Kursus: 3D modeling

sepanjang minggu lepas aku hadiri kursus 3D modeling. aku minat sangat bidang ni. cuma kreativiti aku agak kurang. trainer yang bagi kursus tu sangat bagus, penyampaian yang aku rasa amat berkesan. aku bukanlah mahir gunakan software tu, cuma asas 3D aku pernah tau. konsep asas tu yang aku guna semula untuk gunakan software yang di ajar.

aku saja nak kongsi beberapa keping gambor yang sempat aku snap...





hasil akhir..... durian.... satu cubaan dari aku.







masih lagi dalam proses modeling cuma tahap ni aku dah masukkan camera movement dan sedikit animation







objek lain dengan teknik yang berbeza... aku kalah bila part nak mewarna






ni lah asas segala 3D model yang ada kat dunia ni...








saja nak bagitau kelas tu agak lewat mula....

Kematian : Datangnya tanpa diminta dan dijemput

semalam pukul 8.01 p.m aku dapat sms dari ibu aku kat KL.... sms berbunyi:

"Asslmkm. Ijat anak Cik Limin meninggal dunia"

sms tersebut agak lewat aku buka, dalam pukul 9 +- camtu. henset aku letak di bilik, kalau aku duduk kat ruang tamu, aku tak dengar bunyi henset aku tu.

aku terkejut. terus saja aku telefon henset ibu. tak ada orang jawab. telefon rumah. tak ada orang angkat. telefon abah, ringingnya agak lama, abah angkat.

"betul ke ijat meninggal." soal aku penuh tanda tanya. sakit apa? dia muda lagi. jauh muda dari aku.

"ha'ah." suara abah bergetar. aku dapat rasakan abah sedih anak saudaranya itu meninggal semuda itu. atau mungkin ada sebab lain yang aku tak tau.

"bila dia meninggal." tanya ingin tau sangat.

"dia accident petang tadi pukul 6.30 dekat selekoh sebelum klinik nabila. meninggal dekat tempat kejadian." terang abah ringkas.

"ada orang langgar ke?" soal aku.

"dia sorang je, jatuh motor." suara abah aku masih bergetar.

"abah terkilan sangat, pagi tadi abah borak2 dengan dia. sepanjang pagi tadi dia duduk dengan abah. dia asyik ulang2 mintak abah belikan spek mata kalau abah pegi LA lagi." jelas abah dalam suara yang bergetar.

"masa abah nak balik ke hulu kelang dia yang tengok2kan belakang kereta abah." cerita abah lagi.

"sampai rumah, abah rasa tak sedap hati, lepas tu dalam call dia jatuh motor, meninggal". suara abah masih agak bergetar.

"ain nak balik." aku bagitau abah.

"takyah lah... jenazah baru je dibawak ke hospital untuk post-mortem...pastu buat polis report... lepastu baru sudah kut." nasihat abah kat aku.

"ok lah, kirim salam kat semua orang." aku nak akhiri perbualan aku. aku dapt dengar suara orang sibuk masa bercakap denga abah.

"doalah... sabarlah." pinta abah pada aku.

aku terkejut. ijat budak baik. dia adik saudara aku satu2nya yang jaga allahyarhamah nenek aku. dia rajin tolong allahyarhamah nenek aku. semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan hambanya yang beriman.

aku suka untuk paste artikel yang ditulis oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkenaan kematian. bacalah. artikal ni sangat baik untuk renungan bersama.

AL-MARAGHI berkata: Setelah Allah SWT menghiburkan nabi-Nya sebagaimana yang terdapat dalam ayat yang lalu memuatkan pendustaan kaumnya terhadapnya.

Sebahagian daripada rasul sebelummu telah didustakan oleh kaumnya sebagaimana engkau sekarang didustakan.

Para rasul dahulu menghadapi penderitaan daripada kaumnya sebagaimana yang engkau hadapi sekarang. Bahkan (penderitaan mereka dahulu) lebih berat. Sebahagian daripada mereka ada yang dibunuh seperti yang tejadi kepada Nabi Yahya a.s dan Nabi Zakaria a.s.

Sebab nuzul ayat ke-185

Ibnu Abbas berkata: Tatkala turunnya ayat daripada surah Sajadah ayat 11 yang bermaksud: Katakanlah yang mematikan kamu ialah malaikat maut yang diwakilkan denganmu, lantas mereka bertanya: Hai Rasulullah, sesungguhnya ayat ini diturunkan terhadap anak Adam, bagaimana berkenaan dengan kematian jin, burung dan binatang? Lantas turunnya ayat ini.

Iktibar dan fiqh ayat ke-185

Ibnu Kathir berkata: Allah SWT menceritakan secara umum yang meliputi semua makhluk-Nya bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasa kematian. Yang tidak mati hanyalah Allah sahaja.

Antara yang mati ialah jin, manusia, malaikat dan lain-lain. Ayat ini dengan jelas merupakan takziah kepada semua manusia. Tidak ada yang kekal di atas muka bumi kecuali pasti menerima kematian.

Ibnu Jauzi berkata: Ayat ini memberi berita gembira kepada yang melakukan kebaikan dan memeberi ancaman yang melakukan kejahatan.

Ayat ini juga memberitahu hakikat kehidupan penuh dengan tipu daya dan diberi panjang angan-angan tentang kehidupan yang kekal, sedangkan ia boleh berlaku kematian pada bila-bila masa.

Al-Qurtubi berkata: Apabila Allah menceritakan berkenaan orang bakhil dan kufur, lantas Allah perintahkan kepada orang yang beriman supaya bersabar di atas ujian yang dihadapi oleh mereka.

Al-Maraghi berkata: Setiap yang berjiwa akan mengalami saat perpisahan dengan jasad (badan). Ini menunjukkan jiwa tidak akan mati sekalipun badannya mati.

Ini disebabkan yang mampu merasakan sesuatu adalah sesuatu yang wujud (ada), sedangkan yang mati tidak akan mampu berasa sesuatu.

Hamka berkata: menurut ahli-ahli tafsir terutamanya ditegaskan oleh Ibnu Jarir bahawasanya ayat ini yang menyatakan bahawa tiap-tiap nyawa pasti merasakan mati, adalah lanjutan tasliyah ubat penawar hati Nabi dalam kesibukan perjuangan yang kadang-kadang menghadapi tentangan, dan dia pun menjadi ubat penawar bagi sekalian orang yang menegakkan iman.

Al-Sonhadji berkata: Setiap yang bernyawa pasti akan merasai detik kematian dan bertemu ajal. Sebenarnya nyawa itu tidaklah sekali-kali mati dengan sebab matinya tubuh badan atau jasad.

Hanya yang hidup sahaja yang menikmati kehidupan akan tetapi kematian pasti akan menjemput bagi setiap makhluk yang bernyawa.

Iktibar dan fiqh ayat ke-186

Ibnu Kathir berkata: Orang beriman pasti diuji sama ada tentang hartanya, jiwanya, anaknya, dan keluarganya. Ujian tersebut berdasarkan kadar keimanannya. Jika imannya kuat maka ujiannya bertambah, sebaliknya jika lemah maka ujiannya perlahan.

Al-Qurtubi berkata: ayat ini ditujukan kepada nabi dan umatnya. Maknanya kamu pasti akan diuji pada harta kamu dengan musibah dan lain-lain taklif syarak. Begitu juga jiwa dan kematian, sakit dan kehilangan orang yang dikasihi.

Al-Maraghi berkata: Ujian terhadap harta adakalanya dalam bentuk galakan, kebajikan yang dapat mengangkat martabat umat Islam dan menghancurkan musuh, menolak bala, membasmi wabak penyakit dan lain-lain.

Ujian terhadap diri (jiwa) dalam bentuk pengerahan tenaga adalah untuk berjihad pada jalan Allah SWT, kematian ahli keluarga, teman yang dicintai dan berjuang membela kebenaran.

Hamka berkata: Dalam kehidupan, dugaan pasti datang. Segala kesulitan pasti akan dapat diatasi. Orang bersenjata kita pun bersenjata. Orang menyerang kita menangkis dan sesekali kita pun menyerang. Tetapi pertahanan batin tidak lain ialah sabar dan takwa.

Al-Sonhadji berkata: Satu peringatan untuk memberi kesedaran kepada orang mukmin supaya tidak terkejut sampai hilang kewarasan dan terperanjat bilamana ujian Allah SWT datang menimpa ke atas harta mereka atau diri mereka.

Semoga kita sentiasa reda dengan ujian Allah dan bersyukur di atas segala nikmatnya. Mudah-mudahan nikmat tersebut akan bertambah dan berkekalan. Amin.

ni ada lagi artikel yang aku paste dari web kementerian hal ehwal ugama negara brunei. bacalah juga untuk tatapan rohani.


KEMATIAN

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Ali 'Imran ayat 185 yang tafsirnya:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."

Setiap yang hidup pasti akan mati, tiada siapa pun yang dapat lari daripadanya. Mati bererti bercerai nyawa dari badan ataupun berpisahnya roh dari jasad. Inilah perpindahan pertama manusia dari alam dunia, seterusnya manusia akan berpindah pula ke alam barzakh (alam kubur) iaitu tempat roh-roh orang mati menunggu hari dibangkitkan semula di Padang Mahsyar.

Apabila sesebuah keluarga ditimpa kesusahan atau musibah seperti kematian, maka kita yang hidup ini perlulah bersimpati dan membantu meringankan beban kesusahan yang menimpa mereka. Agama Islam telah mengajarkan adab-adab yang sunat dilakukan apabila berlaku kematian, seperti mengucapkan takziah kepada keluarga si mati dengan ucapan yang maksudnya: "Mudah-mudahan Allah Taala membalas kepadamu dengan pahala yang berganda-ganda dan diperelokkan dukacita dengan sebaik-baik hiburan serta diampunkan akan si mati daripada keluarga kamu."

Apabila keluarga si mati diberikan ucapan takziah maka adalah elok membalasnya dengan jawapan yang maksudnya: "Semoga Allah Taala akan mengurniakan kepadamu sebaik-baik ganjaran."

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:

"Dari Abdullah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Siapa yang mengucapkan takziah (penyataan turut bersedih dan berdukacita) kepada orang yang ditimpa musibah, maka dia memperolehi pahala seperti pahala orang yang mendapat musibah."(Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

Apabila berlaku kematian setentunya ahli keluarga akan merasa sedih dan menangis. Keadaan seumpama ini setentunya tidak dapat dielakkan. Menangis kerana kehilangan orang yang dikasihi dan disayangi adalah diharuskan dalam Islam. Tetapi adalah menjadi kesalahan dan haram hukumnya jika menangis yang keterlaluan sehingga menjerit-jerit, menarik rambut, memukul-mukul pipi dan dada atau mengoyak-ngoyak baju sebagaimana perbuatan yang dilakukan orang zaman jahiliah. Ini dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadis Baginda yang maksudnya:

"Dari Abdullah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Tidak termasuk golongan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak baju dan berteriak-teriak seperti berteriaknya orang jahiliah."(Riwayat Al-Imam Bukhari).

Ketahuilah bahawa menangisi mayat dan meratapinya dengan cara keterlaluan akan menyebabkan mayat tersebut terseksa, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:

"Sesungguhnya mayat itu diseksa dengan sebab tangisan (ratapan) ahli keluarga ke atasnya."(Riwayat Al-Imam Bukhari).

Oleh itu apa yang sepatutnya dilakukan apabila ditimpa kesusahan atau musibah seperti kematian ialah bersabar menghadapinya. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 156 - 157 tafsirnya:

"Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya. Dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya."

Pada kelazimannya, apabila ada kematian, majlis tahlil atau kenduri arwah akan diadakan oleh keluarga berkenaan dengan menjemput sanak- saudara, jiran tetangga dan sahabat handai hadir ke rumah si mati bagi membacakan ayat-ayat Al-Quran seperti Surah Yaasiin dan bertahlil untuk dihadiahkan pahalanya kepada si mati. Dan seterusnya membaca doa, mendoakan si mati semoga Allah Subhanahu Wataala memberikannya rahmat dan keampunan serta memasukkannya ke dalam golongan orang-orang salih dan dimasukkan ke dalam Syurga. Setelah selesai berdoa para jemputan yang hadir akan menikmati jamuan yang telah disediakan oleh tuan rumah.

Menyentuh tentang majlis kenduri arwah ini, pada lazimnya orang kitani Brunei mengadakan majlis tersebut dengan tujuan untuk memohonkan rahmat dan keampunan kepada Allah Subhanahu Wataala bagi si mati. Selain itu ia boleh mengeratkan lagi hubungan persaudaraan (silaturrahim) di kalangan sanak-saudara, sahabat handai dan jiran tetangga. Jika majlis tersebut diadakan untuk tujuan demikian, maka mengadakan majlis kenduri arwah itu adalah suatu perbuatan yang baik dan digalakkan oleh Islam. Tetapi perlu diingat, supaya tujuan kenduri tersebut selaras dengan kehendak agama, maka janganlah ia dianggap sebagai suatu perkara hak bagi si mati yang mesti ditunaikan oleh keluarga kerana perbuatan tersebut bukanlah perkara yang disyariatkan oleh agama Islam. Akan tetapi yang lebih elok dan sunat dilakukan ialah kaum kerabat dan jiran menghantar makanan kepada ahli si mati sebagai tanda simpati untuk meringankan beban yang mereka tanggung kerana ahli si mati ketika itu dalam keadaan sibuk menguruskan perkara-perkara si mati. Inilah perbuatan yang sebenarnya yang wajar dilakukan dan digalakkan oleh Islam. Perkara inilah yang disuruh oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila Baginda menerima berita kematian Ja'afar Ibnu Abi Talib, sebagaimana sabdanya yang maksudnya:

"Dari Abdullah ibnu Ja'afar katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Buatkanlah makanan oleh kamu untuk ahli keluarga Ja'afar yang telah meninggal, kerana telah datang kepada mereka perkara yang membuat mereka sibuk disebabkan ditimpa kematian itu."(Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

Dari maksud hadis tersebut adalah jelas menunjukkan bahawa menyediakan makanan oleh jiran atau keluarga bagi orang yang ditimpa kesusahan seperti kematian adalah perbuatan yang terpuji kerana ia menandakan rasa simpati, kasih sayang yang mengeratkan silaturahim terhadap keluarga si mati.

Alhamdulillah, di negara kita Brunei Darussalam perkara memberi bantuan ini telah menjadi satu budaya yang telah lama diamalkan oleh orang-orang kita, dalam membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang ditimpa musibah seperti kematian dengan memberikan bantuan berupa kewangan dan tenaga sebagai tanda simpati mereka. Budaya inilah yang digalakkan oleh Islam yang sepatutnya diteruskan dan diwarisi.

Islam sangat menggalakkan orang yang masih hidup terutama kepada anak-anak dan keluarga terdekat yang lain supaya sentiasa membaca Al-Quran, berdoa dan berzikir dan menghadiahkan pahalanya kepada yang telah meninggal dunia. Pada hakikatnya pembacaan Al-Quran, bertahlil dan seumpamanya itu tidak hanya terhad kepada tujuh hari, empat puluh hari atau seratus hari sahaja. Bahkan amalan tersebut sepatutnya sentiasa diamalkan sepanjang masa supaya ibu bapa dan keluarga yang telah meninggal itu mendapat rahmat, ketenangan dan kebahagiaan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim dari Abi Hurairah Radiallahuanhu yang bermaksud:

"Apabila seorang manusia itu mati, maka putuslah segala amal ibadatnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang salih yang mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya."

Bagi kita yang masih hidup ini sama-samalah kita mempersiapkan diri dengan memperbanyakkan amal ibadat sebelum terlambat untuk bekalan kita di akhirat nanti. Bagi mereka yang telah meninggal dunia lebih awal daripada kita, sama-samalah kita mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah Subhanahu Wataala. Amin Yarabbalalamin.

Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Hasyr ayat 10 yang tafsirnya:

"Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmatmu."




Langkawi: Suatu perjalanan yg penuh cabaran II

entry aku yang sebelum ni aku lontarkan gambar sahaja beserta sedikit komen aku...

dah hampir seminggu aku tinggalkan kenangan di Langkawi tu. tidaklah memenatkan. aku suka tengok anak aku seronok jalan2. cuma kami tak sempat untuk ke dataran helang. sejak aku jejak kaki ke langkawi beberapa kali, tiap kali tu jugak aku tak sempat nak ke dataran helang. minggu lepas, yang terkini, masih tidak ada kesempatan jugak, sebabnya kereta sewa meragam dan masa yang sama nak kejar trip feri sebab adik ipar aku nak ke majlis kenduri kawan zaujah dia.

haah... ada cerita pahit manis masa kat langkawi.... aku akan cerita, tetapi aku tak khususkan perenggan pahit dan manis.... aku campur adukkan...

aku bertolak dari rumah awal pagi sekitar jam 8 +-. cuaca agak mendung dan hujan renyai. sampai di jeti kola perlih aku tengok dah banyak bas turunkan penumpang. maknanya orang ramai nak ke langkawi. ok lah aku pasrah, sebabnya itu adalah hari pertama cuti sekolah. aku turunkan family zaujah aku kat jeti pastu aku parking kete... harganya 16 hinggit... walaupon aku balik esok harinya pagi pulak tu... harga tetap sama untuk dua hari.. takpelah...

sampai kat jeti, tiket dah dibeli. sarapan kejap. naik feri. dalam feri tu dah sesak. hujan pulak tu. aku duduk dan dua adik ipar aku duduk kat block yang lain. zaujah aku n dua anak aku, mok mertua aku, dan zaujah adik ipar aku kat block lain. sebelum naik feri tu aku call orang yang aku deal untuk amik kete sewa..... haaaa masa ni hangin aku mula naik, brader tu tak angkat call aku.... banyak kali aku call, dia tak angkat. dalam feri tu pon aku call lagi dia tak angkat gak. hangin aku mula bergelora macam laut kat luar feri tu bergelora... aku coolkan kepala aku dengan layan citer siam kat dalam boat tu (gambor jer nampak, soundnya tak dengo pon.... bunyi enjin feri tu lagi kuat)...

sampai kat jeti kuah... aku call lagi... hampeh... emosi aku dah tak terkawal dan lost... hangin mula beterbangan dalam kepala aku. tapi keputusan harus aku buat secepat mungkin, sebabnya kat belakang aku ada family yang aku bawak.... masa tu macam nak bakar jer langkawi.... aku jalan laju sket kedepan tinggalkan yang lain. tujuan, supaya aku dapat ushar kete sewa.

macam biasa, ada mamat nih approach aku tawar kete sewa tanpa permit... aku yang dah terdesak ni, ok kan jer.... aku kata "van ada tak bang..." sambil seluk saku aku yang dalam tu tanpa kehadiran duit... mamat tu contact member dia.... situasinya macam aku nih nak beli kokain jer... yelah kan, mamat tu geng takder permit kete sewa.

dia datang semula... "bang van abih... serena adala... RM 280/- innova pon lebih kurang." dengan gaya bahasa orang kedah nak tiru orang KL cakap.

tetiba ada otai datang... " kete @!#$@#$%$ adala.... RM 260." selamba je letak harga. dia tak tau hangin tengah ribut dalam kepala aku.

"berapa boleh kurang" aku sound direct.

"last RM 230... tak mintak, tapi saya bagi." dengan kompiden otai tu tawar kat aku. eleh, dalam hati aku, aku tau tau harga tu murah lagi, sebab aku pernah sewa kete murah jer.... luar waktu cuti ler. tu yang aku tak faham. asal cuti sekolah jer semuaaaaaa harga "pelancongan" mahal. yang pelik, masa ni lah orang ramai n banyak customer. harga murah pon orang akan bayar. hari lain orang takder tapi harga murah. kenapa ek???

"bolehlah..." aku tak pikir panjang. hangin bang... hangin. anak aku si amni pulak suka ria kesan kesini... hilang kang.... aku gak nangis.

"kalau MPV ni selesa sket, stereng pon power stereng." mamat tu pengaruh aku. si otai tu tengah telipon kawan dia. tak lama kawan dia sampai, otai misai tebal.

"jom ikut saya." dia macam buat sibuk la gitu. konon banyak kete dia kene sewa kat orang.

pendek citer, aku n family aku di bawak naik van ke satu tempat basuh kete sebelah kuaters kastam (bukan kastam punya naaaa.... sebelah jer)... tetiba otai misai tebal buat panic aku plak. kete tu tak ada. dia marah2 ngan member dia kat situ (mengikut oatai misai tebal kawan dia tu adalah peserta raja lawak - aku tak layan, sebab aku tak ambik port citer raja lawak tu) aku tunggu otai misai tebal carik kete tu sambil borak dgn peserta raja lawak tu.

kete sampai. aku n family naik. first impression aku, HAMPEH. condition out. tapi aku takder pilihan lain. dengan kepala yang dak terkawal hanginnya aku drive kete tu carik stesen minyak. siap isi minyak. bertolak ke homestay. sampai homstay hangin aku dah kurang sket. sebabnya, rumah tu cantik sangat, bagi aku la, aku peminat rumah kampung.

letak bag. terus p jalan2

malam tu nak carik makan sambil jalan2....

start jer kete tu, gear payah nak masuk. hangin aku tengahari tadi tetiba datang serentak. sepanjang jalan emosi aku tak terkawal. aku asyik terbayang pelakon kat jeti kuah tu jer.... mamat tu, otai n otai misai tebal... aku rasa macam nak tembak jer depa nih. mulut manis giler. aku ke idamansuri.... beli belah.... emosi aku masih tak terkawal sangat2 dek kerano mangkuk2 tu... bila emosi tak terkawal kekadang roman muka aku pon terserlah mungkin ketidakterkawalnya emosi aku.

lepas berbelanja... carik makan.... pulakdah... kete tu abis minyak tetiba. padahal sebelum tu ada dua bar kejap satu bar kejap. ditakdirkan Allah kete abis minyak betul2 depan kuaters kastam.... dan betul2 dekat tempat aku amik kete tu siang tadi... mulanya aku tak perasan... adik ipar aku yang bagi tau. masa nih hangin dah tahap gaban.... nak aku lempang jer semua orang langkawi yang tak bersalah tu jugak n pastu aku sumpah 8 keturunan takder orang nak sewa kete. nasib baik adik ipar aku jumpa ngan otai misai tebal.... dia yang beli minyak. masa dia sampai aku diam jer.... takut termencarut kat otai misai tebal.... berenang pelak aku ke kola perlih kang....

aku pendekkan citer lagi. esoknya nak balik. sarapan. lepas sarapan tetiba tempreture kete naik.... macam hangin aku naik gak la... kete tu mati tetiba... betul2 kat parking ismail group pulak tu... cesss... hangin lagi aku.... baru nak cool pekena sarapan sedap.

aku call otai soh tengok kete.... lepas beli belah kali akhir... kete tu hidup plak... walaupon terhenjut2... kami ke tempat kete tu kami amik, jumpa otai misai tebal. pastu gerak ke jeti kuah. bagi kete tu kat otai misai tebal. aku amik duit deposit semula dari otai misai tebal.

"semua ok kan." kata otai misai tebal sambil senyum kambing kat aku.

"hmm.." sambil jeling kat dia. aku terus carik tiket feri untuk ke kola perlih.

huh.... citer nih aku dah pendek kan.... ada yang ter tinggal. nantikan versi penuh citer aku bila aku buat filem "Kereta sewa otai misai tebal tak ada permit". nantikan tangannya kat pawagam.

p/s: buat seluruh keluarga zaujah aku dan zaujah serta anak2 aku.... aku mohon maaf kalau emosi aku yang tak terkawal tu mengganggu percutian kalian semua secara sedar atau tak sedar.... maafkan aku.

Langkawi: Suatu perjalanan yg penuh cabaran

berhujung minggu di Langkawi bersama keluarga sebelah zaujah aku...

macam2 pengalaman pahit dan manis masa kat langkawi.... tapi nantilah aku cerita... la ni aku upload gambor dulu naaaa....




feri...... besar.... ada tiga block aku peratikan...







masa masuk langkawi tak sebanyak tu bag..... gulp









kereta sewa yang HAMPEH....








ekonomi melayu wajib dibantu....








rusa paling jinak.... nasib dia tak telan henset aku...








cable car....aku cuba hilangkan rasa gayat








kat atas.... last point cable car








tuuuu dia orang.... ni yang aku maleh nak jenjalan waktu cuti sekolah nih...








inadahnya cintaan Allah...









Hamzah dukung dengan ummi.... hujan turun renyai







aku tak tau apa namanya.... tapi tanpa benda ni cable car tu tak gerak







Amni... seronok sangat









kalaulah aku kendong DSLR.... hmmmm






masa ni hujan lebat... jambatan gantung tutup... menara tinjau paling atas pulak sedang dibaik pulih... jadik tak berbaloilah bagi yang pertama kali naik... aku dah p semua tempat... tak kisah sangat






Hamzah dalam cable car.... aku masih ada rasa gayat sikit banding sebelum ni aku tutup mata sampai atas...







dari dalam rumah "home stay" kami.... bukit batu kapor kat belakang tu... kat Kilim... hampir dengan Kilim Geopark n dekat ngan galleri perdana






rumah ala kampung.... RM100/- semalam... basic jer, tapi ada dapur n gas untuk memasak... tv n radio takdok..... astro, jangan mimpi ler...






design rumah tu cantik.... tu kete merah tu, kete sewa kami..








dalam feri.... hujan lebat masa balik ke kola perlih...








jeti... Kola Perlih.....

15 Minit : Aku cuba kongsikan sesuatu

agak beberapa waktu aku sukar untuk duduk depan laptop dan tekan butang keyboard untuk update blog aku.

aku sekadar nak kongsi sesuatu kat blog ni kali ni...

sejak berlakunya serangan zionist terhadap kumpulan keamanan yang hantar bekalan ke GAZA , dua web site kat bawah nih tak lepas dari paparan browser aku.

http://www.vivapalestina.org/
http://www.lifeline4gaza.org/

dia kata dapat gambarkan kemarahan aku terhadap kebiadapan zionist laknatuLlah tu...

ya... aku sekadar mampu untuk berdoa...

dan itulah kelemahan aku..

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.