Perasaan Finale : Halawatul iman mahabbah Ilahi Rabbi

 buku ni aku beli pada tahun 2000

Hari ni Jumaat... hampir seminggu pejabat aku panas tanpa aircond. mula isnin sehinggalah hari ni... setiap makhluk termasuklah aircond semuanya ada jangka hayat. cuma kekadang alasan manusia untuk mengelak kesalahan agak perit untuk aku terima..

beberapa post yang lalu hadirnya daripada sanubari aku. aku mahukan setiap kita sentiasa mengingat Allah dalam semua situasi kehidupan. bukanlah maksudnya aku ini telah selesai dan sentiasa ingat pada Allah... tidak begitu. ianya sekadar nasihat dari seorang saudara se agama... bukanlah juga aku ni ostad... sekadar berkongsi tanggungjawab yang perlu dipunyai setiap muslim.

apalah erti kehidupan kita dipenuhi dengan kejayaan dan keseronokan serta kemewahan sedangkan dalam hati dan diri kita tiada tempat untuk Allah. hidup rasa kosong. kecintaan dan ingatan padu tehadap Allah akan memacu diri kita kepada kejayaan akhirat yang terlalu kita harapkan. akhirat itu samar. samar untuk kita tentukan di mana tempat kita. neraka atau syurga. dan... akhirat yang baik itu hanya datang daripada redho Allah azza jalla wa a'la.

momentem mengingat Allah harus kita teruskan....


Muhammad Hamzah menangis nak bawa jubah ke taska.... baju raya katanya.

meyakinkan manusia tehadap perkara yang sukar diperlihatkan amat mencabar. namun mudah bagi mereka yang diri mereka telah terpasak teguh segala aspek rukun iman. beriman kepada yang ghaib adalah sesuatu perkara yang memerlukan keimanan yang teguh. satu aspek lain yang paling penting adalah natijah tehadap keimanan kepada yang ghaib itu.

keimanan kita kepada Allah memerlukan tindakan susulan yang mantap. ramai orang boleh saja bercakap dan mengatakan dia telah beriman... namun apakah dia sentiasa mengingat Allah dalam hidup sehariannya. kerana dengan ketaakulan kita tehadap Allah azza jalla wa a'la akan memudahkan kita mengikut segala syariat yang telah ditetapkan.

aurat tetap aurat.... solat tetap wajib..... begitulah...

Allah sentiasa sayang kita....

dalam post aku kali ni mari kita hayati azan.... ulasan ini adalah ulasan aku sebagai muslim biasa sama macam korang....

Allahu Akbar...

inilah kalimah tauhid yang pertama kali dilaungkan. kalimah ini dilaungkan seawal subuh. ini memberikan satu isyarat kepada setiap kita untuk mengingatkan kebesaran Allah. kalimah ini menyuruh kita memerhatikan alam ini sebagai bukti kebesaran Allah. inilah mula laungan azan. setiap insan juga perlu ilmu untuk membolehkannya mentadbir dirinya sebagai seorang muslim.

asyhadu an lailaha illallah..

lagi kalimah tauhid. kali ini ikrar kita. supaya selapas ini segala tindakan kita akan berpandukan ikrar ini... aku janji kita dengan Allah. jangan lagi kita syirikkan Allah.... menduakan Allah... jangan. syirik besar kita senang nampak tapi syirik kecil kita tak nampak dan perasan. awas... jika kita terlalu bergantung harap pada makhluk dan hilang pergantungan kepada Allah, beranggapan hanya makhluk yang dapat menyelamatkannya... ditakuti keadaan ini akan menjatuhkan diri kepada syirik kecil. pastikan kita sentiasa bergantung harap kepada Allah.

asyhadu anna muhammda rasulullah..

janji kita kepada rasulullah untuk sentisa mengikut ajarannya.... baginda pernah ingatkan kita...baginda mewariskan kepada kita al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan kita. sekali lagi ilmu amat memainkan peranan penting dalam hal ini. cari ilmu dan amalkannya. biar sedikit tapi berterusan. biar mudah asalkan sahih datang dari rasulullah. dahulukan yang sunnah kemudian buatlah mana yang baik. cuma jangan anggap semua yang baik itu daripada sunnah sebab mungkin ada yang datang dari ulama' kita yang hebat2.

hayya 'ala solah...

bila dah janji dengan rasulullah maka kita kita tunaikan janji. solat adalah suruhan agama yang rasulullah terima secara terus daripada Allah. itulah kehebatan solat. solat akan mengawal diri kita dari segala kemungkaran. nah... bukan solat saja untuk menjamin keberkesanan kawalan terhadap maksiat... tetapi juga wudhuk yang sempurna juga penyumbang utama kepada natijah positif terhadap solat.

hayya 'alal falah...

Islam tidak larang mengejar kejayaan dunia. itulah indahnya Islam. keutamaan kita adalah akhirat namun kejayaan dunia memangkin keselesaan akhirat. kaya dunia, dapat pula menyumbang kepada pembangunan Islam itu lebih baik. kefakiran... kemiskinan itu kekadang menghampirkan kita kepada kekufuran.

assolatu khairun minan naum..

jangan berlengah... bingkas bangun. Islam bukan agama bawah tempurung. tinggalkan kesenangan atau jangan terlalu bersenang2 lantas lupa tugas kita sebagai hamba Allah.

Allahu Akbar..

sekali lagi kalimah tauhid diulang. kita mesti ingat, apapon kesenangan yang diperolehi datangnya daripada Allah. maka bersyukurlah. salah satu kaedah bersyukur adalah laksanakan solat.

lailaha illallah..

penyaksian terakhir ini jugalah yang perlu ada pada saat nyawa kita akan dicabut. penyerahan total kepada Allah azza jalla wa a'la.

lantas.... nikmat Allah yang manakah yang kita hendak nafikan...

ayuh ikhwatul iman.... sama2 kita teruskan mengingat Allah...

Allah sayang kita.

Perasaan 2 : Halawatul iman cinta Ilahi

Senjakala Penang dari Pulau Jerejak

Bukan mudah untuk mengekalkan momentem menulis di blog ni. aku selalu baca blog blogger yang lain. kebanyakan blog yang bagus dan baik terutama yang Islami bolehlah aku kategorikan kepada dua kategori utama.... ni kategori yang aku sendiri bagi la ye... blog yang baik dan blog yang kurang baik.

blog Islami yang bagus pulak terdiri daripada blog rujukan hukum hakam dalam Islam dan blog motivasi. aku suka baca blog begini. sebagai bahan bacaan tambahan ler camtu. bukan percaya bulat2 cuma sekadar menambah sumber tentang kefahaman terhadap Islam. banyak.... banyak blog yang bagus. carilah. cuma satu pesan aku untuk korang yang sama macam aku yang kurang ilmu agama nih.... rujuklah Quran, Hadith, sumber asal fakta yang dikemukakan dan rujuklah para ostad yang berkelayakan.

blog Islami yang kurang baik.... hah... yang ni paling banyak bagi aku lah. eh kenapa pulak? dan macam mana tu?... blog yang spisis ni selalu memburukkan sesama muslim. kekadang sehinggakan mengafirkan sesama muslim seaqidah. sedangkan aku perhatikan tuan punya blog tu bergelar ostad... serban punyal besau... tapi tidak berlapang dada... anggap pendapat dia sahaja yang betul... orang lain salah belaka. bagi aku, blog begini aku elakkan.. kekadang aku tak baca langsung pon.....

saja intro dengan tiga perenggan :) ....

sempat tak korang bayangkan diri korang sebagai atheis yang aku cerita dalam post aku sebelum ni???...

kalau kita letak diri kita dalam situasi atheis... kita akan dapat rasakan perlunya kita kepada Allah... kalaulah korang tak rasa apa2.... tak mengapa... teruskan dengan imaginasi atheis tu ye...

baiklah....

Allah sayang kita...

dalam situasi semasa aku melihat orang.... maksud aku kerjaya aku membolehkan aku melihat ragam manusia.... lebih2 lagi remaja. sebenarnya, waktu remaja inilah saat yang penting dan sangat berkualiti untuk korang lazimi diri sentiasa mengingat Allah. ingat kepada Allah bukan maksud ko kena bawak tasbih merata tempat ko pergi...

suatu masa sewaktu aku masih sekolah menengah di methodist boys school di jalan hang jebat KL ada satu peristiwa yang aku tak boleh lupa sampai sekarang. disuatu majlis perhimpunan sekolah - aku tak ingat majlis apa - aku perhatikan seorang keluarga dari pada salah sorang pelajar - aku tak pasti bapak dia atau abang dia -  pakai jubah lengkap beserban dan bertasbih ditangan. jari jemari digerakkan selari dengan buah tasbih.

pelajar terbabit menyantuni keluarganya tu duduk. dari segi fizikal aku kagum dengan hamba Allah tu. perwatakannya sangat Islami, namun Allah jua yang lebih mengetahui. salah kah macam tu???.... tidak ada salahnya langsung... kecuali dibuat secara riak...

jadik apa isunya????....

cuba korang kembali kepada ayat 190 dan 191 surah al-Imran tu... Allah menjadikan agama ini sangat mengikut firah manusia... tidak lari dari norma kita sebagai orang normal.... lebih2 lagi orang macam aku dan korang yang tengah baca artikel aku ni...tak... tak lari pon... tak semua orang ostad.... Allah menjadikan kaedah atau methodologi nak ingat kepadaNya amat mudah dan santai... subhanallah...

setiap makhluk pada alam ini merupakan alat bantu untuk kita ingat Allah... tak tertinggal satu pun. nikmat Allah yang mana lagi hendak kita nafikan....jadinya, walau kemanapon kita pergi boleh sahaja kita ingat Allah. jangan pulak korang kata aku kata salah bawak tasbih tu ek.... ikutlah cara yang korang selesa.... awas, riak adalah syirik kecil....

wahai orang muda dan tua.... aku muda lagi :) cuba.... cuba korang berusaha ingat Allah. pasti, aku yakin Allah akan sentiasa ingat kat korang... apa tidaknya... sedangkan masa korang lalai dan tak ingat Allah, Allah masih ingat kat korang... eh apahal plak macam tu... ha la... adatak masa korang buat maksiat tu tiba2 nafas korang berhenti, penglihatan korang gelap, telinga tidak mendengar.... ada ke jadi gitu... ha tu tanda Allah ingat kat kita ler... ada peluang nak taubat...

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (133) - surah al-Imran

uluhiyah... rububiah ....asma walsifat... antara pegangan tauhid kita. tauhid mengEsakan Allah. ditambah dengan sifat 20 Allah dan nama Allah yang 99 tu - yang juga terkandung sifat bagi Allah - disamping berpegang kepada pandangan tauhid Abu Hasan al-asy'ari dan Abu Mansur al-maturidi............ semua ini mengembalikan kita mengingatkan kepada Allah azza jalla wa a'la.

berat untuk kita faham dan bahas isu kat atas ni... betul tak... orang macam aku ni lagilah susah nak faham... bukan sekolah agama pon...

hah sebab tu kita sembang santai je ek..... cuma korang kena faham dan wajib tahu hal di atas tu... baik, aku taknak ulas panjang2...

Allah menjadikan Islam sama fitrah dengan manusia. manusia sifatnya bergantung kepada yang lain untuk sesuap nasi. begitulah, manusia memerlukan Tuhan.... dan Tuhan manusia ialah Allah....apabila ingatan kita terpadu pada Allah maka dengan sendirinya kita akan taat dengan perintah Allah yang lain.

korang pernah bercinta... pernah tak...

bercinta dengan buah hati sijantung jiwa.... pernah tak...

baik, pernah.... perasaan korang sentiasa teringat2 tentang sidia...resah gelisah kalu tak jumpa sehari. cukuplah tanya khabar.... tak pun senyum dari jauh... tu pon dah rasa ada bunga dalam dada... rasa terbang di awangan. sebut nama buah hati pun rasa bergetar jiwa meruntun rindu...

nah... itulah perkara yang perlu antara kita dengan Allah.

bila dah ada hubungan yang baik dengan Allah... maka yang lain akan jadi mudah menurut syariat..... itulah permulaan taqwa.

yang pompuan.... aku nak sentuh sikit ler... Allah menjadikan hukum tutup aurat tu fitrah untuk korang. tutup aurat... exclusive untuk suami korang jer... kalau korang dah tanyang merata2 ceruk dunia body korang.... hilanglah hak exclusive suami korang... bagi seorang lelaki normal takkan biar hak exclusive isteri dia dikongsi bersama orang lain...

fitrah ler tu... tutup aurat jaga maruah. sopan pulak tu. kalau dah pakaian sendat sehingga nampak susuk tubuh yang mengiurkan... ditonjolkan untuk tatapan orang lain... tiada lagi rahsia...ini semua membuatkan korang tiada harga diri... memanglah harga di pasaran korang mahal, tapi harga maruah tak ada lagi...

maaflah... aku bukan nak sindir, tapi nak cerita pasal fitrah manusia...

di sebuah pasaraya besar, ada kedai jam mahal. jam yang mahal sekali diletak dalam almari kaca... bahkan ada sekuriti jaga. tapi di tepi2 jalan ada juga jam yang mirip jam mahal tu tapi tiruan dan murah. semuanya di letak atas meja. orang yang lalu lalang bebas usik, pegang dan cuba pakai. tapi jam yang mahal tadi kalau nak cuba dan pegang banyak syaratnya. tengok sahaja jangan sentuh.

Allah sentiasa mejaga hak fitrah manusia.... tapi kenapa kita selalu keluar daripada fitrah normal seorang hamba Allah???....

nanti kalau aku ada masa lagi aku sambung...

Perasaan : Halawatul iman dalam diri insan

jeti ke Pulau Jerejak, Penang

Suatu pagi dalam bulan romadhon baru lepas, sewaktu aku laksanakan tugas rutin harian, hantar anak2 ke taska, aku dengar satu kuliah di radio berkenaan halawatul iman - kemanisan iman. siaran radio ikim. menarik kupasan ustaz tu. aku taknak ulas isi tazkirah tu. isi kuliah dah bagus.... dan biarlah kerja para ustaz menyebar luas ilmu agama.

jadik apa yang ko nak cerita ni???...

hmm... aku nak tulis pasal kita dan halawatul iman tu. ala.... kita yang bukan ostad ni ler. kalau ostad memang diaorang ostad... hebat pengetahuan agamanya. ni kita ni hah apahal pulak... apa kena mengena kita ni dengan kemanisan iman???

eh... Islam bukan untuk ostad jer.... dak gitu... habis untuk siapa???...

apa yang akan aku tulis bukanlah hukum atau fatwa... cuma sembang2 antara aku dan ko... ye ko.... ala ko tu ler.... ko yang tengah baca tulisan aku ni hah... ha..

kenapa pulak ni???...

sebagai muslim tugas kita adalah beribadah... macam yang Allah bagitau dalam surah az-zariat tu... Allah tidak jadikan kita ni manusia dan juga golongan jin selain daripada beribadat kepadaNya. weh... takkan nak duduk di masjid 24 jam. bukan macam tu....

kerja harian kita pun ibadah juga.. cari rezeki, bagi keluarga makan, sedekah sidikit dari daripada harta kita... semua tu ibadah. itulah cantiknya Islam. dari bangun tidur kepada tidur semula, bahkan tidur itu sendiri, semuanya ibadah.

ni ko nak cerita pasal halawatul iman ke ibadah???...

dua-dua saling berkait....

sebagai muslim kita semua ni hah kena tahu konsep asas agama. tak seorang pon antara kita yang muslim ni boleh terlepas. eh... yang ayat "...tiada paksaan dalam agama..." tu macam mana pulak??? hmmm aku tak reti nak ulas yang ni sebab aku bukannya ostad. sila rujuk ostad untuk dapat tafsiran yang tepat. ni pandangan aku, tiada paksaan hanya untuk orang yang belum kembali kepada Islam. kalau yang dah memang Islam, WAJIB ko tau asas agama ko... macam mana.... ilmu ler.... carilah ilmu berkenaan Islam. jangan ikut semberono je.

baik...

contohnya... ko muslim kan... batas aurat dan pergaulan lelaki perempuan kenalah tau... betul tak - ni topik yang ramai nak lari daripada baca atau dengar - takkan nak ikut suka ko jer. sedangkan lampu isyarat yang manusia buat tu kalau merah orang berhenti. inikan pulak hukum Allah. hei... ini bukan JPJ yang buat hukum... ini hukum Allah.

di atas ni contoh mudah je... macam aku kata, pasal hukum, korang boleh rujuk ostad.

baik, sambung pasal halawatul iman....

kita mudahkan cerita ek....

sebagai muslim kita kena sentisa merasakan kehadiran Allah. macam mana tu?? kita kenalah tahu sifat Allah itu sendiri... Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui...apabila kita tahu dan sedar sifat Allah, barulah kita akan masuk kepada peringkat taqwa pulak.

jangan bongkak... kita manusia sentiasa memerlukan Allah dalam kehidupan. sentiasa bersyukur kepada Allah. jangan rasa apa yang ada pada kita dah cukup. kita rasa segalanya kita dah punyai... daripada harta sehinggalah kepada kedudukan. bukan.... bukan itu yang utama... redho Allah itu yang kita cari.

manusia memerlukan tuhan. dan Allah adalah tuhan sekalian alam. untuk melahirkan suasana sentiasa mengingat Allah itu, al-Quran telah ajar kita bagaimana caranya.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (191) - surah Al-Imran.
jadik tugas kita adalah untuk mentaati Tuhan.... sapa Tuhan tu... Dialah Allah azza jalla wa a'la... Rabbul Jalil.... Rabbul izzati... Tuhan pemilik alam semesta. Tuhan yang Esa. janganlah kita menjauhkan diri kita daripada Allah. luangkanlah masa.... berilah ruang dalam diri kita tempat untuk Allah... tempat untuk mengingat Allah.

Allah sayang kita semua.

seorang atheis tidak percaya kepada wujudnya tuhan. percayalah, akan ada suatu detik dalam hidup apabila dia berada dalam kepayahan yang amat sangat. antara hidup dan mati. dalam helikopter yang sedang terhempas atau dalam bas yang sedang jatuh ke dalam gaung yang dalam... pasti waktu itu dia akan berharap kepada suatu kuasa besar dan ajaib untuk selamatkannya. dia akan menjerit.... apa yang akan dijeritkan.... pastinya itulah Allah. tapi manusia terlalu sombong.

baik, aku tinggalkan korang seketika untuk berfikir sejenak.... ambil masa lima minit. pejamlah matamu wahai sahabat.... bayangkan ko dalam keadaan si atheis yang aku ceritakan.... apa yang ko nak buat... kepada siapa ko nak berharap.. bayangkan, hayati dan fikirkan.

ingat teman!!!.... taubat sewaktu nyawa di kerongkong tidak akan diterima dan sia2....

nanti sambung lagi.... insyaAllah

Syawal 1434 : Anak2 dan eidul fitri


 daripada kiri - Muhammad Hamzah, Muhammad Hasan dan Amni Sumayyah

Mempunyai zuriat adalah idaman setiap muslim. anak merupakan warna dalam kehidupan. kepenatan seharian bekerja akan hilang apabila melihat keletah anak2. namun adakalanya kesibukan dunia menyebabkan kita merasa kurang senang dengan keletah anak2. semoga Allah mengampunkan aku dan kita semua.

kenapa mesti muslim??? kenapa tak tulis manusia. ya.... haiwan juga beranak. cuma seorang muslim yang sejati mahukan zuriat yang mampu untuk mendoakannya. itulah idaman setiap muslim.... anak yang soleh lagi mendoakan.

matlamat tidak menghalalkan cara. bagi aku didikan anak2 adalah dengan mengenalkannya dengan al-Khaliq. terapkan nilai ketaqwaan sejak dari kecil. 

"kenapa taqwa??".... "bukannya budak tu tau pun apa tu taqwa..."

taqwa bolehlah aku tafsirkan sebagai ketaatan terhadap Allah. segalanya untuk Allah. 

"kak long jangan bohong.... ayah tak nampak tapi Allah nampak"

rasa cinta kepada Allah dan rasul penting untuk diterapkan dalam pendidikan awal anak2. aku tak kisah apa alasan orang lain. aku tau akan ada orang kata aku kolot.... tak moden atau sebagainya. 

"sit.... sit.... sit down kak long"

"kak long come here.....come.....come....pakai shoes"

itu antara skrip "moden" bagi sesetengah orang. salahkah.... tidak, silakanlah.

aku bukan spesis itu. bagi aku biarlah anak2 rasa dekat dengan Allah. eh macam mana tu...???. maksud aku biar setiap perkara yang mereka kerjakan akan dikaitkan dengan Allah. biar mereka rasakan kekuasaan Allah. biar mereka rasakan Allah yang menciptakan dunia ini.

"ultromen kuat.... boleh kalahkan raksasa...hebat". kata Hamzah sambil buat aksi ultromen.

"mana ada... Allah lagi kuat kan ayah". bantah Kak Long.

"Allah penyelamat bumi....". tambah Hamzah sambil buat aksi lawan raksasa. 

penerapan nilai aqidah yang betul dapat membantu insan membesar dengan betul dibantu dengan taufiq dan hidayah Allah. itulah yang aku harapkan. namun, barang harus diingat, iman itu tidak dapat diwarisi. iman dan taqwa itu wajib disemai dan dibajai sejak kecil. akhirnya kepada Allah juga kita berserah. sebagai ibu bapa kita hanya mampu mendidik dan menjadi suri tauladan kepada anak2.

apabila seseorang insan mati.... hanya tiga perkara yang mampu menjamin cahaya ke alam barzakh iaitu:

1) ilmu yang bermanfaan
2) sedekah jariah
3) doa anak yang soleh dan solehah

inilah harapan....

setiap anak yang lahir kedunia ini umpama kain putih yang bersih berseri. namun kita sebagai ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya menjadi nasrani atau majusi. bagi aku, kita wajib berusaha semampu yang mungkin. doa jangan lupa. natijahnya hanya Allah jua yang lebih mengetahui.

Romadhon 1434 : Bulan barokah yang telah berlalu.


kanan - Muhammad Hamzah / kiri - Muhammad Hasan

" bang belilah kuih kat bazar ramadan... teringin nak makan kuih". pinta sang isteri.

" buat apa... makan je lah apa yang ada ". sang suami dengan alasan yang pelbagai.

zuhud dalam juadah juga perlu. walau apapun alasan kita, pembaziran harus dielakkan. aku bukanlah seorang yang zuhud. cuma hampir 97% juadah berbuka puasa sama seperti hari biasa. aku dan isteri berganti2 memasak untuk juadah berbuka puasa. adakalanya kami bersama menyediakan juadah. tak sedap pun tidak mengapalah.... tapi terasa puas apabila melihat anak2 makan... 

"sedaplah umi masak". kata Kak Long.... 

"ayah masak sedap sangat". ujar Hamzah puas....

aku tau terkadang juadah itu terkurang dan terlebih masin... aku tahu.

Berlalunya romadhon bermakna kita ada lebih kurang 11 bulan untuk sampai kepada romadhon akan datang. Itulah jangka waktu yang harus kita risaukan. Kenapa? .... kerana itulah jangka masa yang kita tidak pasti di mana kita berada. sama ada kita sempat atau tidak bertamu di romadhon yang akan datang.

ulama' yang hebat2... para sahabat rasulullah... mereka semua berasa hiba dan sedih dengan pemergian romadhon yang begitu barokah ini... mereka sedih kerana iman... taqwa... rasa cinta mereka terhadap al-Khaliq azza jalla wa a'la...

itulah cinta makhluk kepada al-Khaliqnya....

dipermulaan romadhon dan beberapa hari sebelum romadhon akan kedengaran imam membaca ayat daripada surah al-baqorah di bawah:

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (183)
bagi aku ia satu ayat yang memangkin motivasi untuk seseorang muslim melaksanakan ibadah puasa dengan kesungguhan yang tinggi. Ikhlas.... semata-mata untuk Allah. Nah.... peringatan demi peringatan daripada al-Quran mahupun daripada hadith rasullullah diperdengarkan kepada kita. Untuk apa?.... untuk memngingatkan insan yang pasti terlupa.

itulah senario awal romadhon... aku malas nak sentuh kuantiti jamaah awal, tengah dan akhir romadhon.... itu isu klise selagi hidup dikandung badan.

muslim yang termotivasi dengan pelbagai peringatan dari Quran dan Hadith akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi kehendak romadhon. pelabagai ibadah diiklankan.... qiam, iftar, dan suhur...."ayuh kita tingkatkan ibadah....". Nyata sekali kekuatan cinta kepada Allah itulah sumber kekuatan insan untuk mengabdikan diri di bulan romadhon.

sesetengah masjid atau musolla sengaja mengadakan tazkirah ringkas sewaktu qiam romadhon...."orang yang tak datang masjid ramai..." itulah alasan biasa AJK masjid atau musolla. Hamburan nasihat diberikan oleh para ustaz.... pelbagai hukum fiqh dibacakan... pelbagai ajakan, sindiran, teguran dan fatwa dibincangkan. Tak boleh kah??...

bukan itu maksud aku... semua itu bagus.... hah, termasuk sindiran....ya.... tapi berhikmah la... jangan sampai menelanjangkan orang lain dikhalayak umum. Itu zalim namanya!!!

pupuklah cinta pada Ilahi Rabbi barulah ketaatan kepada fiqh akan terzahir.

ibadah orang yang telah berkahwin agak berbeza penilaiannya. aku berharap. aku pasti...

romadhon dan adabnya datang serentak. jangan diasingkan. aurat akan tetap aurat. solat akan tetap solat. mengapa mahu diasingkan. usah sombong dengan ibadah. jangan rasa cukup dengan ibadah. usah rasa yakin dengan ibadah kita. itu semua perasaan sendiri dan penilaian sendiri kita. 

Allah sayang kita semua....

romadhon telah beberapa hari berlalu. pasti ada kepincangan yang berlaku pada romadhon kali ini. aku berharap akan bertemu lagi romadhon yang akan datang. namun itu semua dalam pengetahuan Allah jua.

moga kita tersenarai sebagai orang yang bertaqwa.... insyaAllah.




Lamanya: Setahun Dua Bulan Sebelas hari

gambar ni aku pimjam daripada google jer

....untuk memulakan sesuatu yang dah lama aku tinggalkan agak sukar sebenarnya. bukan semua perkara yang aku boleh istiqomah. aku bukan jenis orang yang komited dengan sesuatu kerja, mungkin. tapi aku sangat komited dengan apa yang aku minat. Blog ni sesuatu yang menjadi kegilaan aku suatu masa dulu. nah teknologi berkembang sangat laju... buktinya lahirnya laman2 sosial yang bak cendawan tumbuh selepas hujan. tak terkejar... kadang2 buang masa... dan banyaknya buang masa.

kerjaya dan keluarga... inilah tempat dimana setiap saat perlu aku habiskan. orang yang family type macam aku ni mana mampu tinggalkan keluarga. ialah... walaupon aku bukan sempurna... dan ini semua juga penyebab lamanya aku tidak kemaskini blog ini... itu belum ambil kira facebook... argh.... dunia...

hari ni aku kali kedua menjengah blog kawan sepejabat ( http://www.hafizahabdullah.blogspot.com ) cemburu jugak dibuatnya.... ni jugak penyebab aku mula taip sesuatu dalam blog ni...

Hari ni dah masuk dua Romadhon... anak sulung aku bertanya "kenapa kita kena puasa ayah..?, lapar la..." 

aku jawab "memang puasa untuk kita lapar... Allah nak kak long rasa lapar... barulah kita tahu macam mana orang lain yang susah tu lapar.." 

aku sambung lagi "... ada orang makan sekali jer sehari... ada tu tak makan pon" 

anak sulung aku sunyi..."kak long tau..." tetiba dia sambung...

romadhon kali ini agak istimewa buat aku... Allah memberi aku kesempatan untuk terus menghirup udara romadhon. aku berharap udara romadhon kali ini dapat menyegarkan kembali kehidupan aku sebagai hamba Allah selepas bulan yang barakah ini.

ada masa aku tulis lagi.

Lama: Dah hampir setengah tahun


bukan mudah untuk aku habiskan masa menaip dalam blog ni. FB pun kadang2 bila perlu untuk tengok info terkini tempat aku kerja barulah aku buka. pada aku lebih baik aku taip kajian tindakan atau fundamental atau jarik journal untuk simpanan dan bacaan aku... untuk menjernihkan minat sambung belajar ke peringkat lebih jauh lagi.

ya... hari ni aku taip sesuatu dalam blog ni.

awal pagi tadi usai solat subuh, seorang sahabat mohon aku untuk tengok blog yang dia buat untuk pusat tahfiz. mulanya aku menolak secara tersirat sebabnya aku memang dah lama ikuti blog dan perkembangannya. akhirnya aku sedikit akur dan merelakan diri untuk tengok2kan blog tu. tapi username dan passwordnya tak boleh aku guna untuk login... alternatifnya aku pon menjengah ler ke blog yang dah lama aku tinggalkan.

eh betulkah... blog ni dilihat oleh pelbagai orang... dan pada bulan lepas agak tinggi dilihat.... taklah sebanyak page orang lain... kiranya, kalau 20 org tengok blog aku ni pon dah kira banyak ler tewwww :)

baiklah.... sampai sini dulu lah... kalau sempat aku update lagi...


Berpergian: Keluar seminggu


Tajuk yang agak Cliche....

Minggu depan ada kerja yang perlu dibereskan di Kuala Lumpur. Seminggu jugak lamanya. aku jarang terlibat dengan hal pentadbiran. jadi, ini merupakan kali pertama aku perlu keluar. biasanya aku hanya hadir untuk kursus yang diadakan sekitar tempat aku bekerja sahaja. sahabat sepejabat yang lain memang kerap keluar untuk memenuhi keperluan pentadbiran.

sebenarnya...

aku amat berat untuk meninggalkan keluarga... isteri dan dua orang anak aku. ya, amat berat. sebabnya, isnin hari aku pertama aku ke KL tu adalah hari appointment anak sulung aku dengan Dr pakar di hospital kangar. Tonsil, perjumpaan susulan dengan pakar. sebelum ni sample darah dari Amni dah diambil. Keputusannya adalah pada 7 mac. Aku tak tau apakah tindakan susulannya. dan sebagai ayah, aku amat berharap berada berasama. ya.. memang isteri aku yang akan berada bersama anak aku. itupon mujur isteri aku tolak arahan ke KL (dia pon kena pergi KL macam aku jugak). semoga Allah permudahkan urusan isteri dan anak aku.

sebab yang kedua, penglaman aku, dulu masa aku kecik hingga dewasa, aku dan adik beradik jarang juga jumpa abah aku. sebabnya dia kerap keluar atas urusan pejabat. yang sentiasa ada disisi kami, ibu. ada kesan pada aku, aku agak kurang rapat dengan abah. ya... kasih sayang abah terhadap kami tetap hebat. abah tak biarkan kami. cuma kebersamaan itu kurang. kami faham, semua tu atas urusan kerja yang perlu dipatuhi.

inilah dua sebab kenapa aku tak suka untuk "outstation"... ya sebelum aku nikah dulu kerap juga aku outstation, itupon sebab aku belum ada tanggungjawab. bujang.

hmmm... aku harap aku tak diarahkan ke "outstation" lagi...

Perjalanan: Onak dan duri


Malam dirasakan dingin untuk satu kedamaian dan keharmonian suasana rehat insan bernama manusia...

Siang disinari mentari membolehkan insan melihat segala titik bengik unsur ciptaan Allah supaya insan akan terus berusaha. Allah memperlihatkan segala keluasan rezeki untuk manusia mencari nafkah hidup yang perlu diteruskan...

insan dalam pelbagai zon... ada yang selesa dan terlalu selesa... ada yang berada pada zon bejaga2 dan zon dhoif...

keselesaan membuatkan ahlinya takut untuk jatuh ke zon kurang selesa. situasi ini lantas mencetuskan gelombang pemikiran pemusnah dan pemangsa. matlamat telah menghalalkan segala cara untuk dipenuhi segala keperluan. tegar dengan segala larangan. yang penting produk akhir. ya... hasilnya, yang kaya terus mendongak langit yang kedana terus bergelumang lumpur jerih payah.

itu ketentuan duniawi yang aku rasa perlu disetujui... dan jangan dibiarkan untuk terus dibenarkan dan di iyakan segalanya. jadikanlah zaman ini seperti zaman Khalifah Umar Abdul Aziz...

aku teringat cerita seorang ulama sewaktu aku hadir dalam kuliahnya. cerita yang datangnya dari hadis sahih muslim. yang aku ingat ceritanya bukan hadith tu secara tepat. ceritanya:

"dihadapkanlah dihadapan Allah tiga insan, setiap insan mengaku telah melakukan kebaikan untuk membolehkan mereka diterima ke dalam syurga Allah.

insan yang pertama:
dia kata dia mati syahid sebab terkorban dalam perang menentang penentang Islam. dan katanya dia berhak untuk ke syurga Allah. BOHONG kata Allah. sebabnya dia berperang semata2 untuk memiliki harta rampasan perang. jadik niat dia dah terpesong bukan lagi kerana Allah. nah... ke neraka dihumban

insan yang kedua:
dia kata dia orang warak. suka cari ilmu. hadir majlis ilmu. banyak mencari ilmu. banyak ilmu. dan banyak juga mengajarkan kepada umum berkenaan ilmu. ya... ilmu agama.dan katanya dia berhak untuk ke syurga Allah. BOHONG kata Allah. dia buat semua tu untuk meraih pujian semata2 dari orang ramai. jadik niat dia dah terpesong bukan lagi kerana Allah. nah... ke neraka dihumban

insan yang terakhir:
dia kata dialah yang paling layak untuk mendiami syuga Allah. sebabnya dia banyak menderma kejalan Allah. asal ada pintu dan ruang untuk menderma dan menyumbang ke jalan Allah pasti di buatnya.dan katanya dia berhak untuk ke syurga Allah. BOHONG kata Allah. dia buat semua tu untuk meraih pujian semata2 dari orang ramai untuk mengatakan dia banyak buat amal jariah. jadik niat dia dah terpesong bukan lagi kerana Allah. nah... ke neraka dihumban"

dari tulisan kali ni aku cuba untuk membawakan dan menasihat diri aku dan juga korang sama untuk menanamkan keikhlasan khusus untuk Allah dalam setiap pekerjaan. ya... memang tak nampak ler ikhlas tu... sebab tu hanya Allah saja yang tau dan hanya Allah jugalah yang akan membalasnya.

Sekejap: Terhenti sebentar


seorang sahabat aku call "lama tak update blog...".

"maaflah, saya ada kerja lain yang perlu didulukan."

hampir dua bulan aku tidak update blog ni. bukan sengaja tidak update, dan bukan juga tidak ada bahan untuk dikongsikan, cuma aku agak jarang bukak blog ni untuk dikemaskini. mungkin juga disebabkan beberapa kerja yang menidakkan aku daripada mengemaskini blog ni.

masa semakin pendek aku rasakan. namun kehiduan perlu diteruskan. umur semakin pendek aku rasakan namun kerja ada banyak untuk diuruskan. menjadi seorang yang bertanggungjawab bukanlah perkara yang mudah untuk dibuktikan. setiap pembuktian perlu dengan wajaran kerja dan keikhlasan dalam melaksanakan ibadah.

sebagai muslim aku dan juga korang membawa beban tanggungjawab untuk melaksanaka rutin harian dengan berpandukan tunjang agama sebagai asas. keikhlasan merupakan kayu ukur yang abstrak sifatnya, tak nampak. boleh saja indicidu dikelaskan sebagai ikhlas dan tidak ikhlas.

bukannya aku berceramah kali ni... ini sekadar lontaran rasa yang suka untuk aku lontarkan... sebagai mencabar diri aku sendiri dan secara tidak langsung korang semua yang sudi membaca blog ni.

aku agak sukar untuk melukakan hati orang... namun sekali aku melukakan padahnya agak mendalam. kesan pada individu lain mungkin sikit tetapi kesan pada diri sendiri amat besar aku rasakan. tekanannya agak dahsyat. orang kata ikut hati mati ikut rasa binasa ikut nafsu lesu.

konsep taqwa mengambil tempat dalam kehidupan ini secara total. kemana saja kaki melangkah itulah bekalan yang perlu digalas bersama. panduan... ya tepat sekali. umpama baju yang dipakai ditempat awam. kita tak mampu untuk berjalan tanpa pakaian dikhalayak ramai. ya kalau badan sasa mungkin saja ingin diperagakan. tapi cuba bayangkan badan yang penuh kurap dan panau.

tulisan aku kali ni agak bebas... tanpa mengikut tajuk. sengaja begitu. bagi aku itu satu style penulisan dalam bentuk lontaran idea secara santai. boleh tak... boleh kut.

ni aku tutup dengan sepotong terjemahan ayat dari surah al-Quran:

Surah - Al-Ankabut : Ayat 64
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).

Santai: Sembang santai petang Sabtu


bila lama tak menulis, idea susah nak datang... tajuk pon susah nak sesuai dengan posting. sebab tu aku pilih tajuk santai... umum... tak terikat dengan tajuk.

sebenarnya beberapa waktu lepas banyak yang ingin aku kongsikan... cuma bila dah terlewat macam ni, tak larat aku nak upload gambor2 yang capture. start raya posa sampai la ni banyak jugak gambor yang aku capture... hmmm nantilah aku cuba untuk upload mana yang menarik.

pelbagai cerita dan suasana yang dapat kita lihat di dunia ketika ini... malahan dalam negara kita sendiri pon banyak cerita yang kita lihat. bagaimana kita lihat semua itu yang akan mewakili pendapat kita... cuma pastikan adil dalam membuat telahan. yang pasti umur dunia ini dah terlalu tua. aku aku pasti korang paham apa maksud aku... bagi yang kurang faham aku sarankan kita sama2 hayati dua surah ni... zalzalah dan ghasyiah... ataupun surah2 lain yang ada kaitan dengan kiamat. atau sesiapa ada kitab bahrul mazi boleh rujuk jilid ke 15... dan pastinya korang boleh juga rujuk hadis2 sahih terutama sahih bukhari dan muslim serta syarah kepada kitab2 hadis tersebut.

dalam banyak2 isu yang menarik untuk aku ialah seperti gambar dibawah ni.... hmmm sebab apa.... sebab isu minyak dan barang asas yang lain kena direct kat aku n korang... aku tak nak ulas panjang2.... aku tau korang pon ada ulasan yang hebat kan.... hehehehe... silakan..


buku.... ha'ah buku... balik raya haji di KL hari tu aku sempat habiskan sebuah buku berkenaan HAMKA. tulisan anak hamka terhadap hamka... amat menarik. buku tu abah aku yang beli. banyak jugak buku dia beli, tu jer yang sempat aku settlekan. lagipon balik KL kejap je tak lama.

bercerita pasal buku... aku la ni sedang ambil manfaat dari buku perisai muslim, himpunan doa zikir dari al-quran dan sunnah susunan dr. basit, hebat isinya... aku sarankan korang carilah buku tu. biarlah kita beramal dengan ilmu yang bersumberkan sumber yang betul bukan ikut semberono jer. dalam buku tu setiap doa dan zikir disertakan rujukan hadis rasulullah yang sahih. aku rasa dengan cara tu barulah setiap amalan kita lebih bermakna dan tak timbullah bila orang tanya..

"dari mana ko dapat zikir tu"...

"aku dapat dari tuan guru A"...

"pasti ke dari nabi..."...

"entah... guru A kata dari nabi..."...

dengan adanya buku tu barulah kita tahu sumber amalan kita. aku masih belajar. sekadar saranan daripada aku untuk korang.


Tokmek dalam kenangan..

nenek wife aku telah kembali menemui Allah awal pagi isnin yang lepas. jumaat minggu lepas aku sekeluarga sempat balik dan ziarah tokmek yang dalam nazak. cuma terkilan sikit ahad hari kami balik ke perlis... tak lama lepas sampai di perlis, wife aku dapat call, tokmek dah tak de. Al-Fatihah...

di bawah ni aku letakkan gambar yang aku capture 3 tahun lepas sewaktu majlis aqiqah anak sulung aku di kelantan.

tokmek sedang berdiri perhatikan jiran2 potong kambing


tokmek simpan sikit umbut kelapa



buat isteri dan keluarganya... bersabarlah...

Tertangguh: Lama aku tidak blogging

lama tak menjengah blog..

sejak beberapa bulan ni aku tak berkesempatan untuk update blog ni. hari ni bila ada masa sikit yang senggang aku cuba untuk ketuk keyboard aku ni. bukan maknanya aku tak ada kerja nak dibuat.... tapi tengah tunggu respon daripada kawan2 berkenaan dokumen yang aku n group aku siapkan. biasalah bila tunggu respon nih perlu dengan sabar yang tinggi..

ke mana aku menghilang?

ada... cuma aku perlu utamakan kerja2 yang lebih penting. blog dan facebook atau lain aktivi2 sosial di internet perlu aku hentikan seketika untuk beri laluan kepada beberapa aktiviti rasmi dan tidak rasmi tapi penting... aku sentiasa dalam proses untuk perbaiki diri dunia dan akhirat...

oklah untuk waktu ini... saja tulis.... menandakan aku masih blogging cuma masa tak dapat konsisten....

Ramadhan : Selamat tinggal bulan barokah kesayanganku

mungkin ini entry aku yang terakhir untuk bulan yang penuh barokah ini... selepas ini aku akan berada di beberapa tempat yang mungkin akan menyibukkan aku dari update blog ni...

kehadiran aku dalam madrasah ramadhon ni sukar digambarkan. mungkin kehadiran aku penuh, tapi apa yang aku dapat tidak sepenuh kehadiran aku. banyak aku "tidur" dalam madrasah ramadhan yang aku hadir itu. aku akan terus mengulang kaji dalam madrasah2 yang lain. hari ni 28 ramadhan... tak berapa hari lagi madrasah ramadhan akan bercuti selama lebih kurang 11 bulan. rindu aku dengan kelas2 yang diadakan setiap malam. siang pulak ada senaman lapar yang wajib aku laksanakan.

tinggal madrasah ku.... tinggal ramadhan ku.... tinggal... tinggal..

eidul fitri bakal muncul...

aku berharap aku... diri aku ada fitrah yang lebih bersih dari sebelum ini. semoga ada kesan tarbiyah sewaktu berada di madrasah ramadan yang aku hadiri... jangan tak dapat langsung.

tinggal madrasah ku.... tinggal ramadhan ku.... tinggal... tinggal..

semoga tahun depan kita bertemu lagi buat sekian kalinya..

ramadhan...

aku akan sentiasa merindui mu...

...

Romadhon : Ucapan selamat tinggal

mungkin ringkas entry aku ni...

ntahlah... mood untuk menaip agak kurang dua tiga waktu ni...

hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk ramadhan meninggalkan kita. ramadhan yang akan datang langsung tidak pasti untuk aku bertemu... bahkan kehidupan setengah jam lagi pon aku tak pasti bagaimana. jauh di hati aku merasa teramat sayup untuk meninggalkan ramadhan. persoalan yang sukar terjawab untuk aku ialah... apakah tahap kualiti puasa aku kali ini???... semoga sisa2 ramadhan yang tinggal ini akan dapat aku manfaatkan sepenuhnya...

semoga aku dan korang juga diberi kesempatan untuk bertemu dangan malam qadr dan puasa pada tahun yang akan datang... insyaAllah...

Ramadhan : Kemerdekaan, kebebasan, dan syari'at Islam

pagi tadi masa tengah sibuk seterika baju dan seluar, aku dengar radio perlis fm... yang aku nak kongsikan ialah fakta sejarah yang aku dengar bukannya nak kongsi radio tu... korang dengor ler radio sendiri hehehe... "...pada hari ini 30 Ogos 1957, pukul 6.30 petang bendera union jack diturunkan di bandar hilir melaka, ribuan orang menyaksikan peristiwa yang bersejarah itu...." dan kebetulan malam tadi aku ada tengok cerita 1957: Hati Malaya kat tv. kedua2nya ada fakta sejarah yang buat aku bangga dengan negara aku yang tercinta ini

dah 53 tahun kita bebas dari penjajahan kuasa barat dan lain2. itu fakta yang pasti kita tak boleh tolak.

setiap insan yang lahir sebelum dan selepas merdeka mesti melahirkan rasa syukur kehadrat ilahi.

kedua2 sumber yang aku dengar dan lihat tu menggambarkan betapa peritnya proses kemerdekaan. dan itu juga tidak dinafikan.

itu kemerdekaan...

namun bagi aku, kita tak perlu untuk menyorokkan fakta2 lain yang menyumbang kepada proses kemerdekaan itu. apa yang sering diperlihatkan pada kita adalah perit jerih diambang kemerdekaan itu... maksud aku beberapa tahun sebelum merdeka... bagi aku era waktu itu sudah sedikit "moden"... salah ke semua tu... tak ada yang salah kita perlu hargai semua tu. cuma pada aku kita juga perlu ceritakan jugak bagaimana pejuang Islam mempertahankan tanah Melayu.

ya.. pejuang Islam...

depa ni semua adalah PEMULA kepada proses kemerdekaan. mereka diseksa di tanah air sendiri mempertahankan agama dan bangsa. mereka bermandikan darah dan keringat. tok janggut, abdul rahman limbong, datuk bahaman, dan ramai lagi. cerita mereka2 ini juga patut kita paparkan.

dalam entry aku yang lepas ada aku catatkan...."...kebebasan sebenar adalah kebebasan untuk kita laksanakan syari'at Allah dimuka bumi ni.... selain tu nafsu nafsi dan dorongan syaitan belaka. "...

walaupon kita dah lama merdeka tapi kita masih lagi belum merdeka daripada fikiran barat dan sekular....

fikirkan....

Ramadhon: Destinasi malam ini... countdown for lailatul qadr

masjid ni kat jertih tak silap aku... aku ambik masa aku ke ganu



sebelum aku menaip labih jauh, aku nak korang yang ada astro tu tengok drama bersiri "para pencari tuhan" di channel 106 tak silap aku... 10.00 p.m. drama tu beberapa kali aku tengok... siang pon ada... inilah drama yang berorientasikan Islam pertama yang terbaik pernah aku tengok... penuh dengan ilmu yang tersirat dan tersurat...

yeah... ke mana destinasi malam ini...

sudah mejadi kebiasaan aku tiap kali romadhon aku suka merayau waktu isya'... merayau bertukar2 masjid. semua ni aku buat sejak zaman sekolah lagi... bukan mencari masjid yang cepat habis solat atau laju bacaan imamnya.... tapi mencari ketenangan dalam solat. eh kena pilih masjid yang sesuai ke?... bagi aku ya... ini aku... aku suka duduk ditengah2 makmum yang sudah berumur... tujuannya supaya suasana tu mendidik jiwa aku supaya tidak bemegah dengan dunia yang akan meninggalkan kita... tak heranlah kalau kat kampung aku dulu ramai "kawan2" satu sof aku pergi menemui Allah.

kalau untuk membina semangat juang dalam melaksanakan ibadah pulak, aku lebih suka duduk dalam jemaah solat yang muda belia... hah baru dapat semngat yang berkobar2... dan tak heranlah kalau kat kampung ada "kawan2" yang sambil menunggang motor atau basikal menyapa aku dari jauh mengajak aku kesana kesini manghadiri "parti" agama..

bila banyak tempat, banyak pulalah ragamnya... lebih2 lagi bulan romadhon... isu tarawih 11, 20 tak habis2 ditengkarkan.... yang sepatutnya di risaukan ialah depa2 yang tak solat.... titik....

semua tu insyaAllah aku masih terbawak2 sampai sekarang...

ketenangan malam2 terakhir ramadhon ini akan aku rindui lagi... cuma semaksimum mana dapat aku penuhi malam yang hebat itu... malam ini bermulanya pencarian malam qadr... apakah bentuk ibadah yang selayaknya untuk dilaksanakan... adakah sepatutnya aku tinggalkan anak2 yang masih kecil dan isteri yang terhad pergerakan ibadahnya dek kerana menjaga anak2 di rumah sahaja. adilkah aku. lantas.... "seorang isteri akan peroleh sama seperti apa yang suaminya dapat sebab dia menjaga anak2 di rumah"... ya yang itu pasti... cuma apa yang aku bincangkan... bentuk ibadahnya...

aku mencuba untuk sesuatu yang baik.... baik untuk aku dan isi rumah ku...

inilah kecenderungan beribadah yang sangat ingin aku pupuk untuk generasi aku akan datang...

sebenarnya semua ini ada sangkut paut dengan aqidah... pimpinan aqidah yang mantop dari Allah akan seterusnya membuahkan hasil kehidupan yang cantik dari perspektif Islam. kefahaman berbantukan ilmu itu juga penting untuk mengelak emosi dan adat yang songsang. tanpa ilmu dan kefahaman serta sikap yang tidak mahu dan malas nak ambik tahu akan menjerumus individu ke lembah yang amat hina kesan dan akibatnya...

ada sebab aku taip perenggan di atas...

beberapa waktu lalu... dalam rayauan aku di FB aku berjumpa dan diTAG pada suatu footage. dalam footage tu ada beberapa anak muda wanita sedang melafazkan zikir munajat... ya itu baik.. yang kurang baik ialah kelakuan mereka semasa melafazkan ayat Allah dan nama Allah itu... pada aku itu sindiran atau menghina secara total terhadap ayat Allah bahkan Allah itu sendiri.... ya berat.... berat sekiranya apa yang aku cakapkan tadi mereka lakukan dengan i'tiqad sebenar2 untuk menghina Allah dan Islam... dan pastinya boleh membatalkan syahadah... itu kesan dan akibatnya... tapi aku cuba ketepikan sebarang emosi jahat aku... mungkin mereka saja2 tak sengaja...

aku cuba nak korang fikirkan semua keadaan tu... persoalannya... apakah tak ada sumber ilmu dan penyebaran ilmu zaman ni?... sudah matikah semua ilmuan agama untuk dirujuk setiap apa yang kita tak pasti tentang ibadah?... adakah kita tak tau atau saja buat tak tau tentang agama yang kita anuti ini... Islam... dan serajin manakah kita perbaharui ilmu kita tentang Islam...adakah memadai dengan pelajaran agama islam sekolah rendah dan menengah sahaja untuk dibawak dalam kehidupan ni...???

sesi aku bersama pelajar beberapa hari lalu ada dibangkitkan isu kebebasan... rata2 depa kata tak bebas... dan aku persoalkan apa kebebasan yang depa maksudkan... pastinya sekitar pakaian dan pergerakan mereka... kebebasan sebenar adalah kebebasan untuk kita laksanakan syari'at Allah dimuka bumi ni.... selain tu nafsu nafsi dan dorongan syaitan belaka.

marilah kita sama2 kembali kepada Allah...

Allah... pimpinlah aku dan keluargaku serta muslimin dan muslimat ke jalan yang Kau redhoi...

Ramadhan : Taman yang hampir meniggalkan aku

sumber gambor ni aku lupa... aku promote jah

ramadhon dah masuk fasa terakhir...

entry aku ni pendek jer...

apa yang telah aku tinggalkan tidak akan berulang lagi... dan takkan boleh diperbaharui lagi. masa takkan boleh dikembalikan lagi. aku teringat kata2 ilmuan... aku tak pasti sapa yang ungkapkan kata2 nih..."ada tiga bahgian masa... masa yang telah lalu, tidak akan kembali lagi, masa yang akan datang, masa yang belum tentu apa yang akan terjadi dan masa sekarang, masa dimana kita berada di dalamnya. gunakanlah dan manfaatkanlah masa sekarang untuk menentukan masa hadapan yang lebih baik"

apa perlu aku dan korang menyesal masa yang telah berlalu...???

susah untuk bagi jawapan untuk soalan di atas... mungkin jawapannya ada dua bahagian. dan aku serahkan pada pembaca blog aku nih..

tiada harapan selain mengharap ramadhon ini lebih baik dari ramadhon yang lalu :( aku masih mengharap...

Ramadhan : Menjelmakan sifat sebenar insan

ni bukan gambar kepunyaan aku... sumbernya aku lupa

orang kata... waktu kita tersepit, masa tu lah segala sifat kita akan terzahir. masa kena kejar anjing, parit selebar mana pun kita boleh lompat, tembok tinggi mana pon kita boleh panjat... bukan orang jer cakap... aku sendiri pernah kena kejar anjing, dan hasilnya amat lumayan... cuma bila cuba sekali lagi, memang aku tak boleh buat....

ramdhon pon aku rasa sama denga situasi tu... aku cakap pasal aku lah ek... kalau korang pon sama nak buat macam mana kan, bukan aku nak ngata sapa ye...

itulah lemah dan kerdilnya diri aku... terkadang kesabaran itu tersingkap dari dasarnya dan maka waktu itu hilanglah kesabaran. ramadhon mengkehendaki seorang muslim untuk menahan diri dari segala sifat mazmuah... itulah inti patinya. cuma sejauh mana aku dapat laksanakan semua itu. satu tahap aku merasakan ada kegagalan dalam diri... dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. aku bukan nak menceritakan keaiban diri... tapi aku nak cerita situasi sebenar berlaku dalam bulan ramadhon. sebab itu ada ulama mengkelaskan puasa ni kepada tiga bahagian... dan aku berada pada tahap puasa orang awam...

ada cerita sikit...

malam tadi sewaktu balik dari menunaikan solat sunat tarawih aku singgah di petrol pump untuk isi minyak. biasalah dah hujung minggu ni minyak pon dah hujung jugak. sesudah minyak di isi aku pon meneruskan perjalanan pulang... dari masjid negeri Arau ke rumah aku mengambil masa lebih kurang 15 minit dengan kelajuan yang sederhana. sebaik keluar dari petrol pump tu aku terserempak dengan segerombolan manusia menunggang basikal bukit...

ya malam.... aku cerita ni malam ler... kumpulan tu aku perhati ada yang bertudung dan tidak. jangkaan aku mesti ada penunggang muslim. situasi ini berlaku pada malam ramadhon yang penuh barakoh. timbul pertanyaan dalam diri aku... mana yang utama solat sunat terawih atau aktiviti menunggang basikal.... ya agak sukar aku menjawabnya... lantas aku meletakkan minda aku supaya berfikiran positif... "mungkin diaorang solat isya' dan sunat tarawih di rumah kut..."

malam sebelum malam tadi...

balik dari masjid, aku lalu depan pusat futsal... dan aku perhati ada anak2 muda muslim (aku agak muslim ler sebab potongannya macam orang melayu... tapai susah gak buat telahan awal... sebab kat utara ni orang siam pon nampak macam muslim gak :)) sedang rancak bermain futsal... kalaulah depa tu orang muslim... apalah yang depa fikirkan... kenapa agama sukar sangat untuk didahulukan. kenapa... pada aku inilah antara punca kerosakan akhlak yang terzahir dengan perbuatan pembuangan anak dan macam2 lagi perkara negatif...

aku saja nak berkongsi...

bukan aku nak salahkan sapa2...

aku cuma ingin perbaiki diri dan keluarga aku...

dan aku terus berdoa untuk kebaikan orang lain jugak...

Ramadhan : Mencerna kerinduan Ilahi Rabbi

dedikasi foto dari student aku

hari ke sepuluh ramadhon...

ya bukan mudah untuk menghadapi ramadhon dengan sepenuh tawadu' dan terjaga segala pancaindera dari sebarang maksiat. itulah cabarannya.... bagi aku lah... zaman sekarang bukan cuaca atau keletihan yang aku takut dalam menghadapi bulan ramadhan... tapi mata...lidah....telinga dan hati. dan.... dan bukan juga mudah untuk aku tinggalkan ramadhan. risau dan rindu. risau sebab tak pasti adakah ramadhan ini yang terbaik dalam hidup aku sebelum aku tinggalkan dunia ni... dan rindu... rindu dengan ketengan bulan ramadhon.... pelbagai ibadah dan pelbagai pakej bonus ganjaran dari Allah...

perjalanan hidup yang penuh onak dan duri... berlandaskan hamparan yang rapuh sukar untuk menjamin hari kemudian yang indah. aku sedar semua itu. dunia ini hanya teduhan sementara untuk ke tempat yang kekal abadi. abadi dengan pelbagai ketidakpastian. jarak antara hidup dan mati itu seperti sekelip mata... bekerdip mata.... hmmm tak dicepatkan sesaat dan tak dilewatkan sesaat...

ramadhon hampir meninggalkan kita..... semoga ada berkas yang indah...

Ramadhan : Madrasah tahunan muslimin

muslim dinaungi bawah satu aqidah yang sama. tiada beza fahaman dalam menentukan aqidah walaupon berlainan kefahaman implementasi hukum fiqh. itu bagi aku normal, sebabnya, kita berbeza dalam memahamkan sesuatu perkara. apatah lagi cara kita ulas sesuatu perkara tu. salah ke macam tu? tidak, selagi perkara itu berdiri atas dalil yang benar lagi sahih.

pengukuhan aqidah amat perlu dititik beratkan. aqidah perlu untuk kesatuan muslim. dan aqidah juga menjadi isu utama dakwah rasulullah pada peringkat awal islam. sekarang zaman yang kehadapan dan telah jauh dari titik mulamya islam. aku nampak situasi telah merubah suasana islam itu kepada pengaruh jahiliah moden. islam dilihat megah dengan nama bukan dengan rohnya.

mudah dan memudah agama sangat ditakuti. islam amat mudah dan sesuai dengan zaman... ya betul. cuma memudahkan dan ambil mudah berkenaan agama amatlah bahaya. sehingga ada yang mengkategorikan "islam liberal".... agama baru ke tu?... bukan tapi terma yang digunakan bagi mereka yang suka memudah-mudahkan islam sehingga lari dari hukum sebenar.... umpamanya... mengatakan tudung itu tidak wajib untuk wanita bekerjaya... dan mungkin boleh aku tambah... bertudung tapi berseluar dan berbaju sendat masih dalam kategori tutup aurat..

kedegilan, kedangkalan, kejahilan dan mengelak dari ilmu islam adalah pendorong kepada terjadinya jahiliah moden. pelbagai mak nenek alasan digunakan untuk mendatangkan bukti maya... bukti yang tiada asas agama... logik akal semata2. seorang teman pernah beritahu kepada aku yang suaminya tidak pergi ke masjid A sebab kat masjid A ada kuliah maghrib. itu alasannya. aku tak tanya lanjut dan aku tak ulas lanjut sebab aku bukan ustaz dan pastinya ilmu agama aku sekadar untuk diri dan keluarga sahaja. kenapa jadi begitu... aku tak salahkan dia... mungkin salah sesetengah penceramah terlalu berceramah politik kepartian dan suka kutuk kutuk orang itu orang ini.... semua ini terjadi dan tak boleh dinafikan.

persoalan aqidah yang paling penting bagi aku. bila aqidah mantop perakara yang lain akan ikut sama... fiqhnya... ibadahnya... muamalatnya... semua akan ikut sama. tapi bila aqidah hampeh, cakaplah hukum macam mana sekalipon kompom tak celuih.... tak masuk maksud aku. dan bila aqidah goyang... setan senang jer nak aniaya... keadaan yang berat akan berlaku... umpamanya murtad... orang yang murtad tu kekadang ilmu tentang islam pon tak abis ngaji lagi bahkan tak reti pon... pastu cakap islam sempit... kembalilah kepada Allah.

kehadiran ramadhon ni sebenarnya untuk mendidik jiwa... bagi akulah. namun semua ni perlu latihan. macam nak main futsal... kalau tak pernah main dan tak warming-up sebelum main kompon satu badan sakit2 takpon semput tangah game. aku tengok ramai yang ke masjid bulan posa ni... baguih la tu. tak ada yang tak baguihnya. yang tak baguihnya ada penceramah2 kat masjid duk perli2 depa yang baru menceburkan diri dengan masjid. kalau orang tu tahan perli tak per... kalau yang tak tahan perli, lari dia.

latihan tarawih di masjid sedikit sebanyak melatih kita ke masjid. melatih untuk kita hilangkan rasa malu ke masjid... walaupon orang tak malu ke disko... ramadhonlah masanya kita nak hilangkan rasa segan tu... walaupon orang kata ramdhon musim ibadah.. bagi aku biarlah musim tu berpanjangan.

jangan malu dan segan...

aku bertitik tolak dari zaman aku dalam keadaan jahiliah juga. dan aku masih dalam proses latihan untuk meletakkan diri aku bebas dari segala sifat yang mazmumah, mengisi dengan segala sifat yang mahmudah. susah? ya memang susah untuk aku. tapi yang penting kita kena bergerak dari titik jahiliah tu... kalau tak bergerak, kita pasti takkan berubah. semoga Allah ampunkan dosa2 aku yang lalu.... yang sekarang.... dan yang akan datang.


setiap apa yang dihajati perlu di mintak pada yang empunya... mengadulah... berceritalah.. mohonlah... dan biarkan Dia yang tentukan hasilannya bagaimana. itu urusan Dia. jangan pernah untuk give up. bagi aku mohonlah banyak kali pon tak mengapa... sebab itu tanda kita sebagai hamba... dah adat seorang hamba meminta pada tuannya.

aku bercerita bagi pihak pandangan aku sendiri...

aku bukan ahli bidang agama...aku perlu nyatakan, sebab aku takut orang memandang tulisan aku seperti tulisan ahli agama... aku cuma suka untuk motivasi diri dan orang yang aku kenal...

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.