Teringat: Aku teringatkan sesuatu yang pernah aku dengar


Aku teringat khutbah jumaat yang disampaikan oleh Ustaz Yasir jiran aku beberapa waktu dahulu. masih terngiang2 aku khutbah jumaat hari tu. isinya terlalu padat untuk aku fikir dan renungkan. aku cuba manfaatkan setiap patah perkataan khatib. cuma ada beberapa maklumat aku tak ingat sebab aku tak menulis waktu khutbah di bacakan... dan akhirnya aku dapat teks khutbah tersebut dari blog Ustaz Yasir (tak tau pulak ustaz ada blog rupanya....) silalah lawat http://pengetuaptss.blogspot.com/ di bawah ini aku quote'kan beberapa maklumat yang perlu di kongsi bersama....

Orang yang bijak dan berjaya sentiasa membuat perancangan selari dengan matlamat akhir kehidupannya untuk terus hidup berjaya dengan kejayaan yang hakiki di bawah paksi surah az-Zariat ayat 56

“ Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri dan menyambahKu”

Apabila kita mencongak mudah ke manakah umur kita di dunia ini dihabiskan jika kita diberikan umur 65 tahun, itupun jika sampai.Kita tolakkan dahulu dengan 15 tahun umur yang maksimum biasanya seorang itu akil baligh yang mula dikira amalan baik buruknya ditanggung olehnya sendiri.Maka kira-tinggallah umurnya 50 tahun.50 tahun yang berbaki digunakan untuk apa?Adalah seperti seperti berikut:-

Jika satu hari kita tidur purata 8 jam sehari semalam maka 50 tahun yang berbaki ini akan dihabiskan selama 17 tahun untuk tidur.Itu tidak masuk tidur ketika khutbah,ketika kerja,depan computer dan sebagainya mungkin tahun untuk tidur boleh menjadi lebih.
Purata satu hari bekerja siang hari seperti mencari nafkah,belajar dan seumpamanya adalah 12 jam. Maka dia akan menghabiskan umurnya yang 50 berbaki tadi selama 25 tahun untuk aktiviti siang hari

Satu hari berehat minum-minum, makan, berkhayal, melepak adalah puratanya 4 jam. Maka kita akan menghabiskan 8 tahun untuk berehat, sedangkan kita akan berehat lama di alam sana. Dijumlahkan 17 tidur + 25 tahun kerja + 8 tahun berehat = habislah umur 50 tahun yang diperuntukkan kepada kita. Lalu bila masa pula kita akan beribadah khusus kepada Allah?

Katalah satu solat wajib akan dihabiskan selama 10 minit maka 5 waktu akan Berjaya dihabiskan selama 50 minit untuk solat,katalah ianya dibundarkan kepada sejam sehari.Kalau sejam sehari pun digunakan untuk solat kita baru menghabiskan selama 50 tahun umur berbaki ini hanya 2 tahun untuk solat.Itupun kalau satu solatnya 10 minit,dan biasanya professional hanya akan menghabiskan 1 minit setengah untuk solat manakala amatur hanya 3 minit setengah.2 tahun untuk solat dalam pada 17 tahun untuk tidur,25 tahun kerja siang hari dan 8 tahun berehat untuk membeli syurga Allah yang mahal harganya?!

Tetapi orang yang merancang untuk cemerlang di dunia dan akhirat tidak perlu risau kerana dia tahu seluruh hidup dan aktivitinya adalah ibadah walaupun tidur selama 17 tahun asalkan diniatkan kerana Allah dan dalam pada perbuatan yang dilakukan beserta niat kepada Allah itu tidak pula dia melanggar larangan Allah dan menbuat segala kewajipan yang difardhukan ke atasnya.
bertauhidkan Allah peganganku, berlandaskan sunnah hidupku.....

5S: Cerita pasal ruang



SEIRI SISIH
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan
di tempat kerja dan membuangkannya

SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur
supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada
habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan
tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan
kebersihan yang baik dengan sendirinya


Entah kenapa aku tiba2 teringat pasal 5S ni.... jadi aku pon cari maklumat kat internet. Ooo tu kaaaaa 5S. pandang ke timur la ek. hmmm... di atas aku kepilkan beberapa maklumat yang aku dapat dari internet.

aku rasa Islam telah terlebih dahulu bercerita berkenaan masa dan ruang... bagi aku ruang ada kaitan rapat dengan masa. jadik kalau kita rujuk terus ke surah al-asr... Allah dah memperingatkan manusia tentang masa dan penggunaannya... dan semua ni ada juga kaitannya dengan ruang. pasal kebersihan dan pembaziran, Allah juga telah firmankan dalam quran... antaranya, maksud firman Allah..."orang yang suka membazir adalah sahabat syaitan"... banyak lagi yang tak dapat aku taipkan kat sini. aku taip mana yang sempat terlintas dalam fikiran aku. lagipon aku tak rancang nak tulis blog pon hari ni.... cuma aku nak kata.... kenapa kita asyik duk MENDEWAkan prinsip bangsa lain sedangkan yang terbaik adalah agama kita...

aku berfikir....... hmmmmm....

Emosi: Terlalu subjektif emosi itu.....

Beremosi.... itu lumrah setiap makhluk. haiwan dan tumbuhan yang tiada akal pon ada emosinya yang tersendiri. apatah lagi manusia yang dijadikan oleh Allah beserta dengan akal fikiran. dari akal tecernanya emosi yang positif dan negatif. salah ke?... tak itulah lumrah kehidupan.

beberapa ketika kesihatan aku agak terganggu... tak pasti adakah sebab cuaca... cuma apa yang pasti semua ni adalah kafarah terhadap dosa-dosa aku yang aku sedar mahupon tidak... ya... kekadang aku dapat hadapi... cuma yang lebih banyaknya aku kurang sabar menghadapi hari2 ketika kesihatan aku terganggu... ampunkan aku Allah.... aku gagal...

Rumah ku



retak yang pernah ditutup telah kelihatan kembali









pasak bumi yang retak...








retak menanti belah....








hmmmm..... selamatkah keluargaku....






Makmal



masuk semester ni dah masuk dua tahun tak siap lagi aku rasa....







Teman pejabat



Intan... bukan nama sebenar.... dah nak pindah ke penang... orangnye kecik, tapi sekali mengamok kecut student dia hehehehe






Meeting...

meeting mula agak lewat... 45minit lewat... kesilapan teknikal dan kesilapan yang tak boleh aku bagitau kat sini.... to bro adanz77 and friend... we are very sorry.....


meeting exam... bincang masalah pelajar dan lain2...

aku duduk belakang pakcik ultromen.... take cover orang kata hehehe.... takut raksasa serang.... kah kah kah




dan.... aku duduk sebelah bro adanz77 (http://adanz77.blogspot.com/)... bro adanz77 datang untuk mempertahankan kebenarannya..... hikhikhik.... mantop....

Mendung: Minggu yang agak suram

aku campakkan dulu gambar ni..... nanti aku bagi komen.



kenduri kat rumah owner nursery tempat aku hantar anak aku... sedaapppppp giler lauk pauknyer....







new software to be test..... but when









senja.... dari laman rumah aku







dari bawah ke atas..... belakang rumah aku...








tanam pokok betik sekaki.... pelik, aku tak pernah dengar nama betik sekaki ni.... kita tengok apa hasilnya... 3 anak pokok RM5







gua kat Kangar..... bawak anak2 and umi anak aku jalan2 :)







miami..... hehehehe.... kat kangar jer ni...









pintu gua.....







amni naik buaian.....


dia taknak balik pulak dahhhhh....






clear sky.........

Sibuk: Adakala sibuk datang tak bertempat

Masa sebenarnya dah cukup Allah sediakan untuk segala aktiviti... cuma bila pengurusan masa tu terganggu maka jadilah "tak ada masa" dan "sibuk". itu yang aku rasakan. aku tak salahkan masa. perancangan aku tersasar sebenarnya. tapi jangan lupa.... haaa ada unsur lain yang aku rasa mejadi pengganggu perancangan yang dibuat.... contohnya perkara yang add-hoc...

dua tiga menjak ni jarang aku menjengah internet... lagi pulak ada beberapa urusan yang perlu aku langsaikan. jadi aku utamakan apa yang utama dahulu...

tiba2 muncul satu isu dalam benak aku ni.... isunya sukar dirungkaikan dengan kata2. ya.... macam pernah aku tulis.... umpama anjing menyalak bukit...

bengang dan menyampah...

ni isu keutamaan dalam melaksanakan kerja... banyak spesis orang dalam dunia ni... ada yang suka nak orang sebut dan tengok apa yang dia buat tanpa memikirkan kemaslahatan orang lain. kalau dalam organisasi.. ketua yang gagal untuk mengambil kira kemaslahatan pekerja bawahan. bukan itu saja... terlalu mementingkan KUANTITI dan letak ketepi KUALITI... apa yang penting baginya, IMEJ dan PUBLISITI.... eh apa semua ni...

aku sekadar nak lepaskan geram... walaupon tak dapat nak lepaskan semuanya....





musim exam kat tempat aku jadi kuli....









tekun menjawab....








tunggu 12.4 pm......







masa exam pon sempat promo.... hehehehe... hidup HPA... terutama radix.....








senja di hulu semenanjung Malaysia...

Kelantan: Beberapa ketika di Wakaf Bharu

Kampung wife aku taklah banjir... cuma jalan nak ke sana yang banjir. tapi kali ni perjalanan aku lancar. aidiladha di kelantan agak unik berbanding tempat aku di KL. Di KG wife aku lembu tak dikorban di masjid tapi ikut orang yang berkorban... kira setiap keluarga akan korban lembu masing2. terpulanglah depa nak sembelih kat mana.... dan yang akan bahagi2kan daging tu adalah keluarga tersebut... bukan secara beramai2.... kalau kat tempat aku ada AJK yang akan settlekan daging kurban tu dan ada juga AJK yang akan bahagi2kan daging kurban tu kepada keluarga yang berkenaan....

kat Kg wife aku pulak orang yang berkorban tu yang agihkan sendiri... hmmmm camtulah serba sedikit yang aku perhatikan... tu yang menyebabkan keletihan maksimum tuuuu.... lagi pulak kalau keluarga tu kurban sekor lembu.... dari lapah sampai agihkan daging semua buat sendiri.... kalau kat KL ada group tertentu yang akan ditugaskan.... jadik taklah penat sangat....

tapi aku rasa kaedah yang dilaksanakan kat Kg wife aku tu ok jugak sebab kita puas hati sebab tau kemana daging kurban tu diagihkan.... maksud aku siapa penerima daging tu.




hujan di wakaf bharu....








teksi...... beca....









aku beli ikan patin....








hah tu diaaaa......








tangkap lagi.... sekilo RM4.50








amni panjat tingkap







pasar basah wakaf bharu...









amni tunjuk perasaan.... tak dapat mainan...








10 minit sebelum masuk waktu kena berenti.... boleh buat.








orang ramai di pasar basah wakaf bharu

Kelantan: Perjalanan balik ke kampung wife aku

Beberapa gambar yang sempat aku capture semasa perjalanan balik ke klate... perjalanan macam biasa... cuma yang bezanya kali ni aku balik dalam musim tengkujuh aka musim hujan aka musim banjir di kawasan pantai timur...



rehat di hentian rehat air bainun.... ada beruk untuk di tontoni..







aku ikut jalan susur ke rantau panjang lalu panglima bayu... kira macam jalan short cut gitu... kawasan ni memang selalu banjir sebab dekat dengan sungai golok....



kawasan yang belum lagi surut... rajin adik tu bersihkan rumah selepas dilanda banjir... hampir separuh rumah dia tenggelam...








aku redah banjir.....







Banjir.... macam pesta.... tapi bahaya.... masa aku lalu bebudak tu siram kereta aku dengan air banjir... cuma takder sabun jer kalau tak, tak ubah macam mesin auto-carwash kat kangar :)







kereta tu MUNGKIN terbabas... atau dihanyutkan air bah... tak pasti







post imegeresen Malaysia-Thailand... masih ada air yang belum surut... pekerja imegeresen sibuk mencuci bangunan...







singgah kejap di masjid beijing di rantau panjang....







seni bina cina yang cantik... cuma pihak pengurusan masjid perlu peka dengan kebersihan dan beberapa perkara yang perlu diambil berat... bukan setakat berbangga dengan rekabentuk masjid yang cantik sahaja....






Islam agama untuk semua... Islam bukan melayu... dan melayu tak semestinya Islam....

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.