok belakang monitor lagi tu... pastu terus blah.... nak cakap terima kasih kat aku... hmmm harammmmm....

huh lepas gak stress aku........ moral of the story... janganlah libatkan mak bapak dalam hal yang REMEH camtu....


Hamzah dan kami.....

hamzah dah semakin sihat. cuma menyusu agak kerap... tak macam amni dulu. kerap sangat dia menyusu badan. letih umi dia aku tengok. hamzah dah mula respon dengan keadaan sekitar. tapi tak banyak ler. cuma pada bunyi dan pergerakan saja..... amni.... huh tak tau nak kata. boleh kurus aku dengan karenah amni... suka sangat "layan" adik dia... kalau adik dia nangis lagi dia suka... aku faham lah dia nak berkawan... nak bermain ngan adik dia tapi hamzah kecik lagi...





aksi hamzah tidur....







tidur sambil berfikir......








hamzah pinjam bantal amni.... kekadang amni bagi kekadang amni tak bagi.... tengok mood dia gak.... hmmmm...

Kesunyian terasa kembali...

Teratakku kembali hening dengan riuh rendah anak aku, amni main dengan Acu...

pagi tadi...

abah... balik KL

ibu... balik KL

adik bongsu aku... balik KL

mak mertua aku.... balik Klate

sekarang yang tinggal cuma kami empat beranak... sunyi pulak aku rasa. dan inilah masanya untuk aku jaga isteri aku sepenuhnya. kalau sebelum ni mok aku yang banyak buat tapi kali ni kami... aku yang kena banyak bantu isteri aku. cabaran.... memanglah tapi semua ni tanggungjawab aku sebagai suami... isteri, amni dan hamzah...tanggungjawab aku...

kalau malam2 sebelum ni ada orang tolong jaga isteri aku dan anak2 aku kat rumah... jadik sempatlah aku bertarawih berjemaah... mula malam nih aku dapat rasakan aku akan solat secara solo... tak mampu aku nak tinggalkan isteri aku sorang kat rumah... tak larat... baru bersalin... anak aku yang sulung tu aktif sangat...

kalau betul apa yang aku jangkakan.... jadik ramadhon kali ni aku hanya sempat solat tarawih berjemaah sebanyak 3 malam sahaja....

semoga apa yang aku lakukan dikira sebagai satu amalan sunat dan ada ganjaran pahala... insyaAllah...

Hujan yang datang mendinginkan bumi

Hari ni Ramadhon yang kedua.... aku agak malas sikit nak menaip ari ni... jadik aku turunkan beberapa gambar yang sempat aku capture hari ni dan semalam... kalau ada masa aku akan tulis panjang2 buat tatapan pembaca blog aku sekalian...



hari hujan... dari awal pagi tadi sampai lah la ni...


bumi Pauh sejuk... dan menyejukkan






belum sempat kering.... hujan dah turun semula...







nat kat Kodiang.... semalam.... aku beli barang basah untuk menu berbuka








simpang ke Kodiang.....








kibaran jalur gemilang yang gah..... Moga Allah beri keamanan dan rahmat serta keberkatan untuk negara aku yang tercinta







jalur gemilang di mana2 saja....









semalam.... pagi satu ramadhon yang indah lagi cerah....





Allahumma ballighna ramadhon....

Ramadhon: Antara ujian dan cabaran

Ramadhon menjengah kembali... kedatangannya amat aku nantikan dengan perasaan rindu yang teramat disamping kerisauan dihati.

rindu.... sebab inilah bulan yang aku suka panggail "tazkiatul nafs" jiwa akan terasa tenang dalam bulan ini, semangat untuk beribadat akan lebih dari biasa... keseronokan beribadat (khusus atau umum) akan sentiasa termotivasi... itulah yang aku rasakan sebagai bulan tarbiah.... jiwa dan rohani.... dulu masa aku sekolah di sekolah mubaligh kristian ramai kawan2 yang tak dapat hidayah Allah kata puasa ni amalan menyeksakan.... tergamam aku... apa jawapan yang perlu aku berikan?.... masa tu aku hanya mampu senyum tanpa kata... aku kurang ilmu agama (sampailah la ni)... dihati aku waktu tu hanya ada Allah... dan hanyaAllah saja yang tau jawapan yang sepatutnya... aku...aku berbicara sendiri dalam hati "kalau korang tau dan rasa apa yang aku rasa tentang nikmat bulan ramadhon ni pasti korang dah islam".... hmmmm.... sampailah ke saat ini soalan (sebenarnya soalan depa berbunyi perli dan memperlekehkan amalan puasa tu.... padahal agama lain ada amalan yang menyeksakan) kawan2 aku tu aku pendam dan tak terjawab...

risau.... kenapa pulak aku risau.... aku risau takut tak dapat berjumpa dengan ramadhon yang akan datang... sebab... pertama: sebab nyawa di ambil Allah. kedua: tak dapat nak perbaiki kekurangan ramadhon yang telah lepas.

ramadhon kali ni aku sambut dengan kehadiran orang baru dalam keluarga aku... muhammad hamzah. alhamdulillah anak aku dapat discaj dari wad pada tengah hari khamis... sepatutnya jumaat baru boleh keluar... tapi Allah lebih tau daripada apa yang aku tau..

beberapa sahabat yang aku kenal, selalu baca blog aku...terima kasih... ramai yang ikuti perkembangan anak aku... aku ucapkan terima kasih sekali lagi... bak kata ust ajak... blog ni macam alat komunikasi secara tak langsung, dengan blog kita tahu perkembangan kawan2 walaupon tak jumpa selalu... insyaAllah aku akan cuba teruskan blog nih... dah nak masuk 4 tahun blog ni... terima kasih sahabat.

aku amni dan hamzah...


kakak amni dan adik hamzah...

amni seronok dapat adik... cuma mungkin dia rasa la ni dah berkongsi kasih, nampak gak rasa cemburu dia kekadang... normallah.... tapi aku nampak dia boleh terima adik dia.










berat tanggungjawab yang sedang dipikul... setiap anak yang lahir telah ditetapkan dengan rezeki masing2... dan tiap anak yang lahir juga seperti kain putih yang bersih dari kekotoran... ayah dan ibu lah yang akan mencorakkan anak2nya menjadi nasrani atau yahudi.... baik atau buruk. itu amanah Allah yang wajib. tiada method yang lebih baik dari apa yang di ajarkan oleh rasulullah... didikan dengan didikan tauhid illallah... didikan solat... dan lain2... aku dan umi anak2 aku akan cuba membentuk jati diri muslim dalam diri setiap anak2. yang utama... tiada pengaruh "barat"...HIBURAN, KESERONOKAN,... rosaknya orang islam kerana hiburan melampau dan terlampau. moga ada budaya ilmu dalam rumah aku. aku bukan ustaz atau pakar agama... tapi bagi aku yang penting cinta pada Islam dan Ilmu dah cukup untuk asas yang kuat.

hmmm.... aku benci budaya membiasakan anak dengan kemewahan dan hiburan semata... kecik2 lagi dah dipekakkan dengan bahasa2 orang putih... konon nanti pandai cakap omputih dan nampak moden... well speaking london kannnn... pastu... bawak anak tengok wayang la... isy mohon Allah jauhkan dari aku... aku akan sedaya upaya menjauhkan semua tu dari anak2 aku seperti mana ibu dan abah aku menjauhkan semua tu dari aku...

ini semua adalah pandangan aku sendiri.... bukan bertujuan untuk mengutuk sesiapa... ini adalah berdasarkan pemerhatian aku selama ini... kalau ada yang terasa tolonglah fikirkan secara ilmiah dan rujuk syari'at Islam yang sahih lagi benar.... kalau aku salah tegurlah aku secepat mungkin agar aku tak tersasar jauh.






Ayah dan muhammad hamzah.....

aku dari dulu dah berniat akan suruh anak aku panggil aku ayah... panggilan ayah ni bagi aku ada ketegasan, jati diri, tanggungjawab, berani, ikhlas, berdikari, cerdas dan hormat.... untuk pihak anak aku dan aku sendiri...

panggilan ummi pulak ada unsur keibuan, kasih sayang, lemah lembut, pendidik, ketegasan, ikhlas, hormat, pengasih dan tolak ansur.... untuk anak dan isteri aku...

Antara benar dan kebenaran

Di hatiku...

aku sentiasa bimbang dengan tahap kesihatan anak aku, hamzah... aku akan terus berusaha untuk yang terbaik. aku iringi semua ini dengan bisikan munajat rintihan do'a ke hadrat kekasihku yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... aku mengaku aku insan kerdil yang banyak maksiat... moga ada keampunan dan pertolongan dari Allah... Maha suci Allah dengan segala kesempurnaan..



jauh dilubuk hatiku... inilah bakal pejuang dan penegak agama tercinta ini Islam ya'lu wala yu'la 'alaihi.... dan pemegang sunnah dan syari'at Islam dengan gigitan gigi geraham...





Seawal pagi...

aku ke nat belakang istana arau... matlamat aku.... carik ikan haruan (sampai la ni aku sukar untuk makan ikan ni... lagi2 kalau aku yang siang... kepala dia macam ular sawa....) untuk wife aku... orang kata makan ikan haruan ni elok untuk luka dalaman dan luaran... ntah ler aku tak tau pulak sejauh mana kebenarannya... yang pasti setakat ni tablet ikan haruan pon aku beli... ikan haruan hidup sekilo RM 15 pon aku beli.... murah... kalau kat KL ntah berapa hingggit aku tak pasti.... lagi2 kalau kononnya ada nilai perubatan... lagi mahal regenya... menyimpang kejap.... masa aku sekolah dulu rumput jarummas orang kata ada nilai perubatan... padahal rumput tu bersepah jer orang tak sedarpon sepak2 n pijak2... aku tiap kali balik sekolah p cabut rumput tu ngan member aku... dapat lah dua genggam pastu baru balik rumah... sampai rumah aku keringkan pulak sebelum boleh dijual kat kedai sensei... hehehe... teringat zaman sekolah2 dulu.... masa tu aku drive basikal tua... atuk aku beli.... cuma basikal tua tu lain dari yang lain... sebab masa nak beli tu atuk aku suruh aku pilih... jadik aku pilihlah basikal tua warna BIRU... dalam sekolah tu aku sorang jer pakai basikal tua warna biru... yang lain warna hitam... weh apa aku melalut nih.... dah dah dah.... taip perenggan lain n cerita lain plak.... cepat... dah lewat malam ni.... :)




jualan barang kering..... ikan bilis kering... ikan gelama kering... ikan kurau kering... semuaaaaaa yang kering.





sayuq.... tolong tengok sayuq ja naaaa.... yang sebelah kanan tu tak juai... kalau juai pon aku tak nak... sebab dah "ditengok" dek orang ramai... tak privacy dah.... pelik bebudak zaman nih... tu lah antara tanda kiamat dah hampir... orang berbuat dosa di tepi2 jalan n berbangga dengan dosa....

na'uzubillah min zalik...



Dari beranda rumah...

macam tak percaya..... tapi cuba hanga perati tengok.... pastu bagitau aku kat shoutmix sebelah kanan tu... apakah kucing tu kena langgar atau tidak....




ouuuuuuch.........








meeeeeeeeowwwww.....

Kusangka panas ke petang rupanya hujan ditengah hari

Sejak pukul 2.15pm lebih kurang.... hujan.... saat aku ketuk keyboard ni bunyi hujan dekat luar dah mula reda... mungkin masih renyai...

kejap tadi aku baru balik daripada melawat anak aku di hospital sambil2 tukar dan bawak kelengkapan yang wife aku pesan... aku bawak balik kain untuk dibasuh...

anak aku bertambah ok.... kuning tak tinggi pon.... masa awal2 aritu takder kuning pon.. cuma result darah dan atibiotik belum lagi tau... esok mungkin tau... aku amat berdebar... harap tak ada apa.... dan normal.

wad tempat di mana anak dan wife aku berada amatlah susah untuk aku masuk... procedure aku dah ikut tapi depa tak bagi masuk plak... aku taklah kisah sangat kalau depa inform dengan baik takpon tulis kat pintu wad kan senang... ni tak.... kali pertma aku masuk... aku duk lama ngan wife aku.... takder lah nak cakap... kali kedua depa dah halang duk lama2 plak... kali ketiga aku masuk tadi... langsung larang masuk.... wehhhhh aku nak tengok anak aku yang tenah sakit tu... bukan nak tengok bini orang nyusu anak.... hissyyyy geram betul aku.... jadik mula esok aku seolah2 tak boleh tengok anak aku.... hmmm.... aku faham lah semua tu procedure depa untuk halang H1N1 merebak.... tapi sediakanlah tempat emak ayah dan anak nak berjumpa....

disebabkan tak boleh tunggu lama... aku ke Masjid Alwi....




tunggu masuk maghrib....








hampir masuk maghrib.......








suasana ruang NICU....








muhammad hamzah.......... :(






JPN yang lengang....

hampir tak ada orang.... tapi aku kena tunggu sebulan untuk ambik mykid anak aku.... kat kelantan.... orang ramai tapi mykid boleh dapat hari yang sama....

hmmm sapa boleh tolong ulas....



JPN yang kosong....

Gambar dan peristiwa



wad leaps bersalin..... selesa









tempat baby.....








amni tunggu mok tok dalam kereta dengan ayah....







kemalangan di Pauh.... aku tak pasti macam mana berlaku... ayang aku nampak sorang makcik tua sedang duduk....








ruangan menunggu......

Pagi yang gelap kini sudah telah terang

Seperti hari lain... hari aku akan bermula pukul 5.30 pagi setelah alarm henset aku menjerit sekuat2nya..

tapi pagi tadi agak lain sedikit... waktu aku terjaga dari tidur, aku nampak wife aku duduk di hujung katil. dia dah mula rasakan tanda2 awal nak bersalin. aku tak ke musolla pagi ni melihatkan wife aku dah agak kritikal... tapi wife aku ajak berjemaah subuh sebelum bawak dia ke hospital... sempat solat berjemaah..

habis solat, keadaan wife aku bertambah kritikal... kami bersiap dan terus gerak ke hospital.. kelajuan kereta aku.... usah ditanya.... sampai di Kangar... aku tersesat... hospital tu tak nampaklah pulak.... aku rasa betul dah jalan yang aku ikut tu... untuk selamatkan keadaan aku tanya sorang brother naik motor... mintak tolong tunjuk mana hospital... dia tolong bawak aku sampai ke dalam hospital.... TQ bro, moga dia dirahmati Allah... nak tau hospital tu kat seberang jalan kat jalan yang aku sesat tadi... aku sesat kat sebelah belakang hospital.... tu ujian pertama..

masa sampai hospital tu aku tak dapat cari kat mana wad bersalin.... sekali lagi aku tanya dengan pak guard yang tengah lena tidur... dalam keadaan ngantuk dia tunjuk kat mana wad bersalin. akhirnya aku sampai dan wife aku masuk untuk tukar pakaian dan check-up. aku uruskan pendaftaran... abis pendaftaran aku tunggu kat luar wad bersalin bersama2 orang lain yang tengah tunggu isteri masing2.... huh cuak gak aku masa nih... serba tak kena..

tak lama pastu wife aku keluar.... pihak hospital suruh minum dulu... masa ni wife aku dah 5cm... aku p beli makanan sikit... kemudia wife aku masuk semula ke wad bersalin.. tengah aku mundar mandir kat luar, pihak hospital call... bagitau aku dah boleh masuk sebab wife aku dah nak bersalin.... tuuuu dia... cuak makin membara... masuk jer labour room wife aku terus nak bersalin... aku duduk di pinggir kepala wife aku... huh Allah saja yang tau keadaan waktu tu... tu lah kali pertama aku berada disamping orang sedang bersalin.... betapa besarnya pengorbanan seorang isteri dan ibu... bersabung nyawa... walaupon keadaan agak kritikal waktu tu... alhamdulillah wife aku selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.75 kg...

aku sekali lagi keluar dari wad bersalin.... tunggu..... tak lama lepastu nurse tu panggil aku untuk azankan anak aku... aku azan..... siap tersilap2 lagi azan... hmmm sebak aku....

kali ni aku keluar wad untuk tunggu wife aku di pindahkan ke wad lepas bersalin.. sejam setengah kemudian aku iring wife aku dan anak aku ke wad lain... saat blog ni aku update wife aku masih di wad...

ujian seterusnya... petang tadi wife aku call... anak aku dimasukkan ke wad sebab nafas dia agak laju... macam orang penat... ditakuti ada jangkitan pada paru2... aku lantas teringat masa amni lahir dulu.... perkara yang sama berlaku... aku jadi tak tentu arah... lepas maghrib aku terus ke hospital.... anak aku diletakkan di ICU... seperti dijangka... wayar bersimpang siur kat badan anak aku... kesan2 cucukan jarum untuk ambil sample darah kelihatan di beberapa tempat... bekalan oksigen diberikan... wayar ke pusat.... wayar ke kaki kanan dan kiri... sama macam amni dulu cuma kali ni wayar yang ada agak berlebih dari amni dulu.... aku bertambah sebak dan sedih dan kesian sangat... aku tak sampai hati nak tengok keadaan tu... tu lah jugak aku tak bawak wife aku tengok anak kami... biarlah wife aku rehat dulu...

saat ini aku tak boleh nak lelapkan mata... walaupon ngantuk... aku teringat sangat kat anak aku tu... banyak sangat kemungkinan boleh berlaku... Allah berilah aku kekuatan waktu ini dan berilah kesihatan dan keselamatan untuk anak dan isteri aku.....

wahai sahabat... doakan anak aku selamat.... TQ :(



ruang di hospital lengang waktu dinihari....








aku cuak menunggu di ruang menunggu....









anak lelaki aku.... bakal di beri nama Muhammad Hamzah








anak lelaki ayah sebelum diazankan.... semoga anak ayah cepat sihat dan tak ada apa2 sakit yang kritikal.. insyaAllah....

Sabtu: Penantian yang penuh debaran

Awal pagi setelah subuh menyingkapkan gelapnya terang mentari pagi menyinarkan cahaya segar dari ufuk timur, lembayung jingga merembeskan cahaya penuh dengan makna yang sukar untuk diramal... ada cerita dan sejarah atau kenangan yang akan terbina hari ini. hanya yang maha Esa yang lebih mengetahui dari makhluk yang wujud...

aku memberikan sedikit ruang untuk batang tubuh ini menyerap udara segar pagi... awal hari ni aku keluar untuk jogging sekitar tempat aku tinggal. sekadar untuk mengeluarkan peluh dan menggerakkan segala anggota badan yang tak sempat bergerak sepanjang munggu bekerja. terasa benar segar udara pagi... lembut dan ringan... tak macam udara kat KL yang agak kotor. sekian lama aku tinggalkan kota raya kelahiran aku tu sekian kalinya aku lupa tentang hiruk pikuk suasana KL.

mungkin aku ni bukan jenis "bandar" sebab sanggup tinggalkan segala "keseronokan" di KL. jiwa aku lebih serasi dengan suasana sekarang. tenang.... dan tak serabut. mungkin akan ada suara bertanya.... kenapa aku tinggalkan KL? hmmm jawapan aku mudah.... kenapa korang datang KL?... sebab jawapan kita akan sama cuma tempat sahaja berbeza..... mungkin...

kembara anak jati KL ini bukanlah lari dari realiti. namun aku mencari realiti diri. aku bukan insan yang berpura2 seronok dalam suasana yang tidak serasi dengan jiwa. aku tidak lari dari tempias maksiat yang mudah terpalit di tengah kota. aku tidak juga lari dari tanggungjawab. cuma aku ada misi yang harus dipenuhi. misi yang telah lama aku idami. misi yang jarang orang hargai kerana misi... bukan kerana wang ringgit. aku mencari sedikit sumbangan akhirat yang hasilnya cuba untuk aku raih di hari yang mana tiada guna harta benda dan anak isteri... yang tinggal hanya amal bakti.

"wa ang nak tingga ibuk ko Ren..."(terjemahan: hang nak tinggalkan ibu ke Rain...) itulah cabaran pertama aku hadapi... bukan mudah untuk aku jawab sebagai anak sulung. cuma aku berikan harapan yang pastinya aku sedang tunaikan... aku takkan putus hubungi ibu ku di KL. biar dia merasakan aku sentiasa disisi walaupon jauh disini. Alhamdulillah selama tiga tahun ni aku dapat rasakan ibu makin memahami aku.... dan aku tak pernah luma tanggungjawab sebagai anak.

diluar sana hujan masih lagi belum berhenti.... angin dingin memenuhi ruang tamu rumah aku di mana aku menaip dan mengemaskini blog ini....











Amni dan kelambu...

dua tiga waktu ni aku sedang menunggu kelahiran anak aku nombor dua... jadi banyaklah barang si baby tu aku dah sediakan... sebahagian aku letak dekat luar.... ruang tamu... apalagi inilah kesempatan yang amni gunakan untuk gunakan apa yang boleh digunakan untuk alat bantu main..... :)



amni bawak sebahagian anak patung mainan masuk dalam kelambu yang aku beli untuk second born baby aku nanti....








aku perhati dari jauh........ ikutlah amni...







tak larat nak larang.... umi dia dah risau... takut koyak sebelum adik amni boleh guna.... atau..... amni tak bagi adik dia duk dalam tu.... huh.....





wife aku masih belum bersalin lagi.... dah over-due beberapa hari dah ni... takper lah aku harap dia dan anak dalam perut sihat....

hmmmm kalau lelaki aku nak letak nama Muhammad Hamzah... dua gabungan nama yang hebat pejuang sewaktu islam mula2 hendak berkembang... Muhammad adalah sempena nama rasulullah s.a.w dan hamzah tu pak sedara rasulullah yang berjuang bermati-matian memegang panji2 islam... hebat perjuangan hamzah ni... dikabarkan walaupon tangannya putus dalam perang tapi beliau terus memegang panji2 islam sehinggalah beliau gugur syahid dan dadanya di belah hendon.... bacalah sirah hamzah untuk lebih lanjut. aku harap semangat Saidina Hamzah akan meresap ke jiwa anak aku.

Gugurnya 'Singa Allah'

Oleh Haji Sulaiman Jeem (Penulis Khas)
http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg01747.html

TERCETUSLAH perang Uhud. 'Singa Allah' itu tampil ke muka. Musuh pertama yang tumbang akibat pedang Hamzah ialah Artan bin Abdu Syurahbil, kemudian pembawa bendera Quraisy, Usman bin Abu Talhah, setelah itu Sibak bin Abdul Uzza dan berpuluh-puluh perajurit Quraisy bergelimpangan.

Setelah ramai tentera Qurasiy gugur, tibalah saat Hamzah menemui panggilan Allah.

Wahsyi menceritakannya:

"Kulihat Saidina Hamzah laksana singa garang. Kepala yang tercerai dari badan akibat pedangnya tidak terkira banyaknya. Ketika Sibak mengajaknya bermain pedang, Saidina Hamzah menjawab dengan pukulan yang mengakhiri ajal Sibak.

"Tidak jauh daripadanya aku bersembunyi di balik batu. Hamzah tidak melihatku. Kutujukan lembing ke arah Saidina Hamzah. Setelah aku pastikan sasarannya, aku segera melemparkan lembingku. Kulihat Hamzah rebah. Kubiarkan hingga dia mati.

"Setelah itu baru kudatangi dan kucabut lembing yang masih terbenam di tubuhnya. Aku lalu menghilang di tengah-tengah peperangan yang sedang bersemarak. Tujuanku hanya untuk membunuhnya. Tidak lebih dari itu."

Wahsyi menambah:

"Hindun membedah tubuh Hamzah sebaik-baik mengetahui 'Singa Allah' itu gugur. Diambil limpanya untuk dimakan. Tetapi kerana tidak sanggup menelannya, Hindun meluahkannya semula."

Hindun naik ke batu besar lalu berteriak lantang:

Dendam di Badar berbalas kini

Perang berkobar membakar segala

Hatiku pedih tidak terperi

Utbahku dahulu telah sirna. Nazarku kini sampailah sudah

Wahsyi pengubat luka dadaku

Baktimu Wahsyi kukenang sentiasa

Hingga tulangku berkecai dalam pusara.

Ketika diceritakan kepada Nabi Muhammad saw perihal perbuatan Hindun, Nabi bersabda:

"Adakah wanita durjana itu memakannya?"

"Tidak!" jawab mereka.

"Allah tidak memasukkan sedikit pun bahagian tubuh Saidina Hamzah ke dalam neraka," Nabi saw menambah.

Jenazah Hamzah telah disembahyangkan sebanyak 70 kali oleh orang ramai, kemudian barulah dikebumikan sekuburan dengan saudaranya, Abdullah bin Jahasy.

Rasulullah kemudian menyatakan, Malaikat Jibril telah mendatangi baginda dan memberitahu:

"Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib telah tertulis namanya sebagai warga langit yang tujuh."

Pada hari itu turunlah wahyu Allah bermaksud:

"Andai kamu menyeksa, seksalah sepadan dengan penyeksaan yang dilakukan kepadanya. Tetapi kalau kamu sabar, maka kebahagiaanlah bagi orang-orang yang sabar."

Wahyu Allah ini diturunkan sebagai meredakan hati Nabi saw. Segala perbuatan kaum Quraisy terhadap bapa saudaranya Hamzah, kemudian Nabi saw maafkan di samping melarang segala bentuk penganiayaan.

Baginda pulang bersama tentera Islam yang lain. Sebaik-baik saja baginda masuk ke rumahnya di Madinah, baginda terdengar suara ratapan beberapa orang wanita terhadap para pejuang mereka yang telah gugur.

"Gerangan apakah ini?" tanya baginda.

"Wanita-wanita Ansar meratapi para pahlawan mereka yang gugur, wahai Rasulullah!" sahut seorang sahabat.

"'Kasihan, Saidina Hamzah tiada wanita yang meratapinya," sabda Nabi saw lagi sambil berdoa untuk kebahagiaan Saidina Hamzah.

Beijing di Rantau Panjang




Antara yang sempat aku capture semasa aku dalam
perjalanan dari kelantan ke perlis... aku guna jalan dari KB
ke Pasir Mas kemudian ke Rantau Panjang, dari situ
aku menghala ke Panglima Bayu di Jeli... jalan2 ni adalah
jalan yang terdekat kalau nak ke Gerik dari KB... ni kali kedua
aku ikut jalan tu.... jalan kat situ dah ada jalan lencongan baru
jadik tak payah nak masuk check-point ke Thailand.....

apa yang aku nak cerita sebenarnya adalah berkenaan masjid tu
masjid cina kat Rantau Panjang... cantik dan tesergam indah
kagum aku.... sekali tengok macam kat Beijing. aku tak sempat singgah
aku rasa itu satu usaha yang mantap kerajaan negeri
di bawah pimpinan seorang Tok Guru.... dengan titik peluh
negeri yang sukar dapat bantuan shinggalah berdirinya
sebuah masjid indah..... aku cadangkan korang singgah sini
kalau ada kesempatan..... hebat..

aku kerap jugak ulang alik kelantan beberapa tahun ni
walaupon aku bukana orang kelantan... tapi aku suka dan
kagum dengan pembangunan yang bagi aku amat pesat
dan laju membangun... setiap kali aku p setiap kali tu ada perubahan
dari segi pembangunannya... cuma dan tapi aku pelik...
bila masuk bab politik.... ada yang kata kelantan tak membangun
wow.... kenyataan tu aku rasa dari mulut orang yang
tak pernah p kelantan dulu dan sekarang atau ada niat jahat
semoga sinar Islam akan terus bersinar di Kelantan.....

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.