Jumaat: Hari yang penuh hikmah

udara pagi di hirup dengan perlahan agar segarnya dapat dihayati... aaaahhh..

ok...

15 - 15 = 0 hari :) .......

mula hari ni aku tak masak dah(kadang2 aku masak gak).... ada orang masakkan... :)

ha'ah.... sauja (saja nak guna ganti diri zauja untuk isteri.... nampak macam arab sikit dak) aku dah balik petang semalam(kelmarin-untuk sesetengah negeri-yesterday sama jer semua tu), dia sampai sebelum maghrib. dia nak buat kejutan kut... sampai rumah tak bagi tau aku, pastu terus masuk dalam rumah dengan kunci pendua yang dia amik dari kunci kereta yang lain. bukan setakat aku, anak2 aku sekali terkejut beb... amni tergamam.... aku sedikit terkejut... hamzah macam mamai (sebab masa tu dia dah ngantuk dan aku tengah layan tahap mengantuk dia supaya dia tertidur dan aku boleh mandi dan solat maghrib secara solo). tak perlah. cuma ambik masa untuk sesuaikan diri kami (aku, amni, dan hamzah) kembali kepada keadaan normal (maksud aku bersama zauja aku) selepas berkeadaan para-normal 15 hari...

zauja aku melepaskan rindunya pada aku... eh silap... pada anak2 aku. sebak pulak aku tengok. macam baru lepas keluar penjara pon ada.

aku rasa beza sangat masa bujang dan masa dah tak bujang....

dulu...

masa bujang masa aku tak tentu arah aku habiskan.... ikut suka aku nak buat apa. walaupun aku ada perancangan setiap tindakan aku. sekarang, setiap masa tu amat penting dan berharga... bersama zauja dan anak2...

dulu...

aku tak kisah pon kalau ibu aku tinggalkan aku masa dia pergi haji dengan abah aku. sebab aku makan apa saja yang ada. sekarang zauja aku kursus 15 hari jer, aku rasa macam kehilangan jer lah pulak.

dulu...

ibu aku akan basuh kain baju aku kalau aku tak sempat. sekarang bila zauja aku tak ada, sempat atau tak sempat aku kena basuh kain baju aku + anak2 aku + jemur sekali + angkat... cuma melipat tu yang aku malehhhh.... jadik yang itu aku tak buat.

aku nak buat sedikit kesimpulan sebelum aku sign out blogger ni...

"isteri tanpa suami, takpa lagi. suami tanpa isteri, sakit hulu hati" ahakssss....

ok dah.... nanti sambung lagi...

Dini hari: Aku menaip lagi

"malam dah terlalu larut ni... esok nak bangun awal... kerja dan hantar anak2 ke taska..." bisik hati kecik aku.

isy aku tak boleh pejam mata. aku tertidur sekejap tadi, lepas tidurkan hamzah dan amni.

"bro projek web site aku tak siap lagi, ada satu bahagian lagi tak settle. kena guna flash. tapi aku tak reti. nak mintak tolong hang bro." Panner call aku. cessss mamat ni tengah malam lagi mau bodek aku.

aku tak leh pejam mata. tanda2 mengantuk pon takder ni. aku teringat kat ustaz ajak, dia khabarnya susah nak tidur. kalau tidur jer kompom akan mimpi. dan mimpi tu selalunya memenatkan minda dan fizikal.

ok lah aku cuba untuk lelapkan mata.... esok ada kerja yang perlu dibereskan....

malam ini sunyi..... hmmmm

Jumaat: Sayyidul ayyam


dah jumaat....

bukanlah aku nak bagi tazkirah jumaat pulak.... aku tak ada kelayakan dan tauliah untuk bercakap bab agama ni.... lebih baik aku diam..... sunyi... aku peringkat pelaksana jah. biar orang yang sepatutnya yang melontarkan kuliah bukan aku.

aku nak bagi tau hari ni jumaat tu jer....

ahad ni mak mertua aku akan balik semula ke kampung halamannya... pagi tadi dia cakap kat aku "belilah tikiet tu... mok doh nok kelik do'oh do'oh doh ni." faham ker korang.... itu aku tulis dari pemahaman aku ler yang tak reti cakap dan bahasa kelantan ni... tiket aku dah pesan kat wati, office mate aku, sebab dia tinggal kat changloon jadik senang ler nak p belikan. aku maleh nak ke cangloon. alang2 ada member tu aku suruh jer beli kan.

mula malam ahad tu aku pulak take over sepenuhnya jaga anak2 kesayangan aku...

ya.... mana nak sama ayah sendiri jaga dengan orang lain jaga... bila ayah sendiri yang jaga stail nya lain. mesti dengan penuh rasa sayang. sebab aku tau itu darah daging aku dan pewaris aku dan buah ati aku. orang kata sayangnya saudara hanya di dunia sayangnya ibu bapa hingga ke syurga.

buat anak2 ayah... jangan risau, ayah akan jaga korang sebaik mungkin.

mungkin ada orang yang risau bila aku kata aku nak jaga anak aku... aku bukannya nak ego atau sombong semberono jer... aku anak sulung daripada 6 orang adik beradik... ubu dan abah aku kerja.... waktu depa kerja akulah yang kerjakan adik2 aku.... eh silap yang jaga adik2 aku.... kami semua beradik survive beb... makan masak sendiri jer... pagi sekolah, petang sekolah..... malam plak ibu aku suruh aku pimpin adik2 aku solat jemaah dan ngaji... beb dari kecik itulah didikan aku. cuma aku bukan dari aliran agama dan aku BUKAN USTAZ jer. aku conduct depa cara aku ler. ibu aku bagi green light beb. sampai la ni adik2 aku rujuk aku.... ibu aku pulak, kalau ada apa2 hal pasal adik aku, dia rujuk aku gak... terpulanglah kat aku apa tindakan aku beb....

paling ganas aku pernah buat adalah hukuman belasah dengan batang mob..... patah tiga batang mob tu beb.... cara aku maaaaa..... la ni semua adik2 aku ok dengan aku.... sebab apa korang nak tau.... sebab depa tau abang dia buat camtu sebab dia SAYANG kat adik2 dia.... orang lain tak buat beb.... orang lain ngata dari jauh jer kalau adik beradik korang buat honar.... pastu jaja keliling kampung.... yang busuk nama mak bapak gak.... mana ada nak tegur.... jiwa melayu maaaa.....

dan....

dan aku akan jaga anak aku dengan cara aku...

orang nak risau.... biaq p laaaaa....

beb... n bro.... orang risau macam mana pon adaker nak beli susu anak aku....

umi anak2 aku blik dari kursus minggu depan.... khamis...

kesian kat dia, rindu sangat kat dua orang anak dia yang cute dan hensem macam ayah dia ni.(senyum sorang sampai ke telinga) tak caya nanti aku upload gambor depa ek...

wokeh la.... nanti aku sambung cerita ek...

15 - 9 = 6 hari lagi

Fasa kedua: Hari Yang Berlalu

yup.... aku masih ada.... dan kekadang kelibat aku kelihatan di tempat2 strategik secara solo. maksud aku tidak bersama anak2 aku.

bukan maksudnya wife aku dah habis berkursus.... belum. cuma ada bantuan lain yang datang kepada aku. yup kehadiran mak mertua aku.

sebetulnya aku dah tau mak mertua aku akan datang. cuma aku tak pasti bila. jadi aku tak boleh kata dia akan datang. hmmm.... boleh ker aku cakap macam tu.

kebetulan makcik wife aku nak jenguk anaknya di Jitra. jadi, mak mertua aku pon tumpang sekali. sekarang mak mertua aku yang bantu aku kat rumah. yup.... sebenarnya dia nak jaga cucu2nya hehehehe.... aku tau.... takkan dia nak jaga aku pulak dak....

hmmm... sekadar menjawab beberapa persoalan yang dilontarkan kepada aku.... cuma aku tak pasti bila mak mertua aku akan tinggal dengan cucu2nya tu. aku ok jer.... orang kata luas tapak tangan nyiru aku tadahkan.... dan satu lagi... seperti orang mengantuk disorong bantal...

15 - 7 = 8 hari lagi.....

Hari Pertama: Aku, Amni dan Hamzah

uih.... cabaran

"umi mana ayah." tanya amni anak sulung aku dengan penuh persoalan. biasanya setiap kali aku jemput dia dan adik dia dari taska pasti bersama uminya. cuma semalam agak berbeza, aku jemput sorang diri.

"umi along kerja." jawab aku ringkas. aku cuba untuk tidak reka cerita. susah nak beri jawapan pada anak berumur 2 tahun lebih tu. aku cuba.

hamzah memang tak tanya apa2 pon. dia hanya nangis bila lapar dan ketawa bila kenyang.

semalam aku agak berjaya menghadapi keadaan tu. hari ni dan esok belum tentu. aku hanya berharap pada Allah supaya aku diberi kesabaran yang tinggi untuk jaga kedua2 anak aku tu sepanjang uminya berkursus selama hampir 15 hari. sepanjang masa hatiku "berkomunikasi" dengan Allah tanpa putus.

ya... bukan mudah untuk aku sorang jaga dua orang anak tu. tugas umi depa aku tanggung sekali tapi tak termasuk menyusukan hamzah (susu badan la... la aku guna susu formula je) ditambah lagi kami merantau. takder sedara mara terdekat. hamzah pulak baru 6 bulan. yaey.... mencabar. tapi aku amat seronok. aku takkan bagi orang lain jaga anak aku tu sepenuh masa. biar anak2 aku tau yang ayah depa ni sayang kat depa walaupon aku ni agak panas baran.

"along kena tolong ayah jaga adik ye." pinta aku daripada amni. dia pandang tepat kearah aku sambil gigit botol susunya. pandangannya penuh tanda tanya. ya, aku pasti dia faham. amni seorang kanak2 yang cepat faham. semalam dia tolong angkat dua cawan ke singki dapur. satu cawan, aku bancuh bubur untuk hamzah dan satu lagi aku letak air suam. walaupon tumpah sikit airnya tapi dia berjaya ikut arahan aku. sebenarnya sebelum ni uminya yang ajar letak cawan tu ke singki.

amni menganggukkan kepala.

malam tadi sebelum tidur sekali lagi amni tanya "umi mana ayah."

dan jawapan aku tetap sama "umi along kerja"

untuk petang danmalam ni aku belum fikir apa jawapan yang sesuai untuk aku berikan.

15 - 1 = 14 hari lagi.....

Ceritera Finale: Mikrofon atas mimbar

ni penutup cerpen aku, kalau ada yang komen secara membina, aku akan email cerpen ni ke berita harian.... tengok kena ke tak kena cerpen aku dipilih untuk paparan hehehehe... kalau dipilih bolehlah aku jadi sasterawan negara pulak.... weh jangan gelak ek.... sapa tau kan...

mula....

tidak seperti masjid lain, di masjid itu tidak dipasang atau dimainkan bacaan quran atau nasyid atau zikir munajat dari kaset atau pemacu cakera padat sebelum masuk waktu solat atau sebelum azan dilaungkan. itu adalah cadangan imam tua. dia berpegang kepada ayat quran yang menyuruh orang yang mendengar quran supaya mengahayati makna bacaan quran dan diam. kalau sekadar dimainkan dicorong pembesar suara tapi adab mendengar tidak dilaksanakan samalah macam dengar lagu dari corong pembesar suara. bukan itu sahaja sebabnya, imam tua tidak mahu jemaah yang ingin solat sunat ba'diah ataupun tahyatul masjid terganggu khusyuk mereka dalam solat kerana bacaan quran dari corong pembesar suara. bahkan ada larangan terhadap orang yang membaca quran di dalam masjid supaya merendahkan suara kerana ditakuti mengganggu orang lain yang sedang solat. itulah antara sebab kenapa imam tua tidak memainkan bacaan quran daripada kaset atau pemacu cakera padat. memang ada anak kariah yang tidak setuju dengan cadangan imam tua itu dengan alasan, kalau ada kedengaran bacaan quran senanglah tau waktu solat sudah hampir tiba. imam tua hanya senyum dengan alasan itu. dia tau kalau dia bertekak dengan perkara remeh itu pasti takkan sudah sampai bila2. dia juga tau, itu semua alasan sahaja, sebab bukan kerana bacaan ayat quran itu menandakan masuk waktu, tetapi waktu itu sendiri yang menandakan waktu solat telah dan akan masuk. "ahhh... jam kan ada". keluh imam tua dalam hati. dia tau apa yang dilakukan adalah belandaskan quran dan hadith nabi. bukan dia suka2 hati nak buat macam itu.

imam tua perbaharui wudu'nya. kedengaran bilal kasim mengetuk2 mikrofon dan membetulkan suaranya. gema azan bilal kasim kemas dan tepat sebutannya. walaupun sudah melepasi umur subsidi, giginya masih penuh, dan hal itu membuatkan orang yang mendengar azannya terdiam dan khusyuk mendengar. lagi pula bilal kasim adalah bekas pegawai waren 1 tentera udara diaraja malaysia. selesai wudu', imam tua terus masuk ke dewan masjid sambil membetulkan lengan baju yang dilipatnya sebelum mengambil wudu'. dia berdiri tegap sambil menunggu bilal kasim mengabiskan laungan azannya. imam tua mendengar azan dengan penuh khusyuk. selesai azan, imam tua terus mengangkat takbir untuk solat sunat ba'diah. selepas asar tak ada solat sunat. peluang itu diambil oleh imam tua untuk menampung mana2 lompang pada solat fardu yang akan dilaksanakan nanti. pastinya akan ada kekurangan yang tidak disengajakan dalam solat fardu itu nanti. bukan besar pun salahnya dan tidak ada pergerakan pun, cuma hati yang terlalai daripada khusyuk mengingati Allah. itu saja. tapi kesannya amat besar bagi imam tua.

bilal kasim seperti mendapat isyarat daripada imam tua supaya iqamah. selesai iqamah, imam tua terus menuju ke sejadah imam dan mengambil mikrofon daripada bilal kasim. dihadapkannya seluruh tubuh menghadap makmum. dipandang ke kanan dan ke kiri. di perhatikan kaki para makmum. diperhatikan bahu para makmum. lantas diperingatkan semua makmum untuk merapatkan bahu dengan bahu kemudian merapatkan sisi kaki dengan sisi kaki kemudian jangan ada ruang antara makmum dengan makmum yang lain supaya syaitan tidak berada antaranya dan meniupkan bisikan was was dalam solat. imam tua lalu menghadapkan tubuhnya ke arah kiblat dan mengangkat takbir meneruskan solat asar petang itu.

selesai solat makmum pun beredar. macam biasa, selepas solat imam tua akan berpindah tempat duduk untuk memanjangkan sedikit zikirnya.maklumlah tiada apa yang perlu dikejarkan. cuma janjinya dengan orang muda lepas solat jumaat belum terlunas. imam tua meneruskan saja zikirnya. dia sentiasa berharap akan ada redha Allah terhadapnya, apatah lagi terhadap segala amal ibadahnya selama ini. dia sering takut akan ibadah yang diikuti dengan perasaan riak ataupun menunjuk2 tanpa keikhlasan dari hati sanubarinya.dia sedar dia sering tersasar dari landasan khusyuk dan fokus. untuk menutupi segala kelalaiannya imam tua sering berzikir dengan erti kata lain memanjangkan ingatannya pada Allah disamping bermunajat. dia sering bermunajat mengadu resah hatinya pada Allah.apatah lagi umurnya semakin senja menghampiri malam. dia masih duduk dengan khusyuk di sudut depan sebelah kanan masjid.fokus dan khusyuk.

sambil menghabiskan zikirnya, imam tua sempat mejeling ke arah jam dinding yang digantung betul2 di atas dinding mehrab. pukul 5.20 petang. dia berhenti seketika. dia meninjau ke bahagian belakang masjid. seperti yang dijanjikan, orang muda telah sedia menanti imam tua. cuma kali ini dia tidak terus menyapa imam tua. sebaliknya dia tunggu imam tua menghabiskan zikirnya, sambil membelek2 beberapa buku kecil yang diletakkan pada rak buku di tiang tiang masjid. orang muda itu tidak perasan perlakuannya diperhatikan oleh imam tua.

"assalamu'alaikum, dah lama tunggu saya". sapa imam tua dengan penuh berhemah sambil duduk disamping orang muda itu.

"'alaikumsalam, lama jugak, tapi saya tak sampai hati nak ganggu tuan imam kejap tadi". ujar orang muda dengan jujur dan terus terang.dia masih memakai seluar jeans, cuma bajunya sudah bertukar. masih memakai T-shirt tanpa kolar, cuma kali ini tiada corak apa2 dan tiada perkataan apa2, yang ada jenamanya sahaja tertulis di sebelah atas dada sebelah kanan, tertera perkataan POLO.

"dimana boleh kita sambung perbualan kita imam, mungkin di luar masjid". tanya orang muda penuh sopan.

"tak mengapa, disini pun boleh, lagipun banyak sumber rujukan untuk kita rujuk".jawab imam yang jauh lebih tua dari pemuda itu. bahkan seperti seorang datuk dan cucu.

"baik, dimana kita berhenti tengahari tadi". tanya imam untuk kepastian. sebenarnya dia tau cuma sekadar memulakan bicara.

"hmm... kaitan filem 2012 dan hari kiamat. saya bukan apa imam, saya jadi keliru bila menonton filem tu. seolah olah perkara itu benar2 akan terjadi. cuba imam lihat dunia kita ni pon semakin nampak berumur. banyak mala petaka dan bencana alam yang saya rasa semuanya menjurus kepada kiamat". jelas pemuda itu. dari pergerakan anak matanya jelas nampak kerisauan yang teramat.

"begini nak, kiamat tu pasti berlaku dan itu adalah antara perkara ghaib yang wajib kita imani. cuma kita ta tahu bila". jelas imam tua.

"dulu pernah seorang sahabat bertanya hal yang sama kepada rasullah sama seperti yang anak tanya saya". terang imam tua dengan yakin.

"anak tau apa jawab rasulullah, jawab baginda dengan pertanyaan, apakah persiapan sahabat tersebut untuk menghadapi kiamat". jelas imam tua sambil membetulkan kedudukannya. sengaja dirapatkan lututnya kepada lutut orang muda itu. biar ada rasa akrab antara mereka. orang muda terus mendengar dengan teliti dan menghayati setiap kata2 imam tua itu.

"teruskan tuan imam, saya dengar". ujar orang muda dengan penuh minat yang memotivasikan imam tua itu.

imam tua memulakan bicara. dia tidak bicara hal yang berat2 mahupun berbelit2. kiamat pasti berlaku. cuma kita tidak tahu bila akan berlaku. yang penting tuntutan terhadap persediaan untuk menghadapi hari yang tiada guna anak pinak dan harta benda itu. kalau persiapan ala kadar maka apa yang akan diperolehi nanti juga ala kadar. kejadian kiamat itu merupakan satu menifestasi kepada sakratul maut. setiap nyawa yang hidup pasti akan merasai mati. itu wajib. jadi tidak timbul isu filem 2012. tanpa filem itu pun kiamat akan tetap terjadi.

"setakat ni faham nak". celah imam tua sambil menarik nafas untuk menyambung bicara.

"faham tuan imam, teruskan, kalau ada soalan nanti saya celah". orang muda memberi kepastian.

kejadian kiamat ini amat dahsyat. gambarannya ada Allah nukilkan dalam al-quran dalam beberapa surah antaranya al-qoriah dan al-zalzalah. imam tua sengaja pilih dua surah ini saja dulu. memang tedapat surah2 lain yang menceritakan perihal kiamat. dalam surah zalzalah Allah dah jelaskan apa yang akan terjadi sewaktu kiamat itu nanti. antaranya bumi ini akan bergoncang dengan goncangan yang amat dahsyat. bumi ini akan mengeluarkan segala isi kandungannya. sewaktu itu manusia tertanya2 dan bertanya apa yang telah berlaku. manusia hilang punca. ibu yang mengandung akan melahirkan anaknya. anak tidak lagi kenal ayahnya dan begitulah sebaliknya. manusia bertempiaran menyelamatkan dirinya. huru hara. kelam kabut. laut memuntahkan segala isinya, langit pula menjatuhkan segala isinya. gunung ganang pasak bumi beterbangan. begitulah antara gambaran hari kiamat itu. tetapi bukannya dengan gambaran fikiran kita. kata rasulullah, kiamat itu berlaku tidak dapat digambarkan dengan kata2 dan fikiran manusia yang singkat ini. tiada siapa yang tahu.

anak muda itu mengesat air matanya yang secara tidak dipaksa turun menuruni pipinya. imam tua juga terkesan dengan penerangannya sendiri. ada getar pada suara imam tua sewaktu rancak memberi penerangan. ya, kejadian kiamat itu amat dahsyat.itu baru kejadian kiamat. sudah pasti lebih dahsyat dari apa yang digambarkan dalam filem 2012 itu.

"perlukah saya teruskan atau berhenti saja di sini".tanya imam tua.

"teruskan sikit lagi tuan imam". jawab orang muda dengan penuh minat.

apa yang paling penting adalah persediaan kita untuk menghadapi kiamat. bekalan itu amat perlu untuk mengharungi perjalanan yang jauh dan kekal abadi. namun kiamat itu ada tanda2nya. maksudnya kita akan tau kiamat itu telah hampir.bukan tau bila akan berlakunya kiamat. ada tanda kecil dan ada tanda besar.

"dalam kitab ini ada penerangannya, kitab yang saya pegang ni versi tulisan jawi, sekarang dah ada versi tulisan rumi cuma susunan bahasanya masih lagi lama, tak mengapa, anak boleh baca, kalau tak faham rujuklah orang yang lebih fahamm". kata imam tua sambil menghulurkan kitab bahrul mazi jilid ke 15 kepada orang muda itu. dengan penuh minat orang muda itu terus menyambut kitab tersebut sambil membelek ringkas.

imam tua menerangkan secara ringkas isi kandungan kitab itu. antaranya kitab itu menukilkan beberapa tanda2 kiamat hampir berlaku. kebanyakan tanda2 kecil telah ada sekarang. banyak tanda2 kecil kiamat dapat dilihat di mana2 sekarang. manusia tidak segan silu membuat maksiat. bahkan ada yang berbangga dengan maksiat yang dilakukannya.bukan sedikit tapi banyak jumlahnya. lihat saja cara berpakaian. itu baru hal pakaian, belum lagi berkenaan solat. jangankan lima waktu solat, solat subuh entah berapa orang yang laksanakan. hukum Allah dipermudahkan apatah lagi hukum dunia. ramai orang tidak lagi kisah batas pergaulan lelaki dan perempuan. berpelukan antara bukan muhrim, biasa. bersedudukan dalam satu rumah antara bukan muhrim, biasa."nah... inilah petanda kecil kiamat". tegas imam tua lagi."apa tugas kita. apakah lihat sahaja dan membenci. itulah serendah iman yang kita ada". sambung imam tua.

jam di dinding sudah menunjukkan hampir pukul 6.15 petang. kalau nak diikutkan memang panjang lebar penerangan imam tua itu. tetapi dia ada tugas lain yang perlu dilaksanakan. walaupun maghrib masih terlalu awal, tetapi dia perlu balik ke rumah sebentar untuk menukar pakaian yang dipakainya sejak dari tengah hari tadi. dia lupa makan tengah hari, hanya minum beberapa teguk air semasa di bilik imam tadi. itupun mujur ada air mineral. orang muda itu seperti faham bahasa badan imam tua. walaupun imam tua tidak nampak seperti mahu menamatkan bicara petang itu.

"saya rasa puas hati". celah orang muda itu.

"saya rasa penerangan tuan imam tepat dan mudah untuk saya faham". sambung orang muda.

"saya terhutang budi pada tuan imam dengan penerangan yang saya rasa dapat merungkai perasaan saya yang serabut ni". puji orang muda lagi. imam tua hanya senyum kecil.

"saya tertarik dengan khutbah jumaat tuan imam berkenaan kemana umur kita dihabiskan tengah hari tadi. saya terfikir pasal filem 2012 yang saya tengok semalam dengan kawan2. saya cuba kaitkan dengan kiamat. tapi jadi keliru dengan fakta dan imaginasi". jelas orang muda itu. imam tua hanya senyum sambil memandang ke karpet masjid yang berwarna biru pekat itu.

"saya sekadar cuba memudahkan faham anak saja". jelas imam tua.

"sebenarnya persoalan anak tadi tu dah ada jawapannya dalam al-quran dan hadith nabi. cuma kita yang jarang beri masa untuk diri kita merujuk dua sumber utama itu, apatah lagi kitab2 sokongan yang lain seperti kitab yang anak pegang tu". sambung imam tua sambil menyentuh kitab yang dipegang oleh orang muda itu.

perbincangan tidak rasmi petang itu membawa seribu makna kepada orang muda itu. imam tua secara tidak langsung dapat mengemaskini ilmu yang ada padanya.tidak seperti sesetengah orang yang bergelar ustaz atau ustazah, sudahlah tidak mahu dan malas untuk mengemaskini ilmu yang mereka ada, ada pula yang masih mempertahan fakta yang salah sebagai betul. dan ada sesetengah mereka menganggap kitab2 jawi lama sebagai rujukan utama dalam menyampaikan ilmu. ada pula yang berjenaka berlebihan dalam kuliah agama yang disampaikan dengan tujuan orang ketawa dan suka kepadanya. apatah lagi kebanyakan mereka yang mempunyai modus operandi seperti itulah yang paling popular, banyak pengikut dan orang anggap semua kata2 mereka betul sahaja walaupun kadang kala faktanya salah belaka dan cakap ikut sedap sahaja. bila sudah ada pengikut,maka mereka yang popular ini dianggap seperti maksom oleh para pengikut, anak murid dan peminatnya. ada kalanya kenyataan mereka tidak boleh langsung di kritik. imam tua telah banyak pengalaman berhadapan dengan ustaz dan ustazah seperti itu. ada juga sesetengah mereka suka menyalahkan orang lain. ada yang memaksa jemaah lelaki wajib pakai tutup kepala apabila masuk ke dalam masjid. alasan mereka supaya orang di dalam masjid ada sikoh dan mewujudkan biah islamiah dalam masjid. ada juga yang melarang orang yang berseluar jeans masuk ke dalam masjid. ada yang lebih teruk lagi, menuduh orang lain dengan menghukum kafir, sesat, bida'ah dan macam2 lagi hukuman dan cercaan, sedangkan mereka tidak tahu hal yang sebenar dan kesan serta konotasi yang mereka berikan itu.

imam tua tidak seperti itu. dia amat berhemah orangnya. pendekatannya menyebabkan ramai yang tertarik berjemaah ke masjid. dakwahnya terlalu halus dan lunak tetapi tegas. ramai anak kariah yang sering merujuk masalah kepadanya. ya... memang ramai juga yang takut dengannya, itupun sebab melihat dari roman mukanya yang agak bengis, dia pendiam dan dek kerana sifat luaran itulah ada yang kata dia sombong. imam tua sudah lali dengan tanggapan seperti itu. walaupun luas dengan ilmu yang pelbagai namun dia tidak pernah mengajar di masjid kariahnya atau di masjid2 lain atau di mana2 tempat. dia sedar dia tidak ada tauliah mengajar. dia hanya dilantik menjadi imam pembantu sahaja. dia bertugas bila imam muda atau imam satu masjid itu yang bertauliah mengambil cuti atau ada jemputan berceramah di luar kariah. walaupun begitu dia masih menjadi sumber rujukan anak kariah. apabila ada yang bertanya, imam tua akan melayan sehingga orang itu berpuas hati. dan apabila tetamunya berpuas hati barulah dia akan berhenti. itulah antara sebab imam tua merasakan apa yang dipesan oleh rasulullah tentang menyampaikan peringatan walaupun satu ayat peringatan daripada baginda, dapat dilaksanakan. imam tua puas hati.

selepas bersalaman dengan imam tua, orang muda itupun keluar dari masjid. dia rasa tenang dan lapang. tetapi dia dapat rasakan ada satu tuntutan yang harus dia tunaikan. persiapkan diri untuk menghadapi kiamat. imam tua pulang ke rumah untuk membersihkan diri. dia tahu tugasnya amat berat. segalanya perlu kepada ilmu pengetahuan yang luas dan terbuka. ilmu itu satu panduan untuknya sebagai imam bahkan sebagai seorang muslim. bukan buat sesuatu ikut rasa dan emosi serta beradat secara membuta tuli tetapi buat sesuatu dengan ada rujukan ilmu yang sahih dan kuat alasannya. imam tua terus melangkah keluar masjid. dia menuju rumah. ada tugas yang menantinya maghrib nanti. membawa makmum menghadap Allah, tuhan, ilahi Rabbi.

tammat....

Gambor: Gambor yang asyik sangkut

ni antara gambor yang susah sangat nak lepas di upload....





senja kat kawasan rumah aku....







jiran aku pindah rumah dan pindah tempat keje... isy takleh la aku nak rasa kek keju dia yang sedap tu...








musim panas dan kemarau kat perlis..... huh berpeluh beb...








langit cerah.... secerah mentari yang membahang








kat pauh ini adalah satu2nya beskal yang "cover" aku tabik spring








dah mula hujan..... tapi panas masih membahang








hujan lebat......








bekas air bekal aku..... sejak dua menjak ni wife aku bekalkan aku dengan air aura..... hehehehehehe...







aku tak paham apa cerita yang anak aku nak sampaikan..... aku cuba untuk paham.... hmmmmm






ouch....terkejut aku... dia pakai sendiri... lepas tu dia nak pakaikan benda tu kat adik dia plak... sebelum tu nak pasang kat aku, tapi tak berjaya..... uishhhh..... sabaorrrr jer lah

Hampeh: Service Broadband yang LEMBAT

[signal punyalah penuh tapi error lagi..... sesuka hati jer nak error]

hmm... aku duk cuba upload gambar2 yang aku capture aritu.... nampaknya broadband aku ni sangatlah lembat (lambab + lambat)... walaupon signalnya punyalah PENUH... bayor tetap bayor... ni yang aku nak marah ni.... to celcom and friend who provide broadband services.... please and please upgrade and update your service.... and don't just sent us your bill but no enhancement on your services (low signal)

deiiiii..... aku tak faham betul dengan service korang yang kadang2 macam siput....

yang peliknya masa aku mula2 beli aritu ok jer, laju gak lah. setakat streaming video tu tada hal. sekarang kat tempat yang sama aku on laptop aku dan kat kawasan sama aku shutdown laptop aku.... dia punya tahap perlahan dah boleh aku mencarut aku rasa.... mujurlah aku dah tak mencarut.... sebab berdosa mencarut tu....

kalaulah aku ada kuasa untuk cabut lesen pemberi broadband tu.... aku dah buat dah....

weh tolongggggglah.... aku bayor bil yang korang bagi tu tiap bulan....

tolonglah bagi cepat sikit jer service korang nih ek....

tq....

Ceritera 3: Mikrofon atas mimbar

ini adalah sambungan cerpen aku tempoh hari... plot yang terakhir cerpen ni akan aku post selepas ini....

mula....

walaupun perpustakaan tersebut terletak di sebelah bilik imam, itu tidak bererti ia terletak betul-betul di sebelah bilik imam. sebenarnya antara perpustakaan itu dan bilik imam ada sebuah ruang yang hampir sama besar dengan ruang gelanggang badminton. tetapi kecil sedikit dari saiz sebenar gelanggang badminton. ruangnya agak tertutup. teduh dari sinaran matahari yang menyengat. tetapi ruang itu tidaklah bertutup semuanya. ruang tersebut ada atap yang diperbuat dari asbestos warnanya sedikit kelabu. disekelilingnya ada tembok batu bata yang dibina separas pinggang sahaja.

bahagian yang hampir dengan masjid ada diletakkan dua set meja batu. kedua2nya adalah sumbangan pelajar institut pengajian tinggi tempatan. sumbangan itu diberikan sempena program yang mereka jalankan di masjid tersebut. pihak masjid tidak mengenakan bayaran yang mahal untuk menggunakan kelengkapan dan kemudahan yang terdapat di masjid, cuma berpatutan untuk membayar bil air dan elektrik. selain dari kos tersebut,AJK masjid yang dikepalai oleh imam tua hanya memberikan syarat supaya mereka menjaga kebersihan disamping "wajib" berjemaah pada setiap waktu. syarat yang lain, jaga aurat dan jaga batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan, itu saja. di belakang setiap set meja batu tersebut jelas ditulis nama ipt, program yang dijalankan, tarikh dan kata2 nasihat. kini kerusi itu digunakan oleh anak kariah untuk berehat menunggu waktu solat. kalau hujung minggu pula, ada kumpulan anak sekolah datang membuat perbincangan ataupun membuat kerja sekolah.

ruang kosong yang selebihnya dibiarkan kosong. bukan kosong sahaja, tetapi untuk membolehkan meja ping pong dibentang. memang kerap anak kariah yang datang bermain ping pong selepas waktu asar. kadang2 ada yang datang solat asar membawa baju sukan bersama supaya mudah untuk di tukar selepas selesai solat asar. mereka bukan sekadar bermain sahaja, bahkan imam tua telah menubuhkan kelab ping pong untuk anak2 kariah yang berminat sejak beberapa tahun dahulu. kelab ping pong masjid itu telah beberapa kali menang tempat pertama di peringkat daerah. mula2 orang tak percaya mereka kelab ping pong masjid. tetapi sejak kemenangan kali kedua berturut2 beberapa tahun dulu kelab ping pong masjid sudah menjadi bualan mulut orang. mereka bukan sahaja terdiri daripada anak2 muda yang handal dan berbakat bermain ping pong tetapi mereka juga adalah pengimarah saf saf yang ada dalam masjid itu.

imam tua terus berjalan ke perpustakaan. tidak berkunci. dilihatnya ada beberapa anak muda sedang tekun berbincang dan membuat rujukan. mereka seperti tidak perasan imam tua melangkah masuk.

"Hamzah mana, tak ikut sama". imam tua bersuara memecah fokus anak2 muda tersebut. imam tua kenal sangat dengan anak kariah masjid itu. ibu bapa mereka pun juga adalah pengimarah masjid itu.cuma ada beberapa anak muda yang ibu bapanya langsung tidak pernah menjenguk masjid. kalau ada pon pada hari jumaat dan pada dua hari raya utama umat Islam.

"dia balik kejap tuk aji, emak dia sms suruh belikan kicap di kedai ah seng". jelas salah sorang anak muda itu. mereka mesra memanggil imam tua dengan panggilan tuk aji. lebih akrab dan rapat bunyinya. imam tua hanya mengagukkan kepala dan sedikit senyum.

imam tua terus ke rak buku untuk mencari kitab bahrul mazi jilid yang ke 15 karangan Mohd Idris bin Abd Rauf al-Marbawi. beberapa rak ditelitinya dan dicari satu persatu. tapi masih lagi tak kelihatan. dia pasti kitab itu ada di perpustakaan itu. dialah yang menyusunnya dulu mengikut turutan jilid. pada rak yang sepatutnya, hanya tinggal jilid 1 hingga 7 sahaja. yang lain tidak tersusun lagi. masih lagi mencari di rak yang lain. masih belum bertemu. untuk gantian rujukan, imam tua mengambil beberapa tafsir al-quran untuk dirujuk. imam tua melihat jam didinding perpustakaan, pukul 3.10 petang. asar masuk pukul 4.55 petang. imam tua lantas mengambil tempat di hujung meja berhampiran dengan pintu masuk perpustakaan. imam tua duduk dengan tenang. dibukanya tafsir quran dengan cermat. terdapat beberapa surah yang boleh dirujuk berkenaan hari kiamat. imam tua membelek2 surah mana yang sesuai untuk dijadikan hujah kepada orang muda yang bertanyakan soalan selepas solat jumaat tadi.biar ringkas, padat dan mudah untuk difahami oleh orang muda itu nanti. dia tidak mahu memberikan hujah atau rujukan yang terlalu sukar dan berbelit2 untuk difahami oleh orang muda itu. dia mengerti benar kalau rujukan dengan bahasa yang berbelit2 seperti yang tedapat pada kitab bahrul mazi dan kitab2 kuning atau lama yang lain, agak sukar difahami. dia pernah berguru dengan beberapa orang guru untuk memahami isi kandungan yang tersurat dan yang tersirat dalam kitab2 lama seperti bahrul mazi. bukan salah penulis kitab tetapi zaman yang berubah, menyebabkan prosa2 kata dan tatabahasa kini lebih mudah difahami berbanding dulu. bukan mudah untuk memahami kitab lama dengan struktur bahasa yang lama, kekadang boleh tersilap tafsir. bila tersalah tafsir makna dan hukum pun akan bertukar. maka jadilah syubhah dan mungkin hukum asalnya bida'ah tetapi ditafsirkan sunnah pula. perkara seperti itu yang imam tua tidak mahu terjadi.

imam tua membuka lembaran demi lembaran. dia terus saja ke bahagian belakang tafsir quran tersebut. terdapat beberapa surah pendek yang boleh dirujuk. dia menandakan dulu muka surat surah tersebut. dilipatnya bucu atas lembaran tersebut kearah muka surat yang hendak dirujuk. dia terus membuka beberapa lembaran lain. tadi surah al-qari'ah. pada fikiran imam tua, masih lagi memikirkan kemana perginya kitab bahrul mazi jilid ke 15 itu hilang.imam tua mengeluh pendek, tanpa rasa kecewa. dia pasti ada orang pinjam untuk membuat rujukan sepertinya. tapi yang menghairankannya takkan dibawa balik buku itu. buku yang terdapat di perpustakaan itu memang tidak dibenarkkan untuk dibawa pulang. mungkin juga bilal kasim yang meminjamnya. sebab bilal kasimlah yang menjaga dan memegang kunci perpustakaan masjid itu. mungkin juga. al-zalzalah, ya mungkin surah ini juga sesuai. imam tua sekali lagi menandakan muka surat tersebut.

"tuk aji, boleh saya tanya sedikit". sapa seorang anak muda dari kumpulan anak muda yang sedang berkumpul tadi.

"boleh, kalau tuk aji ada jawapannyalah ye". sedikit nada gurau.supaya anak muda itu tidak takut untuk bertanya. imam tua tahu ramai anak kariah masjid itu takut dengannya. ada yang kata mukanya muka sombong dan kurang mesra.

"apa maksud maksiat dilakukan ditepi2 jalan tanpa segan silu". tanya anak muda itu sambil menghulurkan buku berkulit keras bertulisan jawi.

imam tua tersenyum lebar. hati yang resah kembali tenang. ditariknya bahu anak muda tersebut rapat kearah lambung kirinya. rapat dan mesra."panggil yang lain sama, tuk aji nak terangkan kepada kalian semua, biar semua orang faham perkara yang sama". arah imam tua kepada anak muda itu.

tidak berapa lama kemudian semua anak muda tersebut berkumpul di meja imam tua. ada yang berdiri sebab tidak cukup kerusi di meja tersebut. kesemua mereka mendengar dengan minat dan tekun penerangan imam tua.imam tua memberitahu bahawa maksiat yang dimaksudkan tadi umum sifatnya. ia merangkumi pelbagai aspek. dari aspek berpakaian sehinggalah bermuamalah.imam tua memberikan beberapa contoh supaya anak muda itu faham. dia memberi contoh orang yang berpakaian yang tidak menutup aurat. ada yang bertudung tetapi baju dan seluar sendat sehingga menampakkan pusat. bahkan nampak susuk tubuh. imam tua membawakan ayat arahan dari dalam al-quran iaitu ayat 30 dan 31 surah an-nur. dalam ayat tersebut jelas diberitahu batas2 aurat dan kepada siapa ia boleh didedahkan, itu pun ada batas dan had bahagian yang boleh didedahkan.imam tua beritahu sekarang ini pakaian yang menyolok mata seperti yang diberitahu itu sudah menjadi satu fesyen dan seolah2 dibenarkan oleh islam. dengan nada keras dan kecewa imam tua memberitahu anak2 muda itu, pihak berkuasa agama seperti tak kisah dan membenarkan pakaian seperti itu dipakai oleh orang islam. mereka lebih suka menangkap orang yang berkhalwat daripada menasihat orang yang berpakaian sendat nampak pusat. "tuk aji tak faham kenapa jadi macam tu".kata imam tua sambil geleng kepala.

"lagi tuk aji". sampuk salah sorang anak muda yang berdiri.

"banyak lagi cuma kamu sendiri boleh tengok dan kaji apa yang kamu lihat di persekitaran kamu dan cuba kaitkan dengan peringatan2 Allah dalam Quran dan hadith nabi". kata imam tua sambil mengangkat sedikit tafsir quran yang di pegangnya sejak dari tadi. imam tua menambah lagi sedikit, kali ini dia membawa masalah riba. dia kata tidak ada perkara yang tidak terlibat dengan riba. setiap perkara ada unsur riba. yang membezakannya adalah jumlah yang banyak atau sedikit.sukar dielak.

"eh, kalau macam tu hidup kita penuh dosalah tuk aji, macam mana kita nak hidup kalau macam tu". celah seorang anak muda dengan penuh rasa bimbang.

"ya kita sukar nak elak". jawab imam tua ringkas.

"tetapi kita wajib untuk elak riba ni sebaik mungkin". sambung imam tua lagi. imam tua menyambung penjelasannya, jangan kita yang mencari riba atau sengaja cari keuntungan atas riba. sebolehnya dielakkan dari sebarang unsur riba. kalau tak boleh elakkan juga. mohon ampunlah pada Allah. sebab kata imam tua lagi, Allah itu lebih mengetahui daripada apa yang kita ketahui.

"yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal, kedua2nya tak boleh becampur seperti terasingnya minyak dan air" sambung imam tua dengan penuh berhemah.

"jelas tak apa yang tuk aji terangkan". tanya imam tua kepada anak2 muda itu. mereka mengangguk kepala hampir serentak. anggukan kepala itu seperti faham benar dengan penjelasan imam tua itu. ada cahaya kepuasan dalam mata setiap anak muda itu.imam tua juga berasa puas memberi faham kepada anak2 muda itu.

"oh ya, bila sudah habis buat rujukan, tuk aji nak pinjam kitab bahrul mazi jilid 15 tu ye nak". kata imam tua dengan lemparan senyuman manisnya. dia puas. rupanya kitab yang dicarinya seperti datang sendiri kepadanya. dia mengucapkan "subhanallah" perlahan, hanya dia yang mendengar ucapan itu.

"tak mengapalah, tuk aji boleh ambilnya sekarang, kami dah puas hati dengan penjelasan dan contoh yang tuk aji bagi tadi, terima kasih sekali lagi tuk aji". dengan sopan salah sorang anak muda itu menghulurkan kitab tersebut kepada imam tua. anak muda yang lain mengangguk kepala sambil senyum tanda setuju dengan sahabtnya itu.

imam tua membuat keputusan untuk menjadikan surah al-qariah dan al-zalzalah sebagai rujukan untuk dijadikan hujah kepada pemuda yang bertanya berkenaan hari kiamat dan filem 2012 selepas solat jumaat tadi. dia yakin benar dua surah ini sudah cukup untuk dijadikan hujah disamping kitab bahrul mazi sebagai sokongan. lagipun waktu sudah menghampiri 4.50 petang. dan imam tua harus bersiap untuk mengimamkan solat asar petang itu. dia juga yakin penerangan yang diberikan kepada anak2 muda di perpustakaan itu juga serba sedikit dapat membantunya menjawab pertanyaan orang muda yang bertanya itu.

bersambung...

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.