Hari ini sebelum hari esok menjelma

Sebelum tu....

sedikit info aku nak habaq pi.... blog http://agroshopping.blogspot.com/ yang aku buat untuk iklankan business kecilan aku dan kawan aku (aku penyuntik modal jer sikit tu pon modal untuk ayam piru jer) telah berada dalam senarai blog di http://www.jpvpp.gov.my.... dengan 19 hits... aku saja nak cuba2 perniagaan berasaskan produk agro ni.. aku sedang belajar selok beloknya daripada kawan aku yang dah lama terjun ke lembah perniagaan berasaskan agro ni... semoga aku akan dapat manfaat dari semua ini.... insyaAllah. setakat ni perkembangannya amat memotivasikan aku.. :)











Esok...

Aku akan balik ke kelantan untuk hantar wife aku.... bersalin dan berpantang di sana... jadi tinggallah aku keseorangan di rumah. orang kata "bujang" kembali. aku pastinya akan terasa kesepian beberapa waktu akan datang. mungkin waktu aku keseorangan nanti akan ada waktu muhasabah diri... apakah telah aku jalankan tugas aku sebagai suami dan ayah dengan sempurna (walaupun takkan dapat 100% perfect)......

hari ini...

aku masih lagi update beberapa perkara untuk aku hadapi minggu depan yang mencabar.... hehehe... tapi aku menyempatkan diri untuk update blog ni kejap...

oklah.....

back to work....

Dilema seorang insan


lokasi kawasan rumah aku dari pandangan setelit..
rumah aku?? rahsia... nanti CIA cari aku dan tuduh aku
sebagai pengganas dan pengebom berani mati

Semalam...

aku dapat memo/surat dari pentadbiran... tajuk: KURSUS KENEGARAAN, BIRO TATANEGARA 6 HINGGA 10 OGOS 2009... hmmm..(sigh..) sekali lagi kotak pemikiran aku ditambah dengan isu lain... isy... sebenarnya tarikh kursus tu amat tak sesuai dengan situasi aku sekarang. ada dua sesi, kedua2 sesi tu aku tak dapat pergi (aku rasa) sebabnya wife aku dijangka bersalin 8-11/08/09... aku kalau dapat nak bersama dengan wife aku semasa dia melahirkan anak aku yang kedua... besar maknanya bagi aku... masa anak yang pertama aku tak sempat bersama... tapi untuk yang kedua ni aku amat berharap aku berada bersama dengan wife aku (walaupun tak masuk labour room - sebab aku boleh pitam kalau tengok dan bau darah :(...) itu dah cukup bermakna...

mulanya aku nak pergi gak... mungkin pada tarikh yang lain... tapi bila.... bila aku fikir dalam2 aku dah buat keputusan.... AKU TAKNAK PERGI ke kursus tu. aku rasa ada jiwa yang perlu aku raikan..... ada pengorbanan yang perlu aku hayati bersama.... apalah makna aku kejar dunia sedangkan dunia sentiasa meninggalkan aku (dunia perlu gak... cuma dalam hal ni lain sket maksud aku)... pengorbanan isteri tu terlalu besar.... aku terfikir... apakah kursus tu lebih penting dari isteri yang sedang bersabung nyawa untuk melahirkan zuriat aku??... aku teringat Abah aku... dia tak pernah tinggal Ibu aku sewaktu Ibu aku melahirkan adik2 aku (aku yang sulung aku tau ler) kalau Abah tak pernah tinggalkan Ibu aku.... apakah aku sanggup??... tiada hadiah yang dapat aku bagi buat wife aku sebagai pengganti pengorbanan yang tak ternilai tu. 9 bulan mengandung pon dah merupakan satu pengorbanan yang terlalu besar yang dapat aku saksikan dengan mata aku. pelbagai rintangan dapat aku saksikan sepanjang 9 bulan. dan kemuncaknya adalah sewaktu melahirkan... tu belum lagi proses setelah wife aku bersalin... dengan tidur yang tak cukup dan sebagainya... semua tu aku tak mampu untuk lakukan... sedangkan bangun buat susu anak pon kekadang aku tak mampu (tak terjaga.... ) inikan pulak bersabung nyawa...

aku cuba untuk bersama wife aku.... itulah sedikit hadiah aku untuk wife aku (tu pon kalau sempat aku balik kg wife aku.... due tak tentu maaaa)....

sesekali perlu ada kos melepas yang perlu di hadapi...

Lirik Kopratasa - Permata Untuk Isteri

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau berilti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini tak semudah
Yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteri ku

Minggu yang telah di penghujungnya

hujung minggu ni aku cuba habiskan sebaik mungkin bersama anak dan isteriku.... sebab minggu depan depa akan aku hantar ke kg... tujuan... hantar isteriku bersalin dan berpantang di kampung halamannya... kelantan. bukan aku tak nak jaga... cuma kami nak lengkapkan kemahiran dan pengalaman jaga anak baru lahir.... insyaAllah untuk anak yang ketiga kami dah yakin untuk uruskan segalanya sendiri..... dan aku nak ibu mertuaku yakin dengan aku untuk jaga anak dia... untuk anak yang sulung aku dah buktikan aku boleh jaga anak dia... yang kedua ni aku nak tambahkan keyakinan ibu mertuaku....

aku rancang nak hantar isteriku ke klate jumaat ni... jadi aku kembali "bujang" bermula hari ahad depan :( sedih gak.... tinggal isteri dan amni.... amni dah mula cerdik dan matang... seronok tengok keletah dia... kekadang sepanjang hari dia membebel sorang :)



setelah penat menyepah... amni baring kat kerusi... rehat sekejap agaknya sambil fikir apa lagi dia nak sepahkan.... huh tu baru sorang tu.....





gulai ayam... masakan minang..... wife aku dah mula handal memasaknya.... memang sedap.... tapi takleh lawan aku masak lagi hehehehe...






ni prjek kecil-kecilan aku hujung minggu... ampaian kain... aku buat kat belakang rumah aku.... kos tak sampai RM10 hehehe... lepas ni sapa2 nak buat ampaian ni boleh ler call aku ye.... :)

p/s: camtu lah bentuk ampaian orang yang tak der seni bertukang... asal boleh jer




satu lagi projek mega aku hujung minggu.... jahit seluar.... ye betul aku jahit seluar guna mesin.... sebelum ni guna jahit tangan jer. ni lah kali pertama aku jahit guna mesin....






huh.... tersasar gak bila guna mesin ni..... cabaran... aku jahit seluar yang baru beli.... adjust kaki bagi pendek sikittttt.....








uum kena serang H1N1....... sesak depan pintu depan.








jemput sepupu wife aku yang study kat uum....








kereta makin banyak....uum di arah kosong.....

Tak ada gambar...... cuma kata-kata

aku teringat peribahasa ni "rumah siap tukul berbunyi".... hmmm sekadar teringat dalam keadaan aku sewaktu ini.... it tells every things...

post sebelum ni aku quote dari email yang wife aku bagi berkenaan suasana di tempat kerja. wife aku pon dapat dari kawan dia jugak.... dan...dan pada artikel tu tertulis nama datuk dr. fadilah kamsah.... aku tak pasti adakah benar dari dia atau tidak.... cuma dalam artikel tu aku tertarik dengan beberapa suasana di tempat kerja yang benar2 berlaku secara sedar atau tak sedar dalam kehidupan seharian kita bekerja... tu sahaja yang aku berminat dalam artikel tu..

hmmm... aku nak taip jugak... walaupon aku teragak2 untuk taip... hmmm kerja aku yang satu tu hampir siap. walaupun susah nak kata siap tapi bolehlah untuk aku kata siap 65%. tugas aku tu dah bersama dengan aku genap 3 tahun berturut2... dan sepanjang tu jugak banyak respon yang aku dapat dari kawan2... ada yang positif dan ada yang negatif... aku bermula dengan kosong...tak tau apa2.... aku belajar sikit2... tanya.... cuba... dan sebagainya untuk aku faham kerja yang aku buat.

ingat lagi masa mula2 aku pegang tugas tu, ada kawa dari jabatan lain yang tugasnya sama dengan aku (senior aku) cakap "tugas ni kadang2 boleh menyebabkan orang lain masam muka kat kita"... aku selalu teringat kata2 tu sampai sekarang. kata2 tu terlalu betul.... bahkan lebih dari tu sebenarnya. aku bukan spisis yang lari dari tugas... tapi aku akan cuba penuhi tuntutan tugas tu sebaik mungkin.

bila aku buat tugas aku, ramai yang bagi pandangan positif... aku hargai... ada yang bantah dan anggap apa yang aku buat tu terlalu mudah dan remeh. cuma apa yang aku pelik bila aku nak bagi tugas tu kat depa, taknak pulak.... kurang faham aku. aku nampak trend orang kerja... seboleh2nya elak daripada buat kerja yang susah dan mencabar....(hehehe aku rasa aku antaranya)... maksud aku depa suka berada di zon selamat.... tak perlu bersusah payah... yang penting gaji jalan... buat2 banyak kerja.... sibuk dengan kerja orang supaya orang nampak dia yang bagus buat kerja dan orang lain tak reti buat kerja.... hah... ni lah antara trend yang aku nampak...

dalam post aku sebelum ni, ada banyak pengajaran untuk aku....

aku berkali2 mohon supaya orang lain pon dapat rasa aura tugas aku ni... buka tujuan aku untuk menyusahkan orang lain... tapi sekadar supaya setiap orang faham keadaan tugas aku tu. kekadang masalah tu bukan datang dari aku pon... kekadang dapat dari punca kemudahan yang tak cukup... mana mungkin motorsikal yang berkapasiti dua orang dinaiki 4 orang atau lebih...

isy... mungkin ada salah aku kat mana2 sepanjang aku jalankan tugas... berkenaan tu aku mohon dengan ribuan kemaafan...

moga ada perubahan....

p/s: rambut sama hitam hati lain2......

Tips untuk kita yang kerja di pejabat


Ketika kamu melihat seseorang... ..Ingatlah itu sebagai pertemuan suci....
Ketika kamu melihat orang itu...Kamu melihat dirimu sendiri...
Ketika kamu menganggapinya. .Kamu menganggaplah dirimu sendiri.......

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... . "

Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia...sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan .. kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya "Mengkritik tidak bererti menentang, Menyetujui tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

sumber : Datuk Dr. Fadilah Kamsah.

Jumaatkah hari ini?


Hari ni dah 2 sya'ban... hmmm hati aku jadi begitu tak keruan menahan rindu pada kekasih yang dirindui. sepanjang masa aku teringat akan kekasih ku... semenjak sebulan sebelum Rejab aku dah mula tak sabar... aku terlalu rindu amat... kekadang kerisauan aku sehingga ke tahap aku risau tak dapat bertemu dengan kekasihku yang dirindui.... hmmm malam2 bersama kekasih ku setahun yang lalu sukar untuk aku lupakan. belaian mesra setiap malam yang dingin amat aku rindui... sebulan bagaikan setahun rindunya untuk aku temuinya... aku amat berharap pada Allah untuk beri aku kesempatan bertemu kekasih ku ramadhan al mubarak...

ahlan wa sahlan ya ramadhan...

allahumma bariklana fi ramadhan..... ya arhaman rahimin...

Dah masuk Sya'ban, menghampiri Ramadhan

semalam aku teman wife aku ke pesat kesihatan pauh... minggu2 terakhir sebelum wife aku bersalin. masa proses pemeriksaan doktor berlangsung aku ambil kesempatan untuk melelapkan mata barang seketika.




tidur sekejap.... sambil tunggu wife aku






hari ni...

tadi aku tak ngantuk sangat... tapi la ni ngantuk pulak aku...

aku cuba update blog ni sekejap sebelum aku tidur....



perlawanan badminton.... kami main untuk keluarkan peluh yang lama tersorok kat sana sini.








gerhana matahari..... kat tempat aku tak nampak kejadian tu






p/s: aku kurang mood ceria dua tiga menjak, jadik aku update mana yang sempat jer...

Bila ilmu mendasari setiap sesuatu, hilanglah ego

sedang aku menyelusuri beberapa web site dan blogs aku terjumpa satu artikel yang amat baik dan amat berfaedah untuk semua orang... serta memberi jawapan secara ilmiah tentang permasalahan yang timbul. aku sekadar memberi satu dimensi baru kepada korang untuk berfikir berlandaskan ilmu.... rujukan yang sahih... tinggalkan nafsu dan ego di belakang.... berlapang dada... dan merasakan kasih sayang antara kita.

sekadar quoted tulisan orang lain....











http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21766&Itemid=91

(pilih menu MINDA kemudian pilih submenu AGAMA)

Perlukah saya buat kenduri arwah?
Azamin Amin
Thu | Jul 16, 09 | 11:38:28 am MYT

"Perlukah saya sediakan makanan dan buat kenduri arwah kepada orang kampung sedangkan keluarga saya tengah sedih sangat sebab baru sahaja kehilangan ayah tersayang?" tanya seorang remaja kepada saya yang baru kehilangan ayahnya yang tercinta akibat sakit kronik.

Terkedu dan pernah juga terfikir dalam benak hati, namun kerana kenaifan saya di bidang agama saya diamkan sahaja sehinggalah muncul kembali soalan yang terbit daripada anak muda belasan tahun ini yang datang daripada keluarga yang susah.

Lantaran itu, walaupun sedikit kesibukan dengan tugasan, saya meluangkan masa mencari jawapan yang mungkin atau mengundang pelbagai pandangan dan polemik serta emosi kurang senang banyak pihak.

Namun atas landasan mencari ilmu termasuk mahu berkongsi bersama, saya kutip beberapa pendapat yang boleh dijadikan panduan kepada semua khususnya kepada anak muda yang bertanya itu sehingga saya membiarkan dia termanggu tanpa sebarang jawapan sebelum ini.(segala kesilapan dan kelemahan mohon tunjuk dan maafkan)

Amalan membebankan keluarga si mati

Dalam laman blog dikenali sebagai Institut Al-Imam Syafie (Intis) seorang Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdullah Bukhari Abdul Rahim menulis amalan kenduri arwah ini sudah pasti menyusahkan keluarga si mati yang masih lagi bersedih dengan kehilangan orang tersayang.

Katanya Rasulullah s.a.w ketika mendengar berita kematian Jaafar ibn Abi Talib, baginda bersabda:

"Persiapkan makanan untuk keluarga Ja'far, kerana sesungguhnya mereka telah didatangi dengan apa yang menyibukkan mereka (kesusahan)." - Hadith riwayat al-Tirmidhi & Abu Dawud.

Keluarga si mati yang baru ditimpa musibah(al-Baqarah:155-157) perlu disokong dan dibantu.

Amalan di sesetengah tempat ini adalah salah, kerana katanya kesedihan keluarga si mati akan ditambah lagi dengan kesedihan lain seperti bebanan kewangan kerana perlu membayar upah orang membaca al-Quran, sembahyang jenazah dan kenduri arwah.

"Budaya mengadakan kenduri arwah bersempena kematian pada malam pertama, malam Jumaat, malam ketujuh, malam ke-40 dan malam ke-100 juga tidak mempunyai asas sama sekali dalam Islam," katanya yang dipetik dari laman web tersebut

Amalan itu membawa kepada pembaziran jika membabitkan penggunaan harta si mati tanpa jalan yang betul dan membabitkan penganiayaan harta anak yatim malah Majlis Fatwa Mesir pada 1947 memutuskan bahawa amalan berkenaan perlu dihentikan.

Ulama mazhab Syafie melarang kenduri arwah

Rujukan katanya boleh dibuat terhadap Kenyataan bekas Mufti Mesir Syeikh Hasanain Makhluf di dalam akhbar al-Ahram bertarikh 27 Julai 1947 dan Fatwa ini kemudian disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan dengan rasminya pada 14 Ogos 1947, bilangan 377.

Katanya lagi Ulama mazhab Syafie melarang budaya ini sebagaimana dipetik daripada buku Feqah Mazhab Syafie, al-Fiqh al-Manhaji.

Antara petikan kitab tersebut yang berbunyi:"Daripada bidaah apa dibuat keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan upacara dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya."

"Sekiranya perbelanjaan makanan itu daripada harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram.

"Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim itu. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya." ( rujukanjil 1/ ms 263, Damsyik: Dar al-Qalam).

Dalam pada itu pada Jun 2005 blog tersebut turut memetik ruangan Tazkirah di bawah tajuk 'Amalan Jahiliyyah Disangka Ajaran Agama' oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merujuk kepada pengarang kitab at-Tazkirah iaitu Al-Qurtubi berhubung isu kenduri arwah.

"Dengan jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah.

"Dengan jelas perbuatan itu tiada Nas yang menjadi rujukannya dan tiada petunjuk sunnah yang menjadi ikutan, " kata Nik Aziz.

Kenyataan pahit dan mengejutkan

Kenyataan ini kata Nik Aziz mungkin agak keras dan pahit serta boleh jadi suatu penjelasan yang mengejutkan terutama terhadap mereka yang mengamalkan perkara tersebut secara ikut-ikutan dan membuta tuli tanpa mengkaji dari sudut ilmiyah.

"Tetapi inilah hakikat Islam yang mesti diakui oleh penganutnya yang sedia kembali kepada al-Quran dan Sunnah," katanya

"Tidak dapat dinafikan bahawa amalan tersebut telah berakar umbi di dalam masyarakat melayu, sehingga sebahagian dari mereka menganggap bahawa amalan tersebut adalah merupakan amalan agama yang mesti dilakukan setiap kali berlaku kematian," katanya lagi

Kata Nik Aziz lagi sungguhpun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya r.a yang mati.

"Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w.?" katanya membangkitkan persoalan.

Soalnya lagi jika perkara itu tidak dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat maka dari manakah punca amalan itu diambil.

"Apa yang paling mendukacitakan, mereka menganggap amalan tersebut sebahagian dari amalan Islam, padahal Rasulullah sa.w. tidak pernah menunjukkan contoh seperti itu dalam sunnahnya," katanya.

Bagi umat Islam marilah berlapang dada dalam menghadpi persoalan agama dengan menghayati petikan ayat daripada surah An-Nisaa' 4:59 :

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."

tiada ulasan untuk aku catatkan.... segala ulasan telah diterangkn dalam artikel di atas.

cuma...

“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

Ahad : 2 daripada 3 hari cuti

hari ni rancang ke aneka kat jitra... beli barang keperluan wife dan anak aku yang bakal lahir... sambil tu aku beli gak keperluan rumah yang dah kurang....



ni cara amni "tolong" umi dia ngemas dan lipat kain.... tu belum dia seret bakul kain tu satu rumah.... huh







hah.... cuba carik amni..... jumpa tak?.... hmmmm








jam baru... saja belikan jam untuk amni... umi dia yang pilih... pink... salah satu cara untuk terapkan nilai2 wanita pada amni.

Sabtu: 1 hari cuti daripada 3 hari cuti

aku tak tau nak buat apa kalau cuti lama2 camni... 3 hari tu dah kira lama sangat rasanya.. bagi aku kalau lama baik seminggu terus boleh ler aku atur program... bila kena cuti yang aku tak perasan nih (tak perasan perlis cuti israk mikraj) mulalah aku jadi tepu... sebab... sebab aku spesis yang tak suka berjalan2 sebenarnya... cuma bila dah ada keluarga ni aku cubalah untuk berjalan2...

hari pertama cuti... aku ke padang besar. saja jalan2 tengok2 kalau ada seluar bersaiz aku :) (ni antara sebab aku dah mula jogging secara kecil kecilan....) sesambil tu aku bawak anak dan mak kepada anak aku jalan2 (walaupon dah sarat dan tunggu hari jer nak bersalin bila shopping laju pulak dia jalan hehehehe...)

perjalanan balik kami singgah ke ladang burung unta...



dua ekor yang macam kena kuarentin.... tak pasti sebabnya.. tak ada orang yang jaga tempat tu waktu aku sampai... mujur besar, kalau kecik aku sumbat dalam kereta aku...






isy risau aku nak p dekat... takut kena patuk....








beberapa ekor yang lain dalam kandang yang lain....








amni terlebih tertarik dan menarik... mujur burung kasawari / unta tu tak sakit jantung... kalau tak tentu dah pengsan dengar amni menjerit2...






baju yang lain hari yang sama... amni nyorok dalam bag yang umi dia baru beli.... isy2 macam2 betul perangai dia ni....

Jumaat 17 Julai : Satu hari beberapa peristiwa

hari ni birthday anak sulung aku... Amni Sumayyah... dah genap 2 tahun umur dia. hadiah... hmm aku hadiahkan anak aku dengan doa.... aku suka bacakan doa ni "Allahumma Faqqihu fiddin"... semoga akan menjadi realiti...

tak lama lagi akan lahir seorang lagi ahli keluarga aku... adik amni... semoga lahirlah seorang lagi pecinta dan da'ie Islam yang hebat suatu hari nanti... harapan yang akan cuba direalisasikan.



seawal pagi amni dah jaga....







di pejabat.....


jamuan makan.... ramai yang bawak anak2... aku tak bawak. amni selesema... takut berjangkit kat anak orang lain... kang jadi buah mulut orang plak...







petang ada meeting....

Khamis lepas di sekitar Arau

tengahari...

aku lunch dengan dua rakan pejabat...


meja nombor 20..... sedap gak makanan kat tempat ni... harga pon murah.... isy cuma aku lupa nama tempat nih....







pagi sebelum pegi lunch...

masuk hari ketiga berturut2 p bawak wife aku cek perut (hari pertama jer aku tak ikut)... untuk ambil sample darah... pagi sekali... tengahari sekali... alhamdulillah normal... kalau detected ada kencing manis... maka 4 kali lagi sample darah akan disedut....



sabar dan setia menunggu.... sambil dengar sinar fm... hehehe









shot lain.... masih menunggu lagi...







lagi shot.... tunggu lagi








tempat yang sama tapi hari yang lain.... PBA Arau... tempat ni bersebelahan dengan istana raja perlis...

Sehening subuh di Ulu Pauh

Tenangnya subuh... dinihari yang sentiasa dinantikan... dari corong masjid beberapa ayat quran diperdengarkan sayup dari kejauhan...

dalam solat subuh beberapa surah di bacakan... antaranya surah at-takwir... dibawah diturunkan tafsirnya supaya dapat kita fahami maksud surah tersebut... sumber www.quranexplorer.com...

At-Takwir
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). (1)
Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak. (2)

Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu). (3)
Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar. (4)
Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan. (5)
Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur. (6)

Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya. (7)

Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: Ditanya. (8)

Dengan dosa apakah dia dibunuh? (9)

Dan apabila surat-surat amal dibentangkan. (10)
Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya. (11)
Dan apabila Neraka dinyalakan menjulang. (12)

Dan apabila Syurga didekatkan. (13)
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya. (14)
Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul. (15)
Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya. (16)
Dan malam, apabila ia hampir habis. (17)
Dan siang, apabila ia mulai terang. (18)

Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia. (19)

Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy. (20)

Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai. (21)

Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah dia seorang gila (seperti yang kamu tuduh). (22)

Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata. (23)

Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib. (24)

Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam. (25)

(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)? (26)

Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam. (27)

Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul. (28)

Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. / (29)

inilah sedikit tafsir dari sudut harfiah... untuk tafsiran yang lebih teliti sila rujuk kitab tafsir yang muktabar seperti tafsir ibnu kathir... pimpinan arrahman dan lain2 lagi..

dari surah tersebut banyak peringatan yang dapat dikutip... antara yang dapat di fahami adalah berkenaan suasana hari kiamat yang bakal terjadi... betapa dahsyat pada hari tersebut nanti... diakhir surah dinyatakan tentang Islam sebagai panduan...

lepas solat ada sedikit tazkirah... membincangkan berkenaan khabar gembira bagi orang yang menjaga dan istiqomah solat subuh berjemaah... antara yang sempat tersimpan dalam memory aku ni ialah... dapat melihat wajah Allah di dalam syurga.... hmmm aku rasa inilah kemuncak nikmat di dalam syurga nanti...

hmm... di tahap manakah aku???.... syurgakah aku???.... semoga ada redha Allah dalam kehidupan ini..

Countdown: Penantian suatu penyeksaan

Seperti tajuk post ni.... hmmm geram sungguh aku....

awal pagi tadi lepas jer thumb-print terus aku teman=bawak wife aku ke pusat kesihatan.... ala2 mini hospital gitu.. tujuannya untuk check-up wife aku yang tengah sarat tu. serasa akulah kami sampai awal dah... kurang lebih 8.20am camtu... dari luar aku nampak tak ramai orang lagi yang datang. aku pon rasa kalau tak ramai orang urusan wife aku pagi ni akan cepat siap.... alih2 pukul 10.30am baru settle huh... aku siap tertidur pastu bangun pastu tertidur semula dalam kete menunggu... heiiii apa dah jadi dengan depa service niiii.... takkan sarapan pon berjam2... aku betul2 stress tunggu... tu aku... macam mana pulak wife aku yang sarat mengandung tu tunggu lama camtu...

aku rasalah kalau ada ibu yang nak bersalin waktu tu pasti terbersalin kat lantai kut.. esok wife aku kena pegi lagi tempat yang sama... aku akan ikut gak... tak berani aku biar dia drive sorang ke arau....


sampai awal.... dapat parking depan sisi kanan pusat bersalin alternatif (PBA)...

aku siap tidur dalam kereta.....





balik dari PBA aku balik rumah kejap... sebab... sebab ada nature-call (nak buang ayaq besaq)... terserempak dengan binatang tu...... hah tu bukan kucing ler.... tu kambing...

Malam telah larut

waktu semakin suntuk... kesian aku tengok wife aku... dia sekarang dah masuk minggu ke 36... trimester yang terakhir atau boleh aku katakan la ni tunggu masa saja untuk bersalin. dalam tempoh ni jugak aku risau untuk jalan jauh dan keluar rumah lama2. sekarang ni kerja2 yang berat aku yang buat...tak banyak mana pon. yelah kekadang aku tak faham keperluan orang perempuan mengandung ni... salah aku gak...banyak hal sebenarnya kita kena faham dan tolak ansur dengan depa ni. aku sedang belajar untuk cuba untuk memahami.... sekarang yang mejadi kerisauan aku kalaulah wife aku bersalin kat sini... macam mana ek... bukan aku takleh jaga tapi amni sapa nak jaga kalau emergency tengah2 malam... kami sebatang kara kat sini... hmmm...

rancangan asal aku nak hantar wife aku ke klate... bersalin kat sana.. hmmm aku kalau boleh biarlah dia bersalin masa aku ada kat sekitar dia... masa amni dulu aku tak sempat nak balik kampung.. sebab dia lahir tengah malam... harap kali ni due tepat dengan jangkaan... huh mencabar jugak bila duk jauh dari keluarga... tapi sebenarnya takde masalah yang besar pon... sekadar aku risau kat mana nak tinggalkan amni... kalau siang takpa... tapi kalau malam camner... huh..

kat pejabat...


ikan gapi Ketua Jabatan aku... eh sejak bila dia suka bela ikan ni... musykil aku...

dengar cerita akan ada Ketua Jabatan yang baru untuk jabatan aku.... kalau betul, harap yang datang tu orang yang tolak ansur... cukup bagi aku.... yang lain terpulanglah...



balik pejabat....


singgah kedai runcit kejap.... wife aku nak beli kelapa parut... dia nak masak gulai ayam kelantan... aku makan jer.... sejak asimilasi ni aku banyak dah makan makanan kelantan yang aku tak pernah makan...






stor bergerak..... macam2 ada....








hmmm mujur lah apek tu tak sumbat sekali barang basah.... kalau tak jadilah kedai runcit bergerak...

Musang berjanggut

Aku baru sudah menonton filem musang berjangut... aku rasa inilah kali pertama aku dapat tengok dari mula sampai akhir... selalunya aku tertinggal pangkal cerita dan akhir cerita.. aku suka cerita tu... terutama masa tun nila utama tu cari bakal isteri dia.... teknik yang dia gunakan amatlah strategik penuh dengan pelbagai muslihat dan ujian.... tu belum masuk ujian HIV hehehe.... pokoknya... bukan mudah untuk mencari pasangan hidup yang serasi dengan kita.

apatah lagi zaman yang serba mencabar ni... sukar untuk mencari pasangan hidup yang sesuai untuk hidup bersama dalam sebuah keluarga. apakah rupa paras menjadi kayu ukur yang utama dalam memilih pasangan hidup. dalam Islam dah ada kriteria yang patut diambil berat... aku tak nak ulas bab tu... cuma apa yang nak aku cetuskan kat sini adalah berkenaan pilihan pasangan yang ada pada zaman yang begitu mencabar ini... tak semua boleh selesaikan bekalan yang dibawak oleh tun nila tu... tetapi ramai yang memuji rupa paras tun nila...

itulah realiti zaman sekarang... sebagi ganti... ramai yang memilih untuk tidak berumah tangga. dan kehidupan yang dikatakan bebas menjadi pilihan... sebab.... sebab golongan ini beranggapan kebebasan hidup ni tiada sekatan dan halangan daripada mana2 pihak serta tak terikat dengan tanggungjawab... atau komitmen... kita tengok nilai pasangan zaman ni... tengok yang lelakinya... berapa ramai yang boleh membawa keluarga mereka kepada masa depan yang lebih terjamin dari segi agama dan keperluan hidup semasa... tengok yang perempuan pulak... ramai yang tidak menghiraukan panduan dan peraturan hidup yang telah digariskan oleh agama..

hiburan...keseronokan.... duit.... makan...enjoy... aku rasa inilah perkara "keperluan" kebanyakan anak muda zaman sekarang... inilah juga perkara yang disogok oleh musuh Islam untuk melemahkan generasi yang ambil berat tentang agama... inilah yang aku namakan virus kehidupan... kalau semua perkara tersebut diutamakan dalam hidup... percayalah... masa depan sesuatu bangsa itu tak akan ke mana... mundur dari segi ilmu.... zaman ini hiburan menjadi suatu sajian utama dalam hidup... segala media mencari makan dengan program hiburan.. apa saja media.... semua sama.... inilah pengaruh kuat keruntuhan nilai sosial generasi yang akan datang.

kemana dan dimana saja kita akan lihat individu, komuniti dan masyarakat yang memntingkan hiburan...mungkin beberapa zaman yang lalu kita boleh kawal pengaruh negetif sosial... sebab media dan medium komunikasi terhad dan senang dikawal.... tapi sekarang segalanya berubah. musuh Islam dah berjaya..... daripada suasana inilah sumber pasangan hidup akan lahir... yang penting nilai pegangan agama yang kuat... kuat, maka setidak2nya dapat mengawal diri daripada melakukan perkara honar... lemah, akan hancur luluh jati diri sebagai manusia yang bertamadun dan beragama...

hmm tu lah sedikit pandangan aku terhadap suasana hidup sekarang....


kat pejabat siang tadi...


main kutu.... isy.... seram aku. aku pertama kali join sahabat yang lain... saja nak bermasyarakat kenalah involves dengan orang lain kan....

aku nombor cabutan 14.... apa tu ??? ikut je laaaa






mesyuarat... sedikit aku bentang pasal jadual waktu...







berbincang.... pemberitahuan...... makluman...







kat rumah...




amni tak sihat.... batuk dan selsema.... hari ni dah agak segar...

Pagi yang gelap kini telah terang..

Semalam aku rancang nak jogging sebelah petang.... tak jadi sebab hujan... tunda pagi ni.... tak jadi sebab hujan....petang ni aku harap boleh jogging...

mula tengah hari kelamarin hujan hinggalah tengahari ni....




hujan... aku redah jugak p nat pokok getah...









sesetengah kawasan air dah naik....








berbekalkan payung dan topi jer.... ops... duit pon sama kalau tak camner nak beli barang...







hujan dah makin reda....







sarapan pagi dengan kopi radix..... pakaging baru yang comel..

Malam ni aku susah nak tidur.

aku menaip lagi... masuk ni dah tiga post aku malam ni...

aku susah nak tidur... walaupon dah rasa ngantuk sangat dah... hingus asyik keluar jer nih.. kepala mula dah rasa macam berat jer... harap esok lusa aku tak demam...



ni template aku yang baru...aku sekadar nak cuba yang ada decor2 ni... aku sebenarnya lebih suka yang mudah dan plain jer... dan satu lagi aku tak suka banyak sangat komponen yang pelik2 dalm blog aku.... biarlah sekadar yang perlu sahaja...kalau banyak sanagt upload time blog ni akan jadi lambat...

Hari kerja terakhir minggu ni.... jumaat

pagi tadi majlis bersama pelajar baru..... untuk memeriahkan keadaan aku kenalah hadir.... aku suka majlis ni... pertama; aku boleh bagi sedikit motivasi untuk pelajar2 baru, kedua; suasana tu dapat membuatkan aku mengenang nostalgia aku masa masuk U dulu.... dulu aku masuk U sebatang kara (bukan kera ye... kara tau).... maksud aku aku takder kawan dari kampung yang sama.... dari sekolah yang sama... atau apa2 yang sama... survive gak la camtu.... bukan apa.... geram sangat dengan ada sesetengah pelajar tu baru nak daftar dah nak tukar tempat... dah tu... nak yang dekat dengan rumah... eh.eh.eh..... sebab tu ada kawan aku kata... "takkan kalau dah kawin pon nak duduk bawah ketiak mak gak"....

hmm... minggu depan dah mula mengajar....




antara pelajar lelaki untuk jabatan IT....








antara pelajar perempuan yang hadir......








kami guna dewan besar.... tempat lain semua dah ada orang booking...

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.