Ramadhon: Bulan yang sentiasa akan tenang

ehsan dari student aku.... cantek shot dia

ramadhon datang dengan pelbagai pakej tawaran ibadah. terpulang kepada sapa2 yang nak laksanakannya. aku masih dengan kekurangan dan kelemahan memenuhi setiap pakej yang ditawarkan. aku masih berharap dapat menjadikan ramadhon kali ini adalah yang terbaik daripada ramadhon yang telah lalu. setiap pakej ditawarkan bersama bonus... kalau pakej dan bonus barangan di pasaran orang akan nampak dan orang akan kejar... tapi pakej dan bonus ramadhon nih kita tak nampak. ada ke?... pasti ada walaupon tak nampak. segalanya akan dikreditkan pada hari yang tiada guna harata benda dan anak pinak.... alam akhirat.

aku suka untuk ingatkan diri aku dan semua yang baca blog aku nih untuk sama2 kita memanfaatkan segala pakej dan bonus yang ditawarkan... aku rasa kalau Allah zahirkan pahala kat masjid, kompom ramai yang berlari2 ke masjid untuk beribadah. sapa solat berjemaah jer 27 jongkong emas jatuh sedebuk depan dia lepas solat berjemaah.... hah kalau jadi camtu sapa tak nak kan.... cuma la ni Allah sembunyikan semua tu untuk uji sama ada kita semua ni cinta tak kat Dia.

jauhkanlah berbalah pada hal2 sampingan. toksahlah nak gaduh tarawih 11 ke 23 ke.... yang penting nilai yang kita letakkan pada setiap ibadah tu. kalau nilai kita sebab ikut orang.... maka yang kita dapat pon ikut orang saja. kalau tarawih tu sebab adat orang ke masjid bulan posa ni... makan itu jugak yang kita dapat, dak gitu. marilah kita sama2 belumba2 beribadah. ikhlaskan diri. jauhkan persengketaan. tapi awas... kalau perkara tu tiada asasnya dari nabi tolonglah tinggalkan. nak tau macam mana, bacalah dengan ilmu bukan dengan emosi.

baiklah... marilah kita perabihkan segala mak nenek pakej dan bonus bulan posa nih... mana tau tahun depan kita tak sempat jumpa ramadhon lagi....

cadangan bacaan online, klik lah kat sini naaa....

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.