Khamis malam Jumaat

Dah hampir pukul satu pagi... aku tengah tunggu adik2, abah dan ibu sampai dari KL. esok sepupu aku akan bernikah dengan orang Jitra. ramai jugak rombongan keluarga aku dari KL. cuma yang menginap di rumah aku ialah adik beradik (tak semua datang) dan ibu abah. yang lain mungkin singgah rumah aku kejap kut... sebab depa naik bas... hmmm maksud aku satu bas tu rombongan dari KL... dan satu bas tu jugak keluarga aku dari KL... huh kalau satu bas lepak rumah aku macam mana ye.... hmmm... singgah ok.

suka orang datang rumah :)

sesambil tengok astro rancangan AFC.... asian food channel... tajuknyareturn to river cottage. hmmm.... macam biasalah, ni rancangan wajib aku. wife aku cukup tak suka channel ni hahahaha... tapi aku suka sangat tengok rancangan masak2 ni... satu lagi channel travel... huh tak berganjak aku depan tv (masa terluang jer... tak selalu ponnnn)




ni ruang harian aku di pejabat. 60% masa aku habiskan kat sini. aku rasa dah tiba masanya aku ubah kedudukan yang lebih strategik. hmmm.... tapi bila ye. isy malas pulak nak alih2 barang2 ni... tunggulah hari rajin aku




keadaan salah satu daripada bilik dekat rumah aku. dindingnya retak, kalau hujan lebat beserta dengan angin mesti air masuk. bertakung air dalam bilik tu... masuk kali ni dah dua kali tilam aku basah. tapi bila aku tengok dekat luar bangunan, dindingnya dah bertampal. tapi air masih lagi masuk.... kualiti ke produktiviti??? atau buat tak peduli....



ni amni... anak aku yang sulung... dia tengah cuba tudung yang umi dia baru beli.... masih dalam proses penyesuaian...

Rumah: Jaga amni, demam campak

aku upload gambar

rasa tak sihat :(

semalam hari konvokesyen di tempat aku. raja perlis sudi mencemar duli untuk menyampaikan skrol untuk para pelajar. aku terlibat secara langsung.




VIP.... tempat duduk orang berjawatan tinggi.... kononnya


para graduan mengambil tempat.


sehari sebelum hari kejadian.......


pancaragam polis..... hmmm dengarnya ada bayaran yang agak mahal terlibat.


proses persiapan terakhir... yang baju oren tu ustaz razak... nampaknya dia antara yang paling sibuk sepanjang majlis konvokesyen.... sebelum, semasa dan selepas.


aku tak sihat :(


dua tiga hari ni aku tak sihat... demam selsema dan batuk. tapi aku pegi gak bertugas pada ari konvo tu... tahan jer ler. lepas jer konvo, petang tu aku dah tak tahan sangat, balik jer rumah makan ubat terus "blackout" sampai lewat petang. apa taknya.... aku demam tak ler teruk... tapi ubat sampai empat jenis.... huh kenyang makan ubat aku.


anak aku kena demam campak... semalam umi dia yang jaga... hari ni aku pulak yang jaga.

Ahad... sepatutnya cuti tapi kerja.... produktiviti?










apa nilai produktiviti dalam hidup kita? product + activity.... mungkin produktiviti tu lahir dari dua perkataan ni kut. bila ada sasaran atau produk yang ingin kita hasilkan pasti ada aktiviti yang perlu dilaksanakan untuk mencapai objektif yang ditetapkan. produk yang berkualiti adalah hasil daripada aktiviti yang juga berkualiti.

sekarang... apa yang menjamin aktiviti yang berkualiti tu?

aku terfikir berkenaan SOLAT....

apakah kualiti dan produktiviti solat yang kita lakukan...

bermula dengan niat... hmmm apa niat kita sebenarnya sebelum dan selepas kita laksanakan solat tu. memadai kah dengan niat solat mengikut waktu sahaja tanpa niat yang tersirat..... al-ikhsan. bagaimana qualiti solat diukur sebenarnya....


bersegera kepada keampunan, mengakui segala kelemahan dan berbagai lagi kerendahan diri yang perlu kita akui... pentingkah? pasti itu adalah antara faktor penting menjamin keikhlasan.



menghadapkan seluruh jasmani dan rohani kehadrat ilahi. merasakan kekerdilan diri. menyulamkan kesabaran dalam setiap tindak tanduk dalam solat. solat itu sukar dan..... dan hanya orang yang sabar menghadapinya sahaja akan terus tabah.






mencari cahaya keredhoan ilahi rabbi dalam kegelapan dunia yang fana ini....








mengakui keesaan Allah dan kerasulan Muhammad sebagai panduan hidup...





memegang erat tauhid uluhiyah, rububiyah dan asma wal sifat sebagai aqidah yang mantap...




kepatuhan menjalani syari'at dengan sabar dan tawadu'








menuju keredhoan ilahi.....





ampunkan aku Allah.....

p/s: atas komen sahabat... ada post yang akan aku bukak untuk komen :)

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.