Muhammad Hamzah

Muhammad Hamzah...

lagi foto untuk tatapan pelawat blog aku... blog aku ni bukan saja sahabat handai yang tengok tapi keluarga aku pon tengok.... adik aku dan jugak mak mertua aku... boleh gak dikatakan blog ni jugak pengubat rindu aku dan rindu keluarga aku di kedua2 belah pihak... kebanyakan gambar yang aku letak kat sini adalah yang terkini untuk tatapan keluarga dan secara tak langsung semua sahabat yang melawat blog aku ni...




diam....








penuh dengan persoalan...









menguap....










harmoni.....








penantian......

Kongsi: Saja nak kongsi gambor


dan ini....

This was found in his diary,

Dear God, I promise I will never waste my food no matter how bad it can taste and how full I may be. I pray that He will protect this little boy, guide and deliver him away from his misery. I pray that we will be more sensitive towards the world around us and not be blinded by our own selfish nature and interests. I hope this picture will always serve as a reminder to us that how fortunate we are and that we must never ever take things for granted.

http://www.hoax-slayer.com/kevin-carter-pulitzer.shtml
banyak contoh dan bukti untuk kita sentiasa bersyukur pada Allah... cuma kita tak sedar

Kubur : Antara ilmu, syara' dan adat


Aku suka untuk berkongsi artikel yang aku selalu baca. Dengan ilmu dan pengetahuan yang masih lagi kurang dan terhad aku lebih suka mengambil artikel dari sumber boleh dipercayai dan diyakini benar dalam rujukan sumber yang depa ambil dan rujuk. semoga perkongsian ilmu yang sedikit ni dapat kita sama2 manfaatkan..

Hadis palsu: Bacaan al-Quran atas kubur
Azamin Amin
Tue | Nov 06, 07 | 8:59:51 am MYT

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Hrkh) - Hadis-hadis palsu seringkali digunapakai dalam amalan segelintir umat Islam yang perlu diperbetulkan malah wajar dibanteras penggunaan hadis tersebut dalam menghuraikan ajaran agama oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab menjadi lebih berleluasa.
Iklan

Sebagai renungan beberapa contoh yang disebarkan yang wajar dikaji semula adalah membaca al-Quran ketika ziarah kubur yang bersandarkan kepada satu hadis iaitu:"Barang siapa berziarah ke kuburan kedua-dua oran tua atau salah satu di antara mereka pada hari Jumaat dan membacakan surah Yasin, maka dia akan diampuni dosanya dan dihitung sebagai kebaikan."

Hadis sebegini telah dijadikan dalil untuk menjustifikasikan amalan membaca al-Quran di kubur, kononnya amalan itu adalah suatu sunah yang diamalkan oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a.

Sedangkan ia merupakan sebuah hadis palsu yang mana kepalsuannya telah ditegaskan oleh para ulama hadis seperti Ibn Adiyy dalam Al-Kamil Fi Ducafa' Ar-Rijal, Az-Zahabi dalam Mizan Al-Ictidal Fi Naqd ar-Rijal, As-Suyuti dalam Al-Lali' Al-Masnu'ah Fi Al-Ahadith Al-Maudu'ah, seperti yang dipetik daripada Utusan Online.

Satu lagi hadis palsu berkaitan membaca al-Quran di kubur ialah yang bermaksud, "Barang siapa yang berziarah di kuburan, kemudian dia membaca al Fatihah, Qul Huwallahu Ahad dan al-Hakumut Takasur, lalu ia berdoa: "Ya Allah, kuhadiahkan pahala pembacaan firman-Mu pada kaum mukminin penghuni kubur ini, maka mereka akan menjadi penolong baginya (pemberi syafaat) pada hari kiamat".

"Saya telah cuba setakat terdaya menyemak sumber dan status hadis ini sama ada dalam kitab-kitab yang mengumpul hadis sahih atau yang mengumpul hadis daif dan palsu, tetapi gagal menemuinya," kata seorang pensyarah Dr. Azwira Abdul Aziz dari Jabatan Pengajian Al-Quran & As-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Tiada sesiapa pun yang menghukum amalan ziarah kubur sambil memberi salam kepada penghuni kubur serta berdoa dan beristighfar untuk mereka sebagai amalan bidaah. Kerana amalan sedemikian memang disunahkan oleh Nabi s.a.w. melalui nas-nas yang sahih.

"Berbeza dengan amalan ziarah kubur sambil membaca al-Quran di atasnya, di mana jumhur ulama memang melihatnya sebagai bidaah, kerana beberapa alasan ilmiah," katanya dan tambahnya kerana tidak ada nas sahih yang menyokong amalan membaca al-Quran di kubur. Semua hadis berkenaan amalan tersebut tiada asal usulnya (palsu) sebagaimana yang ditegaskan oleh Al-Albani dalam Ahkam Al-Janaiz Wa Bida'iha, katanya.
untuk lebih jelas sila rujuk kepada pakar dalam bidang agama. aku lebih suka merujuk kepada ahli agama yang mendasari ilmu mereka dengan rujukan dan sumber ilmiah dan muktabar daripada merujuk kepada ustaz yang popular tetapi tidak membuat rujukan sendiri terhadap sumber yang muktabar dan sahih.

p/s: berlapang dada dengan perbincangan ilmu tanpa menuduh mana2 pihak dengan bermacam gelaran yang diperkenalkan oleh musuh Islam laknatuLlah terutama orientalis.

Anak: Dua orang anak aku

seawal pagi tadi aku bawak dua orang ni ambik udara pagi yang segar... kemudian aku bawak amni p beli sarapan kat pauh....

saja nak upload gambor depa.... ramai yang suruh upload...

MUHAMMAD HAMZAH...


gambor bila ntah...

hamzah tidur nyenyak dalam buaian....







gambar pagi tadi.... lepas umi dia mandikan terus tidur nyenyak








mirip siapakah wajah ini.....







AMNI SUMAYYAH....



awal pagi lagi dah mintak pen dan kertas....









tu antara hobi dia... hobi yang lain, buat mural kat dinding rumah, peti sejuk, skrin tv, pintu bilik dan almari....















hmmmm.... kalau suruh eja ayah... ATE = ayah, eja umi pon ATE... semua ATE......

Majlis Ilmu: Kembara mencari makanan rohani

Ahad lepas aku berpeluang menghadiri majlis ilmu yang diadakan di masjid tuanku syed putra di kangar.

ahli panelnya dari jordan. depa ni pakar bidang hadith dan ilmu fiqh. aku hadir untuk mengambil butir2 mutiara ilmu dari ulama besar ini. depa terkenal di timur tengah mungkin di tempat kita ni tak ramai yang kenal depa. beliau yang dimaksudkan ialah 1) al-syaikh ali bin hasan al-halabi dan 2) al-syaikh masyhur hasan ali salman. banyak manfaat yang dapat kita perolehi daripada depa ni. hmmm tak dinafikan kalau kita rujuk artikel atau bahan2 bacaan berkenaan depa ni, ada yang mengkritik dan melebelkan mereka dangan pelbagai lebel. bagi aku mudah sangat... ambil segala butir mutiara ilmu yang ada dan asingkan mana yang perlu diasingkan.

aku lebih cenderung untuk menghormati sesiapa saja yang punyai ilmu lebih2 lagi ilmu agama. siapalah aku untuk melebelkan seseorang yang 'alim dalam agama... aku teringat kata2 seorang ulama (lupa siapa...) katanya..."orang 'alim agama boleh berijtihad dengan rujukan dalil yang kuat lantas membuat fatwa atau keputusan, sekiranya apa yang difatwakannya tepat dengan sunnah rasulullah maka dia dapat dua pahala, tapi jika fatwanya tidak bertepatan dengan sunnah rasulullah maka dia dapat satu pahala"... jadi aku yang bukan 'alim bidang agama ni lebih suka rujuk kepada orang yang lebih 'alim atau berdiam diri..



masjid ni mempunyai landscape yang cantik... hujan turun agak lebat.








ruang koridor masjid....







yang sebelah kiri tu tempat wuduk.....









menanti ahli panel







majlis bermula.... depa cakap arab... Ust Fathul Bari yang translate untuk para hadirin.... Oh ya kalau tak silap brother yang membelkangkan kamera bersongkok putih dan berbaju coklat belang tu adalah pemain bola perlis (tak ingat nama dia..)

Sejadah: Antara realiti dan mitos

Gambar hiasan : gambar dari surat khabar... kejadian di Butterworth

aku rasa terpanggil untuk bagi komen terhadap beberapa peristiwa aneh yang kerap berlaku kebelakangan ini. tapi komen aku ni lebih bersifat peribadi tanpa merujuk mana individu atau kumpulan tertentu.

heboh jugak dibuatnya.... sebabnya isu sejadah berdiri seolah2 sedang bersolat, ada yang kata berdiri, ada yang kata duduk antara dua sujud dan ada yang kata sedang sujud... hmmm... memang pelik rasanya lagi pulak mengadap kiblat... kat musolla... dalam formasi sof dan ada "imam"... dan banyak lagi. korang boleh carik kat internet semua maklumat tu atau pon baca media cetak...

kalau dulu..

heboh pasal ada gambaran orang sedang diseksa di langit... ada keranda terbang (aku sendiri pernah tengok secara live...)... ada mayat jadi khinzir... ada mayat jadi ikan... dan banyak lagi yang pelik... dan pernah jugak heboh ayat quran hilang dari musyhafnya dan masa tu kita boleh tengok musolla (masjid, surau dan sebagainya) penuh orang, sebabnya ada yang kata kiamat dah tak berapa lama lagi... semua tu aku masih ingat. sedar tak sedar peristiwa tu dah berlaku lebih 20 tahun dulu.... musolla kembali lengang dengan keikhlasan sibuk dengan paksaan... makin ramai anak muda dengan sengaja dan bangga meninggalkan solat... kalau larangan dunia sewenang2nya dilanggar apatah lagi larangan2 Allah..

apa yang nak aku kata...

orang kita ni suka sangat perbesarkan perkara pelik2. aku tak pasti kenapa. kalau ada perkara pelik jer... tak lama lepastu heboh lah. untuk apa semua tu?... adakah untuk tujuan kita lebih hampir dengan Allah... atau sekadar kagum dan membesarkan kepelikan itu lantas berlaku perkara khurafat yang akhirnya jatuh kepada syirik. mujurlah tindakan majlis agama negeri kedah bertindak wajar dengan mengambil sejadah yang berdiri tu... di pasir mas.... guru kat sekolah tu nak biarkan keadaan sejadah tu... nak tengok apa yang akan berlaku seterusnya... apahalnya tu...mana kerajaan negeri? mana majlis agama negeri? mana orang 'alim agama?.... sekadar berdiam tanpa bicara....

hmmm ye lah benda pelikkan... aku pon nak tengok jugak... sekadar tengok je lah... aku tak suka nak kaitkan dengan ibadah atau mana2 amalan agama yang syumul ni... tu pengaruh yang aku tak pasti dari mana datangnya.... dulu.... orang sembah pokok besar yang meyeramkan sebab takut kena tulah dan sebagainya... bukan tu je... ada yang puja kubur dan sebagainya... bukan tujuan aku nak menyamakan semua tu dengan peristiwa sejadah tu tapi ada mirip yang seakan2 sama...

kita sebenarnya mungkin lupa tentang banyak peringatan2 Allah dalam quran... semua tu lebih pelik dan dahsyat dan yang lebih penting semua tu AKAN berlaku... tapi orang tak ambik iktibar pon... orang lebih suka tengok perkara pelik daripada mengkaji amaran2 Allah di dalam Quran... maha suci Allah dengan segala kebesarannya...

antara firman Allah yang sempat aku cari, antaranya:

Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). (1) Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak. (2) Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu). (3) Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar. (4) Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan. (5) Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur. (6) - surah At-Takwir
dan...
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, (1) Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, (2) Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? (3) Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: (4) Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). (5) Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. (6) Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! / (8) - surah Al-Zalzala
aku rasa dua peringatan Allah ni dah cukup menggerunkan sekiranya kita amati dan hayati. semua perkara tu dah berlaku dan sedang berlaku serta akan berlaku. dan bnyak lagi yang tak sempat aku cari. apakah semua tu tak cukup?

aku sentiasa memperingatkan diri sendiri dan keluarga supaya sentiasa berusaha bertaqwa bersungguh2 kepada Allah... dan semoga Allah membuka jalan dan sentiasa memimpin kami ke jalan yang diredhoiNya...

biarlah sejadah tu berdiri.... kemaskan dan hamparkanlah ia kembali untuk kita terus menunaikan solat dan beribadah kepadaNya serta berusaha meninggalkan segala laranganNya....

Pagi: Suatu pagi yang indah di suatu hari yang harmoni

hmmm..... ada kesempatan sekejap untuk aku kemaskini blog aku petang ni sebelum senja melabuhkan tirainya...

beberapa waktu dan hari ni cuaca terasa indah pada aku. semoga setiap hari ada rahmat Allah untuk kita peroleh manfaat daripadanya.

seawal pagi setiap muslim memulakan harinya sebelum subuh menjelma... maksud, sebelum waktu subuh masuk dah kena bangun. bersiap untuk solat. memang cabaran. itulah yang kita kena lawan. sekuat mana manusia, kalau tak seimbang dengan iman dan takwa, pasti tewas dengan cabaran ni. semoga Allah beri kita kekuatan untuk terus bangun dan meninggalkan kesedapan yang seronok.



pagi yang indah dengan langit yang cerah...


aku on the way ke jabatan aku... jalan kaki beberapa meter dari tempat letak kereta



my attire to day.... ahaks...

seluar cerah.... hehehehe ada ke patut depa kata seluar mahal... aduiiii.... padahal seluaq tu RM20/- jer, aku beli kat bundle..






dua pokok yang aku minat.... apatah namanya.... walaupon berduri tapi kerendangannya buat aku terpikat







persiapan jamuan raya minggu lepas.... ni kumpulan yang dapat nombor dua.... pertandingan booth yang paling lawa






ni booth jabatan aku...

yang paling lawa... cuma tak menang jer.... hehehehehe

Solat Jamaah: Hikmah, Faedah dan Hukum.












solat adalah tunggak utama agama Islam, selain aqidah yang mantap dan syari'at yang dilaksanakan. untuk itu aku quote artikel berkenaan solat jamaah atau solat beramai2 di musalla atau masjid. mari sama2 kita baca, hayati dan amalkan. semoga setiap apa yang kita laksanakan adalah berlandaskan ilmu bukan kerana ikutan semata2.


Muqaddimah.

Solat merupakan perkara utama dalam hidup setiap muslim. Solat adalah rukun yang kedua dari rukun Islam, iaitu selepas dua kalimah syahadah dan ianya sebagai dalil terhadap kebenaran dan kesahihan iktikad. Solat juga sebagai bukti tentang kejujuran terhadap apa-apa yang telah diyakini oleh hati.

Solat dari segi syara’ bererti: Perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir dan berakhir dengan salam.

Dalil tentang wajibnya solat ini terdapat di dalam Al-Quran, Hadis dan Ijma’ ulama’.

Dari Al-Quran terdapat banyak sekali ayat tentangnya, antaranya firman Allah swt:

Maksudnya: {Maka dirikanlah solat, dan tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali (agama) Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.} (Al-Hajj: 78).

Manakala dari hadis Rasulullah saw:

«بني الإسلام على خمس؛ شهادة أن لا إله إلا اللّه وأنّ محمداً رسول اللّه، وإقام الصّلاة، وإيتاء الزّكاة، وصوم رمضان، والحج إلى بيت اللّه الحرام لمن استطاع إليه سبيلاً».

Maksudnya: “Islam itu dibina di atas lima rukun: Menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji di Baitullah Al-Haram bagi mereka yang mempunyai kemampuan untuk menunaikannya”. [HR Al-Bukhari:No. 8 dan Muslim:No. 16].

Dari ijma’ ulama’: Telah bersepakat seluruh ulama’ tentang kewajipan solat, bahawa ia adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima; yang mana Islam seorang itu tidak diterima tanpanya. [Lihat: Majalah “Hazihi Sabili” bil: 5 1403H, ms: 276.]


SOLAT JAMAAH:

Di antara kesempurnaan solat itu ialah menunaikannya secara berjamaah sebagaimana amalan Rasulullah saw.

Baginda saw sentiasa menunaikan solat secara berjamaah hatta ketika peperangan dan musafir, apatah lagi dalam keadaan biasa dan tidak bermusafir.

Antara hikmah pensyariatan solat berjamaah ialah;

Keagungan Islam akan bangkit di atas dasar perkenalan sesama muslim, persaudaraan dan tolong menolong sesama mereka untuk menyatakan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.

Tidak ada lapangan yang lebih baik yang akan menyempurnakan perkenalan serta persaudaraan mereka, selain daripada lapangan masjid, iaitu orang-orang Islam dapat bertemu sesama mereka untuk mendirikan solat secara berjamaah sebanyak lima kali sehari.

Walaupun kepentingan dan kemaslahatan dunia boleh memecah-belahkan mereka dan mencetuskan perasaan hasad dengki sesama mereka, pertemuan secara berterusan dalam menunaikan solat secara berjamaah merupakan suatu formula yang boleh memecahkan tembok yang membeza dan memisahkan mereka serta menghilangkan hasad dengki dan segala penyakit daripada hati mereka.

Ini akan berlaku sekiranya mereka benar-benar beriman kepada Allah dan bukannya menjadi orang munafik yang menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan solat, ibadat dan pergi ke masjid. [Fiqh al-Manhaji 1/178].

Solat jamaah juga satu manifestasi kasih sayang, penyatuan dan peraturan di antara orang Islam. Apabila orang Islam dari seluruh dunia menghadap ke arah kiblat yang satu ketika solat, mereka akan merasai satu penyatuan dan persamaan serta melupakan perbezaan di antara mereka. Ini kerana mereka semua adalah hamba Allah, Tuhan mereka satu, kiblat mereka satu dan agama mereka satu. Tiada perbezaan di antara yang kaya dan miskin, yang tinggi dan rendah (kedudukannya).

Orang Islam memastikan arah yang betul ketika menghadap kiblat dan mereka tidak boleh cuai atau tersasar. Ini akan mendidik mereka untuk bersifat adil di dalam segenap aspek kehidupan mereka dan meletakkan semua perkara di tempatnya yang sebenar.

Dari Abu Mas’ud Al-Ansari ra katanya: “Sesungguhnya Rasulullah saw telah merapatkan bahu-bahu kami ketika hendak mendirikan solat sambil Baginda bersabda: “Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu. Jangan jadikannya bengkang-bengkok, nescaya nanti akan berselisih hati-hati kamu.

Hendaklah saf yang paling dekat denganku, terdiri daripada orang cerdik pandai dan matang fikirannya dari kalangan kamu. Kemudian hendaklah mengikut saf seterusnya orang yang baligh tetapi belum matang pemikirannya atau orang-orang yang hampir mencapai umur baligh. Kemudian hendaklah mengiringi saf seterusnya orang yang kurang dari darjat di atas (kanak-kanak yang telah mumaiyiz dan yang sepertinya)“. Berkata Abu Mas’ud ra: ” Aku melihat kamu semua hari ini sangat kuat berselisih dan bertelingkah”. [HR Imam Muslim No. 422].

Dalam hadis ini Rasulullah saw menjanjikan bahawa saf solat yang bengkang-bengkok akan membawa kepada perpecahan dalaman iaitu hati.

Kata ulama’; bila hati tidak bersatu maka perpaduan tidak akan wujud. Seterusnya membawa kepada perselisihan dan pertelingkahan dalam masyarakat.

Daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya: Rasulullah.s.a.w. telah bersabda: “Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu, samakan kedudukan antara bahu-bahu kamu, penuhkan semua ruangan-ruangan kosong yang terdapat dalam saf, bersopan santunlah dengan saudara-saudara kamu ketika meluruskan dan merapatkan saf dan jangan sekali-kali membiarkan ruangan-ruangan kosong saf terdedah kepada syaitan. Sesiapa yang memenuhkan saf dan merapatkannya, nescaya Allah swt menyambungkan rahmat-Nya bagi orang tersebut dan sesiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah swt akan memutuskan rahmat-Nya dan inayah-Nya daripada orang tersebut”. [HR Abu Daud No:666, “Sahih”].

Solat juga mendidik seseorang tentang kepentingan menjaga masa dan menghargainya. Ia mengajarnya cara untuk membahagikan masa dan menyusunnya. Dengan sendirinya dia akan menjadi seorang yang menepati masa dan teratur di dalam setiap urusannya. Apabila dia menunaikan solat secara berjamah, maka dia wajib mengikut imam, ketika berdiri, rukuk dan sujud, dia akan belajar erti kepatuhan dan penyerahan, berdisiplin dan teratur. [Lihat: Dr. Abdullah Mohd Al-Tayyar, Al-Solat: 24-25].

Berkata Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani –rahimahullah-: “Dan demikian lagi setengah daripada orang yang memeliharakan akan sembahyang dan mendirikan baginya, ia mengekalkan dan menyungguhkan atas mengerjakan dia dengan berjamaah, kerana bahawasanya orang yang sembahyang berjamaah itu lebih atas sembahyang seorang dirinya dengan dua puluh tujuh darjat. Seperti yang disebut dalam hadis. [Hadis riwayat Al-Bukhari: No. 645]

Maka orang yang memudahkan dengan laba (keuntungan) agama dan akhirat ini, pada hal tiada payah pada menghasilkan dia dan tiada penat mencapaikan dia, maka adalah orang itu orang yang memudahkan agamanya dan orang yang tiada menghiraukan dia. Dan lagi kerana kata setengah ulama’: Ia (solat jamaah) fardhu kifayah, diperangi akan orang yang meninggalkan dia”. [Munyatul Musalli: 20].

Antara faedah solat berjamaah ialah;

Solat jamaah mempunyai faedah yang banyak dan kemaslahatan yang besar; antaranya:

1. Allah swt telah mensyariatkan umat ini berkumpul pada waktu tertentu, a)Harian; solat lima waktu. b)Mingguan; solat jumaat, c)Tahunan; solat hari raya.

2. Perhimpunan ini merupakan ibadat kepada Allah swt secara jama’i.

3. Untuk ta’aruf iaitu saling kenal mengenali sesama Islam.

4. Menzahirkan syiar Islam yang besar melalui ibadat solat secara jamaah; kerana itulah jika mana-mana penempatan yang masjidnya tidak ramai ahli jamaahnya, ia menunjukkan penduduknya tidak kuat beragama.

5. Menzahirkan kemuliaan dan keagungan Islam itu sendiri.

6. Mengajar orang-orang jahil tentang amalan solat.

7. Seorang muslim yang berada dalam saf yang sempurna akan merasakan seolah-olah dia berada dalam saf jihad fi-sabilillah. [Solat Al-Mukmin: 1/422].

HUKUM SOLAT BERJAMAAH

Terdapat beberapa pendapat ulama’ mengenai hukum solat berjamaah:

1. Sunat mu’akkad – Mazhab Hanafi dan Maliki.

2. Fardu ain/wajib (bukan syarat sah solat) - Ulama’ Hanbali.

3. Fardu kifayah - Pendapat mazhab Syafi’i.

Penjelasan ringkasnya:

1. Para ulama’ yang mengatakannya sebagai sunat mengemukakan dalil dari beberapa hadis, antaranya ialah:

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Solat berjamaah itu melebihi solat sendirian dengan 27 darjat”. [HR Bukhari No. 645, Muslim No. 650 dari Ibnu Umar ra].

Kata mereka: Hadis ini menjelaskan amalan solat berjamah adalah afdhal (lebih) baik dari solat sendirian, maka afdhal adalah kelebihan bukan wajib.

2. Para ulama’ yang mengatakan bahawa solat berjamaah itu fardu ain/wajib menggunakan dalil:

i. Sabda Rasulullah saw: “Seberat-berat solat ke atas para munafiqin ialah solat isya’ dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua solat berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan solat berjamaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa orang yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-rumah mereka”. [HR Bukhari No. 644. & Muslim No. 651 dari Abu Hurairah]

Hadis ini menunjukkan solat berjamaah wajib ke atas setiap orang (fardhu ain) lelaki yang mampu. Sekiranya solat jamaah adalah sunat tentulah Rasulullah saw tidak memberi amaran untuk membakarnya.

ii. Ibnu Ummi Maktum berkata: Wahai Rasulullah, saya seorang yang buta dan rumahku pula jauh dari masjid. Penunjuk jalan saya tidak serasi dengan diri saya. Adakah keringanan untuk saya bersolat di rumah? Rasulullah saw bertanya: “Adakah engkau mendengar azan?” Jawabku: Ya. Rasulullah saw bersabda: “Kamu tidak mendapat keringanan.” [HR Abu Daud No. 552, “Sahih”].

Rasulullah saw tidak memberi kelonggaran kepada orang buta meninggalkannya, maka orang yang celik tentulah lebih lagi.

3. Fardu kifayah. Jika di dalam suatu kampung atau negeri penduduknya enggan mengerjakan solat berjamaah, pemerintah hendaklah memerangi mereka.

Dalil mazhab ini:

Sabda Rasulullah saw: “Tidak terdapat tiga orang yang mendiami sebuah kampung atau penempatan yang tidak didirikan solat jamaah melainkan mereka akan dikuasai syaitan. Maka hendaklah kamu berjamaah, sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang bersendirian”. (HR Abu Daud No. 547. “Hasan”]

Hadis ini menunjukkan solat berjamaah adalah fardhu kifayah ke atas umat ini. [Lihat: Fiqh Al-Ibadat, Sheikh Hasan Ayyub: 238-247]

Sebab-sebab dibenarkan meninggalkan solat berjamaah;

Keuzuran yang dibenarkan oleh syara’ terbahagi kepada dua bahagian;

a- Keuzuran umum, seperti hujan lebat, angin kencang atau jalan yang terlalu becak dan licin.

Abdullah bin Umar ra telah melaungkan azan pada malam yang sejuk dan berangin. Kemudian beliau berkata: “Bersolatlah di rumah kamu”. Kemudian beliau menyambung lagi: “Rasulullah saw menyuruh muazzin supaya berkata: “(Apabila malam terlalu sejuk dan hujan) bersolatlah di rumah kamu”. [HR Al-Bukhari No. 635, Muslim No. 697]

Kita pasti mengetahui bahawa keuzuran ini jarang sekali berlaku pada hari ini melainkan di kampung pendalaman. Apalagi bagi negeri yang banyak hujan, ianya merupakan suatu kebiasaan bukan keuzuran.

b- Keuzuran Khas seperti sakit, dalam keadaan terlalu lapar dan dahaga, takut kepada orang yang akan melakukan kezalimana ke atas diri dan hartanya, juga ketika menahan diri daripada berlaku hadas, (mahu buang air besar atau air kecil) atau seorang yang berhutang takut keluar berjamaah kerana takut diekori oleh pemberi hutang sedangkan dia tidak mempunyai wang untuk membayarnya. Juga seorang yang baru sudah memakan makanan yang berbau busuk atau berpakaian kotor yang boleh menyakiti dan mengganggu orang lain oleh sebab baunya.

Semua keadaan ini dianggap keuzuran Syarak yang diizinkan untuk seseorang itu tidak menghadiri solat berjamaah. [Lihat Fiqh al-Manhaji: 178-179].

Kesimpulannya:

Solat jamaah di masjid adalah merupakan satu syiar Islam yang agung. Samada ianya dikira sebagai sunat muakkad, fardhu kifayah atau fardhu ‘ain. Para ulama’ Islam telah sepakat bahawa menunaikan solat lima waktu di masjid adalah merupakan ketaatan yang dituntut dan penghampiran diri kepada Allah swt yang sangat besar.

Kerana itulah terdapat banyak sekali hadis-hadis yang menyebut tentang fadhilat, kepentingan solat jamaah dan larangan meninggalkannya. Di antaranya hadis yang telah disebut di atas tadi:

1. 27 gandaan pahala solat Jamaah.

2. Rasulullah saw mahu membakar rumah orang yang tidak bersolat jamaah.

3. Seorang sahabat ra yang buta meminta izin dari Rasulullah untuk diberi keuzuran daripada pergi ke masjid, tetapi tidak dibenarkan oleh Baginda saw.

4. Syaitan akan menguasai kumpulan tiga orang ke atas yang tidak mendirikan solat jamaah.

5. Meninggalkan solat jamaah adalah salah satu tanda-tanda orang munafiq. Kata Abdullah bin Mas’ud ra: “Kami dapati tidak ada orang yang cuai atau tidak datang untuk bersolat jamaah di masjid kecuali beliau ialah seorang yang telah dikenal pasti sebagai seorang munafiq ataupun orang sakit. Jika orang sakit dia akan dipimpin oleh dua orang sehingga sampai ke tempat solat.” Katanya lagi: “Nabi saw telah mengajar kami sunnahnya sebagai petunjuk, dan di antara sunnahnya ialah solat jamaah di masjid yang dilaungkan azan padanya.” [HR Muslim: 654].

6. Tidak dibenarkan keluar dari masjid orang yang telah berada di dalamnya apabila azan. Dari Abu Asy-Sya’tha’: “Kami sedang duduk di masjid bersama Abu Hurairah ra, tiba masa muazzin pun melaungkan azan. Tiba-tiba seorang lelaki bangun lalu berjalan keluar dari masjid, Abu Hurairah menjelingnya dengan ekor mata. Setelah lelaki itu keluar beliau berkata: “Orang itu telah menderhaka kepada Abu Al-Qasim (Rasulullah saw).” [HR Muslim: 655].

Abu Hurairah ra telah menganggap perbuatan tersebut sebagai menderhaka kepada Rasulullah saw kerana meninggalkan solat jamaah.

Kata ulama’: Sekiranya seorang itu keluar kerana keuzuran seperti ingin berwudhuk, menunaikan hajat atau menunaikan solat berjamah di masjid lain maka ia tidak termasuk dalam larangan tersebut.

Jika sedemikian sekali Rasulullah saw telah memperingati tentang kelebihan solat jamaah dan memberi amaran tentang keburukan meninggalkannya, maka kita sebagai umatnya yang mukmin tidak patut sekali meninggalkan amalan sunnah yang begitu mulia dan penuh manfaat duniawi dan ukhrawi ini tanpa keuzuran dan rukhsah yang dibenarkan Syarak dengan sewenang-wenangnya.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar dipermudahkan untuk melakukan kebajikan dan kebaikan serta segala amal ibadat kita diterima-Nya dan mati pada jalan yang diredhai-Nya. Amin.



Bernafas di bumi yang damai

negaraku...

tiba2 aku teringin nak menulis pasal negaraku...
kat rumah signal broadband kuat tapi nak access blog aku ni sangatlah lembat...
hmmm... aku hidup dalam negara yang aman dan harmoni... aku bangga sebagai anak Malaysia. isu politik.... hmmmm letak ketepi dulu... aku tak suka nak bincang hal yang takkan habis untuk dibincangkan dan isu yang semuuuuuuaaaaa orang rasa depa betul dan orang lain salah.... hmmm. aku suka keharmonian negara aku ni... kemana saja aku akan rasa selamat... sukaaaaa sangat dengan negara aku ni. semoga Allah rahmati negara aku ni.

cuma...

aku risau dengan generasi yang seusia aku dan yang muda dari usia aku. risau dari aspek pegangan dan pendirian... apatah lagi aspek keagamaan yang kekadang dikesampingkan. hmmm ... pon malas ulas panjang2....

sebenarnya....

aku ketuk keyboard aku sekejap sesambil tunggu kelas aku sat lagi... sambil tu jugak aku study slide yang nak aku present sat lagi... semoga Allah beri aku kefahaman dalam setiap apa yang aku lakukan... dan semoga apa yang aku lakukan adalah dengan keikhlasan hati.

Waktu yang terlepas

Hari ni...

aku teringin sangat nak cuba masak rendang. semalam aku call ibu untuk tanya bumbu... ramuan turun temurun :) yang ibu gunakan... pagi tadi aku ke nat (pasar pagi pauh, arau) untuk cari bahan2 yang aku perlukan.... oh ya... ini adalah rendang minang... sebab yang akan masak ialah orang minang gak hehehe....

rendang ayam aku bermula dengan SMS pkksabah (blogger gak... jiran aku yang ada tanam tanaman herba :)....) untuk minta bantuan daun kunyit 4 helai hehehe.... pelik tapi benar, kat nat pagi tadi tu aku tak pernah jumpa orang jual daun kunyit. mungkin urang utara tak guna daun kunyit dalam masakan depa kut.... hmmm bila pkksabah reply OK.... maka bemulalah aku merendang... tanpa daun kunyit rendang takkan rasa rendang hehehehe....



bila semua bahan dah masuk.... kacau ler sampai mendidih... surat khabar kat keliling kuali tu untuk alas daripada percikan rendang masa tengah mendidih...





haaaa... dah mindidih masukkan ayam... kacau sampai keluar minyak atau pecah minyak.... kacau guna ayam kampung masukkan ayam tu seawal mungkin beserta rempah yang dimesin
aku guna ayam daging... jadik kena masuk lewat sikit... kalau tak ayam tu berderai....





yes.... rendag dah masak.... minyak banyak... camni ler kalau guna ayam daging... kejap lagi aku buang sikit minyak tu...






Minggu lepas...

aku buat ujian untuk adik2 aku.... :)....



Liyana tolong aku jaga exam... sebab kelas dia pon amik subjek yang sama.... menung bebudak tu.... susah ker ek soklan aku tu.... tapi kalau depa baca ok jer... senang jer






pantau dari atas.... takut2 bebudak tu meniruuuuuuu....








beg semua aku suruh letak kat belakang.... henset pon sama... masa ni ada henset yang berbunyi dalam beg tu...






Ahad lepas....

aku ke Kodiang... wife aku nak masukkan duit raya anak2 aku kat tabung haji.... banyak gak depa dapat.... simpan untuk hari tua... boleh ler depa p haji nanti...




pekan Kodiang yang semakin membangun..... semua ada kat sini







perjalanan ke Kodiang memang cantik dengan pemandangan sawah padi yang luas mata memandang... masa ni padi baru ditanam sekitar sebulan dua... masih kecik lagi... ada lagi kawasan yang tak tanam (tabur) padi lagi.....




p/s: rendang tu tak leh nak bagi jiran sebab ni pertama kali aku cuba masak... takut tak jadi..

Singgah sekejap...

dah lama tak menaip...

hmm... masa agak sempit sekarang ni...

di pejabat.... tak sempat nak menaip panjang2... banyak perkara yang perlu aku langsaikan.

di rumah... pon sama... susah nak cari masa terluang setakat ni...

nanti...

bila ada masa terluang, aku upload gambor terbaru dan beberapa aktiviti aku...

daaaa...

nak sambung kerja yang banyak tersisa.....

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.