Seminggu lalu: Entry yang kedua hari yang sama



Hamzah, main2 sambil intai aku update blog...

dia dah mula lasak.






haaa... yang kacak tu ialah encik Khai.... dia macam pembantu sulit kepada penyelaras kepada penyelaras2 jadual waktu... ni gambar yang aku curi snap masa meeting jadual waktu. minggu depan dah mula setting jadual waktu sem depan.



untuk rekod, hanya jbtn letrik n mekanikal jer guna aplikasi jadual waktu... aku yg IT ni tak guna, sebab pertamanya, vendor tu jual aplikasi ikut suka dia. keduanya, aku bengang dengan vendor tu, tak ngaku salah, sampai aku bertekak ngan depa masa bulan posa. dah dia yang suruh nyatakan masalah so kami catatlah masalah bagi kat dia. tetiba dia melenting pulak, katanya semua masalah tu dah depa settlekan guna applikasi tu "tak tengok ke." camtulah maksud depa. siap bawak bukti yang kolej tu kata aplikasi depa ok, yang U ni kata ok, yang datuk ni kata ok... aku mulalah naik darah masa tu. lagi pulak tengah posa... tengah hari pulak tu.... memang cari nahas la.

aku kekal dengan pendirian aku sampai la ni, sebab aku taknak orang perbodohkan aku dan kami semua. yang penting, depa buat aplikasi tu bukan berdasarkan spec. keperluan tempat aku keje. bermaksud, apa saja yang depa buat berdasarkan masalah orang lain yang depa anggap lebih kurang sama dengan kami. mana boleh camtu... ikutlah spec kami, barulah selesai masalah. dan paling aku bengang, masalah yang aku suruh settlekan masa depa present applikasi tu kali pertama kat kami dulu pon tak dibetulkan. weh aku bukan sesenang jer nak diperbodohkan. orang lain boleh la.... bukan murah aplikasi tu. abis duit rakyat nanti.

kalau setakat aplikasi yang general jer, aku boleh jer download dari internet, free lagi. sama gak, software free tu pon tak ikut spec kami gak, cumanya....... freeeeeee

itulah antara sebab aku "maleh" guna aplikasi tu, aku tak nafikan aplikasi tu dapat bantu gak proses buat jadual waktu. cuma aku bukan senang nak diperbodohkan oleh orang yang suka ambik kesempatan dan buat keuntungan atas kelemahan orang lain.

ya... aku tak cakap aku betul semua. mungkin depa ada jugak betulnya. cuma aku ada pendirian aku sendiri.



itu... yang tupang kepala ngan tangan tu ketua jabatan aku. yang silang tangan tu pulak ketua program aku.... kami dalam taklimat audit sirim...






macam biasa.... dalam meeting atau taklimat, bila ada alat tulis dan kertas, mulalah jari aku gatal nak menconteng.... lagi pulak dalam taklimat audit sirim ni.... huh...





** cesss... berenti kejap, berlari ke dapur, sebab terbau benda hangit.... adoi yeay... jagung yang aku rebus, hangit, tak perasan air dia dah kering. k sambung blogging semula **



yang asyik di audit dokumentasi jer dak..... apalah salahnya auditla sekali peralatan dan kemudahan yang lain.... cek sama ada cukup ke tak cukup, elok ke tak, sesuai tak tahap kemudahan yang ada dengan jumlah pelajar yang ada. aku rasa itu pon penting gak. setakat dokumentasi, esok nak audit, malam ni boleh siap semua tu... bulan depan dapat ISO. pikirkanlah wahai orang yang bertanggunggjawab...


aku nak ke dapur semula....

nak clearkan bukti..... sebelum zauja aku bangun. la dia tidur keletihan buat keje rumah sejak pagi tadi non-stop..... aku pulak baru jer kebah dari demam, cuma selsema sikit dan batuk sikit yang tinggal...

ok lah ek.... nanti aku masukkan entry yang lain...

aku tengok tadi ada dua tiga ketul jagung yang boleh aku makan.... k aku nak ke dapur dulu... chowwwww......

5 comments:

ishaharom 7:58 PM  

marah beno ko bro...xpe2...yg penting pe yg jbtn kite beli menguntungkan rakyat jelata...mahal skit xpe, janji puas ati...kalu mahal je lebih xgune gak kalu kite xpuas ati...

askRAIN 11:00 PM  

bukan marah bro...

aku nak pastikan rakyat jelata untung besar. tu jah...

tuanlukme 1:06 AM  

kuat fikir ni

Unknown 1:07 AM  

kuatnye

askRAIN 11:47 AM  

:) befikir untuk kesejahteraan ummah apa salahnya.... cuma kekadang malas berfikir.... semoga aku terus berfikir

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.