Seputar seminggu nan lalu : On Off dengan pelbagai xtvt

minggu lepas dua hari aku ambik cuti kecemasan.... menjaga anak yang demam campak. berganti dengan zaujah aku, dia ambik dua hari kemudian untuk EL. petang tadi aku tengok cuti aku masih berbaki 30 hari... lebih kurang sebulan untuk bercuti...

setelah dua hari bersama anak2, aku ke pejabat, misinya adalah untuk hadiri kursus membina organisasi cemerlang.... aku seronok dengan kursus tu... dua gari kursus.. jadi aku berbaki sehari untuk bertemu pelanggan aku di pejabat.... tak mengapa... aku akan cuba mengganti apa yang dah tertinggal...

pasal kursus tu.... aku tertarik beberapa perkara yang secara kesimpulannya kesemua penceramah sentuh secara langsung atau tidak.... berkenaan nilai dan sikap, manakah yang harus ditukar perbaharui... dan satu lagi, keluar dari kepompong selesa kepada suasana cabaran... bak kata muhammad ali "........kalau kehidupan anda sama selama 30 tahun, maka hidup anda telah sia2..... "

beberapa gambar untuk dikongsi....


kejadian yang tidak disangka2 pada hari terakhir kursus dan pada slot yang terakhir. seorang staf tetiba pengsan alias pitam... sebabnya, penceramah tu tayangkan footage pasal ibu sedang bersalin secara pembedahan.... penceramah tu tidak berniat untuk pengsankan audience.... sekadar membangkitkan keinsafan dalam diri audience sahaja....



ustaz razak dengan stail yang tersendiri.... aku suka cara dia berkomunikasi dengan audience dan cara penyampaian yang bersahaja. kupasan isi yang bernas beserta bahan sandaran yang menarik...... cuma mungkin cara ustaz selalu merendah diri :) aku paling suka bahasa yang agak puitis..... :)






antara xtvt yang menarik.... nampak mudah.... tapi bila buat memang payah..... melatih kesepakatan dalam satu pasukan







5s..........








upah tengok upin dan ipin......

Petang Selasa : Aku dalam mode EL

sebelum aku teruskan, ni ada puisi yang ada kena mengena dengan entry aku sebelum ni berkenaan isu semasa. bacalah ek...

aku masih bersiaran dari rumah...

menjaga anak yang tak berpa sihat bukanlah perkara mudah. tu sakit, kalau tak sakit lagi lah tak semudah bercakap. anak aku baru dua orang. yang sulung sihat. yang nombor dua (aku guna ganti nama bongsu, tapi kawan aku kata itu yang terakhir ke rain...:)...) tu yang kurang sihat. demam campak. walaupon demam, tahap kelasakan dia masih di tahap mengkagumkan.






sempat lagi hamzah punggah buku2 ayah tu....













belum kering.... masih dalam proses pengeringan

Sepurnama nan lalu 4: Membaca membuatkan ilmu aku makin tak cukup


tiga daripada buku tu dah aku habiskan.... terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil daripada kesemua buku tu. la ni aku tengah baca buku pelajaran agama islam oleh HAMKA. selain buku2 ni aku ada banyak lagi buku yang berorientasikan ilmu.... maksud aku buku ilmiah. semuanya sebagai rujukan peribadi aku. dari maklumat ilmiah buku2 tu aku cuba amalkan. bukan itu sahaja... perlu juga kita ada sumber rujukan yang "hidup"... guru maksud aku. sebab depa ni boleh kita tanya berkenaan kemusykilan kita.

sejak dari zaman sekolah aku bnyak habiskan duit beli buku. tak banyak sebab aku kena kumpul duit tu dulu pastu baru boleh beli. dan kekadang tu sebuah buku mahal harganya. dulu aku tak kerja lagi jadik sumber tu kurang sket. sekarang dah kerja sumber dibahagi bahagi untuk perkara lain pulak. cuma aku harap tabiat aku ni akan berterusan.

berkenaan solat.... formula solat sempurna... adalah buku yang amat baik. ini adalah antara koleksi buku aku berkenaan solat disamping kertas2 keje dan e-book yang aku ada. aku rujuk dan aku tanya kepada sumber hidup aku. aku cadangkan korang beli satu buku ni... amat baik sebagai simpanan peribadi..... sebagai rujukan. sebab apa aku suka buku ni.... setiap gerak dalam solat dikemukakan dalil yang sohih serta pilihan yang ada. cubalah baca naaaa...

ayahku..... pembuka minda untuk tidak jumud. selain tu, secara ak langsung aku dapat tau susur galur aku sendiri sebagai anak minang. allahyarham nenek dan datuk aku adalah antara murib junior tempat pengajian yang dibuka oleh ulama2 pembaharuan di Padang Panjang Sumetera Barat. dan aku adalah warisnya. cerita ini telah diceritakan kepada aku sewaktu aku kecik dulu. cuma waktu aku belum faham semua tu. sekarang aku amat faham... dan aku adalah antara pewaris murid muhammadiyah yang amat terkenal itu.

teguran suci dan jujur terhadap mufti johor.... amat penting dibaca. aku kagum. pengajarannya, setinggi mana ilmu agama dan setinggi mana jawatan yang kita sandang, lebih2 lagi berkenaan agama, yang pasti kita bukan maksum.... dan tak usahlah berbohong untuk mencari redho makhluk... berkata benarlah untuk redho khaliq.

pelajaran agama islam.... sedang aku baca...

marilah membaca.... tak banyak sikit pon tak mengapa... bukanlah aku "hantu buku" aku membaca untuk ilmu.... dan kadang kala bukan disiplin ilmu bidang aku.

"bacalah.... bacalah dengan nama tuhanmu..."

Sepurnama nan lalu 3: Bersama angin malam ke Kelantan

bersiaran dari rumah...

"eh ko tak kerja ke Rain.... ke ko ponteng keje?."

"tak lah, aku duk jaga bakal ulama, hamzah demam campak."

baek.... aku sambung entry aku keseterusnya...

bila kerja rasmi dan tak rasmi pejabat dah aku siapkan sebahagian yang penting, aku pon amik peluang bercuti. ialahkan masa cuti semester lepas pejabat tu aku yang tunggu... ramai cuti. lagipon aku tak cuti lagi... teringat kata en taher... "kita kena amik cuti..." tu yang aku ingat, ada lagi yang dia cakap, cuma aku kurang ingat dan aku taknak tambah2 apa dia cakap... aku bercuti ke Kelantan... balik kampung wife aku ler...

aku lebih suka upload gambar dan korang tengok... ulasan tak perlu banyak kut....



menelusuri sempadan siam tiap kali kami balik ke kelantan..


seberang semak tu thailand... depa kat sini aku tengok bebas jer keluar masuk... siap ada pintu kecik lagi... biasalah kan dekat sangat




seminggu sebelum kami balik deretan kedai ni terbakar...

nilah tempat kami beli barang....






amni kepenatan tunggu umi dia pilih kain dan beli kain... "ayah kak long nak duduk dalam ni boleh." pinta amni kat aku dengan bahasa pelat dia....







hah tu adalah syorrrga orang perempuan bila datang KB ni... aku dah kerap sangat ke sini... beli untuk sendiri, orang pesan, window shopping...




hah ni pulak tempat favorite aku plak.... mesti pegi kalau ada masa. dan masa ni aku beli tiga buah buku. nanti aku citer kat entry seterusnya...







amni dekat kilang budu....








tong budu yang moden....








tak ingat pulak aku tempat ni.... tapi ni dekat dengan pantai tujuh, dekat jugak dengan MRSM yang baru dekat pantai tujuh tu... geting tak silap aku la...hmmmm






saja.....










lagi pemandangan cantik.... kampung nelayan n jeti







rehat kejap.....








tong BUDU.....








lagi tong BUDU.....








tong BUDU lagi......








murtabak......







aku hadir kuliah jumaat di KB... ramai sungguh manusia..

dengar amanat seorang ulama yang aku sanjungi....






ramai.... tekun dengar kuliah mingguan Tok Guru.... aku kena berdiri....

Sepurnama nan lalu 2 : Seputar isu semasa



teman zauja aku ke JPJ Kangar.... kaunter sampai 12... pelanggannya tak sampai sepuluh.... bestnya.... tenang jer... tak macam JPJ kat tempat aku.... KL.... huh





piala dunia dah habis.... spain menang....


piala akhirat dah nak mula.... siapa yang akan menang?





Sepurnama lepas agak meriah jugak dengan pelbagai isu semasa..

apa guna aku ulas!!!

sekadar pandangan seorang rakyat marhain yang sedang menyedut oksigen di Malaysia sahaja. kalau tak boleh bagi pandangan jugak, aku pon tak reti nak kata apa... diktator @ kuku besi lah kut titlenya...

yang terkini...

isu "pelarasan" subsidi.... yang memperlihatkan kepada kita beberapa rege (harga) naik... gula, gas, petrol... tu yang aku teringat ler.... aku amat yakin barang lain juga akan turut naik dalam beberapa ketika nanti. kalau aku meniga, aku jugak akan naikkan rege barang, sebabnya barang yang penting dan utama pon dah naik... kenalah naikkan rege roti canai... takpon roti canai tu di kecikkan saiznya... wajib naik.

bila orang kaya cakap pasal duit dan kegunaannya di khalayak umum, bunyinya memang mudah. tu kena jimat, ni kena jimat.... wei.... hang p lah kat pedalaman bhai... tengok orang kat sana... nak jimat apa lagi, dah memang tak cukup. apa korang ingat depa ni naik motor pakai minyak sungai ke.... takpon taraf wali2, masukkan daun jer dalam tank motor tu pastu boleh start. dan ingat depa nih tak beli barang makan ker... ingat depa perah tebu pastu keringkan kat atas atap buat gula ke...

pikior lah sikit pakcik2 menteri oiiii.... depa ni kais pagi makan pagi bhai... isy touching aku.... tu hah projek istana kat jalan duta tu berapa regenya... sehinggit dua ke.... dak kan.... RM juta jugak tu... untuk satu family soltan duduk situ bila jadi agong kan... abis tu bangunan "istana" yang lain amcam... yang hinggap dan tak hinggap tu amendanya... isy aku dah terkawal emosi aku la ni, dah touching tahap gaban nih.... bagi aku yang mungkin tak berfikiran sejauh orang besar2 dan bergelaran (walaupon badan aku besar... ahaksss) cuba duit yang di bazirkan tu kita guna untuk pembangunan rakyat yang susah dan miskin ada gak pekdahnya... konsert2 (termasuk lah sambutan hari penting negara yang suka sangat guna mercun tu... tukar kepada majlis agama, duit untuk pembangunan yang tak perlu, duit tander yang dibagi kat anak2 beranak tu.... dan lain2 lagi yang semua orang tau) di agihkan pada yang memerlukan...

mungkin kita yang bergaji tetap.... MUNGKIN tak terasa kut (sebenarnya amat terasa gak... kena yang ada anak berderet tu, amacam) berbanding orang yang pendapatan tak tetap. isy... kalau korang tak adil, azab Allah tu pasti...

yang tak terkini sangat...

isu saman ekoq ni satu hal... aku rasa kekadang silap ekoq jugak depa ni tembak.... dan mungkin bukan tuan punya kereta yang bawak kete.... katalah dia dah jual kete tu, terjadi kesilapan teknikal yang menyebabkan nama kete masih guna nama orang yang jual kete tu.... hah tak ke naya dibuatnya... aku cadangkan supaya lepas korang tembak pastu korang buat ler road block. barulah tak ekoq namanya... road block nih kena jujurlah... ni tak, siap main puisi pulak suruh orang "uloq" belakang kete... please la wei... korang dah besar, gaji dah naik.... lain la itu hobi masa lapang.......

aku dah cek nama aku..... clear dari sebarang saman setakat yang diketahui....

yang dah tak terkini...

ni isu politik sket la.... sori ler aku sentuh gak pasal politik ni, aku tak suka sebenarnya nak cerita bab tu.... cuma ni isu lainnnnn sket... dan ini adalah pandangan aku semata2 dan bukan untuk menjatuhkan atau mengaibkan sesiapa dan juga tiada rujukan ilmiah yang aku laksanakan untuk komen aku nih.... pasal apa ek.... haaa pasal 40 ulama muda masuk kumpulan politik..

maaplah....

dalam temubual dengan wartawan dan juga dalam blog lain depa ni bagi alasan (ikut kefahaman aku terhadap sumber yang aku dengar) 1. untuk berdakwah kepada ahli kumpulan tersebut 2. isu keselamatan depa berdakwah dan beberapa isu lain yang aku kurang jelas. bila ditanya kenapa tak masuk kumpulan politik yang berorientasikan islam yang dah ada... jawapan yang diberi, dalam kumpulan tu dah ramai ustaz dan ulama.

aku adalah antara orang yang sering mengikuti kuliah depa secara langsung dan tidak.... tidak dinafikan keilmuan depa....

aku lebih cenderung kalau depa tidak berada dalam mana2 kumpulan politik kepartian. banyak sebabnya... kalau isu dakwah dan keselamatan.... adakah dengan masuk kumpulan politik boleh selesai semua masalah tu ke? bagi aku para ulama tersebut dah kecikkan audien depa. dan tak mustahil satu hari nanti perjuangan depa akan dinisbahkan kepada kumpulam yang depa sertai. ini bukan isu fitnah, cuma peringatan dan jangkaan apa yang akan berlaku dan contohnya telah ada.... bila depa pegang bendera kumpulan tertentu bermakna depa setuju dengan apa yang kumpulan itu bawak dan sudah pasti pergerakan amat terbatas dalam kumpulan itu sebab depa dah terikat dengan syarat dan terma kumpulan itu.... dan tak mustahil semua ini adalah rancangan yang amat halus dalam permainan politik hanyir yang aku benci...

apakah kekuasan kumpulan politik tu lebih besar dari kekuasaan Allah... adakah keselamatan yang di jamin oleh kumpulan politik itu lebih hebat dari jaminan keselamatan dan ganjaran dari Allah. adakah maksiat itu berada dalam kumpulan politik itu saja...

secara peribadi aku amat sedih.... tapi mungkin depa ulama yang ada pandangan yang lebih jauh.... sapa tau.

setakat ini.... apakah isu yang telah dapat campur tangan 40 ulama muda? atau sekadar masih bergerak seperti sebelum2 ini sahaja....

aku amat yakin dengan ilmu kalian.... cuma aku tidak yakin dengan ilmu politik kalian.

Sepurnama nan lalu 1: Menghilang dari alam maya

sejak lebih 4 minggu yang lalu aku belum punyai kesempatan untuk kemaskini blog aku ni... hari ni aku cuba untuk upload "peristiwa" yang aku belum kongsikan atau dengan kata lain tertinggal terbengkalai sepurnama..

ini entry permulaan untuk entry aku setelah sepurnama aku menghilang...

banyak isu dab peristiwa yang ingin benar aku kongsikan. cuma aku bergantung kepada kadar kelajuan broadband aku ni hah... aku tengok macam lembab jer ni hah.. jadi tak dapat la aku kongsi semuanya..

ha'ah... ada isu dan peristiwa... ya... ada yang beremosi dan ada yang mendatar saja ceritanya.

bukan aku maleh nak update blog ni, cuma sejak sepurnama nan lalu aku agak ribut dengan beberapa tugasan rasmi dan tak rasmi. semuanya perlu aku raikan. last entry aku tu aku upload lepas habis kursus 3D... lepas tu aku sibuk bangat buat jadual waktu semester sesi jun 2010...lama jugak aku n group aku nak siapkan... semester yang aku rasa makin mencabar emosi aku untuk buat jadual waktu... banyak sebabnya, kalau dibincang kat blog aku ni, kompom tak boleh selesai... semuanya sebab DUIT.... bila alasan tu diberikan.... senyap jer la... waima, masa yang sama projek ribu2 berjalan lancar.... hah tu pon sebab projek yang orang boleh nampak hadirnya kesibukan.... huh.... stop dulu, emosi aku tak terkawal nak bincang pasal tu...

kemudian, beberapa watu aku attend bengkel dan seminar dan pertandingan. semua ni urusan rasmi dan tak rasmi aku. tu waktu cuti tuuuu.... kesian keluarga aku, sebabnya aku tak amik cuti langsung untuk berhari keluarga... bila dah settle (tak semua la) keje2 aku.... aku amik cuti pulak awal bulan nih... saja bercuti dengan keluarga aku (entrynya nanti aku uploadkan naa). balik dari cuti pulak aku teruskan dengan urusan pejabat yang tengah banyak.... camtu ler bila customer aku adalah manusia... manusia bhai.... bukan kambing...

bila aku rasa dah reda sikit.... hari ni lah tu... aku cuba nukilkan beberapa sejarah sepurnama nan lalu.... untuk permulaan aku upload entry ni dulu.....



kawasan rumah aku duduk tu dah semak dan menyemak...









perdu pokok..... nature light








pertandingan inovasi dalam PnP.... tu zauja aku tengah present






ni pulak masa aku ada bengkel kat uitm arau.... ramai fasi nya ada title Dr. tapi bila aku borak2 ngan depa, ada setengah tu macam tak reti bercakap pon ada gak. ke depa takleh bercakap dangan aku yang dapat STPM 1 principle B nih hah.... lantak korang la.




lembaran jadual waktu aku.... secara manual jer aku buat... kenapa?... sebab aku amik kira "manusia" yang bekerja... bukan robot... still not perfect indeed.

tu pensel tekan-tekan aku sejak umur aku 11 tahun... pakcik aku bagi kat aku... masa aku diploma, pernah tinggal dalam kelas, esoknya aku datang awal sebelum pak guard datang semata2 untuk amik pensil tu

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.