Minggu Kerja: Minggu lepas yang kurang sehari bekerja

eh kenapa ntah aku tak bisa2 lagi untuk mengurusin body ku ini.... apakah yang aku patut teruskan misi makan2 aku yang selama 32 tahun aku jayakan dengan sukses. cesssssss..... mati cepat orang takut, tak mati2 pon orang takut. apa yang orang tak takut hah.... main sedap cakap jer orang ni. weh apa benda aku membebel nih.... isy ni lagi emosi tirrrrrrrrrganggu ni.... addoooiiii...

aku tak reti pulak nak berbahasa puitis pada entri aku kali nih.... apa yang penting aku nak meng'uploading'kan gambor2 yang aku snap guna henset yang bapak aku bagi tu sebab dia tak reti nak guna dan sebab dia dah jatuhkan henset tu banyak kali... aku terima jer.... sebabnya henset tu masih power lagi walaupon kalau tolak kat booth henset apek kat mana2 pon kat dunia yang fana ni, depa amik murah giler dari harege asal.... adeke patut..... takleh ker amik dua kali harege asal sebab aku dah guna henset tu.... dan dah teruji kemampuannya bertahan walau jatuh beberapa kali.... kan kan...

weh sorry naik lorry..... aku tak dapek pulak nak uploading gambor2 tu..... ntah apsal ntah lembat tahap gaban pulak broadband aku ni.... nantilah aku upload kan.....

Emosi: Elemen yang adakalanya tidak stabil

Tidak semua hari, aku beremosi terkawal...

adakalanya emosi aku terganggu...

cuma, bagaimana untuk aku mengawal emosi...

dulu, masa kecik2, aku tak pernah nak fikir pasal sebarang masalah. apa yang aku fikir hanya main dengan kawan2, tengok cerita kartun dan makan. itu saja. aku rindukan masa kecik aku dulu. sentiasa seronok. yang tak seronok pon sebenarnya seronok bila difikirkan kembali.

sekarang, bila dah semakin dimamah usia dan ada tanggungjawab, banyak perkara yang aku fikirkan, kekadang yang tak patut fikir pon aku fikirkan jugak. sekarang aku fikir persekitaran hidup aku dan permasalahan yang wujud dalam circle hidup aku. ya... aku betul-betul rindu dengan zaman kecik aku dulu. rindu sangat. rindu sangat dengan mandi sungai, masuk hutan dan macam2 lagi.

aku tak boleh elak semua masalah dan kelangsungan hidup tu. aku harus akur. ya... cuma kadang2 aku tak sedar aku dah ada semua tanggungjawab tu. hmmm....

aku cuba untuk mengatasi semua ni...

p/s: sambungan cerpen aku dah siap, nanti aku upload dalam dua peringkat.

Jalan-jalan: Beberapa waktu di Kelantan

Kelantan bukanlah tempat asal aku. aku dilahirkan dan dibesarkan dan ditarbiah di KL, kota metropolitan yang penuh dengan pelbagai ragam manusia. di KL korang boleh belajar apa saja, yang baik atau yang buruk. waima kalau korang nak belajar cakap kelantan pon boleh. ya... aku anak jati KL. jadi jangan ngada2 nak kata aku orang utara.... kedah ke.... perlis ke... dan ramai yang kata aku orang perak.... ikut deme ler... yang aku tak kompius aku anak jati KL dan berdarah minang.... susur galur aku ada darah minang kabau.... weh aku bukan nak cerita pasal aku daaaa.... isy melalut pulak...

kat mana tadi.... haaa kelantan.....

aku sebenarnya dah jatuh hati dengan kelantan sejak pertama kali aku jejakkan kaki di kelantan pada tahun 1994. masa tu aku ikut rombongan sekolah aku. masa tu aku form 4 lagi. dalam kepala aku masa tu tak terfikir sikit pun pasal politik. dan aku tak reti pun nak cakap politik. masa tu puas aku pujuk abah aku untuk benarkan aku ikut lawatan ke pantai timur. dan itulah pertama kali aku jalan sejauh tu. kami bertolak malam dari KL. macam biasa la jalan2 ngan kawan2 kan mesti best punya. lagi pulak kami semuuaaaa masih bujang. yang ikut tu semua jantan. lawan jantina tak termasuk. sebab lawatan kami tu survival jer... tidur ikut kat mana kepala mengantuk.

sampai kelantan awal subuh. pergh kabus tuuu... aku tak tau kat area mana masa tu. yang aku ingat lepas solat suboh kami pekena roti canai. aku ingat lagi harga roti canai tu 40sen sekeping. lepas isi perut yang kosong tu kami berlepas ke Kota Bharu. kami akan ke rumah Menteri Besar makan tengah hari, masa tu aku rasa wow makan dengan menteri besar tu.... tapi masa tu kami tak sempat jumpa sebab khabarnya menteri besar ada program lain, tak pasti program apa. tapi ikut penerangan orang perantaraan tu menteri besar tak duduk rumah rasmi menteri tapi duk rumah dia sendiri.... lagi sekali aku kata wow biar betul... kan best duk rumah rasmi jer. tu dulu. beberapa tahun kemudian, masa aku tengah buat diploma... aku jumpa menteri besar kelantan dekat masjid kampung aku..... kat KL ler kampung mana lagi..... sempoi jer dia... orang tak perasan pon. aku perasan sebab dia orang luar hehehe... very humble person indeed.

sekarang, tiap kali aku balik rumah mertua aku, aku belum pernah jumpa menteri besar. tapi aku amat kagum setiap kali subuh atau solat fardu yang lain, aku mesti jumpa dengan timbalan menteri besar kelantan, dan dah banyak kali dia jadi imam solat. aku ke masjid lain pon aku ada nampak wakil rakyat kawasan tu solat bersama. tidak berkot pun. tidak berbaju melayu dan bersamping pon. sekadar berpakaian seperti orang kampung lain yang bersolat di masjid.

aku teringin tengok semua tu bukan setakat di kelantan sahaja.... tetapi di seluruh negara.




suasana pagi dari tingkap rumah mertua aku....








kat atas jambatan yahya petra... nampak TESCO dan "batu asas" jambatan kedua yang diaorang nak bina.... aku nampak macam "tersangkut" jer jambatan tu.... bila nak siap ek.... tunggu PRU-13 ker ahaksss....






senja kat pantai sri tujoh..... dari jauh








balik dari pantai sri tujoh...








amni main pasir kat pantai....








saiz tapak kaki tu 10..... hehehehe








amni main pasir lagi








hujung ombak.......








pantai curam.... tak sesuai untuk mandi..








main layang2..... best pulak tuuuuu








ni bahagian pantai yang bersih..... 89% kotor dan sampah bersepah2







wauuuuuuu............








dari jauh.... pantai sri tujoh...........







beberapa nelayan tengah touch-up pukat depa....









ni pasar tempat aku tak pernah miss......







beli ikan kering..... wife aku beli ikan bilis.... sekilo je dah beratus ekor dapat... :)








antara kedai di dalam pasar besar wakaf bharu







kedai selipar.......








kedai senjata tajam.......







ada lagi gambor.... tapi tak sempat nak upload semua....

Wakaf Bharu: Majlis aqiqah Muhammad Hamzah

aku tak sempat nak update blog aku ni semasa di kampung wife aku. signal tak berapa nak betul kat situ. kejap macam ada kejap macam tak ada. jadi kesimpulannya tak ada lah kut.... isy tertekan gak aku.

cuti raya cina baru ni aku pulun cuti sampai seminggu. huh.... seminggu tuuuu... bukan kejap tuuuu. yelah memang seronok kalau cuti sebenarnya.... cuma aku ni spisis suka keje dari cuti. takpe lah. cuti tu aku buat majlis aqiqah anak aku yang bongsu.... ceeeewah macam ramai dak.... tapi tu lah anak aku nombor dua yang kacak macam ayah dia. dua ekoq kambing aku rebahkan. dah anak lelaki kenalah dua ekor atau dua bahagian kuda eh.... lembu. majlis tu memang meriah, seronok aku, cuma yang letih tu tenaga kerja tu kurang sket. biasalah kat kelantan kut majlis aqiqah tu mula tengah hari sampai ler ke malam orang datang. petang tu, lauk utama dah sold out.... yang ada saki baki sikit2 jer.

kat bawah ni aku letakkan beberapa gambar yang sempat aku rakam




muhammad hamzah yang kacak macam ayah dia







letak dalam walker.... tak larat nak dukung dia.... dia terlalu lincah... hehehehe







amni dan yusuf..... kami tunggu kambing sampai.... tuan kambing hantar sendiri ke rumah mertua aku. maaflah nak jemput dengan innova aku tu..... sorrrrryyy






turuuuuuuun demo.... malu betul kambing tu.... mujur aku tak tempelang kambing tu.... pemalu betul







hah ni dia kambing yang pemalu tu....








haaaaa..... sekor lagi, yang ni paling ganas.... tak reti duduk diam. jags ko...






setelah aku rebahkan dua ekoq kambing tu.... sampailah giliran makcik tu settlekan yang lain.... bab ni aku kurang mahir. kalau bagi gak kat aku.... aku bakar jer dua ekoq kambing tu dan cicah air asam.....





peeeeerghhh.... tuuuuuu dia.... kambing masak gulai.... yang dua ketul tu kepala kambing yang dua ekor tu..... memang superb makcik2 tu masak. depa tu memang satu geng tukang masak, kawan mak mertua aku. depa masak ekstra power untuk aku. korang takleh rasa masakan ni kat luar dari kelantan... kalau ada pon tak sedap hahahahaha.... tak tipu, aku dah rasa.. sedaaaapp



cari parking.... penat tuuuu dari pagi tak mandi pastu settlekan kambing2 tu pastu tolong (menyibuk je) depa masak.... penat gaklah... aku cari sudut yang palingggg baik dan orang kurang lalu dan.... dan.... dan..... tidur kejap...





k lah nanti aku upload gambar aku jalan2 kat kelantan ek.... nak p solat asar sat....

Belajar: Phd.........?

entry aku kali ni agak singkat.... mungkin.

kekadang aku bernaluri untuk sambung belajar lagi. bukan apa, aku rasa seronok untuk belajar dan terus belajar. bukan untuk kemasyhuran tetapi macam ketagihan.... haaaa camtu... :). ya... aku bukanlah dikalangan cerdik pandai pon... result dari bangku sekolah pon cukup makan jer... cuma SEMANGAT yang tertanam dalam tubuh aku dan mengalir laju dalam salur darah aku adalah semangat nak belajar, tak kira lah result aku macammana pon, janji lepas syarat layak hehehehe. lepas tu baru pecah kepala. bukan apa, aku rasa puas bila belajar. kalau kerja yang puasnya bila hari gaji masuk.... sehari selepas gaji masuk akan seperti biasa jer.... tu pon kalau ekonomi stabil, kalau tak stress gak beb.

aku merangkak dari bawah.... ya dari bawah... aku mula dengan SPM -> STPM -> Diploma -> Degree -> Sarjana-> ?????.... dan aku selalu mintak ibu aku doakan supaya ruang untuk aku sambung belajar tu mudah dan dipermudahkan.

sebelum aku publish post ni dan shutdown pc ni... aku nak quote kata2 mantan pensyarah aku yang tengah buat Phd.... kata dia dalam blognya http://www.malimkundang.com/ .....

1) PhD is a journey, so whoever in it don't worry about where you journey will end... consider that being given a chance to taste and feel the journey is precious enough that not many have a chance to do. For me people who brave enough to be in this journey are the one who have guts, who have vision, who have thought that ilmu itu perlu ditimba untuk kebaikan sejagat dan bukan kepenting peribadi semata-mata.

2) If PhD is a fun thing to do why all this people don't want to do it again for the second time? I suspect there must be something that is not right about it.... After all I think PhD is not a fun thing to do... not because the study itself.. but the people who behind it is not right. I think the theory and the philosophy of PhD need to be change based on the current requirement and situation.

Zulisman Maksom


Perjalanan: Esok aku dan keluarga balik Kelantan












































Balik Kelantan lagi..

satu perjalanan yang jauh tetapi aku seronok. sebab perjalanan ke sana di penuhi pemandangan yang cantik. aku suka sangat. kekadang tak rasa penat pon. cuma bila dah lama dalam kereta tu terfikir jugak bila nak sampai...

insyaAllah esok lepas waktu pejabat aku bertolak ke klate. aku cuba balik malam dari rumah aku kat perlis. selalunya dari perlis aku bertolak siang. kali ni aku pilih malam. sebabnya.... nak kurangkan waktu anak aku yang sulung tu "bermain" dalam kereta. kalau dia "main" huh tak terkawal aku. umi dia pulak dengan adik hamzah amni. lagipon malam cuaca sejuk dan bolehlah amni tidur. cuma untuk aku, tak berapa nak enjoy kut sebab tak dapat tengok pemandangan yang menarik. gelap.

balik klate kali ni aku nak buat aqiqah anak aku nombor 2, hamzah. dah beberapa kali tunda. kali ni harap jadik. dengar khabar mak mertua aku kata ada beberapa kenduri pada hari yang sama aku nak buat aqiqah tu. hmmmm... tapi aku teruskan jugak. cuti tak selalu dapat. hamzah masih demam.... harap hari ni dia sihat.

planning lain masa kat klate tu... hmmm mungkin aku akan ke pantai seri tujuh kut.... menyahut cadangan en taher supaya aku bercuti... tq en taher dengan cadangan tu... sambil bawak amni jalan2 main tepi pantai. aku pulak... takkan nak main2 gak tepi pantai tu kan pelik pulak orang tengok.... aku pantau anak aku mungkin. dan harap jugak orang tak ramai... (sebenarnya orang ramai dan sesak kut... KB jangan cakap la... cuti sekolah maaaa...)

tunggu lah entry aku yang akan datang.... mungkin ada entry pasal percutian aku.....

Pelupa : Aku lupa kenapa?

aku mengetuk keyboard laptop lagi....

oh ya... aku bukan nak tulis panjang2, cuma nak upload beberapa gambar yang aku rasa menarik. biasanya aku akan tengok TV dan tengok anak aku si amni tu, tak berenti cakap dan main. dah macam tongkang pecah rumah aku dibuatnya. aku pulak bila rumah bersepah macam tu, mulalahh stress dan hangin satu badan. hmmm... orang kata biasalah budak2 tengah nak naik memang macam tu... ye lah... memang betul pon. cuma aku ni hah yang kekadang BARAN tak menentu... aku anggap anak aku tu dah besar... sebenarnya dia belum pon tiga tahun... tahun ni baru nak masuk tiga tahun. bila lepas marah anak aku .... menyesal pulak. aku rasa bersalah. aku bertindak macam di bawah kawalan. aku lupa. aku betul betul lupa.

oh ya aku malas nak tengok TV malam ni. aku suka tengok berita sebenarnya. tapi bila semua berita yang dipaparkan asyik pasal politik jer, aku jadi meluat. lantaklah apa orang nak kata kat aku. yang penting aku menyampah sangat isu2 politik ni. kalau setakat dengar, lepastu tambah bagi hangat sikit cakap2 politik tu.... haaaa tu aku boleh ler.

pasal cepen aku tu nanti aku sambung semula. aku tengah kumpul idea sekarang. dek kerana banyak sangat ideanya, aku kenalah tapis ikut kesesuaian jalan cerita.

kat bawah ni aku upload beberapa gambar....



meeting dengan orang besar2.... cuma aku tertanya.... apa yang aku buat kat dalam meeting room tu. sengal rasanya duduk sambil buat bodoh jer...

pkksabah tengah layan bluesssss..... hahahaha




dua dalam satu..... tajuk berita tu, dakwa doktor gigi, palsu atau dakwa doktor gigi palsu.... sama tapi tak serupa.


gambar rumah tu kat perlis..... amacam ada berannnn





cesssssss...... bila aku nak mula penuhkan seperator tuuuuu







masuk dewan kuliah tadi nak ngajor.... kat white board tu ada insan seni yang lupa padam pulak... nak marah pon ada....







hamzah demam, duk dengan umi dia kat bilik (masa aku tulis entry ni dia masih tak berapa sihat...).... ni gambar dua hari lepas.

Pendapat : Suatu pandangan yang tepat dan wajar difikirkan

salam...

agak lama aku tak update blog ni dengan maklumat terkini aku. kali ni pon aku hanya quote tulisan Dr. Basit. pandangan beliau amat tepat dan boleh kita ambil sebagai rujukan dalam melaksanakan ibadah harian. penilaian setiap sesuatu harus dengan ilmu yang tepat. bukan sekadar mengambil kata2 dari sumber yang kita sendiri tak tau. dan kita jangan terlalu cenderung untuk melebelkan orang lain dengan sebarang lebel yang kita sendiri tak tau asal usulnya dan apakah tujuan gelaran tersebut di wujudkan.

bagi aku kalau terjadi ketidakfahaman terhadap sesuatu isu atau perkara, kita wajib rujuk kepada orang yang lebih mahir dalam bidang tersebut. bukan hanya membuat tuduhan tanpa merujuk kepada orang yang dituduh bahkan mengambil dari sumber cakap2 orang lain atau cerita orang lain atau ikut suka hati nak cakap apa.

dahlah kita berpecah dalam bab politik yang bagi aku terlalu hanyir tu... ini pulak kita saja nak berpecah dalam bab agama pulak. ikutlah pesan rasuluLlah kat kita semua... al-quran dan as-sunnah. cukup. ini tidak, ada jugak yang merujuk orang yang ikut sunnah tu salah. eh... aku tak paham betullah. hmmmm... ikuti tulisan Dr. Basit di bawah ni. semoga kita sama2 memahaminya..


Henti forum untuk tunjuk hebat MEGA: Walaupun di Malaysia mengamalkan mazhab Imam Syafie, kita diharuskan bertaklid kepada mana-mana mazhab. Dalam perbincangan wahhabi ini, ia terletak dalam mazhab mana dan bolehkah ia disimpulkan sebagai sesat?

DR. BASIT: Dalam membincangkan bab ini, kita perlu membezakan antara fiqh dan akidah.
Dalam bab fiqh, golongan wahhabi pada asasnya berpegang kepada mazhab Imam Ahmad ibn Hanbal (Mazhab Hambali). Sebab itu, antara negara yang menyebar luaskan kitab fahaman ini adalah Arab Saudi. Antaranya ialah Al-Mughni karangan Ibnu Qudamah yang telah ditahqiq (disemak dan dibetulkan kesilapannya cetak) secara ilmiah oleh Dr. Abdul Muhsin Al-Turki (Setiausaha Agong Rabitah Alam Islami). Dan hampir semua kitab-kitab besar mazhab Hambali itu sudah pun dicetak dan dibahagi secara percuma juga dijual.bukan hanya kitab fiqh, termasuk juga bidang hadis seperti musnad imam ahmad yang telah dicetak sebanyak 50 jilid dalam negaranya sendiri, dustur (perlembagaan) negara ialah al- kitab dan as-sunah. pada asasnya, amalan mereka adalah bersandarkan mazhab hanbali, namun dalam pengamalan mereka adalah mengambil hukum berdasarkan dalil-dalil yang rajih (kuat dan terpilih). Tarjih dibuat dalam menerima pandangan-pandangan, tujuannya untuk memastikan pandangan mana yang paling kuat dalilnya atau paling menepati dari segi syarak (rajih) Dari segi akidah pula, yang selalu disebut adalah mengikut mazhab salafus saleh. Cuma perbezaannya dalam masalah ini adalah antara manhaj dan peribadi. Manhaj salaf (tiga kurun terawal antaranya Imam Ahmad) secara umum, mungkin pandangan ulama yang mutakhir wujud tau terdapat perbezaan dalam menerima dan menghuraikan pandangan golongan salaf. Bila ada kesilapan/kekeliruan pegangan kita adalah bersandarkan kepada ulama salaf yang terdahulu. Semasa bermulanya dakwah/gerakan yang diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab di Najdi itu keadaan masyarakatnya dipenuhi dengan beberapa amalan khurafat. Oleh itu, boleh jadi pendekatan beliau itu sesuai ketika itu. Hari ini, keadaan sudah berubah, suasana dan keadaan aman, masyarakat juga semakin berilmu, jadi pendekatan baru harus digunakan secara berhikmah. Untuk mengatakan wahhabi itu sesat atau tidak, elok kita rujuk kepada kenyataan oleh pihak berkuasa agama di Malaysia.

Berpandukan hadis bermaksud agama itu mudah, adakah bersandarkan hadis ini mewajarkan kita memudahkan banyak hal dalam agama termasuk bab berniat dan pengajian akidah?


DR. BASIT: Hadis itu bermaksud: Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka. (riwayat al-Bukhari) Memang agama Islam itu mudah. Tetapi yang salah itu adalah mempermudahkan agama. Dalam bab fiqh misalnya, banyak pandangan dalam kitab-kitab yang perlu diteliti atau dikaji semula. Sebabnya, ada pandangan yang bersifat uruf (keadaan setempat/ semasa) kerana ada pandangan lain yang lebih baik dan sesuai. Contohnya dalam bab thaharah (bersuci), pembahagian air, sebab adakalanya terlalu menekankan perkara tersebut kita boleh jadi was was. Dalam bab akidah, kita kena lihat realiti. Waqi' (keadaan) umat Islam di negara kita amnya lebih kepada mendengar, pasang telinga daripada mengaji kitab. Bila hanya mendengar, maka pengajiannya juga harus dibuat secara mudah dengan menyebut masalah, nas dan dalil yang lebih senang difahami. Ia tidak masuk perbahasan falsafah. Bagi pelajar yang mengkhusus dalam bab akidah tidak ada masalah untuk menjurus perbahasan bab mantiq dan falsafah. Semua ini adalah cabang ilmu sekali gus menjadikan ilmu-ilmu yang menajamkan minda dalam bab perbahasan dan kaedah untuk memahami uslub kitab Turath (peninggalan ulama silam).

Apakah jalan penyelesaian dalam 'krisis' ASWJ dan wahhabi yang jelas merugikan masyarakat ini?


DR. BASIT: Untuk menyelesaikannya memang sukar, sudah lama khilaf itu berlaku, masing-masing mendakwa dialah yang benar. Untuk mencari titik persamaan kita mesti kembali kepada kurun-kurun terawal sebelum negara Islam diserang fahaman muktazilah. (Muktazilah adalah golongan yang menggunakan akal lebih daripada dalil).
Penafsiran agama ini sepatutnya dikembalikan kepada asal iaitu dengan rujukan utama al-Quran dan hadis kemudian pandangan para sahabat dan tabi'in sebagaimana hadis di atas tadi. Dalam hal ini, saya teringat kata-kata Imam Malek yang masyhur iaitu: "ORANG YANG TERKEMUDIAN DARIPADA UMAT INI SEKALI-KALI TIDAK AKAN DAPAT DIPERBAIKI, KECUALI DENGAN CARA YANG TELAH DIGUNAKAN UNTUK MEMPERBAIKI ORANG PADA ZAMAN PERMULAANNYA". Bila merujuk pandangan mutakhir yang sudah ada perbahasan falsafah, perpecahan sudah berlaku. Bukan kita nak kata ulama mutakhir tidak boleh diterima tetapi asas perbincangan mestilah kepada ulama terdahulu. Pandangan mutaakhirin diterima sebagai sokongan.

Dalam agama diharuskan perbezaan pendapat. Tetapi apakah garis panduan yang perlu dipatuhi dalam bab ini?


DR. BASIT: Salah satu tanda kebesaran Allah ialah mencipta makhluk dengan keunikannya tersendiri. Setiap makhluk yang diciptakan dengan keunikannya menunjukkan tanda kebesaran Allah. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa perbezaan ini boleh berlaku sejak dari zaman sahabat sehinggalah ke hari ini.
Al-Imam ash-Shaatibi di dalam kitabnya al-I'tisom 2/191 menyebut: "Sesungguhnya perbezaan pendapat yang terjadi pada zaman sahabat hingga ke hari ini berlaku pada masalah-masalah ijtihadiah. Pertama kali ia berlaku pada zaman khulafah ar-Raasyidin dan sahabat-sahabat yang lain, lalu berterusan sehingga zaman para taabiin dan mereka tidak saling mencela di antara satu sama lain." Antara garis panduan dalam berbeza pendapat adalah meletakkan niat yang baik. Berbincang untuk mencari kebenaran. Sebab itu kata ulama, sebelum berbincang hendaklah kita kosongkan dahulu pemikiran, bukan datang dengan resolusi yang sudah tersedia. Kedua, tumpukan kepada isu. Kalau isunya tahlil, hendaklah dibincangkan secara terperinci adakah ia tidak boleh, bercanggah atau dibolehkan dalam Islam dengan dalil dan sandaran. Ketiga, bukan semua yang khilaf itu boleh dijadikan dalil. Ijtihad adalah bagi perkara yang tidak ada dalil tetapi bagi khilaf yang ada dalil kuat, maka kita kena wajib kembali kepada dalil. Seperti dalam surah al-Hasyr ayat 7. Kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada peribadi tokoh tanpa dalil atau khilaf yang tidak muktabar. Sebabnya, dalam Islam tidak ada pemujaan kepada tokoh. Barangkali, pokok permasalahan ini adalah kerana kita tidak didedahkan dengan amalan pelbagai mazhab.

Mungkinkah sudah tiba masanya, kita lebih terbuka terhadap perbezaan mazhab?


DR. BASIT: Memang sistem pengajian kita di kolej dan universiti perlu diperluaskan. Ia perlu mendedahkan pelajar kepada perbahasan dalam empat mazhab yang muktabar.
Kalau kita lihat sejarah, ulama besar dalam mazhab pun di peringkat awal sudah berlaku perpecahan. Imam Abu Hanifah misalnya berpecah dengan pengikut setianya iaitu Imam Abu Yusuf dan Muhamad Ibnu al-Hasan. Imam Syafie pun berbeza pandangan dengan sahabatnya al-Muzani. Tetapi ia tidaklah menimbulkan tuduhan yang Muzani derhaka kepada gurunya. Dalam kajian tesis Ph.D, saya mengkaji tokoh bernama Abu Said al-Istakhri r.h yang meninggal dunia pada tahun 328H. Beliau mendapat gelaran ashabul wujuh iaitu ulama Syafie yang ada pandangan sendiri. Daripada 240 masalah yang dikumpul 150 daripadanya menyalahi pandangan mazhab Syafie. Selepas dibuat perbandingan terdapat beberapa pandangan beliau yang lebih hampir kepada al-sunnah (dalil). Ulama kontemporari, Dr. Yusuf Qaradawi dan Dr. Wahbah Zuhaily juga berbeza pandangan dalam bab fiqh tetapi mereka masih berpandukan ulama terdahulu. Apabila tarjih (pilih) mereka memilih pandangan yang kuat sesuai dengan masa berdasarkan dalil atau maqasid. Kita juga disuruh berlaku adil dalam menghukum.

Namun dalam suasana perbezaan pandangan yang berlaku kini, wajarkah dilabel sesuatu pihak itu sesat?


DR. BASIT: Kita tak boleh paksa orang ikut kita, jadi kena kembali kepada ayat Allah yang menyuruh berlaku adil. Jangan sesekali hukum secara borong orang ini sesat, bidaah atau sebagainya.
Sepatutnya, kita menyebut kebaikan mereka dan senaraikan di mana perbezaan kita dengan mereka. Sebabnya majoriti umat yang ada hari ini berada dalam keadaan tidak mendalami ilmu agama bahkan ada yang langsung tidak menghiraukan agama. Jadi, tumpukan sepenuh tenaga dan usaha untuk mengembalikan mereka ke landasan yang lurus. Kepakaran dan tenaga yang ada jangan dihabiskan dengan forum atau seminar untuk menunjukkan kekuatan ilmu dan menyesatkan orang lain. Kita kena terima hakikat bukan mudah hendak menyatukan manusia. Negara yang ramai ulama bermazhab Hanbali pun bukan semuanya bersatu dalam mazhab itu. Deminian juga yang menjadi satu mazhab sebagai asas perundangan, rakyatnya berpegang dengan pelbagai mazhab Islam. Oleh itu, tumpuan kepada titik persamaan, berlapang dada (al-tasamuh) dalam perkara khilaf. Amat rugi apabila para pendakwah yang kita nampak mereka ikhlas berjuang menyebarkan ajaran Islam telah disempitkan ruang dakwah mereka dengan tuduhan/tohmahan (jumud, taasub, pemecahbelah dan lain-lain) Yang penting masing-masing berpegang kepada dua tunggak utama iaitu al-Quran dan hadis. Ingatlah firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 59.

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.