Isy.... apasal la kereta ini bunyi dah lain macam sangat ni... macam motor boat pon ada... aku pulak tak reti pasal kereta ni. tapi aku dapat rasakan bunyi tu ada kena mengena dengan ekzos.. cuma aku tak pasti jer... lepas aku tanya beberapa orang kat mana tempat baiki ekzos, aku ambik keputusan untuk ke tempat yang dicadangkan oleh Pakcik Ultromen... dia kata dia pernah baiki "jet pejuang" dia kat situ..... jadik aku pon p lah bengkel tu.... tuan punya bengkel tu namanya Chat.... orang siam.... power gak mamat ni... mula2 dia kata kena ganti box kat ekzos aku tu... kalau kena ganti terpaksalah aku tunggu lama sebab kena tempah dulu... lepastu dia kata dia cuba welding dulu.... memang power.... lepas dia welding keadaan kembali normal walaupon tak seperti asal....
ekzos kereta wife aku dah settle.... lepas ni boleh race semula....
cuma aku tak pasti jangka hayatnya... ikut kata si Chat tu tahan lama gak tu...
Bro Chat tengah welding box ekzos kereta ferrari wife aku...mantoooooop...
ni kereta F1 si Chat... dia bikin sendiri... memang kreatif mamat ni...
pandangan hadapan...
bahagian enjin... kereta F1 ekzos kat depan.... Chat punya kereta enjin kat belakang...
pandangan belakang....
Minggu lepas 1: Baiki kereta "ferrari" wife aku
Kepuasan: Namun belum maksimum
tiba tiba aku teringat satu sms dari x-student aku dulu...
sms student aku:
salam, encik trime ksh byk...bg ilmu kt sy... hari ni, hari pertama saya keje... Alhamdulillah... harap encik dimurahkan rezeki lg... syu...
aku reply:
:) ok tq syu, selamat bekerja, smoga masa dpn awak cerah.
sms student aku:
terima kasih..... :)
inilah antara kepuasan yang aku dapat rasakan..... bukan gaji yang besar tetapi kejayaan anak didik membina masa depan yang cerah..
aku rasa terlalu bertuah dan seronok sangat dengan kerjaya aku sekarang. sekian lama aku idamkan. bukan kerana kerjaya yang glamour tetapi kerjaya yang ada sumbangan untuk masyarakat dan bukannya berasaskan keuntungan. terlalu banyak cabaran yang aku hadapi untuk memiliki kerjaya aku sekarang. segalanya adalah kehendak Allah. walaupon banyak cabaran dalam kerjaya sekarang tapi aku puas. setiap hari aku rasakan hari yang baru dan motivasi diri aku amat tinggi untuk melangkah ke tempat kerja. aku berurusan dengan manusia, menyumbang idea. bagi aku kerajaya ni amat hampir dengan dosa dan pahala... amat hampir. dan untuk itu aku cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang pendidik yang jujur dan ikhlas.
hmmm.... ntah kenapa aku teringat perkara ni....
kepuasan yang belum bernoktah........





