Coretan minggu kedua



koridor asrama penginapan. salah satu bilik yang sebelah kanan tu berlaku kecurian. beberapa aset peribadi telah hilang dicuri.... tapi dapat kembali setelah perompak yang kurang cerdik tu dapt di kesan. perompaknya security guard kat IAB.... dah lah curi pastu letak hasil curian dalam bakul motor... nak dijadikan cerita, alarm henset yang dicuri tu berbunyi... kah kah kah... nak gelak tak sampai hati. tapi itulah yang terjadi. mengikut ceritanya lagi perompak tu mungkin lepak dalam penjara selama 3 tahun....









teringat aku nasyid sepohon pokok... sepohon pokok daunnya rendang... lebat bunganya serta buahnya... hmmmmm


















bahagian tepi asrama tempat penginapan.



















pembentangan.... group aku dah present awal lagi. Zubir yang tolong present. aku... aku belum lagi ada keyakinan nak present. tak tau sebab apa... :)










semua orang tengah khusyuk dengar kuliah yang disampaikan...













ulat gonggok raksasa... yang ini dah terkorban... ganggren kut sebab sejuk sangat kat Genting ni.













ni antara grphic organizer yang sepatutnya digunakan untuk bahan pengajaran..... pendekatan yang menarik... boleh dicuba.












geleri.... antara pendekatan yang menaik. menggalakkan pertukaran idea setiap pelajar dalam kelas

2 Minggu telah berlalu

Dah dua minggu aku tinggalkan sementara kerjaya hakiki aku. aku rindu nak bertemu dengan "pelanggan" aku yang setia. sebagai seorang "peruncit" pastinya akan tertanya berkenaan pelanggan. apa khabar agaknya semua orang. tinggal seminggu sahaja lagi aku di KL. bukan tujuan jalan2 makan angin, tetapi mencari sedikit nilai tambah untuk diaplikasikan dalam kerjaya yang begitu murni. mungkin terkadang aku merasakan cabaran yang begitu kuat dalam kerjaya yang aku sandang ini, namun disana ada sumber kekuatan yang harus aku gunakan untuk memotivasikan keseluruhan kehidupan kerjaya aku.


adakalanya aku mengeluh dengan cabaran... hmmm.. itulah suatu perkara yang tidak wajar aku luahkan atau aku ungkapkan. ada hikmah yang sering aku lupakan. ada hikmah yang Allah sembunyikan yang perlu aku hayati dan fahami. seorang tukang gasing dapat membentuk tunggul kayu yang tiada makna kepada gasing yang begitu berharga. dari seketul tunggul kepada gasing yang berharga. itulah nilai berbayar yang perlu aku sedar. apakah tukang gasing membentuk gasing yang telah siap untuk dijadikan gasing yang baru. tidak. segalanya bermula dangan usaha yang matang untuk melakukan suatu transformasi pengalaman dan intelektual. nah begitu juga dengan kerjaya aku sebenarnya.

perbetulkan niat atau perkemaskan niat yang sedia ada. kembalikan semangat yang murni terus ke dalam jiwa. semoga hari hari yang mendatang adalah lebih baik dari hari hari sebelum dalam hidup aku.


Gambar candid yang saja aku candidkan.


"take five".... tapi istilah baru kami kat IAB ialah "take fire" hahaha.... hanya manusia naga sahaja yang faham. tapi yang kat dalam gambaq ni tak "take fire" kami "take five".... masing2 layan blues.... dalam kelas sejuk... luar kelas pon sejuk... air kopi tak sampai lagi.... hmmmm takkan air paip kut... aku dah haus ni.





ni antara hasil pembentangan kumpulan lain.... saja aku capture untuk rujukan aku. kumpulan aku tak berapa "menjadi" hehehe... luas betul ilmu pendidikan ni.... kecik rasa diriku yang besar ini.... hukhukhuk









duk berbaris nak makan.. banyak kumpulan yang datang berkursus kat IAB ni. antaranya pengetua dan guru besar. yang kat depan akku ni guru2 besar.... hmmm makan jer apa yang ada cikgu...






hah... aku sengaja ambik gambar guru besar/pengetua ni hensem tak.... budaya makan kat kafe IAB ialah lepas makan kemas sendiri... tak kiralah siapa anda.... jangan ngada2 nak tinggal pinggan kat atas meja.... angkat sendiri tauuuuu.





ni kat dalam library... pusat sumber... kesimpulannya cantekkkkk.

Minggu kedua aku berkursus

Dah masuk dua minggu aku berkursus. terlalu banyak perkara yang aku dapat belajar. mungkin sebelum ni aku tak terdedah langsung dengan semua ilmu yang aku dapat. tempoh seminggu lepas aku rasakan terlalu sekejap kalau nak dibandingkan dengan ilmu yang aku dapat. boleh dikatakan kesemua pengajar adalah yang terbaik yang pernah aku jumpa selama aku belajar.

para pengajarnya bagi aku terlalu professional dan jujur dengan apa yang diaorang ajar. kualiti sentiasa dijaga rapi. aku rasa di Universiti sekalipon aku tak bejumpa dengan kualiti pengajaran seperti yang aku alami sejak seminggu lalu. minggu kedua ni pon perkara yang sama berlaku. aku secara rendah diri dan ikhlas ingin mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada Institut Aminuddin Baki-Genting Highland. sampai satu tahap aku sendiri tak tau apa kesalahan dan kelemahan yang boleh aku nilai. susah.

bukan itu sahaja, persekitaran pembelajaran di sana amat kondusif. dari pada persekitaran yang bersih, udara yang nyaman sehingglah tempat tinggal yang selesa di lengkapi dengan pelbagai kemudahan yang hebat. bukan aku nak puji secara buta tuli sahaja, tapi inilah realiti yang aku dapat rasakan.... tak taulah aku orang lain. kalau aku.... itulah yang aku rasa.



ini adalah persekitaran IAB.... cantik dan berish.... macam rindu sangat untuk aku tinggalkan suasana yang harmoni ini.








gambaran asrama tempat penginapan.... kafe pon ada... gym pon ada... kedai pon ada... semua ada....









hah... ni adalah menara IAB. kat bangunan ni orang pentadbiran memainkan peranan diaorang.







kebanyakan hari dekat IAB Genting ni suasana agak berkabus. walaupon tengah hari....








kabus sampai tak nampak jalan. aku berulang dari rumah Ibu aku di ulu kelang ke Genting. tak jauh 35minit sahaja.

Hari hari terawal berkursus

Dah dua hari aku berkursus.... seronok jugak.... yang tak seronok nak kena buat ganti kelas bila balik perlis nanti. sekarang aku kat KL.... kursus kat Genting.... aku ulang alik dari KL ke Genting. macam jauh jer bunyinye kan.... tapi sebenarnya dekat je. rumah mak aku dekat ulu kelang. jadik, dari ulu kelang ke genting tu makan masa 35 minit (dengan kelajuan kereta ferari yang aku bawak tu hehehehehe)




gambar dalam perjalanan ke KL... amni main dalam kereta macam dia main kat rumah je.... dia tak perasan kereta tu bergerak pantas kut... hehehehe gambar tu saja aku sengetkan supaya yang tengok tu sengetkan kepala sama...







amni dengan gaya seorang perenang yang hebat... tapi mana airnye amni.... pelampung dah ada.... hmmmm bocor ler pelampung itik tu kejap lagi.......









ni gaya amni duduk "bawah" kerusi aku macam tak percaya. tapi inilah caranya..... anak ayah kreatif.








ni suasana bilik.... kami kongsi tandas. bilik single tapi tandas jer kongsi.... tapi kalau aku lain sikit sebab aku kongsi segala-galanya dengan orang sebelah tu (sebab orang sebelah tu wife aku)









suasana dalam dewan kuliah tempat berkursus.... sesi petang. sesi pagi memang best dan mantop... tapi sesi petang ni penceramah dia kurang menarik.... bagi aku ler....










dari tempat berkursus tu boleh nampak puncak genting highland dan sky way atau un cable car. tengok je ler dari jauh. aku terlalu gayat nak naik cable car tu.... bagi ler sejuta... baru aku naik hehehehe...

Tak ada tajuk....

saja nak kongsi beberapa gambar yang sempat aku rakam minggu ni...



ni gambar kotak pensil ajaib.... hehehe kepunyaan salah sorang pelajar aku. bukan perempuan yeee... tapi lelaki. ada yang unik... keseluruhan kotak pensil tu adalah gabungan zip2 yang dijahit. pertama kali aku jumpa kreativiti tahap gaban camni... tak terfikir pulak aku... hmmm





aku tengah tengok pelajar2 aku buat pembentangan.... depa ni kalau present selalu mengadap kat white screen depan tu bukannya nak mengadap audience..... isyyyyyy....








khusyuk dengar taklimat..... hehehe....









amni merayau dalam klinik. sambil tunggu giliran sambil merayau. tak larat nak kejar dah.... biorlerrr









tu aksi yang seterusnya..... suara dia yang paling nyaring dalam klinik tu.... huh riuh rendah dibuatnya.... nasib takder yang nak bersalin...

Sehari sebelum berangkat ke KL

Esok 8HB aku akan ke KL. ada kursus selama 3 minggu. Alhamdulillah aku ke KL (kursus) bersama isteri tercinta. jadual asal isteriku yang akan pegi kursus dulu. beberapa hari lepas dapat memo baru (update) yang ada nama aku. hmmm.... aku tertanya, kat mana aku nak tinggalkan amni ye.. hmmmm..

oh ya... kalau aku balik hari ni mungkin sempat aku sertai perhimpunan kat istana negara bersama GMP untuk mansuhkan PPSMI. huh hangat sungguh isu ni. kenapa ada yang degil. pihak yang menegur bukannya calang2 orang. dan yang menegur tu adalah orang yang tak ada kepentingan politik kepartian. semua bukti dan hujah adalah berdasarkan ilmu dan kajian. aku kagum dengan nama2 ni Dato' Hassan Ahmad, A Samad Said, Prof Shaharir, Prof Nik Safiah dan ramai lagi cendikiawan. diaorang nilah yang bermati-matian memertabatkan bahasa dan budaya melayu. banyak hasilan ilmiah dioarang jadi rujukan di pelbagai peringkat. penat lelah diaorang ni macam sia2 sahaja bila ada orang yang berkuasa "memandulkan" usaha memertabatkan bahasa dan budaya melayu. aku sedikit kagum dengan bangsa india dan cina, diaorang ni ada sekolah untuk bangsa diaorang. tapi orang melayu sibuk sangat nak "cakap" orang putih dalam semua bidang.... kan kelakar tu.

bukannya kita nak tolak bahasa inggeris tu. tapi cubalah kita beri ruang kepada bahasa melayu sebagai bahasa pengantar ilmu. takkanlah selamanya bahasa melayu hanya digunakan untuk mengkaji kesusteraan melayu lama sahaja.... merong mahawangsa.... hikayat hang tuah... dan lain2. Jepun, German, Korea, Taiwan, Iran dan lain2... negara2 ni adalah negara yang maju dalam bidang2 tertentu... dan masing2 KUAT dengan bahasa ibunda masing2.... kita..... kita... bidang apa yang kita maju agaknya... POLITIK kut. itupun asyik bertelagah sesama sendiri.... rakyat yang merana. yang kaya terus kaut keuntungan... yang miskin terus sengsara. kepada orang politik dan pihak yang berkuasa... tak kiralah puak mana anda..... cuba2lah turun ke kampung2 pedalaman masuklah setiap rumah orang kampung pedalaman, dengar dan tengok suasana kehidupan meraka.... bukan waktu nak pilihan raya saja bawak kain batik sumatera. cubalah sehari duduk bersama masyarakat kampung pedalaman yang jauh dari bekalan air paip dan bekalan elektrik. jangan hanya jenguk ke KAMPUNG BARU yang harga tanahnya berjuta.

bukan itu sahaja.... daripada bertelagah nak rebut pangkat (rebut harta sebenarnya) cubalah selami perasaan masyarakat yang tak ada kerja dan diberhentikan kerja serta meraka yang bergaji kecil.... dengarlah bisikan hati dan naluri mereka...."macam mana nak beli makanan, nak beli susu anak, belanja anak, pakaian anak dan sebagainya" dengarlah.... jangan asyik nak bantu GAZA sahaja... kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.

maaf beremosi sikit kali ni... bukannya apa... beberapa waktu yang lalu aku selak2 beberapa profile pelajar aku.... sebak... hati aku menangis...sukar nak digambarkan perasaan sedih aku. dari rekod tu aku dapati ramai lagi yang berpendapatan kurang dan tak tetap punyai anak ramai, susah..... kebanyakannya beasal dari kampung. yang aku kagum diaorang ni pentingkan pelajaran anak2. sampai bergolok gadai.... sebak aku.

wahai orang yang ada kuasa ditangan.... bertindaklah.

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.