Januari: Umur yang berkurang

Semalam yang berlalu membuatkan aku bertanya kepada diri sendiri...."berapa banyakkah aku manfaatkan diri ini untuk kebaikan"... susah untuk soalan yang aku sendiri lontarkan. orang bercerita perihal mati. Dan dah pasti mati itu akan datang menjemput. setiap orang cara jemputan tu berbeza. "apakah aku yakin yang akan datang menjemput aku tu nanti manis perwatakannya". lagi satu soalan yang tak ada siapa berani jawab.

pernah seorang alim menangis teresak2 menceritakan perihal mimpinya. katanya (lebih kurang ler), dalam mimpi tu dia nampak satu halakah manusia.... kumpulan manusia.... sedang dalam majlis ilmu. kelihatan seorang lelaki sedang mengajarkan sesuatu. dia cuba untuk masuk tapi tak mampu. dia hanya duduk diluar kumpulan orang tadi sambil menyusun selipar... bila selesai majlis tersebut dia bertanya orang, siapakah yang mengajar sebentar tadi. orang berkata, itu rasulullah s.a.w. orang alim tu sambil sebak berkata, tara dia pon layak susun selipar jer. dimana tahap aku waktu ini.

huh... itu orang alim yang memang orang tau dia alim dan hebat ilmu agamanya.... aku ni.... hmmm...

bukan januari permulaan tahun untuk umur bertambah. cuma, januari datang saban tahun untuk mengurangkan umur aku dan mengurangkan sedikit demi sedikit nikmat yang aku miliki.

sejak dua menjak ni aku macam rasa seronok dan beridea untuk cuba menulis cerpen... aku amat minat menulis ni. cuma sekarang aku buat secara curi2 saja. Mikrofon atas mimbar, cubaan aku yang pertama. aku peminat sasterawan negara abdullah hussain. dan novel imam banyak mempengaruhi aku. novel tu aku baca masa zaman aku sekolah menengah lagi. jadi aku cuba menulis dengan gaya aku sendiri berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku sejak sekian lama dan sejak aku berada di beberapa tempat dan suasana. aku akan cuba menulis untuk perkongsian bersama. cuma aku bukan professional dan ada pendidikan formal menulis. aku sekadar menyuarakan isi hati aku. aku nak guna ayat pkksabah "ini blog aku, aku punya sukalah nak tulis apa" hehehehe...

sekarang ada isu keselamatan sebaran maklumat guna blog... pulak.... ada undang2 yang pantau blogger. tak boleh tulis sembarangan. lorrr.... suka hati orang lah nak tulis apa pon. kalau macam tu kenapa pihak yang berwajib tak sekat jer laman web judi, porno dan ajaran sesat. aku rasa semua ni ada hubungkait dengan politik kepartian. niiiiilah yang aku meluat. sini politik, sana politik.... yang jadi mangsa, orang lain yang tak ada kaitan dengan kepentingan politik. cesssss.... pakcik2 yang berwajib aku rasa pakcik2 semua kena adil jugak. jangan pilih bulu. lagi satu.... sekatlah laman2 web yang negatif tu dulu.... aku sokong apa yang depa nak buat, cuma adillahhhh..... aku rasa lepas ni semua blogger hanya tulis pasal serangga jer... tak pon pasal binatang kesayangan.... bagi aku apa orang nak tulis ponnnn..... biaq pi lah kat depa. yang penting kaji kesahihan semua maklumat sebelum buat apa2 tindakan yang sangat kurang cerdik....

k lah, nak komen gambar bawah ni pulak....



suasana lepas maghrib kat tempat aku.... pinjam henset wife aku untuk capture pict. ni...tq darling hehehehe.... dia tak taupon tetiba jer dia tanya macam mana gambar tu ada kat henset dia... :)






kat tempat aku dah masuk musim luruh.... angin kuat bertiuuuuup musim layang2 banyak dijual kat kedai...







dah hampir maghrib......








amni masih taknak turun buaian tu..... puas jugak nak pujuk dia suruh balik....







beban tambahan yang aku kurang suka dan kurang upaya nak buat.... biaqlaaaaa aku buat jadual waktu jer..... kenapa aku pulak yang dipilih.... kan ramai lagi orang akaun.... aku ni sembang boleh ler.... bab debit kredit ni aku memang sengal banyak.... huh... aaaaaaaaaaaaarrrrrghhh..... (awaiting for six month...)



oh ya pasal cerpen aku yang teruggul tu nantikan sambungannya..... aku tengah atur idea dalam kepala otak aku ni. banyak sangat idea yang nak aku lontar keluar.... kekadang keluar... tu yang panjang aku tulis... tapi bila idea sangkut tu yang aku tulis bersambung tu.... hahahaha.... apa2pon nantikan kesudahan yang pasti tak dijangka dan disangka.

tungggguuuuuuu.....

Ceritera 2: Mikrofon atas mimbar


[masih lagi gambar hiasan yang aku cilok dari koleksi gambar dalam henset aku]

Imam tua masih duduk dan meneruskan zikir yang masih belum selesai. sebenarnya hampir setengah imam tua tu baca tahmid... tinggal 15 kali daripada 33 kali. tetapi tahap fokus imam tua agak sedikit terganggu dengan pertanyaan yang ditinggalkan oleh orang muada tadi. imam tua meneruskan juga zikirnya sehingga habis keseluruhan bilangan zikir sebanyak 100 kali.

suasana masjid agak tenang berbanding lepas solat jumaat tadi. tadi orang ramai berebut keluar masjid setelah selesai solat. tak ramai yang bekejar ke pejabat sebab zohor agak awal hari tu dan solat jumaat habis agak awal.

khutbah hari itu agak pendek berbanding minggu2 sebelumnya. mungkin imam tua juga perasan. bagaimana tidak, sebelum naik ke mimbar imam tua membelek2 teks khutbah dan membuat penambahan sedikit. tak banyak. kalau terlalu ketara penambahan atau perubahan, orang dari pejabat agama akan memanggil imam yang bertugas dan sudah pasti amaran keras akan diberikan. selalunya imam tua menambah dalil nakli yang di ambil dari rujukan al-quran, lebih2 lagi imam tua sudah beberapa kali mengulang baca tafsir quran oleh ibnu kathir dan al-kurtubi, selain itu, rujukan beberapa hadith dari sahih muslim dan bukhari disamping syarah terhadap kedua2 kitab tersebut. cuma bila rajin sedikit imam tua akan bukak kita besar mazhab syafie, al-umm dan ar-risalah... itupun kalau dia rajin sebab kitab tu perlu pemahaman dari aspek ilmu dan akademik.

ya... ramai makmum yang keluar berebut2 ke gerai mamak sutan mahmood untuk makan cendol pulut special. gerai bergerak basikal roda tiga tu selalu penuh dengan pelanggan. boleh dikatakan 15 minit sahaja cendol mamak sutan mahmood habis licin sampai ke dasar periuk aluminium.

imam tua melihat keluar lalu bingkas bangun. dia terus menuju ke sebelah kiri masjid untuk memadam beberapa kipas yang belum dipadam. imam tua masih berfikir. apa jawapan yang patut diberi kepada pemuda tadi. jari telunjuk tangan kanan imam tua terus memadamkan kesemua kipas yang masih terpasang.

dari suis kipas imam tua berjalan perlahan dan teratur menuju bilik imam masjid. di hidupkannya kipas dan lampu sebab bilik imam tu agak gelap. walaupun tingkap bilik tu agak besar tetapi sebahagian besarnya terlindung dengan pokok beringin yang rendang di luar bilik. imam duduk di atas kerusi.

"di mana aku nak cari maklumat tentang filem 2012 dan kiamat". keluh imam tua sambil mengurut manja janggutnya yang sejemput itu tapi panjang.

dia merenung netbook berjenama dell di atas meja. lantas dia teringat berkenaan Wifi. sebab baru kelmarin dulu si abu anak pak majid yang sedang cuti semester menambah access point di beberapa kawasan dalam masjid, baik budak tu, dia tolong beli dan tolong pasangkan sahaja. kalau nak harap tunggu kontraktor datang lambat dah tu pulak harganya mahal dari harga biasa, sebab tu imam tua mintak tolong si abu tu - abu bukan budak jurusan komputer tetapi dia dalam bidang perhotelan dan dia antara pemuda yang selalu mengimarahkan masjid - itu pon sebab imam tua mengadu kepada AJK ICT masjid, signal WiFi dari bilik imam perlahan sangat. paling tinggi pon 2 bar.

imam tua terus saja buka netbook dan tengok signal WiFi pada skrin. signal WiFi tinggi walaupun tak 100%. imam tua membuka pelayar internet, dia suka menggunakan mozilla firefox sebab kalau guna internet explorer besar kemungkinan komputernya boleh kena godam. pada pelayar internet tu imam tua menaip google. lantas ditaipnya perkataan youtube. pada laman youtube imam tua terus mencari maklumat tentang filem 2012.

hampir setengah jam imam tua melayari youtube berkenaan filem 2012. dari situ dia mencari pula maklumat tentang kiamat. daripada carian tersebut terdapat beberapa senarai video pendek berformat flv. di telitinya satu persatu. "hah ustaz samsuri". kata imam tua penuh minat. video pendek ulasan dari kitab bahrul mazi jilid yang ke 15. teliti dan khusyuk imam tua mendengar. sejurus dia teringat akan kitab tersebut terdapat dalam simpanan perpustakaan mini masjid. setelah mematikan netbook imam tua terus menuju ke perpustakaan mini masjid yang terletak di sebelah bilik imam.

bersambung....

Ceritera: Mikrofon atas mimbar

[gambar hiasan ehsan dari koleksi gambar dalam henset aku jugak]

Dari atas mimbar imam tua masjid memberi arahan kepada semua orang di luar masjid... "saudara yang di luar masjid dan yang masih berniaga sila masuk ke ruang masjid kerana sebentar lagi solat jumaat akan di langsungkan"... maklum imam yang dah menjangkau umur 70 tahun dengan suara garau dan tegas. sebenarnya imam tua ni memang terkenal dengan sikap tegas dan garang orangnya. pernah suatu hari ada anak kariah pakai seluar pendek buat dek jalan tepi masjid nak ke kedai dipanggilnya. sebab apa... sebab waktu tu azan zohor baru sahaja sudah dilaungkan oleh bilal yang juga tua. anak kariah tadi ditegur secara berhemah. dan kesan teguran itu anak kariah tersebut kini merupakan "orang masjid" yang amat taat.

imam tua telah sempurna mengepalai solat jumaat pada hari itu. dari riak mukanya seperti ada sinar kelegaan. lega kerana tanggungjawabnya pada tengahari tu dah selesai. sedang imam tua duduk berzikir di sudut kanan depan masjid datang seorang remaja datang manghampiri. pemuda yang berseluar jeans dari jenis levi's sedikit lusuh berkemeja T yang tertulis di hadapan bajunya "aku ingin bebas" menghampiri imam tua lantas duduk tawaruk di sebelah kanan imam tua.

"imam nak tanya sikit boleh tak". kata pemuda yang kelihatan seperti kumpulan rock, cuma rambutnya tersisir molek.

"boleh, apa dia". jawab imam sambil menghadapkan seluruh tubuhnya kepada pemuda tadi sambil lontaran senyum manis yang begitu ikhlas.

"saya nak tanya pasal kiamat dan pasal filem 2012 tu". tanya pemuda tu dengan serius. imam tua tersenyum dan menarik nafas pendek dan menyambung,

" Oooo tentang itu, beginilah sekarang saya belum ada jawapannya."

"bolehtak anak datang semula selepas asar."

"insyaAllah saya akan cuba berikan jawapan yang terbaik. boleh kan". sambil memegang belakang pemuda tadi.

"insyaAllah Pak Imam". pemuda itu bersalaman dengan imam tua sambil mencium tangan dan berjalan ke belakang masjid. setelah solat sunat dua rakaat pemuda tadi terus keluar masjid dengan di dahului kaki kiri dan doa keluar masjid.

bersambung....

Peristiwa: Masa yang tak akan kembali

Hari ni.... hmmmm maksud aku, petang ni aku rasa masa yang sesuai untuk update blog aku ni. ada beberapa gambar yang aku kongsi dengan korang. ye betul.... banyak aktiviti aku berbanding maklumat yang berunsur ilmu kat blog ni. macam aku pernah bagitau... blog ni sekadar paparan aktiviti aku dan aku suka "campak" apa saja dalam blog ni untuk di kongsikan dengan orang yang aku kenal ataupun yang aku tak kenal... ada faham... :)


lepas kemas rumah... tolong wife aku... aku ke tempat basuh kereta berbayar... lama sangat tak basuh kereta ferarri tu... takut berlumut pulak nanti.... tapi aku tunggu punyalah lama sebelum kereta aku dimandikan.... huh.... tapi hasilnya berbaloi.... nak tunggu aku basuh sendiri..... harammmmm....




semalam gotong royong kat pejabat aku... depa letak meja dan kerusi yang terhias indah kat belakang aku.... pandai office mate aku hias...... kenaaaaa jer kalau aku.... ntahler jadi apa...






student yang aku jumpa kat perpustakaan.... bagusla tu... baca jangan tak baca.








aku.... dan..... ketua program serta ketua jabatan. melawat student sakit kat hospital.... aku bukan ketua apa2 cuma ikut depa jer....







bila tempat aku nak kemas niiiiiii..... aaaaaaaaargh.....








mejoriti officemate aku wanitasssss..... lelaki 7 orang jer.... boleh buat team futsal jer.... tu pon kalau aku tak injured hahahaha







muhammad hamzah demam.....









lawatan ke ladang burung unta.....







gotong royong potong daging...









kerja2 melapah..... besar bangat lembunya pak....

Semalam: Semalam yang terlepas

lama rasanya tak update blog aku ni... kebelangan ni aku agak sibuk dengan beberapa tugas yang masih belum selesai.

banyak perkara yang nak aku kongsikan dengan semua pembaca blog ni...

nantilah.... aku akan update kemudian.

Pejabat: Kembali ke pejabat setelah bercuti

Balik semula ke pejabat... banyak kerja yang perlu aku langsaikan sebelum 17 jan depan....



anak kucing comel ni aku nampak kat tangga pejabat aku... ibu dia hitam.... anak2nya comel2 belaka.... aku tak suka bela kucing, tapi suka kucing.... meeeeeeeowwwwwww....






taklimat nak cara kriteria naik pangkat..... huh.....








ni aku..... tengah meeting dengan pkksabah hehehehe.... aku memang tak reti jadi SU..... aaaaaaarghhhhhh







pkksabah tengah bagi penerangan..... aku sokong cara dia yang maya dan paper less hehehehehe.... takleh komen panjang2 :)







bilik ni aku mintak tolong unit penyelenggaraan pecahkan.... betullah depa pecahkan jer..... cumaaaaaa.... pecahkan jer ke? hmmmmmm........

Pulang: Dari KL ke Perlis

beberapa waktu ni aku tak berkesempatan untuk update blog aku ni.... ada kerja yang perlu aku utamakan...

aku cuba upload beberapa gambar yang tak sempat aku upload sebelum ni...





singgah di masjid untuk solat....








bangunan sebelah masjid ni unik.... tak pasti pulak aku bangunan apa tu...






bangunan lama sekitar perak.... aku suka design bangunan lama yang kukuh tu...








lagi bangunan peninggalan zaman yang aku belum lahir.... pasti menyimpan pelbagai sejarah yang aku tak tau...






mungkin bangunan ni yang paling muda antara bangunan yang lain...

Zoo Negara: Dekat tapi jauh

"Bang jom lah pegi zoo... sejak nikah, tak pernah pon kita pegi zoo" kata wife aku sambil mengeluh.

aku diam. tapi otak aku berfikir laju... "nak pegi ke tak ye. bukannya ada banyak binatang pon"

"dah dua orang anak... kita tak pegi pun zoo... jom lah bang" kata wife aku sedikit mendesak.

aku menung.

"kali ni nekad nak pegi jugak zoo tu, kalau tak sampai bila pon tak dapat pegi"... wife aku bertegas..

akhirnya aku pun buat keputusan pegi zoo bawak wife dan anak2 aku jalan2 aku bawak sekali adik bongsu aku ikut, sebab dia dah beberapa kali masuk zoo tu.

sebenarnya rumah ibu aku tak sampai 10 minit pon dari zoo tu. zoo tu macam jalan utama nak ke rumah ibu. ni lah kali pertama aku ke zoo sejak tahun 1990 :). memang banyak berubah. dah cantik zoo tu rupanya. binatang taklah banyak mana pon banding tahun 1990 tu. bersih dan cantik. cuma entry fee dia begitu mahal aku rasakan.... 3 dewasa RM60 + RM4.20 parking tu belum naik tram RM3 untuk dewasa RM 2 untuk kanak2 2tahun ke 12tahun... dulu tram free jer... cuma sekarang tram tu cantik ler sikit.




tasik di mana P Ramlee berlakon dalam cerita masam masam manis







Rimau........ ngaaaaaaaummmmmm








gajah.... ada sesiapa yang tak tau ini gajah????...








amni dan gajah..... binatang kesukaan amni








bangau kut.... ke flaminggo








amni dalam sangkar bangau....









dalam sangkar bangau.....







amni dan acu kejar rusa yang saja dilepaskan...









rusa......







rusa dalam kandang...








tengok Rimau yang mengantuk...








lembuuuuuuu....








kalau kena tanduk dia kompom batu dua....









badak tengah lepak..... kenyang kut






amni tengah nyanyi lagu bangau oh bangau sambil berdiri atas bangku... hamzah, umi dan acu rehat kepenatan berjalan... aku... aku ambik gambar ler....







bangau.... flaminggo tengah dengar amni nyanyi..








amni tak abis nyanyi lagi.....








rusa.... kalau nak bagi makan, kena beli RM3....








seladang india...... besarrrrr







BABI berjanggut..... ke babi hutan.... pemalu depa ni.... duk jauh2 macam mana aku nak ambik gambar korang ni.... Oooi meh dekat sikit.... kang aku terjun kang... oh ya tolong cukur misai n jangut korang sikit... selekeh betul.





hah.... ni pulak rusa BABI... betul tak tipu.... kat signage tu nama dia rusa BABI... sapa yang babi yer.... mak ke bapak dia.... isy penin aku...







amni dan acu tengok beruk.... senyap jer beruk2 tu... dulu masa aku ke zoo.... bising dengan bunyi beruk. kali ni senyapppp jer... pelik.... sapa marah beruk2 tu buat bising ye....





ada pertunjukan......








pertunjukan... mula2 dua ekor burung kakak tua... lepas tu anjing laut berumur 4 tahun.... last sekali anjing laut berumur 19 tahun namanya bad.... bukan badrul ye.... bad jer....






tengah tunggu pertunjukan nak mula.... orang tak ramai lagi... lepas tu barulah ramai walaupon tak penuh...

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.