Yang dijanjikan...

footage yang sempat aku curi2 rakam masa ujian sedang dijalankan.... suatu masa nanti sesiapa yang sedang ambil ujian ni boleh lawati blog aku sebagai satu nostalgia.....

Penilaian dan Penaksiran..... Ketelusan dan Kejujuran.

Seawal pagi aku dah mulakan hari dengan ujian... hari ni dua ujian aku jalankan. pagi tadi hujan lebat sangat..... ujian bukan untuk menyusahkan pelajar atau individu tertentu. tujuan utama ujian adalah melihat sejauh mana kefahaman kita tentang sesuatu isu atau subjek tertentu. kalau nak ikutkan aku pon tak nak ujian.... tapi ujian perlu untuk aku tahu ditahap mana aku sekarang....

isunya.... katalah hari ujian tu kita tak sihat.... sakit kepala, selesema atau putus cinta.... hehehe... pasti keadaan tu akan ganggu kita betul tak. secara langsung perkara tu jugak akan ganggu proses menjawab soalan.... hmmmm macam mana tu.... tak diambil kira ke..... cuba fikirkan.... nak bagi komen pon boleh.... silakan.


"...patah sayap bertongkat paruh..." rangkap lagu zainal abidin... tajuk lagu aku lupa. salah sorang pelajar yang kurang sihat datang jugak untuk ambik ujian.... bagus....

ada yang sihat tapi tak datang atau lewat..... hmmmm fikirkan. aku ingin jadi insan yang selalu memaafkan.... hmmm..... cuba.....





ujian sebelah pagi...... fasa awal semua orang tekun..... fasa awal..








dari pandangan belakang..... masih lagi fasa awal.... cuma ada beberapa orang dah mula "kepanasan".......





sebelah petang ada satu lagi ujian.... yang ni pelajar yang ambik ujian tu agak ramai.... 90 +-....

susah sikit nak kawal kalau aku sorang.... aku bawak teman untuk jaga.....





lagi pandangan dari sudut bawah.....

aku akan upload footage yang sempat aku rakam masa ujian tu...





ujian perlu kejujuran.... bukan sahaja kelulusan. jangan sampai sanggup meniru demi untuk menjawab soalan... jangan... orang yang macam ni biasanya orang yang berjaya jawab soalan tetapi gagal dari segi attitude.... kalau orang lain tak nampak tapi ada yang nampak.... Allah....

Kuaters diserang raksasa hijau

Arau 1 Mei - sebuah rumah di kawasan seduah kuaters telah diserang hendap oleh seekor raksasa hijau. raksasa tersebut muncul secara tiba-tiba tanpa peduli orang ramai yang tinggal di kuaters berkenaan. ramai kanak dan orang dewasa yang bertempiaran lari. banyak harta benda awam musnah akibat serangan raksasa ganas tersebut.


inilah imej raksasa tersebut yang diambil dari jarak dekat oleh jurufoto yang berpengalaman luas dalam bidang tangkap gambor raksasa.... aarrrrggghhhh...

untuk rekod raksasa ini belum pernah membunuh orang.



dalam kekalutan serangan raksasa hijau tersebut... kelihatan ultragirl (adik beradik ultraman) yang berpakaian preman sedang bergelut dengan raksasa tersebut. dipercayai pakaian rasmi ultrgirl tak sempat basuh lagi.... masih dalam bakul kain kotor.... namun usaha membantu bumi dari ancaman raksasa hijau ini amat dipuji. diharap orang ramai tidak mendedahkan identiti sebenar ultragirl ini bagi tujuan keselamatan.


inilah aksi ultragirl yang sempat dirakam... perhatian kepada semua pembaca, jangan cuba aksi ini di rumah tanpa pengawasan ibu bapa masing2.





di percayai raksasa tersebut telah tewas. namun dikhuatiri raksasa tersebut tidak mati. setelah mengaku kalah raksasa tersebut terus menghilangkan diri tanpa dapat dikesan dengan sistem radar amerika syarikat..... awas....


dipercayai inilah pukulan tanpa bayang yang digunakan oleh ultragirl untuk menghalau raksasa hijau....






diharap raksasa hijau tidak kembali lagi..... (ending dengan lagu ultraman... :)). untuk makluman, kejadian ini tak sempat difilemkan... ini menyebabkan slot cerita ultraman di astro 611 tidak dapat diisi pada minggu hadapan, harap maklum. slot tersebut akan diganti dengan iklan jimatkan elektrik dan jimatkan air.


ultragirl sedang mengambil tenaga setelah berhempas pulas melawan raksasa hijau....








ultragirl dalam perjalanan pulang..... untuk rekod, ultragirl sedang duduk dalam bakul basikal ajaib.... inilah kenderaan yang banyak membantu ultragirl.... cuma tidak dapat difahami mengapa ultrgirl duduk dalam bakul... kenapa tidak duduk di tempat yang sepatutnya.....

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.