Mari belajar pakai kain sarung batik

mungkin ada yang masih lagi tak reti untuk pakai kain batik, terutama kaum hawa. kain batik ni pakaian orang perempuan di rumah... maksud aku uniform diaorang hehehe.... jangan marah arrr.... tapi sekarang tak ramai golongan ni yang pakai kain batik di rumah. depa lebih suka pakai seluar atau yang sewaktu dengannya. kain batik kalau dilihat dipakai oleh kaum hawa di rumah rasanya lebih nampak sopan dan ayu :) jadik untuk isu kali ni aku nak paparkan cara2 memakai kain batik oleh anak aku....... pastikan sebelum meneruskan pembacaan kain batik telah disediakan di sebelah puan-puan dan cik-cik semua... ini bagi memudahkan proses pembelajaran berlangsung...... :)

mari kita mulakan..... latihan ini di pimpin oleh amni sumayyah.



step 1: masuk ke dalam kain... pegang kain dengan kedua2 belah tangan.... hmmmm pastikan kedua2 kaki anda di dalam kain ye.







step 2: lompat dan terus melutut ke lantai....

p/s: atas tilam lagi bagus taklah sakit lutut nanti







step 3: bersedia untuk masuk ke dalam kain tu.... pastikan tiada serangga di dalam kain sebelum di pakai.







step 4 : masuk dalam kain dan terus lompat dan baring atas lantai. proses ini bertujuan untuk mematikan serangga yang tak dapat dikesan dengan mata kasar.....






step 5 : keluarkan kepala sebentar untuk ambil udara segar.... tariiiiiiikkkkk nafassss........ hemmmbusssssssssss.... tarikkkk.... hembus. ulang sebanyak tiga kali.






step 6 : masuk ke dalam kain semula dan duduk diam2 dalam kain tu sehingga diberi tahu pada sesi penerangan akan datang.... latihan akan disambung pada sesi akan datang...







amacam..... ada berani...... cubalah....

hari kedua : amni dan ayah

pagi tadi aku buat aktiviti yang bukan rutin aku :(

tak apalah... tapi kelam kabut gak aku. nasib baik tak terlajak sampai pukul 8.. bangunkan amni, basuh mungka dia, salin pampers, pakaikanbaju dia, siapkan beg untuk ke nursery.... huh tu belum tambah tolak dia meragam lagi. sebagai pengajaran, aku dah sediakan baju untuk pagi esok.

mudah dan ringkas apa yang aku nak tulis... tapi perlaksanaannya mencabar..

4 hari yang mencabar

beberapa hari ni aku kena jaga anak aku
umi dia kena pegi kursus 4 hari kat langkawi

amni dan aku.... kesian kat dia... tak
tau nak main ngan sapa.
nanti ayah bawak amni main2 kat luar ek...
aku tengah fikirkan apa aktivit aku dengan amni
sepanjang 4 hari ni.


bagi aku betul orang kata pasal suami @ ayah....
kalau isteri takder aku macam hilang punca gak
pelik... tapi itu yang aku rasa... dulu masa bujang kalu duk sorang
tak ada masalah langsung.... tapi la ni pening sikit.
moga Allah permudahkan 4 hari ni aku bersama amni.

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.