Kitaran Hidup: Sejarah sering berulang...

hujung minggu kembali lagi...

rumah...

macam biasa aku menyelesaikan beberapa rutin hujung minggu aku kat rumah. cuma bezanya, anak aku, hamzah dan amni, selsema. tapi tahap aktif bermain sama saja. lain..., sama saja. oh ya... kredit untuk zauja aku yang masak cucoq jagung pagi tadi, sedap, ntah berapa ketul aku rembat aku tak ingat.

"circle" aku...

"en... kelulusan en yang terakhir apa?" tiba2 soalan tu terkeluar dari mulut sorang pelajar yang datang meminta konsultansi.

"kenapa awak nak tau ye?" aku cuba matikan soalan tu. sebab malas nak jawab.

"degree ye en." telah pelajar tu.

"spm." jawab aku sambil senyum. melawak.

pelajar tu senyum seperti minta jawapan sebenar. aku dengan rasa kesian bagitau hal yang sebenar.

"en tak sambung phd ke?" pelajar tu bagi soalan cepu emas kat aku.

eh macam mana aku nak jawab ni. ni soalan membunuh ni. takkan aku nak jawab, saya mahu2 kucing jer. kes kes kes. tak boleh. budak tu dah serius. aku pulak tersiput-siput.

"saya tak layak lagi... hmmm eh, cuba awak cari buku ni kat library, bagus untuk rujukan awak." aku terus matikan soalan pasal phd tu. lepas beberapa ketika budak tu pon tinggalkan meja aku. aku rasa berjaya untuk matikan soalan panas tu.

yeah... kepada sahabat2 yang sedang apply dan sedang buat phd, teruskan usaha anda, dan aku akan doakan kalian. aku belum dapat seru...... :)

blogger sekitar aku...

masa aku mulakan blog ni... persada blogging masa tu terlalu muda. masa tu aku memblog sebab malas nak design web sendiri dan malas jugak nak bayar hosting tiap2 tahun. jadik aku guna yang free (tak tau sampai bila blogspot ni bagi free). masa tu aku takder kawan blogger. sekarang disekitar aku ada blogger yang handal2 menulis dalam blog mereka. rata2 bukan orang IT pon tapi nampak IT depa ni.

cha om orang elektrik tapi bukan keje kat TNB pon. aku saja tengok blog mamat ni. bila tengok terasa pulak tengok astro 703. orang commerce pon ada, rush dan antara yang aktif berblog, dia ada beberapa site setahu aku, kekadang aku tak pasti site mana yang dia update :). en taher juga orang commerce. kerap jugak dia update blog.

selain tu ust ajak dan ust hamdan antara blogger di sekitar aku juga. aku suka ayat2 pada blog2 mereka. tersusun cantik dan kekadang puitis bahasanya. mungkin kekadang panas juga hehehehe... ada lagi, rudi pon ada blog jugak. bila aku kata sekitar, maksud aku, aku jumpa depa ni dalam persekitaran harian aku. saja nak tulis pasal depa sikit.... nak bagi kredit. sebenarnya ramai lagi blogger sekitar aku... cuma aku tak sempat nak senaraikan kat sini. tapi kalau korang nak jugak, korang boleh saja lawat blog2 yang aku bagitau tadi, haaaa kat blog2 tu ada link ke blog2 blogger yang lain.

untuk semua... selamat berblog.

5 comments:

ishaharom 5:57 PM  

bro...segan lak aku..703 channel afc lol...aku bkn wat memasak pown...uhuhuhuhu

persekitaran membentuk pola pemikiran kita bro...

askRAIN 12:34 PM  

salam Bro...

hehehe.... silap taip la... Channel 707... 703 tu Channel gua.... maap laa nooo nanti aku buat "mohon maaf secara terbuka"

ishaharom 7:17 PM  

adoyai...

aku jadik segan lak nih...

Anonymous 11:22 AM  

rudi yang hensem ada blog?

Unknown 4:08 PM  

release la tention keje dgn adanya FB dan blogspot..Tapi lebih release kalau rajin ngadapkan kepada yang MAHA ESA.

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.