Ahad... sepatutnya cuti tapi kerja.... produktiviti?










apa nilai produktiviti dalam hidup kita? product + activity.... mungkin produktiviti tu lahir dari dua perkataan ni kut. bila ada sasaran atau produk yang ingin kita hasilkan pasti ada aktiviti yang perlu dilaksanakan untuk mencapai objektif yang ditetapkan. produk yang berkualiti adalah hasil daripada aktiviti yang juga berkualiti.

sekarang... apa yang menjamin aktiviti yang berkualiti tu?

aku terfikir berkenaan SOLAT....

apakah kualiti dan produktiviti solat yang kita lakukan...

bermula dengan niat... hmmm apa niat kita sebenarnya sebelum dan selepas kita laksanakan solat tu. memadai kah dengan niat solat mengikut waktu sahaja tanpa niat yang tersirat..... al-ikhsan. bagaimana qualiti solat diukur sebenarnya....


bersegera kepada keampunan, mengakui segala kelemahan dan berbagai lagi kerendahan diri yang perlu kita akui... pentingkah? pasti itu adalah antara faktor penting menjamin keikhlasan.



menghadapkan seluruh jasmani dan rohani kehadrat ilahi. merasakan kekerdilan diri. menyulamkan kesabaran dalam setiap tindak tanduk dalam solat. solat itu sukar dan..... dan hanya orang yang sabar menghadapinya sahaja akan terus tabah.






mencari cahaya keredhoan ilahi rabbi dalam kegelapan dunia yang fana ini....








mengakui keesaan Allah dan kerasulan Muhammad sebagai panduan hidup...





memegang erat tauhid uluhiyah, rububiyah dan asma wal sifat sebagai aqidah yang mantap...




kepatuhan menjalani syari'at dengan sabar dan tawadu'








menuju keredhoan ilahi.....





ampunkan aku Allah.....

p/s: atas komen sahabat... ada post yang akan aku bukak untuk komen :)

Seminggu di Perlis

Minggu ni minggu AUDIT dalaman.... siap siagalah wahai diriku. bila datang audit kita selalu resah gelisah kan.... tapi dalam tak sedar kita ni 24jam kena audit dengan malaikat di kiri dan kanan. sebenarnya perkara tu yang lebih buat kita gelisah... semoga Allah letakkan aku sebagai orang yang selalu gelisah dengat AUDIT yang maha adil tu.... insyaAllah.

sehari selepas aku balik dari KL, kat perlis dah mula musim hujan. di tempat aku bajir kilat berlu mengejut.... dah dua tahun lebih aku tinggal sini tapi nilah kejadian pertama seumpamanya.. sila rujuk blog ni http://www.pusatislamptss.blogspot.com/


jadual waktu.... aku kena audit jadual waktu... waktu ni aku tengah buat cross check dengan geng jadual waktu aku. geng aku mantaop.... depa buat kene sungguh2.. semalam masa aku kena audit... hanya dua perkara je yang terlupa aku print out. apa2 pon terima kasih untuk geng JW.






perhimpunan bulanan.... pengarah bagi amanat untuk semua staf. ni pertama kali dia buat perhimpunan bulanan. pengarah baru yang banyak idea yang bernas. syabas tuan haji...







amni beberapa hari sebelum balik perlis.... rajin sungguh dia conteng buku dan majalah Acu dia.... nasib baik anak sedara Acu ni manja ngan dia.... kalau tak mengamuk gak Acu hehehehehe...







perjalanana pulang ke perlis......










hmmmm dah sampai mana ni ek..... lambat jer rasa nak sampai perlis.... aku ngantuk dah masa ni.

Minggu akhir di IAB Genting & KL

Catatan ni aku taip selepas seminggu berada di Perlis. hari ni aku ada kelapangan sikit... tak ada kelas hari ni. seminggu ni agak sibuk dengan AUDIT... huh baru jer turun dari Genting dah kena audit pulak. tertekan gak aku rasa. tapi tak mengapa itu semua dah tugas. cuma aku tak update banyak perkara pastu nak kena audit pulak. ayoyoooo.... kelam kabut dibuatnya. masa yang terhad yang ada tu aku cuba untuk kemaskini kerja-kerja aku. lantasssss.... aku pasrah nak kena audit. hmmmm.... audit ni bagus... sebab kita akan tau apa yang perkara yang belum lengkap dan mana perkara yang tak ikut piawaian yang ditetapkan. secara murninya tukang audit akan bagi tau mana yang betul dan mana yang salah untuk dibetulkan. dalam suasana macam tu barulah best.... ni tak asal audit jer tukang audit tu seolah2 tujuan utama diaorang untuk carikkkkk kesalahan sajer... pastu mulalah pandang sinis kat kita... macam kita ni dah gagal dalam dunia ni.... hah perkara tu lah yang buat "orang" terutamanya aku... CUAK......

seminggu ni aku rasa rindu kat IAB. rindu dengan suasananya dan para pensyarah kat sana. di bawah ni aku paparkan coretan minggu akhir kat IAB yang sempat aku upload:



En. Aznan sedang bari ucapan. hari penutup. ucapan dari wakil BLK dan IAB. hari tu jumaat jadik program penutup tu macam tak teratur. tapi semua orang tak kisah dah sebab masing2 nak balik.









baru lepas exam.... huh ingat senang rupanya ada yang aku tak leh jawab. mujur objektif.... apa lagi aku guna senapang patah ler menjawabnya... ni tengah lepak kat belakang. ada taklimat lepas exam tu.










nama aku kat nombor tujuh.... maknanya nombor meja aku pon nombor tujuh gak. hmmm.... teringat masa ambik SPM dan STPM dulu, nama aku selalu kat kerusi depan sampailah sekarang pon sama.... seronok gak camtu.









gambar kumpilan aku.... sehari sebelum group presentation..... kami siap buat lakonan guna video untuk presentation.











sabar zubir..... seminggu jer lagi. untuk rekod zubir dah dua minggu tak jumpa isteri dia.... hahahahahahaha....













spiderman......














syarahan tentang ICT dalam pendidikan....













auwwwww.... terkejut aku... binatang ni panjat betis aku tanpa disedari....














apa yang perlu ada atas meja semasa kelas berjalan hehehehehe.... sambil menyelam minum air....

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.