
Huh... banyak jugak aku post kat blog ni dalam satu masa....
tapi kali nih aku nak bagi tau betapa aku bengang bila orang lain buat kerja yang aku dah buat. sakit betul hati aku.... ntah apa depa ni nak buktikan aku pon tak tau. arggggghhhh.... aku macam tak boleh nak bersuara, bukan tak boleh, tapi aku fikir tentang perasaan orang lain jugak. apa ada pada hidup kalau menyakitkan hati orang lain...
lantaklah apa diaorang nak buat......
tiap kali berlaku perkara macam ni aku berharap sangat dapat diterima di Politeknik Perlis nanti... aku amat berharap sangat..... sangat2 berharap untuk keluar dari keadaan yang sangat aku benci dan tak suka ni....

Oh ya... khamis ni aku ada interview di Polieknik Perlis...
hmmm... aku berharap sangat sebenarnya untuk dapat kerja di sana... mengajar.... jadi pengajar ni banyak kelebihannya terutama dari segi sumbangan sosial terhadap masyarakat. bukan setakat tu sahaja, mengajar juga sebahagian daripada ibadah jariah... walaupun cabarannya pasti berat dan mencabar.... tapi itulah cita2 aku sejak dulu. moga Allah bantu aku untuk membina kehidupan yang lebih baik dan penuh dengan keberkatan dunia dan akhirat... aku dah involve dengan syarikat swasta selama dua tahun lebih... apa yang dapat aku katakan..... aku belum dapat apa yang aku nak dalam hidup aku.... aku sekadar bekerja untuk memenuhi keperluan hidup seharian. kadang2 terlalu banyak maksiat yang berlaku.... tak ada nilai sosial... hmmmmm...
Isnin 7 syawal...
minggu pertama masuk kerja selepas seminggu lebih cuti... berat jugak nak ke pejabat pagi tadi. mungkin sebab dah lama sangat cuti. seronok balik kampung isteri belum hilang lagi. macam nak balik kampung tiap minggu je. suasana tenang kampung buat aku rasa rasa harmoni. banyak aktiviti yang aku lakukan masa kat kampung. boleh dikataka setiap ari aku kat kampung penuh dengan aktiviti. jadi taklah bosan sangat. kadang2 aku rasa letih sangat.... petang tidur.... hmmmmmm... tu cerita minggu lepas...
hari ni rasa bosan sangat... tak tau nak buat apa. rasa macam tiap masa aku berlalu macam tu jer kosong... nak hilangkan rasa bosan... aku surf internet, tengok apa yang terkini, teknologi ataupun perisian.... huh.... ngantuk... ngantuk.... ngantuk...
aku sentiasa berharap supaya ada ruang dan peluang untuk aku lebih cemerlang dalam kerjaya dan hidup...
