Ceritera 3: Mikrofon atas mimbar

ini adalah sambungan cerpen aku tempoh hari... plot yang terakhir cerpen ni akan aku post selepas ini....

mula....

walaupun perpustakaan tersebut terletak di sebelah bilik imam, itu tidak bererti ia terletak betul-betul di sebelah bilik imam. sebenarnya antara perpustakaan itu dan bilik imam ada sebuah ruang yang hampir sama besar dengan ruang gelanggang badminton. tetapi kecil sedikit dari saiz sebenar gelanggang badminton. ruangnya agak tertutup. teduh dari sinaran matahari yang menyengat. tetapi ruang itu tidaklah bertutup semuanya. ruang tersebut ada atap yang diperbuat dari asbestos warnanya sedikit kelabu. disekelilingnya ada tembok batu bata yang dibina separas pinggang sahaja.

bahagian yang hampir dengan masjid ada diletakkan dua set meja batu. kedua2nya adalah sumbangan pelajar institut pengajian tinggi tempatan. sumbangan itu diberikan sempena program yang mereka jalankan di masjid tersebut. pihak masjid tidak mengenakan bayaran yang mahal untuk menggunakan kelengkapan dan kemudahan yang terdapat di masjid, cuma berpatutan untuk membayar bil air dan elektrik. selain dari kos tersebut,AJK masjid yang dikepalai oleh imam tua hanya memberikan syarat supaya mereka menjaga kebersihan disamping "wajib" berjemaah pada setiap waktu. syarat yang lain, jaga aurat dan jaga batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan, itu saja. di belakang setiap set meja batu tersebut jelas ditulis nama ipt, program yang dijalankan, tarikh dan kata2 nasihat. kini kerusi itu digunakan oleh anak kariah untuk berehat menunggu waktu solat. kalau hujung minggu pula, ada kumpulan anak sekolah datang membuat perbincangan ataupun membuat kerja sekolah.

ruang kosong yang selebihnya dibiarkan kosong. bukan kosong sahaja, tetapi untuk membolehkan meja ping pong dibentang. memang kerap anak kariah yang datang bermain ping pong selepas waktu asar. kadang2 ada yang datang solat asar membawa baju sukan bersama supaya mudah untuk di tukar selepas selesai solat asar. mereka bukan sekadar bermain sahaja, bahkan imam tua telah menubuhkan kelab ping pong untuk anak2 kariah yang berminat sejak beberapa tahun dahulu. kelab ping pong masjid itu telah beberapa kali menang tempat pertama di peringkat daerah. mula2 orang tak percaya mereka kelab ping pong masjid. tetapi sejak kemenangan kali kedua berturut2 beberapa tahun dulu kelab ping pong masjid sudah menjadi bualan mulut orang. mereka bukan sahaja terdiri daripada anak2 muda yang handal dan berbakat bermain ping pong tetapi mereka juga adalah pengimarah saf saf yang ada dalam masjid itu.

imam tua terus berjalan ke perpustakaan. tidak berkunci. dilihatnya ada beberapa anak muda sedang tekun berbincang dan membuat rujukan. mereka seperti tidak perasan imam tua melangkah masuk.

"Hamzah mana, tak ikut sama". imam tua bersuara memecah fokus anak2 muda tersebut. imam tua kenal sangat dengan anak kariah masjid itu. ibu bapa mereka pun juga adalah pengimarah masjid itu.cuma ada beberapa anak muda yang ibu bapanya langsung tidak pernah menjenguk masjid. kalau ada pon pada hari jumaat dan pada dua hari raya utama umat Islam.

"dia balik kejap tuk aji, emak dia sms suruh belikan kicap di kedai ah seng". jelas salah sorang anak muda itu. mereka mesra memanggil imam tua dengan panggilan tuk aji. lebih akrab dan rapat bunyinya. imam tua hanya mengagukkan kepala dan sedikit senyum.

imam tua terus ke rak buku untuk mencari kitab bahrul mazi jilid yang ke 15 karangan Mohd Idris bin Abd Rauf al-Marbawi. beberapa rak ditelitinya dan dicari satu persatu. tapi masih lagi tak kelihatan. dia pasti kitab itu ada di perpustakaan itu. dialah yang menyusunnya dulu mengikut turutan jilid. pada rak yang sepatutnya, hanya tinggal jilid 1 hingga 7 sahaja. yang lain tidak tersusun lagi. masih lagi mencari di rak yang lain. masih belum bertemu. untuk gantian rujukan, imam tua mengambil beberapa tafsir al-quran untuk dirujuk. imam tua melihat jam didinding perpustakaan, pukul 3.10 petang. asar masuk pukul 4.55 petang. imam tua lantas mengambil tempat di hujung meja berhampiran dengan pintu masuk perpustakaan. imam tua duduk dengan tenang. dibukanya tafsir quran dengan cermat. terdapat beberapa surah yang boleh dirujuk berkenaan hari kiamat. imam tua membelek2 surah mana yang sesuai untuk dijadikan hujah kepada orang muda yang bertanyakan soalan selepas solat jumaat tadi.biar ringkas, padat dan mudah untuk difahami oleh orang muda itu nanti. dia tidak mahu memberikan hujah atau rujukan yang terlalu sukar dan berbelit2 untuk difahami oleh orang muda itu. dia mengerti benar kalau rujukan dengan bahasa yang berbelit2 seperti yang tedapat pada kitab bahrul mazi dan kitab2 kuning atau lama yang lain, agak sukar difahami. dia pernah berguru dengan beberapa orang guru untuk memahami isi kandungan yang tersurat dan yang tersirat dalam kitab2 lama seperti bahrul mazi. bukan salah penulis kitab tetapi zaman yang berubah, menyebabkan prosa2 kata dan tatabahasa kini lebih mudah difahami berbanding dulu. bukan mudah untuk memahami kitab lama dengan struktur bahasa yang lama, kekadang boleh tersilap tafsir. bila tersalah tafsir makna dan hukum pun akan bertukar. maka jadilah syubhah dan mungkin hukum asalnya bida'ah tetapi ditafsirkan sunnah pula. perkara seperti itu yang imam tua tidak mahu terjadi.

imam tua membuka lembaran demi lembaran. dia terus saja ke bahagian belakang tafsir quran tersebut. terdapat beberapa surah pendek yang boleh dirujuk. dia menandakan dulu muka surat surah tersebut. dilipatnya bucu atas lembaran tersebut kearah muka surat yang hendak dirujuk. dia terus membuka beberapa lembaran lain. tadi surah al-qari'ah. pada fikiran imam tua, masih lagi memikirkan kemana perginya kitab bahrul mazi jilid ke 15 itu hilang.imam tua mengeluh pendek, tanpa rasa kecewa. dia pasti ada orang pinjam untuk membuat rujukan sepertinya. tapi yang menghairankannya takkan dibawa balik buku itu. buku yang terdapat di perpustakaan itu memang tidak dibenarkkan untuk dibawa pulang. mungkin juga bilal kasim yang meminjamnya. sebab bilal kasimlah yang menjaga dan memegang kunci perpustakaan masjid itu. mungkin juga. al-zalzalah, ya mungkin surah ini juga sesuai. imam tua sekali lagi menandakan muka surat tersebut.

"tuk aji, boleh saya tanya sedikit". sapa seorang anak muda dari kumpulan anak muda yang sedang berkumpul tadi.

"boleh, kalau tuk aji ada jawapannyalah ye". sedikit nada gurau.supaya anak muda itu tidak takut untuk bertanya. imam tua tahu ramai anak kariah masjid itu takut dengannya. ada yang kata mukanya muka sombong dan kurang mesra.

"apa maksud maksiat dilakukan ditepi2 jalan tanpa segan silu". tanya anak muda itu sambil menghulurkan buku berkulit keras bertulisan jawi.

imam tua tersenyum lebar. hati yang resah kembali tenang. ditariknya bahu anak muda tersebut rapat kearah lambung kirinya. rapat dan mesra."panggil yang lain sama, tuk aji nak terangkan kepada kalian semua, biar semua orang faham perkara yang sama". arah imam tua kepada anak muda itu.

tidak berapa lama kemudian semua anak muda tersebut berkumpul di meja imam tua. ada yang berdiri sebab tidak cukup kerusi di meja tersebut. kesemua mereka mendengar dengan minat dan tekun penerangan imam tua.imam tua memberitahu bahawa maksiat yang dimaksudkan tadi umum sifatnya. ia merangkumi pelbagai aspek. dari aspek berpakaian sehinggalah bermuamalah.imam tua memberikan beberapa contoh supaya anak muda itu faham. dia memberi contoh orang yang berpakaian yang tidak menutup aurat. ada yang bertudung tetapi baju dan seluar sendat sehingga menampakkan pusat. bahkan nampak susuk tubuh. imam tua membawakan ayat arahan dari dalam al-quran iaitu ayat 30 dan 31 surah an-nur. dalam ayat tersebut jelas diberitahu batas2 aurat dan kepada siapa ia boleh didedahkan, itu pun ada batas dan had bahagian yang boleh didedahkan.imam tua beritahu sekarang ini pakaian yang menyolok mata seperti yang diberitahu itu sudah menjadi satu fesyen dan seolah2 dibenarkan oleh islam. dengan nada keras dan kecewa imam tua memberitahu anak2 muda itu, pihak berkuasa agama seperti tak kisah dan membenarkan pakaian seperti itu dipakai oleh orang islam. mereka lebih suka menangkap orang yang berkhalwat daripada menasihat orang yang berpakaian sendat nampak pusat. "tuk aji tak faham kenapa jadi macam tu".kata imam tua sambil geleng kepala.

"lagi tuk aji". sampuk salah sorang anak muda yang berdiri.

"banyak lagi cuma kamu sendiri boleh tengok dan kaji apa yang kamu lihat di persekitaran kamu dan cuba kaitkan dengan peringatan2 Allah dalam Quran dan hadith nabi". kata imam tua sambil mengangkat sedikit tafsir quran yang di pegangnya sejak dari tadi. imam tua menambah lagi sedikit, kali ini dia membawa masalah riba. dia kata tidak ada perkara yang tidak terlibat dengan riba. setiap perkara ada unsur riba. yang membezakannya adalah jumlah yang banyak atau sedikit.sukar dielak.

"eh, kalau macam tu hidup kita penuh dosalah tuk aji, macam mana kita nak hidup kalau macam tu". celah seorang anak muda dengan penuh rasa bimbang.

"ya kita sukar nak elak". jawab imam tua ringkas.

"tetapi kita wajib untuk elak riba ni sebaik mungkin". sambung imam tua lagi. imam tua menyambung penjelasannya, jangan kita yang mencari riba atau sengaja cari keuntungan atas riba. sebolehnya dielakkan dari sebarang unsur riba. kalau tak boleh elakkan juga. mohon ampunlah pada Allah. sebab kata imam tua lagi, Allah itu lebih mengetahui daripada apa yang kita ketahui.

"yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal, kedua2nya tak boleh becampur seperti terasingnya minyak dan air" sambung imam tua dengan penuh berhemah.

"jelas tak apa yang tuk aji terangkan". tanya imam tua kepada anak2 muda itu. mereka mengangguk kepala hampir serentak. anggukan kepala itu seperti faham benar dengan penjelasan imam tua itu. ada cahaya kepuasan dalam mata setiap anak muda itu.imam tua juga berasa puas memberi faham kepada anak2 muda itu.

"oh ya, bila sudah habis buat rujukan, tuk aji nak pinjam kitab bahrul mazi jilid 15 tu ye nak". kata imam tua dengan lemparan senyuman manisnya. dia puas. rupanya kitab yang dicarinya seperti datang sendiri kepadanya. dia mengucapkan "subhanallah" perlahan, hanya dia yang mendengar ucapan itu.

"tak mengapalah, tuk aji boleh ambilnya sekarang, kami dah puas hati dengan penjelasan dan contoh yang tuk aji bagi tadi, terima kasih sekali lagi tuk aji". dengan sopan salah sorang anak muda itu menghulurkan kitab tersebut kepada imam tua. anak muda yang lain mengangguk kepala sambil senyum tanda setuju dengan sahabtnya itu.

imam tua membuat keputusan untuk menjadikan surah al-qariah dan al-zalzalah sebagai rujukan untuk dijadikan hujah kepada pemuda yang bertanya berkenaan hari kiamat dan filem 2012 selepas solat jumaat tadi. dia yakin benar dua surah ini sudah cukup untuk dijadikan hujah disamping kitab bahrul mazi sebagai sokongan. lagipun waktu sudah menghampiri 4.50 petang. dan imam tua harus bersiap untuk mengimamkan solat asar petang itu. dia juga yakin penerangan yang diberikan kepada anak2 muda di perpustakaan itu juga serba sedikit dapat membantunya menjawab pertanyaan orang muda yang bertanya itu.

bersambung...

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.