Ceritera 2: Mikrofon atas mimbar


[masih lagi gambar hiasan yang aku cilok dari koleksi gambar dalam henset aku]

Imam tua masih duduk dan meneruskan zikir yang masih belum selesai. sebenarnya hampir setengah imam tua tu baca tahmid... tinggal 15 kali daripada 33 kali. tetapi tahap fokus imam tua agak sedikit terganggu dengan pertanyaan yang ditinggalkan oleh orang muada tadi. imam tua meneruskan juga zikirnya sehingga habis keseluruhan bilangan zikir sebanyak 100 kali.

suasana masjid agak tenang berbanding lepas solat jumaat tadi. tadi orang ramai berebut keluar masjid setelah selesai solat. tak ramai yang bekejar ke pejabat sebab zohor agak awal hari tu dan solat jumaat habis agak awal.

khutbah hari itu agak pendek berbanding minggu2 sebelumnya. mungkin imam tua juga perasan. bagaimana tidak, sebelum naik ke mimbar imam tua membelek2 teks khutbah dan membuat penambahan sedikit. tak banyak. kalau terlalu ketara penambahan atau perubahan, orang dari pejabat agama akan memanggil imam yang bertugas dan sudah pasti amaran keras akan diberikan. selalunya imam tua menambah dalil nakli yang di ambil dari rujukan al-quran, lebih2 lagi imam tua sudah beberapa kali mengulang baca tafsir quran oleh ibnu kathir dan al-kurtubi, selain itu, rujukan beberapa hadith dari sahih muslim dan bukhari disamping syarah terhadap kedua2 kitab tersebut. cuma bila rajin sedikit imam tua akan bukak kita besar mazhab syafie, al-umm dan ar-risalah... itupun kalau dia rajin sebab kitab tu perlu pemahaman dari aspek ilmu dan akademik.

ya... ramai makmum yang keluar berebut2 ke gerai mamak sutan mahmood untuk makan cendol pulut special. gerai bergerak basikal roda tiga tu selalu penuh dengan pelanggan. boleh dikatakan 15 minit sahaja cendol mamak sutan mahmood habis licin sampai ke dasar periuk aluminium.

imam tua melihat keluar lalu bingkas bangun. dia terus menuju ke sebelah kiri masjid untuk memadam beberapa kipas yang belum dipadam. imam tua masih berfikir. apa jawapan yang patut diberi kepada pemuda tadi. jari telunjuk tangan kanan imam tua terus memadamkan kesemua kipas yang masih terpasang.

dari suis kipas imam tua berjalan perlahan dan teratur menuju bilik imam masjid. di hidupkannya kipas dan lampu sebab bilik imam tu agak gelap. walaupun tingkap bilik tu agak besar tetapi sebahagian besarnya terlindung dengan pokok beringin yang rendang di luar bilik. imam duduk di atas kerusi.

"di mana aku nak cari maklumat tentang filem 2012 dan kiamat". keluh imam tua sambil mengurut manja janggutnya yang sejemput itu tapi panjang.

dia merenung netbook berjenama dell di atas meja. lantas dia teringat berkenaan Wifi. sebab baru kelmarin dulu si abu anak pak majid yang sedang cuti semester menambah access point di beberapa kawasan dalam masjid, baik budak tu, dia tolong beli dan tolong pasangkan sahaja. kalau nak harap tunggu kontraktor datang lambat dah tu pulak harganya mahal dari harga biasa, sebab tu imam tua mintak tolong si abu tu - abu bukan budak jurusan komputer tetapi dia dalam bidang perhotelan dan dia antara pemuda yang selalu mengimarahkan masjid - itu pon sebab imam tua mengadu kepada AJK ICT masjid, signal WiFi dari bilik imam perlahan sangat. paling tinggi pon 2 bar.

imam tua terus saja buka netbook dan tengok signal WiFi pada skrin. signal WiFi tinggi walaupun tak 100%. imam tua membuka pelayar internet, dia suka menggunakan mozilla firefox sebab kalau guna internet explorer besar kemungkinan komputernya boleh kena godam. pada pelayar internet tu imam tua menaip google. lantas ditaipnya perkataan youtube. pada laman youtube imam tua terus mencari maklumat tentang filem 2012.

hampir setengah jam imam tua melayari youtube berkenaan filem 2012. dari situ dia mencari pula maklumat tentang kiamat. daripada carian tersebut terdapat beberapa senarai video pendek berformat flv. di telitinya satu persatu. "hah ustaz samsuri". kata imam tua penuh minat. video pendek ulasan dari kitab bahrul mazi jilid yang ke 15. teliti dan khusyuk imam tua mendengar. sejurus dia teringat akan kitab tersebut terdapat dalam simpanan perpustakaan mini masjid. setelah mematikan netbook imam tua terus menuju ke perpustakaan mini masjid yang terletak di sebelah bilik imam.

bersambung....

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.