Seputar seminggu nan lalu : On Off dengan pelbagai xtvt

minggu lepas dua hari aku ambik cuti kecemasan.... menjaga anak yang demam campak. berganti dengan zaujah aku, dia ambik dua hari kemudian untuk EL. petang tadi aku tengok cuti aku masih berbaki 30 hari... lebih kurang sebulan untuk bercuti...

setelah dua hari bersama anak2, aku ke pejabat, misinya adalah untuk hadiri kursus membina organisasi cemerlang.... aku seronok dengan kursus tu... dua gari kursus.. jadi aku berbaki sehari untuk bertemu pelanggan aku di pejabat.... tak mengapa... aku akan cuba mengganti apa yang dah tertinggal...

pasal kursus tu.... aku tertarik beberapa perkara yang secara kesimpulannya kesemua penceramah sentuh secara langsung atau tidak.... berkenaan nilai dan sikap, manakah yang harus ditukar perbaharui... dan satu lagi, keluar dari kepompong selesa kepada suasana cabaran... bak kata muhammad ali "........kalau kehidupan anda sama selama 30 tahun, maka hidup anda telah sia2..... "

beberapa gambar untuk dikongsi....


kejadian yang tidak disangka2 pada hari terakhir kursus dan pada slot yang terakhir. seorang staf tetiba pengsan alias pitam... sebabnya, penceramah tu tayangkan footage pasal ibu sedang bersalin secara pembedahan.... penceramah tu tidak berniat untuk pengsankan audience.... sekadar membangkitkan keinsafan dalam diri audience sahaja....



ustaz razak dengan stail yang tersendiri.... aku suka cara dia berkomunikasi dengan audience dan cara penyampaian yang bersahaja. kupasan isi yang bernas beserta bahan sandaran yang menarik...... cuma mungkin cara ustaz selalu merendah diri :) aku paling suka bahasa yang agak puitis..... :)






antara xtvt yang menarik.... nampak mudah.... tapi bila buat memang payah..... melatih kesepakatan dalam satu pasukan







5s..........








upah tengok upin dan ipin......

1 comments:

askRAIN 4:53 PM  

terima kasih armouris.... info yang amat membantu

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.