Hikmah: Kenapa perlu tegur orang secara berhemah

kenapa perlu tajuk yang aku tulis tu diterjemahkan....

ha'ah..... hikmah vs hemah....

menyalahkan orang memang kerja yang amat menyeronokkan. lebih2 lagi bila aktiviti tu menampakkan kita yang betul dan macho. tapi awassss.... kekadang perkara tu menyebabkan orang nampak KEBODOHAN kita sendiri... analoginya macam pemain bola yang score ke gol sendiri... yelah kan bila nafsu menguasai segenap saraf dan amarah diri, pasti akan terpapar kelemahan kita. lantas point yang mantop itu diguna pakai oleh orang lain terutamanya musuh kita sama ada dalam atau luar selimut untuk membalas dendam pada kita. orang jawa kata.... what comes around, goes around....(eh betul ke ek.... ke terbalik.... apa2pon maksudnya sama saja dok... ke tak sama??)

hmmm... cara teguran kita atas orang lain pastinya ada sentuhan hikmah dan hemah... bagi akulah kan... hikmah dalam ertikata bila kita buat teguran pada orang kena tegur (OKT) maka secara langsung atau rakaman tertunda, OKT tu akan bertindak spontan dalam dua cara,

pertama: respon terhadap teguran tu dengan nilai positif... maksud, OKT tak marah2 atau melenting.

kedua: respon yang diterima dalam betuk negatif... maksud, OKT akan bertindak ganas atau berbau ganas.... contohnya; jeling mata sambil angkat kening sebelah kanan.

implikasi dari teguran secara hikmah professional tu, walaupon dua jenis respon tadi diberikan NAMUN dek kerano hikmah tadi..... OKT pasti aku berfikir semula selepas kejadian kena tegur tu (kat sini ingin aku tegaskan... bukan kena tegur dengan makhluk halus naaaaa) haaaa itu kesan hikmah... indirect implication gitu.... kesan akhir yang aku pasti ialah.... OKT akan berubah tanpa paksaan. aku amat yakin dengan teori aku nih. syaratnya pastikan berHIKMAH..

baek.... sisi kedua pulak.... hemah.... berhemah maksud aku...

berhemah ni bagi pandangan sisi akulah jugak. lebih kepada aktiviti secara langsung. sewaktu OKT sedang ditegur. maksudnya cara teguran itu dilontarkan.... daripada gaya bahasa yang digunakan sehinggalah gaya gerak badan dan memek muka.... penting nih, walaupon muka kita tak sehensem mana pon. sebenarnya berhemah ni kawan rapat kepada berhikmah.... berhikmah ni mungkin perlukan role model... berhemah pulak tak semestinya ada role model...hikmah perlukan contoh perlakuan yang boleh dijadikan rujukan yang molek....

katalah seorang ostad tegur orang marhaen macam aku nih supaya solat berjemaah kat masjid. tapi dalam masa yang sama ostad tu solat secara single kat rumah (dengan beranggapan ostad tu bujang ler ek... kang bagi contoh dah kawen, tak leh, sebab banyak kemaslahatan lain yang aku kena fikirkan...) takpon azan maghrib dah abis, ostad tu baru nak warming down kat padang lepas main bola... takpon ostad tu suruh orang pi solat sedangkan dia tengah makan kat gerai waktu azan tengah berkumandang (dengan beranggapan ostad tu bukan dalam keadaan musafir..)... hah satu lagi contoh yang terjadi dan yang paling aku BENCI.... ostad yang cakap letop letop suruh orang jangan merokok, tapi dia sendiri sedut dunhill 20 cessssss....

e eh panjang pulak contoh aku...

berhemah plak contohnya banyak.... cuma aku nak bagi satu jah kut.... seorang ostad tegur seorang pompuan yang tak bertudung dihadapan orang ramai dalam nada yang amat memalukan OKT.... yeah sebenarnya sisi hikmah tu ada secara tersirat cuma berhemah tu takdok... kesannya.... OKT mungkin akan terus bertindak buas dan ganas....

maafkan aku, golongan agamawan dan ulama'..... sebab aku bagi contoh pasal komuniti yang pegang title agama... bukan apa implikasi buruk yang disebabkan golongan ini akan menyebabkan kesan yang amat berat dalam masyarakat. ada ostad dalam ceramahnya duk mengata perkara negatif terhadap ostad lain... dan sebaliknya.... aku pelik hal nih... tak boleh ke depa2 ni semua HIDUP dalam suasana ilmiah dan menghoramati pandangan orang lain. elak perselisihan.

weh aku nak bagi contoh positif pulak...

pertama:

pernah cucu rasulullah hassan dan hussin tengok orang ambik wuduk dengan cara yang salah.... air wuduk tak kena buku lali. hassan dan hussin kecik lagi masa tu. nak di pendekkan cerita. hassan dan hussin mintak orang dewasa tadi untuk jadi hakim sebab depa berdua nak bertanding siapa ambik wuduk paling sempurna. akhirnya orang dewasa tadi mengalah dan bagi tau... dialah yang salah dan hassan hussin yang betul....

kedua:

dalam satu kumpulan sahabat rasulullah yang sedang makan daging unta. tiba2 salah sorang terkentut. masa saidina umar bagitau, semua yang makan daging unta perlu ambil wuduk (walaupon dalam kumpulan tu ada yang dah ada wuduk). sebab apa sadina umar buat macam korang nak tau tak... sebab takkan dia nak suruh orang yang terkentut tu pegi ambil wuduk, malulah dia. jadik saidina umar suruh semua yang makan unta pi berwuduk.

nilah sedikit coretan aku kali nih...

yang baik jadikan tauladan yang buruk sempadan....

Nostalgia: Kenangan lalu Kuala Lumpur

Hmmm itu dulu...

itulah ayat nostalgia bagi aku. balik KL kali ni aku hadiri kenduri kesyukuran kat rumah adik aku nombor dua.... bawah aku ler maksudnya... kenduri tu pakej....aqiqah dan masuk rumah baru dia. hari ni ada masa sikit, aku pon belek2 album lama2 kat dalam laci simpanan ibu aku. aku bertemu beberapa gambar yang tersimpan banyak nostalgia. kat bawah ni antara yang sempat aku snap dengan henset murah aku tu....

adik2 sedara aku... rumah depa sebelah rumah aku. rumah kami pulak tepi kawasan kubur. yang aku nak cerita pasal van kat belakang tu. itulah kenderan berat pertama yang aku bawak secara rahsia sewaktu pakcik aku pegi kerja.... tapi kat kawasan rumah kami je.... bertitik tolak dari situlah aku reti bawak kete bila dah cukup umur.... terima kasih pakcik aku, dia tak marah pon aku cuma dia membebel jer... dan tak bagi tau ibu aku hehehehe...




ni adik aku paling akhir, bongsu. masa ni dia sekolah rendah lagi... la ni dia baru je masuk matrikulasi amik akaun... ok la tu kan. aku tak masuk matrikulasi pon...





dari kiri ayoy adik aku no5, zura no6 dan aha no4.... yang berkopiah tu aku ler.... ni masa kecik2 dolu... la semua dah besar panjang.....






aku terjumpa gambor ngeri nih.... ni aku lepas excident. jatuh nak elak langgar bebudak tengah rempit guna basikal dalam gelap. dah la jalan takder lampu, bebudak tu pulak tetiba keluar secara berjemaah dari simpang mana ntah... aku pon break mengejut ler. apa lagi menggelupur ler aku jatuh betul2 depan rumah tukang urut tradisional n buasir... boleh makcik tu tanya aku sakit ke tak... nak di marah kang, orang tua... terus menggelupur je la aku.


aku aku cedera gak.... cuma tak patah riuk jer. yang riuk masa tu motor skuter arwah atuk aku... pening aku nak sediakan jawapan bernas untuk atuk aku tu... macam biasa, dia tak marah cucu sulung dia ni. dia tenyeh buat kuat2 jer masa sampai rumah dia. mujur dia tak sapu minyak tanah jer.... uwaaaa pedihhhhh...

al-fatihah untuk atuk aku.... rindu kat dia...

Album: Beberapa waktu yang lalu


gambar amni, taken by me zauja....

dan zauja aku jugak yang send ke aku.... background tu almari buku aku, dua cermin paras duanya amni dah tanggalkan.





candid by my younger brother.... keletihan layan kenduri aqiqah anak sedara aku aka anak adik aku kat bangi.









crocks...... haaaa ini frog







pemandangan waktu pagi di kawasan rumah adik aku.... kawasan baru...








aku capture gambar kapal terbang sebenarnya..... mana ntah...







cantik2 design rumah kat kawasan rumah adik aku tu. tu yang ada kenopi tu rumah adik aku.








karya aku semasa ceramah transformasi.... aku kene batalkan kelas pulak....






mesin yang menjadi rebutan tiap kali nak rezo soalan exam... havy duty photostate machine....








sedang bertungkus lumus siapkan kerje masing2






minggu last... sebelum final exam... kononnya minggu study.... aku buat revision subjek aku.... kehadiran tidak diwajibkan... kelas sepatutnya mula pukul 9.... sorang pon tak mai lagi. tapi aku tunggu jugak sampai depa mai.... yang berminat jer datang....







hamzah tengok kakak amni buat akrobatik....







hmmmm.... ubat aku minggu lepas. doktor suspek aku lelah.... tapi empat ketui ubat tu mampu untuk menidurkan aku.






p/s: aku letak gambor jah dulu.... nanti aku lontarkan idea lain pulak.

Petang Kamis: Den nak balik KL

lamo indak basuo dalam blog ko,

indak bermakno ambo maleh menulih laie... tapi dek kerano maso yang acok membuek ambo sibuak. yolah... banyak karajo yang alun di siaukan laie. ko ha, baru den siaukan sedoalahnyo... bertungkuih lumuih den... dari pagi hingga ka patang.

kajaok laie ambo nak pulang ka rumah urang tuo di KL...

patang ko last den bersiaran dari perlis ko ha.... esuak luso ambo bersiaran dari KL pulo...

wakakakaka..... ada faham ka... aku saja test power cakap minang.... yelah nak jumpa ibu aku maaaa.... takut lupa cakap minang kang ibu aku perli aku....

Artikel: Sebuah artikel yang sangat bagus

ni entry aku yang tiada apa2 tulisan panjang. aku sekadar nak kongsi sebuah artikel yang sangat baik untuk kita semua. di bawah ini aku catatkan linknya:

sebuah artikel untuk kita fahami ilmu dan jangan berpecah

kredit untuk Uzar...

bagi aku kita semua WAJIB baca. sebab apa aku kata wajib, bacalah....

Tempat orang: Bila berada kat tempat orang, apa korang buat?

ney.... aku bukak citer pagi nih.....

lain sikit pagi nih.... aku memblog dari pusat service toyota aloq staq.... weh macam power jer aku menaip kat depan nih... ramai customer lain duk sibuk borak n baca paper jer... aku tengok pc kat depan tu single mingle jer tak der sapa yang melamar... so aku try tackle pc tu... tuh... berfungsi rupanya.... mungkin customer lain takut nak bukak kut... aku pon takut gak. cuma aku beranikan diri dan buat muka tak beperasaan n on pc tu... cuma yang aku takut, kang ada pulak customer yang datang kat aku nak service kete.... weh, aku bukan staf kat sini lorrrr... aku memanfaatkan pac jer..... nasib baik aku tak bawak laptop aku tadi.... kalau tak macam orang bodoh jer hahahaha...

ok kembali kepada cerita asal aku tadi.... eh bukan cerita asal.... tajuk asal... haaa... yeah... apa yang korang buat bila berada kat tempat orang lain.... maksud aku... premis orang lain ler... contohnya rumah orang lain ker... pejabat orang lain ker.... gudang orang lain ker.... hah apa yang korang buat??...

dan agaknya berapa lama korang dekat premis orang tu.... maksud aku... korang tidur ker... korang buat lawatan rasmi ker atau korang saja2 terjah rumah orang sebab rumah tu ada goreng pisang panas ahaksss.... hah berapa lama agaknya?

saja aku nak tanya korang....???

kalau aku lah.... kalau urusan tu bukan rasmi, maksudnya, aku terjah jer rumah orang.... aku akan berada paling lama setengah jam jah.... kalau aku tidur rumah orang pulak, kenalah assist tuan rumah buat kerja yang boleh dibuat.... takderlah sampai tolong tuan rumah masak plak... aku jantan lorrrr, lain ler pompuan.... kenalah tolong apa2 yang patut kat dapoq... jangan buat pekak jer kat dalam bilik... apa korang ingat korang kat hotel ker... kalau kat hotel ada room service... tu pon kalau korang menyepah sangat depa maki gak aku rasa.....

adab....

haah.... itu yang nak aku bagi tau. adab kena jaga bila berada kat tempat orang. tu tak dapek kat sekolah atau kat U.... itu didikan mak bapak yang perihatin. hah paham. mungkin aku nih dah terdidik dengan adab bila berada kat rumah orang... ibu aku cukup jaga semua tu. itu juga merupakan reputasi mak bapak sebenarnya. kalau anak tak terdidik dengan perkara adab ni orang akan "tag" mak bapak dia.... betul tak...

hal ni berbeza bila mak bapak dah ajar sebaik mungkin tapi anak tu yang tak makan saman... hah hatni cerita lain.... contoh, ada anak pak imam kaki clubbing..... atau anak ulama jadi pelakon pembantu terbaik ker.... kita tak boleh nak sembur mak bapak depa secara direct. sebab mungkin didikan dah diberi tapi dek kerano pengaroh persekitaran yang songsang lebih banyak pastu kekuatan dalaman anak tu tak berapa mantop ditambah pulak dia tak ikhlas dengar nasihat mak bapak depa.... hah negetif jugak akhirnya.... jadi perkara ni subjektif dan jangan kita cepat buat tuduhan....

** eh macam nak buat pengumuman jer kat tempat service nih

"ada tak sesapa nak guna pc ni, aku nak guna sampai kete aku siap diservice ni" sambil aku menghadap semua customer.

"last call.... ada tak yang guna pc ni, cepat angkat tangan." sambil aku betulkan pinggang aku yang sengal.

"ok lah kalau korang taknak guna, aku akan teruskan guna pc ni." kah kah kah aku gelak dalam hati sorang2...

k sambung.....

pasal rumah orang nih.....

aku bukannya apa, kalau kita terlalu lama kat rumah orang tanpa perasaan..... tak boleh bhai... orang tu nak ada private time dengan keluarga depa jugak. takkanlah 24 jam nak pakai seluar slack dan baju kejema bhai..... mestilah depa nak pakai "uniform" depa kat rumah ye dak.... tu aku lah tu.... contoh, aku ada so called "uniform" aku kat rumah heheheh.... my zauja please dont tell others ok. hah takkan lah aku kena formal sepanjang masa kat rumah. kenalah ada acara bebas...... lagi satu.... mestilah korang yang dah kawin nak beromentik dengan pasangan korang betul dak.... kalau ada orang luar kat rumah korang..... mampu ker korang buat semua tu bhai....

hmmmm... dua sisi aku dah cerita pada perspektif aku.... mungkin berbeza dengan perspektif korang dak.... kalau berani cuba korang bagi komen apa perspektif korang kat aku...

amacam.... ada brannnnn.....

Pen Dan Kocek : Aku lupa sisip pen di poket

agak lama aku tak buka internet....

hujung minggu lepas aku tak sihat.... disebabkan dah tak tahan dengan demam (biasanya bila demam jah aku telan ubat yang aku beli dari farmasi saja, kebah. tapi kali ni lain sikit) yang hinggap kat aku hampir dua minggu, aku pon rendahkan ego aku untuk ke klinik. yeah... aku ke klinik. dipendekkan cerita, doktor tu kata, aku dikhuatiri kena penyakit lelah (aku rasa macam confirm jah). terkedu jugak aku. yelah kan aku mana pernah sesak nafas pon. tapi doktor kata, mungkin disebabkan kahak yang banyak dalam dada aku dah menyebabkan kuman menyerang aku. cuma aku lupa pulak nak tanya, apa nama kuman tu... lelah ker namanya :) apa2pon aku terima kasih kat doktor tu bagi aku obat.... kuat sungguh obat tu. dua kali jah aku makan, kebah terus sakit dada dan belakang aku, kahak yang pekat pon hilang.

persoalannya.... adakah lelah ni wajib sesak nafas atau tanpa sesak nafas pon boleh dipanggil lelah. masa aku borak dengan pakcik ultromen - dia dah lama dalam kelab lelah ni - dia ada bagi tau aku tanda2 bila kena lelah (sebelum aku cakap tanda2 yang sama aku kena) memang sama dengan apa yang aku hadapi minggu lepas. huh... aku ingat H1N1 yang serang aku... memang tenat.

alhamdulillah....

bagi aku segla yang aku "dapat" minggu lepas tu adalah kaffarah buat aku.

minggu ni ada saki baki batuk.... kalau malam batuk aku menjadi-jadi...

aku teringat kata2 boss aku masa keje kat KL dolu...

"bila kita dah masuk 30an ni, banyak penyakit mula nak hinggap." cakap boss lama aku kat aku.

bertitik tolak dari semua tu, sejak umur aku cecah angka 3 kat depan, aku dah mula melazimkan berlari2 anak tiap minggu.... 2 kali jer yang sempat. week days takleh... jaga anak sesambil zauja aku masak.

semoga ada perubahan yang positif dalam hidup aku..

nanti aku sambung update blog aku dengan isu yang menarik.... dah ada dah ni cuma masa nak upload tu belum datang.

tungguuuuuu........

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.