minggu sibuk


minggu ni agak sibuk...

minggu ni sebenarnya aku half day, tapi aku ada kursus jadual waktu. ada software baru untuk jadual waktu. dari pagi hingga ke petang. tu ceritanyaaa.... cuma aku tak faham kenapa orang ni selalu nak ambil kesempatan terhadap orang lain. aku tak suka untuk mengata orang, tapi orang tak sedikit pon nak faham kita.

nak ambil hati orang saja sepanjang masa... aku punya hati nak letak mana.... isy. apa pulak aku cerita ni.....

sabtu ni aku balik kelantan, rumah mertua aku. minggu seterusnya aku balik KL pulak. rasa seronok sangat nak balik kampung. bukan aku seronok untuk aku saja, tapi sebab nak bawak anak aku balik. orang kampung bukan nak jumpa aku sangat pon.... nak jumpa anak aku saja.

aku tak tidur lagi.... lewat... taip blog sesambil surf:

http://www.harakahdaily.net
http://wakafbaru.pas.org.my
http://www.jebril.com/
http://is.aswatalislam.net

sesiapa yang surf blog aku ni rajin2 kan diri untuk surf site ni ye....


MATA AIR KEMISKINAN

sudah melecet tangan2 munggil ini
menolak turun naik pam air
dari dasar perut bumi dikerah keluar
untuk membasahi tekak yang sentiasa kering
kering dek kerana debu2 kering kemiskinan
debu2 kering yang beterbangan
memenuhi ruang udara setinggan kaya budi
perit jerih memikul sebaldi air keringat
bukan buminya gersang
tetapi jiwa manusianya kontang
kemarau jiwa dengan ketaksuban dunia
yang kaya sentiasa membuat kertas kerja
yang miskin mengutip helaian kertas kerja
dengan keringat yang membasahi tubuh kerdil
anak kecil berbaju kulit coklat
ada lelehan hingus di lubang hidung
hidung yang biasa menghidu debu kereta orang kaya
kaya angan2 miskin budi dan pikiran
anak kecil itu terus mengepam air
mengepam air dari mata air
mata air dari kejiranan kemiskinan
hari ini anak kecil itu masih disitu
menanti dengan penuh harapan



Hahaha.... petang ni keje dah reda sikit, minggu depan sibuk semula dengan jadual waktu untuk semester depan. sekarang ni aku nak lepas gian tulis blog aku....

dalam negara Antah Berantah tempat aku tinggal ni ada cadangan pihak memanda menteri untuk bayar duit upah dua kali sebulan. ajaib jugak aku dengar cadangan memanda menteri tu. alasan pihak istana nak ajar rakyat jelata berjimat cermat dan tidak boros beli barang di pasar harian. untuk memanda menteri dan orang2nya tak ada masalah sangat sebab kalau duit upah dia orang tu di bahagi 2, 3 atau empat tak banyak sangat menjejaskan perbelanjaan bulan semasa.

aku menjadi pelik bila duit upah orang macam aku ni dibagi dua kali sebulan. aku rasa lagi cepat duit tu habis. bila habis awal orang macam aku ni tertunggu pulak untuk duit upah sesi kedua pulak. apa tidaknya.... sesi pertama tu banyak perkara nak kena langsaikan. dah abis perkara dilangsaikan, ada pulak keperluan yang perlu perhatian dan diganti dengan yang baru, hah yang hari2 kena beli atau yang dibeli ikut volum penggunaannya. tu aku lah kan tak tau pulak rakyat jelata yang lain.

tak ada ker orang bijak bestari dikalangan orang yang bijak pandai yang berani nak bagi buah fikiran yang bernas selain duit upah dibayar dua kali sebulan........... AAAAAARRRRRRGGGHHHHHHHHHHH..... tertekan sungguh aku sejak dua menjak ni... banyak sangat keputusan dibuat mengejut dan terkejut....

aku.... aku... menyalak gunung yang pasti akan buat PEKAK jer....

hmmmm............

ada tugas baru untuk aku...

tugas lama tapi dalam dimensi yang baru. bertambah kerja aku. macam mana ek. harap aku ada masa yang cukup untuk buat semua kerja tu dengan penuh jaya sebelum masa yang ditetapkan tiba. waaaaa.... macam bagus je bunyinyer... malas betul aku nak buat, tapi dah terpaksa... sebenarnya aku yang cadangkan hikhikhik tiba2 aku pulak yang kena buat. tu lah yang aku geram ni.... takpa takpa akan ku sahut segala cabaran tu....

apa kerja yang aku kena buat tu.... buat slide show jer.... hehehehe

gambar avatar ninjai tu aku ambik dari web site http://www.ninjai.com/downloads.php best website tu silalah surf ye....

hmmm... malam tadi lepas upload gambar anak aku internet down pulak :) adat menumpang camni lah. malam tadi sempat upload jer tapi tak sempat nak tulis apa-apa.

gambar kat bawah tu gambar amni masa dekat rumah nenek dia di KL. Mak Su Amni yang ambil gambar tu dengan mobile phone dia. masa tu umur amni kurang lebih 9 bulan. masa tu baru nak pandai ..... belajar-belajar duduk. sekarang ni Amni dah pandai merangkak dan panjat-panjat dinding, kerusi, meja dan lain2.



isu minyak naik.... lagi...
takkanlah semua orang akan duduk dalam kotak saja. mesti ada pergerakan. setiap pergerakan perlukan kepada sumber tenaga. dan semua keperluan ini perlukan kepada duit dan barang. harga barang akan terus melambung.... DUIT... melambung jugak.... tapi melambung ke dalam kocek lintah darat....
SIAPA lintah darat ni???
aku rasa pasti orang yang ada kuasa terhadap HARGA barangan yang terdapat di dalam pasaran. siapa diaorang.... aku tertanya2 jugak sebab nak tau. aku rasa kalau punca harga tak naik dah pasti semua keperluan akan terkawal.
jadi... bagi aku SIAPA yang ada kuasa terhadap HARGA barangan di dalam pasaran DIA lah lintah darat penyedut DARAH rakyat.
bagi aku... walau apapun sebab yang diaorang bagi dan apapun insentif yang diaorang tawarkan kesan jangka panjang dan berantai pasti akan terjadi jugak....

hmm online dari rumah.... tumpang wireless jiran. minggu ni sibuk sikit... sibuk tanda kertas exam. penat gak. bukan penat fizikal tapi penat mental.... huh nak kena tanda dua kelas...

anak aku dah tidur. awal dia tidur malam ni. selalunya lewat jugak dia tidur. penat main dekat taska kut. wife aku tengah kira markah untuk subjek math... aku.... aku surf internet. sesambil tu aku taip blog ni. sesambil tu jugak aku surf info tentang isu harga minyak naik... tinggi sangat minyak naik... terasa jugak kesannya.

isu minyak naik..

minyak petrol naik sangat mendadak baru-baru ni. hari pertama diumumkan minyak naik jalan sekitar perlis ni sesak. mula petang rabu tu setiap jalan sesak dengan kenderaan. semua orang bergegas nak penuhkan tank kereta masing-masing dengan minyak.... satu suasana yang aku kurang faham, memanglah ada untung tapi untung untuk beberapa waktu jer, paling lama pon seminggu.... satu suasana yang agak kelam kabut. aku terpaksa cari jalan lain untuk balik ke rumah. hmmm... sesak sungguh. semua ni kesan serta merta yang berlaku.

sebenarnya terlalu banyak kesan jangka panjang yang akan berlaku. dan banyak jugak kesan berantai yang mungkin dan pasti akan berlaku. semua kesan negatif ni berlaku terhadap orang awam. tak kiralah kaya ke, miskin ke atau sederhana. kesan kenaikan harga minyak ni pasti meninggalkan kesan untuk semua peringkat masyarakat. cuma yang bezanya sebesar mana kesannya kepada setiap golongan masyarakat adalah mengikut kemampuan masing-masing. tetapi yang pasti kesan yang paling hebat adalah terhadap masyarakat yang berpendapatan rendah.

apabila minyak naik... apa sahaja yang melibatkan minyak pasti akan mengalami kenaikan harga juga. ini realiti, dan kita tak boleh nak salahkan peniaga. sebab kos pengangkutan wujud dalam setiap perniagaan. memang peniaga tak dapat lari, kalaupun peniaga ni tak naikkan harga, keuntungan akan jadi kecil dan tak hairanlah kalau langsung tak balik modal. jadi kita tanya balik pada diri kita... ada tak orang berniaga tak nak untung?.... pasti semua barang akan mengalami kenaikan harga.

taraf hidup semua peringkat akan turut naik. yang akan lebih terasa adalah golongan menengah dan bawahan. golongan atasan dan berada akan terkena tempiasnya sedikit. golongan bawahan amat terasa dengan keadaan ini. segala barangan akan naik, tetapi jumlah pendapatan tetap sama, ahli keluarga pulak ramai... dan mungkin akan bertambah. huh sesak nafas jugak bila difikirkan keadaan yang akan dan telah terjadi ini. namun pekikan kita rakyat bawahan ni tak ada siapa nak dengar. yang atas akan terus menggubal undang2 ikut sedap rasa mereka... yang bawahan pulak aguk-aguk geleng-geleng....

sedarlah wahai orang atasan... ingatlah ada orang bawahan yang sentiasa memerlukan simpati...

tapi yang pasti..... kami seperti menyalak pada bukit......


orang kata "kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi" hmmm tapi kadang2 kuah tu tumpah juga atas roti canai.. ada sesetengah orang kata muka anak aku sama ngan aku ( tapi isteri aku lak jelous ) kadang2 dia orang kata muka anak aku iras isteri aku.... hmmmm iyelah umi dia kan.
amni penyejuk hati aku. apapun keadaan tiap kali teringat dan mengingat kat amni pasti hati aku sejuk, reda dan tenang. terlalu besar nikmat Allah. cuma kadang2 kita yang terasa dan saja2 buat tak rasa. sekarang anak aku dah nak masuk 11 bulan. amni tengah aktif sangat sekarang ni. ke hulu ke hilir merangkak dalam rumah. kadang2 tak sedar dah sampai kat dapur cari umi dia hahaha... tak terkejar aku. paling seronok dia cakap "atah" macam ayah jer bunyinyer.... jadi aku anggap "atah" tu ayah lah.... amni dah kenal dengan aku.... sebak je rasa waktu balik kerja dan amni ada kat rumah.... sebabnya... bila aku masuk jer dalam rumah terus dia merangkak dengan laju ke arah aku..... huh.... sebaknyer aku... dan di situ terasa nikmat yang Allah kurniakan...
" atah atah.......... atah atah " ujar amni sambil tersenyum menampakkan empat batang gigi bahagian atas dan dua batang gigi bahagian bawah. aku turut tersenyum.
k lah.... nak sambung buat jadual waktu sem depan

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.