Fasa kedua: Hari Yang Berlalu

yup.... aku masih ada.... dan kekadang kelibat aku kelihatan di tempat2 strategik secara solo. maksud aku tidak bersama anak2 aku.

bukan maksudnya wife aku dah habis berkursus.... belum. cuma ada bantuan lain yang datang kepada aku. yup kehadiran mak mertua aku.

sebetulnya aku dah tau mak mertua aku akan datang. cuma aku tak pasti bila. jadi aku tak boleh kata dia akan datang. hmmm.... boleh ker aku cakap macam tu.

kebetulan makcik wife aku nak jenguk anaknya di Jitra. jadi, mak mertua aku pon tumpang sekali. sekarang mak mertua aku yang bantu aku kat rumah. yup.... sebenarnya dia nak jaga cucu2nya hehehehe.... aku tau.... takkan dia nak jaga aku pulak dak....

hmmm... sekadar menjawab beberapa persoalan yang dilontarkan kepada aku.... cuma aku tak pasti bila mak mertua aku akan tinggal dengan cucu2nya tu. aku ok jer.... orang kata luas tapak tangan nyiru aku tadahkan.... dan satu lagi... seperti orang mengantuk disorong bantal...

15 - 7 = 8 hari lagi.....

1 comments:

Unknown 8:22 AM  

biasalah..org tua kena la di hormati idea mereka. Mungkin mereka bercakap dari pengalaman org dulu-dulu. Org moden la ni Ayah jaga anak tu biasa dah..mcm aku kena minggu ni. Bini kursus PTK, aku bawak diorg melancong ke KL. 4 malam jaga 3 org hero filem tamil ni.. Alhamdulillah..

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.