Ceritera Finale: Mikrofon atas mimbar

ni penutup cerpen aku, kalau ada yang komen secara membina, aku akan email cerpen ni ke berita harian.... tengok kena ke tak kena cerpen aku dipilih untuk paparan hehehehe... kalau dipilih bolehlah aku jadi sasterawan negara pulak.... weh jangan gelak ek.... sapa tau kan...

mula....

tidak seperti masjid lain, di masjid itu tidak dipasang atau dimainkan bacaan quran atau nasyid atau zikir munajat dari kaset atau pemacu cakera padat sebelum masuk waktu solat atau sebelum azan dilaungkan. itu adalah cadangan imam tua. dia berpegang kepada ayat quran yang menyuruh orang yang mendengar quran supaya mengahayati makna bacaan quran dan diam. kalau sekadar dimainkan dicorong pembesar suara tapi adab mendengar tidak dilaksanakan samalah macam dengar lagu dari corong pembesar suara. bukan itu sahaja sebabnya, imam tua tidak mahu jemaah yang ingin solat sunat ba'diah ataupun tahyatul masjid terganggu khusyuk mereka dalam solat kerana bacaan quran dari corong pembesar suara. bahkan ada larangan terhadap orang yang membaca quran di dalam masjid supaya merendahkan suara kerana ditakuti mengganggu orang lain yang sedang solat. itulah antara sebab kenapa imam tua tidak memainkan bacaan quran daripada kaset atau pemacu cakera padat. memang ada anak kariah yang tidak setuju dengan cadangan imam tua itu dengan alasan, kalau ada kedengaran bacaan quran senanglah tau waktu solat sudah hampir tiba. imam tua hanya senyum dengan alasan itu. dia tau kalau dia bertekak dengan perkara remeh itu pasti takkan sudah sampai bila2. dia juga tau, itu semua alasan sahaja, sebab bukan kerana bacaan ayat quran itu menandakan masuk waktu, tetapi waktu itu sendiri yang menandakan waktu solat telah dan akan masuk. "ahhh... jam kan ada". keluh imam tua dalam hati. dia tau apa yang dilakukan adalah belandaskan quran dan hadith nabi. bukan dia suka2 hati nak buat macam itu.

imam tua perbaharui wudu'nya. kedengaran bilal kasim mengetuk2 mikrofon dan membetulkan suaranya. gema azan bilal kasim kemas dan tepat sebutannya. walaupun sudah melepasi umur subsidi, giginya masih penuh, dan hal itu membuatkan orang yang mendengar azannya terdiam dan khusyuk mendengar. lagi pula bilal kasim adalah bekas pegawai waren 1 tentera udara diaraja malaysia. selesai wudu', imam tua terus masuk ke dewan masjid sambil membetulkan lengan baju yang dilipatnya sebelum mengambil wudu'. dia berdiri tegap sambil menunggu bilal kasim mengabiskan laungan azannya. imam tua mendengar azan dengan penuh khusyuk. selesai azan, imam tua terus mengangkat takbir untuk solat sunat ba'diah. selepas asar tak ada solat sunat. peluang itu diambil oleh imam tua untuk menampung mana2 lompang pada solat fardu yang akan dilaksanakan nanti. pastinya akan ada kekurangan yang tidak disengajakan dalam solat fardu itu nanti. bukan besar pun salahnya dan tidak ada pergerakan pun, cuma hati yang terlalai daripada khusyuk mengingati Allah. itu saja. tapi kesannya amat besar bagi imam tua.

bilal kasim seperti mendapat isyarat daripada imam tua supaya iqamah. selesai iqamah, imam tua terus menuju ke sejadah imam dan mengambil mikrofon daripada bilal kasim. dihadapkannya seluruh tubuh menghadap makmum. dipandang ke kanan dan ke kiri. di perhatikan kaki para makmum. diperhatikan bahu para makmum. lantas diperingatkan semua makmum untuk merapatkan bahu dengan bahu kemudian merapatkan sisi kaki dengan sisi kaki kemudian jangan ada ruang antara makmum dengan makmum yang lain supaya syaitan tidak berada antaranya dan meniupkan bisikan was was dalam solat. imam tua lalu menghadapkan tubuhnya ke arah kiblat dan mengangkat takbir meneruskan solat asar petang itu.

selesai solat makmum pun beredar. macam biasa, selepas solat imam tua akan berpindah tempat duduk untuk memanjangkan sedikit zikirnya.maklumlah tiada apa yang perlu dikejarkan. cuma janjinya dengan orang muda lepas solat jumaat belum terlunas. imam tua meneruskan saja zikirnya. dia sentiasa berharap akan ada redha Allah terhadapnya, apatah lagi terhadap segala amal ibadahnya selama ini. dia sering takut akan ibadah yang diikuti dengan perasaan riak ataupun menunjuk2 tanpa keikhlasan dari hati sanubarinya.dia sedar dia sering tersasar dari landasan khusyuk dan fokus. untuk menutupi segala kelalaiannya imam tua sering berzikir dengan erti kata lain memanjangkan ingatannya pada Allah disamping bermunajat. dia sering bermunajat mengadu resah hatinya pada Allah.apatah lagi umurnya semakin senja menghampiri malam. dia masih duduk dengan khusyuk di sudut depan sebelah kanan masjid.fokus dan khusyuk.

sambil menghabiskan zikirnya, imam tua sempat mejeling ke arah jam dinding yang digantung betul2 di atas dinding mehrab. pukul 5.20 petang. dia berhenti seketika. dia meninjau ke bahagian belakang masjid. seperti yang dijanjikan, orang muda telah sedia menanti imam tua. cuma kali ini dia tidak terus menyapa imam tua. sebaliknya dia tunggu imam tua menghabiskan zikirnya, sambil membelek2 beberapa buku kecil yang diletakkan pada rak buku di tiang tiang masjid. orang muda itu tidak perasan perlakuannya diperhatikan oleh imam tua.

"assalamu'alaikum, dah lama tunggu saya". sapa imam tua dengan penuh berhemah sambil duduk disamping orang muda itu.

"'alaikumsalam, lama jugak, tapi saya tak sampai hati nak ganggu tuan imam kejap tadi". ujar orang muda dengan jujur dan terus terang.dia masih memakai seluar jeans, cuma bajunya sudah bertukar. masih memakai T-shirt tanpa kolar, cuma kali ini tiada corak apa2 dan tiada perkataan apa2, yang ada jenamanya sahaja tertulis di sebelah atas dada sebelah kanan, tertera perkataan POLO.

"dimana boleh kita sambung perbualan kita imam, mungkin di luar masjid". tanya orang muda penuh sopan.

"tak mengapa, disini pun boleh, lagipun banyak sumber rujukan untuk kita rujuk".jawab imam yang jauh lebih tua dari pemuda itu. bahkan seperti seorang datuk dan cucu.

"baik, dimana kita berhenti tengahari tadi". tanya imam untuk kepastian. sebenarnya dia tau cuma sekadar memulakan bicara.

"hmm... kaitan filem 2012 dan hari kiamat. saya bukan apa imam, saya jadi keliru bila menonton filem tu. seolah olah perkara itu benar2 akan terjadi. cuba imam lihat dunia kita ni pon semakin nampak berumur. banyak mala petaka dan bencana alam yang saya rasa semuanya menjurus kepada kiamat". jelas pemuda itu. dari pergerakan anak matanya jelas nampak kerisauan yang teramat.

"begini nak, kiamat tu pasti berlaku dan itu adalah antara perkara ghaib yang wajib kita imani. cuma kita ta tahu bila". jelas imam tua.

"dulu pernah seorang sahabat bertanya hal yang sama kepada rasullah sama seperti yang anak tanya saya". terang imam tua dengan yakin.

"anak tau apa jawab rasulullah, jawab baginda dengan pertanyaan, apakah persiapan sahabat tersebut untuk menghadapi kiamat". jelas imam tua sambil membetulkan kedudukannya. sengaja dirapatkan lututnya kepada lutut orang muda itu. biar ada rasa akrab antara mereka. orang muda terus mendengar dengan teliti dan menghayati setiap kata2 imam tua itu.

"teruskan tuan imam, saya dengar". ujar orang muda dengan penuh minat yang memotivasikan imam tua itu.

imam tua memulakan bicara. dia tidak bicara hal yang berat2 mahupun berbelit2. kiamat pasti berlaku. cuma kita tidak tahu bila akan berlaku. yang penting tuntutan terhadap persediaan untuk menghadapi hari yang tiada guna anak pinak dan harta benda itu. kalau persiapan ala kadar maka apa yang akan diperolehi nanti juga ala kadar. kejadian kiamat itu merupakan satu menifestasi kepada sakratul maut. setiap nyawa yang hidup pasti akan merasai mati. itu wajib. jadi tidak timbul isu filem 2012. tanpa filem itu pun kiamat akan tetap terjadi.

"setakat ni faham nak". celah imam tua sambil menarik nafas untuk menyambung bicara.

"faham tuan imam, teruskan, kalau ada soalan nanti saya celah". orang muda memberi kepastian.

kejadian kiamat ini amat dahsyat. gambarannya ada Allah nukilkan dalam al-quran dalam beberapa surah antaranya al-qoriah dan al-zalzalah. imam tua sengaja pilih dua surah ini saja dulu. memang tedapat surah2 lain yang menceritakan perihal kiamat. dalam surah zalzalah Allah dah jelaskan apa yang akan terjadi sewaktu kiamat itu nanti. antaranya bumi ini akan bergoncang dengan goncangan yang amat dahsyat. bumi ini akan mengeluarkan segala isi kandungannya. sewaktu itu manusia tertanya2 dan bertanya apa yang telah berlaku. manusia hilang punca. ibu yang mengandung akan melahirkan anaknya. anak tidak lagi kenal ayahnya dan begitulah sebaliknya. manusia bertempiaran menyelamatkan dirinya. huru hara. kelam kabut. laut memuntahkan segala isinya, langit pula menjatuhkan segala isinya. gunung ganang pasak bumi beterbangan. begitulah antara gambaran hari kiamat itu. tetapi bukannya dengan gambaran fikiran kita. kata rasulullah, kiamat itu berlaku tidak dapat digambarkan dengan kata2 dan fikiran manusia yang singkat ini. tiada siapa yang tahu.

anak muda itu mengesat air matanya yang secara tidak dipaksa turun menuruni pipinya. imam tua juga terkesan dengan penerangannya sendiri. ada getar pada suara imam tua sewaktu rancak memberi penerangan. ya, kejadian kiamat itu amat dahsyat.itu baru kejadian kiamat. sudah pasti lebih dahsyat dari apa yang digambarkan dalam filem 2012 itu.

"perlukah saya teruskan atau berhenti saja di sini".tanya imam tua.

"teruskan sikit lagi tuan imam". jawab orang muda dengan penuh minat.

apa yang paling penting adalah persediaan kita untuk menghadapi kiamat. bekalan itu amat perlu untuk mengharungi perjalanan yang jauh dan kekal abadi. namun kiamat itu ada tanda2nya. maksudnya kita akan tau kiamat itu telah hampir.bukan tau bila akan berlakunya kiamat. ada tanda kecil dan ada tanda besar.

"dalam kitab ini ada penerangannya, kitab yang saya pegang ni versi tulisan jawi, sekarang dah ada versi tulisan rumi cuma susunan bahasanya masih lagi lama, tak mengapa, anak boleh baca, kalau tak faham rujuklah orang yang lebih fahamm". kata imam tua sambil menghulurkan kitab bahrul mazi jilid ke 15 kepada orang muda itu. dengan penuh minat orang muda itu terus menyambut kitab tersebut sambil membelek ringkas.

imam tua menerangkan secara ringkas isi kandungan kitab itu. antaranya kitab itu menukilkan beberapa tanda2 kiamat hampir berlaku. kebanyakan tanda2 kecil telah ada sekarang. banyak tanda2 kecil kiamat dapat dilihat di mana2 sekarang. manusia tidak segan silu membuat maksiat. bahkan ada yang berbangga dengan maksiat yang dilakukannya.bukan sedikit tapi banyak jumlahnya. lihat saja cara berpakaian. itu baru hal pakaian, belum lagi berkenaan solat. jangankan lima waktu solat, solat subuh entah berapa orang yang laksanakan. hukum Allah dipermudahkan apatah lagi hukum dunia. ramai orang tidak lagi kisah batas pergaulan lelaki dan perempuan. berpelukan antara bukan muhrim, biasa. bersedudukan dalam satu rumah antara bukan muhrim, biasa."nah... inilah petanda kecil kiamat". tegas imam tua lagi."apa tugas kita. apakah lihat sahaja dan membenci. itulah serendah iman yang kita ada". sambung imam tua.

jam di dinding sudah menunjukkan hampir pukul 6.15 petang. kalau nak diikutkan memang panjang lebar penerangan imam tua itu. tetapi dia ada tugas lain yang perlu dilaksanakan. walaupun maghrib masih terlalu awal, tetapi dia perlu balik ke rumah sebentar untuk menukar pakaian yang dipakainya sejak dari tengah hari tadi. dia lupa makan tengah hari, hanya minum beberapa teguk air semasa di bilik imam tadi. itupun mujur ada air mineral. orang muda itu seperti faham bahasa badan imam tua. walaupun imam tua tidak nampak seperti mahu menamatkan bicara petang itu.

"saya rasa puas hati". celah orang muda itu.

"saya rasa penerangan tuan imam tepat dan mudah untuk saya faham". sambung orang muda.

"saya terhutang budi pada tuan imam dengan penerangan yang saya rasa dapat merungkai perasaan saya yang serabut ni". puji orang muda lagi. imam tua hanya senyum kecil.

"saya tertarik dengan khutbah jumaat tuan imam berkenaan kemana umur kita dihabiskan tengah hari tadi. saya terfikir pasal filem 2012 yang saya tengok semalam dengan kawan2. saya cuba kaitkan dengan kiamat. tapi jadi keliru dengan fakta dan imaginasi". jelas orang muda itu. imam tua hanya senyum sambil memandang ke karpet masjid yang berwarna biru pekat itu.

"saya sekadar cuba memudahkan faham anak saja". jelas imam tua.

"sebenarnya persoalan anak tadi tu dah ada jawapannya dalam al-quran dan hadith nabi. cuma kita yang jarang beri masa untuk diri kita merujuk dua sumber utama itu, apatah lagi kitab2 sokongan yang lain seperti kitab yang anak pegang tu". sambung imam tua sambil menyentuh kitab yang dipegang oleh orang muda itu.

perbincangan tidak rasmi petang itu membawa seribu makna kepada orang muda itu. imam tua secara tidak langsung dapat mengemaskini ilmu yang ada padanya.tidak seperti sesetengah orang yang bergelar ustaz atau ustazah, sudahlah tidak mahu dan malas untuk mengemaskini ilmu yang mereka ada, ada pula yang masih mempertahan fakta yang salah sebagai betul. dan ada sesetengah mereka menganggap kitab2 jawi lama sebagai rujukan utama dalam menyampaikan ilmu. ada pula yang berjenaka berlebihan dalam kuliah agama yang disampaikan dengan tujuan orang ketawa dan suka kepadanya. apatah lagi kebanyakan mereka yang mempunyai modus operandi seperti itulah yang paling popular, banyak pengikut dan orang anggap semua kata2 mereka betul sahaja walaupun kadang kala faktanya salah belaka dan cakap ikut sedap sahaja. bila sudah ada pengikut,maka mereka yang popular ini dianggap seperti maksom oleh para pengikut, anak murid dan peminatnya. ada kalanya kenyataan mereka tidak boleh langsung di kritik. imam tua telah banyak pengalaman berhadapan dengan ustaz dan ustazah seperti itu. ada juga sesetengah mereka suka menyalahkan orang lain. ada yang memaksa jemaah lelaki wajib pakai tutup kepala apabila masuk ke dalam masjid. alasan mereka supaya orang di dalam masjid ada sikoh dan mewujudkan biah islamiah dalam masjid. ada juga yang melarang orang yang berseluar jeans masuk ke dalam masjid. ada yang lebih teruk lagi, menuduh orang lain dengan menghukum kafir, sesat, bida'ah dan macam2 lagi hukuman dan cercaan, sedangkan mereka tidak tahu hal yang sebenar dan kesan serta konotasi yang mereka berikan itu.

imam tua tidak seperti itu. dia amat berhemah orangnya. pendekatannya menyebabkan ramai yang tertarik berjemaah ke masjid. dakwahnya terlalu halus dan lunak tetapi tegas. ramai anak kariah yang sering merujuk masalah kepadanya. ya... memang ramai juga yang takut dengannya, itupun sebab melihat dari roman mukanya yang agak bengis, dia pendiam dan dek kerana sifat luaran itulah ada yang kata dia sombong. imam tua sudah lali dengan tanggapan seperti itu. walaupun luas dengan ilmu yang pelbagai namun dia tidak pernah mengajar di masjid kariahnya atau di masjid2 lain atau di mana2 tempat. dia sedar dia tidak ada tauliah mengajar. dia hanya dilantik menjadi imam pembantu sahaja. dia bertugas bila imam muda atau imam satu masjid itu yang bertauliah mengambil cuti atau ada jemputan berceramah di luar kariah. walaupun begitu dia masih menjadi sumber rujukan anak kariah. apabila ada yang bertanya, imam tua akan melayan sehingga orang itu berpuas hati. dan apabila tetamunya berpuas hati barulah dia akan berhenti. itulah antara sebab imam tua merasakan apa yang dipesan oleh rasulullah tentang menyampaikan peringatan walaupun satu ayat peringatan daripada baginda, dapat dilaksanakan. imam tua puas hati.

selepas bersalaman dengan imam tua, orang muda itupun keluar dari masjid. dia rasa tenang dan lapang. tetapi dia dapat rasakan ada satu tuntutan yang harus dia tunaikan. persiapkan diri untuk menghadapi kiamat. imam tua pulang ke rumah untuk membersihkan diri. dia tahu tugasnya amat berat. segalanya perlu kepada ilmu pengetahuan yang luas dan terbuka. ilmu itu satu panduan untuknya sebagai imam bahkan sebagai seorang muslim. bukan buat sesuatu ikut rasa dan emosi serta beradat secara membuta tuli tetapi buat sesuatu dengan ada rujukan ilmu yang sahih dan kuat alasannya. imam tua terus melangkah keluar masjid. dia menuju rumah. ada tugas yang menantinya maghrib nanti. membawa makmum menghadap Allah, tuhan, ilahi Rabbi.

tammat....

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.