Perjalanan: Dari Perlis ke Hulu Kelang....

Jauh perjalanan aku kali ni. entah kenapa aku terasa nak guna jalan lama ke KL. dulu selalu guna jalan ni sebelum highway utara selatan siap. teringin nak tengok suasana damai kampung disepanjang perjalanan tu. disamping tak kena tol hehehehe... banyak sangat perubahan sepanjang perjalanan. yelah sampai aku sesat kat bandar ipoh... huh nak call pkksabah segan plak takut kena gelak... nak call puteri azwa pon seram gak, takut kena ketawa.... tu jer dua orang perak yang aku kenal. tapi tak mengapalah.... aku redah jer. yang kelakar tu pusing punya pusing tetiba sampai kat jalan sama... macam biasalah alasan aku kat wife aku... "anggaplah kita ni jalan2"... wife aku angguk jer sambil gelakkan aku... aku pon gelak gak hehehehe... akhirnya terpaksa la aku masuk semula highway dari ipoh ke KL... ada sesiapa boleh bantu guide aku tak macam mana nak ikut jalan lama dari ipoh ke kl.... bagi la komen kat bawah yer.... tq.

seronok jugak ikut jalan lama... taklah beza mana banding guna highway. cuma banyak kereta dan lampu isyarat ler... yang best, banyak tempat berenti. kalau lalu kat kuala kangsar tu best... sebab tepi jalan ada jual tempoyak... depa letak dalam botol tuuuuu.... macam botol minyak masak 5kg pulak aku tengok. penuh. huh.... mujur kat rumah ada lagi stok, kalau tak aku dah berenti dah.... musim doyan (durian) kut kat perak...

balik ke Perlis mungkin aku akan ikut jalan lama lagi..... insyaAllah




bas dua tingkat laju bebenor... 100 + km/j... ni masa di potong bas sebelah tu...








hah... ni masa dia duk kat lane kiri.... pon laju gak... tengok meter kete aku tu.... berani betul..... isy isy isy....








bangunan lama..... bangunan tu dah ada sejak 1972, sebelum aku lahir...






eh kilang apa ye.... simen kut....









besar kawasan kilang tu.... pkksabah tolong bantu.... kilang apa tu ek? heheheh..







kilang yang sama....








Kuale..... Kuala Kangsar....








pintu gerbang..... aku tak perasan apa namanya.... tapi kat perak ler..







suasana damai sepanjang perjalanan....








cantik jambatan ni.... tak sempat aku tengok apa namanya.... isy rugi... takpa nanti balik perlis aku tengok.

2 comments:

Unknown 7:06 AM  

APA SUSAH BACA JE SIGN BOARD...ATAU PAKAI GOOGLE EARTH ATAU GPS..INSYAALLAH TAK SESAT.PALING KOMEN DALAM KETE MESTI ADA KOMPAS..TUJU JE ARAH SELATAN..HA..HA..

OO..DAH LALU JAM BESOR KIRA SEKILOMETER LAGI SAMPAILAH KERUMAH ANA. BELOK JE KE GALERI SULTAN AZLAN SHAH TU JALAN TERUS..JUMPALA..

KILANG SIMEN BETUL LA TU..YG MENCEMARKAN HABUK KAT KAWASAN SETEMPAT.

woi isnin keje ke? meeting Pusat Islam jgn tuang..

askRAIN 10:39 PM  

hehehe.... pasal kompas tu, teringat pulak cerita mr bean holiday....

best ler jalan lama ke KL.... cuma tak beli tempoyak (depa letak tempoyak tu dalam botol minyak masak 5kg .... biar betul...)

meeting insyaAllah p....

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.